BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Rabu, Januari 26, 2011

Guan Eng bidas MCA takutkan bukan Islam tentang Islam

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa MCA membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil Tenang kerana mahu menghalang bukan Islam daripada mengenali Islam.

Beliau berkata tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyerang PAS dengan membangkitkan isu negara Islam semata-mata mahu menimbulkan rasa “ketakutan” di kalangan bukan Melayu di Tenang terutamanya orang Cina.

“Dia (Dr Chua) tak mahu kita tahu antara satu sama lain, sebab itu tidak mahu kita kenali Islam.

“Memang itu yang mereka mahu, itu yang pemimpin MCA mahu.

“Ia penting, tapi kita tidak bimbang jika MCA gunakan isu negara Islam kerana isu ini dah digunakan sejak pilihan raya 2008 lagi,” katanya pada sidang media di sini.

Terdahulu, Dr Chua berkata akan terus menyerang PAS dengan memberi amaran kepada pengundi-pengundi bahawa sokongan mereka hanya akan memperkukuh kedudukan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.

Beliau berkata berkata meskipun DAP menjadi rakan komponen dalam Pakatan Rakyat parti itu tidak mampu menghalang PAS daripada meneruskan dasar negara Islamnya.

“Jika Pakatan (Rakyat) menang di peringkat persekutuan, yang saya rasa tidak mungkin, PAS akan menjadi ketua, selaku parti yang ada lebih banyak sumber berbanding DAP dan (Parti) Keadilan (Rakyat),” katanya.

Baru-baru ini Dr Chua berhadapan dengan kecaman PAS kerana mendakwa calonnya Normala Sudirman enggan bersalaman dengan pengundi lelaki.

Menurut Lim, Umno dan MCA yang merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN) akan terus memainkan isu-isu yang akan menyebabkan sokongan rakyat beralih kepada pengundi daripada Pakatan Rakyat.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu menegaskan Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP tidak mempergunakan antara satu sama lain.

“MCA akan dendangkan lagu dengan mengatakan kita adalah alat yang diperkudakan PAS kepada pengundi Cina.

“Tapi Umno pula akan kata PAS diperkudakan DAP kepada pengundi Melayu, saya nak tegaskan di sini PAS tidak perkudakan DAP, DAP tidak perkudakan PAS. Kita dalam Pakatan Rakyat tidak perkudakan sesiapa.

“Ada kata DAP dimelayukan kerana cakap bahasa Malaysia, kita rakyat Malaysia jadi kenapa tidak bercakap bahasa Malaysia. Lagipun bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi negara,” katanya.

Menurut Lim, Pakatan Rakyat akan menghadapi setiap serangan yang akan dilakukan BN dalam kempen pilihan raya kecil kawasan itu.

“Apa yang penting adalah kita memperjuangkan prinsip kebebasan, keadilan dan demokrasi untuk semua.
“Kita akan hadapi mereka dengan berlandaskan kebebasan, keadilan dan demokrasi,” katanya.

“Ia (salam) tidak perlu dibangkitkan dan Dr Chua tidak harus membuat serangan peribadi.

“Itu adalah pilihan Normala, kalau nak buat serangan peribadi kita pun boleh buat tapi kita tidak mahu.

“Saya harap Soi Lek faham, jangan nanti makan tuan,” katanya.

Ahad, Januari 23, 2011

Anwar: Mustahil sembunyi pelarian modal RM208b

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan segera terhadap dakwaan berhubung aliran wang haram yang amat tinggi di negara ini.

anwar keadilan network launch 230111"Kita gesa kementerian kewangan menjawab (dakwaan ini) dan segala siasatan yang berhubung perkara itu," kata Anwar dalam sebuah program parti di Ampang hari ini.

"Jangan lindungi perkara korup. Jika mereka gagal, jelaslah ia melibatkan personaliti besar dalam BN dan kerajaan. Mustahil jumlah sebanyak RM208 bilion tidak boleh dikesan."

Pada 20 Januari lalu, sebuah pemerhati kewangan - Global Financial Integrity (GFI) - menyenaraikan Malaysia antara negara yang merekodkan jumlah aliran wang haram tertinggi dalam tempoh sembilan tahun dalam dekad lalu.

Laporan itu menyebut, aliran wang keluar dari negara ini meningkat lebih tiga kali ganda dalam tempoh 2000 hingga 2008.

Aliran wang keluar dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion. Lapan tahun kemudian, jumlah ini bertambah sehingga RM208 bilion.

NONEAnwar yang juga bekas menteri kewangan turut mengakui terkejut dengan jumlah besar wang yang didakwa terlibat.

Sambil menegaskan keperluan siasatan yang bebas, ketua pembangkang itu berkata Bank Negara juga harus menjelaskan situasi tersebut.

Sehingga kini belum ada reaksi rasmi daripada pihak berkuasa berhubung laporan memalukan itu, yang meletakkan penguatkuasaan undang-undang kewangan di Malaysia bawah persoalan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri enggan mengulasnya ketika ditanya Jumaat lalu, tetapi memberitahu Bank Negara akan mengeluarkan kenyataan dengan segera.
 

Surat terbuka daripada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Parlimen Malaysia (PAC)


21 Januari 2011

YB Datuk Seri Azmi Khalid,
Pengerusi,
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC),
Parlimen Malaysia,
Kuala Lumpur.

Yang Berhormat Datuk Seri,

Meminta Segerakan Audit Khas Oleh Ketua Audit Negara Ke atas Skandal Kehilangan RM30 Juta Tropical Island Resort(TIR) Pulau Jerejak Demi Kepentingan Rakyat Pulau Pinang

Dengan segala hormatnya kami ingin merujuk kepada pengumuman YB selaku Pengerusi PAC mengenai perkara di atas baru-baru ini.

Kami amat berterima kasih atas arahan YB kepada Ketua Audit Negara untuk menjalankan audit khas ke atas kehilangan RM 30 juta yang dialami oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dalam skandal penyerahan tanah dan operasi Tropical Island Resort(TIR) Pulau Jerejak sebelum 2008. YB telah menyatakan tidak ada had tempoh masa ditetapkan kepada Ketua Audit Negara untuk menyiapkan audit khas tersebut.

Demi kepentingan rakyat Pulau Pinang kami ingin meminta YB mengarahkan audit khas disegerakan dalam masa terdekat dan rumusan mutakhir dibuat agar menangani kehilangan RM 30 juta ini. Jumlah RM30 juta ini amat penting bagi rakyat negeri sebanyak 1.6 juta orang yang dapat menikmati banyak program sosial daripadanya. Lagipun demi masa depan TIR Pulau Jerejak, hala tuju muktamad amat diperlukan.

Isu TIR Pulau Jerejak dicetuskan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Tan Sri Koh Tsu Koon yang menuduh kerajaan baru kami tidak menguruskannya dengan baik. Ini ekoran bot yang ingin dinaiki oleh YB Tan Sri Koh ke Pulau Jerejak lambat dan terdapat ada ular dalam bilik stor dalam TIR.

Sebenarnya YB Tan Sri Koh telah menyerahkan TIR dimiliki 51% oleh Urban Development Authority(UDA) dan 49% oleh syarikat milikan kerajaan negeri, Penang Development Corporation(PDC), sejak 1992. Beliau juga membenarkan hampir semua tanah yang boleh digunakan di Pulau Jerejak diserahkan kepada UDA sejak 2001.

Pengurusan operasi TIR tidak berjalan dengan baik dan rugi setiap tahun. PDC tidak pernah terima sebarang dividen daripada TIR. Sehingga sekarang TIR mengalami kerugian terkumpul RM18 juta. Ini bermakna pelaburan PDC sebanyak 49% dalam TIR sebanyak RM15.435 juta dan pinjaman kepada TIR RM3.6 juta tidak boleh didapat balik.

Berdasarkan kepada akaun audit TIR, prestasi kewangan syarikat bagi lapan (5) tahun kebelakangan ini dari 2005 sehingga 2009 adalah seperti berikut :-
Tahun Keuntungan/(Kerugian) Selepas cukai(RM) Keuntungan/(Kerugian) Terkumpul (RM) Nilai Aset Ketara Bersih Sesaham (NTA Per Share) (RM)
2005 (3,375,008) (8,058,754) 0.74
2006 (3,471,944) (11,530,698) 0.63
2007 (2,286,178) (13,816,876) 0.56
2008 (1,873,345) (15,690,221) 0.50
2009 (2,344,672) (18,034,893) 0.43

Selain daripada kerugian RM 19 juta yang ditanggung oleh PDC, kerajaan negeri pun rugi bila RM10.6 juta kerana kegagalan membayar premium tanah oleh TIR kepada Pejabat Pentadbir Tanah Pulau Pinang untuk 80 ekar tanah di Pulau Jerejak yang diberikan. Sila lihat lampiran yang disertakan bersama.

Amatlah diharapkan tindakan yang sewajarnya harus dikenakan ke atas pihak yang bertanggungjawab atas skandal ini dan membolehkan kerajaan negeri mendapat wang balik daripada golongan yang berhutang. Itulah sebabnya audit khas ini harus disegerakan. Sekian terima kasih.

Yang benar,

LIM GUAN ENG
KETUA MENTERI PULAU PINANG


 
Lampiran:

RUMUSAN TENTANG KEHILANGAN RM 30 JUTA OLEH KERAJAAN NEGERI DALAM TROPICAL ISLAND RESORT SDN BHD (TIR)

Jumlah keseluruhan besar kerugian yang dihadapi oleh PDC dan Kerajaan Negeri (menerusi PTG) berkaitan dengan skandal kelulusan tanah Pulau Jerejak kepada TIR adalah sebanyak RM30 juta. Butiran adalah seperti berikut:

1. Isu Tanah RM10.6 Juta Untuk 80 Ekar Tanah di Pulau Jerejak

Kelulusan oleh Kerajaan Negeri pada 15 Januari 2001 dengan tempoh pajakan selama 60 tahun sehingga 10 Oktober 2062. Pada 3/1/2001, Exco telah membuat keputusan bahawa TIR diberikan geran hak milik sebaik sahaja ansuran pertama sungguhpun tidak dijelaskan dengan sepenuhnya. Ini berlawanan dengan amalan biasa di bawah seksyen 180 Kanun Tanah Negara bahawa Pentadbir Tanah hanya boleh keluarkan geran apabila bayaran premium dijelaskan dengan sepenuhnya.

Jumlah premium tanah ialah RM12.95 juta (iaitu RM3.72 skp) bagi tanah berkeluasan 80 ekar. Kadar faedah yang dikenakan ialah 4% setahun dan tempoh pembayaran balik ialah dari tahun 2004 sehingga 2013 (selama 10 tahun). Baki yang masih belum dijelaskan adalah sebanyak RM10.60 juta (termasuk faedah sebanyak RM1.81 juta). TIR tidak mampu membayar ansuran mengikut jadual yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri disebabkan oleh prestasi kewangan syarikat yang tidak baik.

Sebagai rumusan geran tanah tidak sepatutnya dikeluarkan sehingga premium tanah dibayar penuh supaya tidak berlaku hutang bayaran premium. Keputusan Exco meluluskan geran tanah dikeluarkan tanpa bayaran penuh dikutip menyebabkan tunggakan hutang RM10.6 juta daripada TIR sejak tahun 2004. Kerajaan negeri telah kehilangan tanah sungguhpun premium tanah belum dibayar penuh.
 
2. Kehilangan Kos Pelaburan PDC RM 15.435 Juta

Modal berbayar TIR adalah sebanyak RM31.5 juta. Kos pelaburan PDC berdasarkan ekuiti 49% adalah sebanyak RM15.435 juta.
 
3. Kehilangan Pinjaman Pemegang Saham oleh PDC RM3.6 Juta

Pada 28 Disember 2007, PDC telah memberi pinjaman pemegang saham sebanyak RM3.41 juta kepada TIR untuk menampung kos operasi syarikat. Keseluruhan jumlah tersebut sebanyak RM3.60 juta (termasuk faedah sebanyak RM193,553 atas kadar faedah 3.5% setahun) masih belum dijelaskan.

*Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang
 

Cikgu Mala sedia bawa suara rakyat ke Dun Johor

Calon PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Normala Sudirman berazam untuk membawa suara wanita ke Dun Johor dan mengajak para guru untuk membuat perubahan.

Normala yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala yakin pengundi di Tenang sudah berani membuat perubahan dengan memberi undi kepadanya seterusnya menambahkan kerusi Pakatan Rakyat di Dun Johor.

"Saya yakin pengundi mampu dan berani membuat anjakan paradigma dan sebenarnya pencalonan  ini satu pengiktirafan yang diberikan kepada golongan wanita khususnya dan mewakili seluruh golongan pendidik di Malaysia.

"30 Januari ini pengundi di Dun Tenang akan membuat satu kejutan dan perubahan demi kelangsungan masa depan anak bangsa dan membawa permasalahan mereka ke Dun Johor dan menjadikan tujuh kerusi untuk Pakatan Rakyat di Dun Johor," kata beliau pada sidang media selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Majlis Daerah Labis, dekat sini hari ini.

Normala juga berkata, beliau sudah bersedia untuk memikul amanah dalam memberikan khidmat kepada rakyat khusunya di Dun Tenang.

"Alhamdulillah, Allah bagi satu keberanian untuk saya membuat satu perubahan kerana saya telah iltizamkan dalam diri saya perjuangan ini untuk mencari keredhaan Allah," katanya tenang.

Justeru, bekas guru itu menyerahkan kepada pengundi untuk membuat pilihan terbaik pada 30 Januari nanti.

"Saya sangat optimis dan berkeyakinan mandat itu akan diberikan dan saya percaya pengundi di Dun Tenang mampu membuat pilihan terbaik.

"Pengundi sudah bijak untuk membuat pilihan dan saya serahkan kepada mereka pada 30 Januari ini," katanya.
 
Turut bersama pada sidang media itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
 

PAC diminta siasat projek Pulau Jerejak

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) diminta menyiasat dengan segera akaun dan laporan terperinci projek pembangunan Pulau Jerejak bagi memastikan tidak berlaku penyelewengan.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa rakyat mengalami kerugian ekoran ketidaklancaran projek pembangunan di pulau tersebut.

Katanya, kerugian sepertimana yang dimaklumkan berikutan premium tanah sebanyak RM10.6 juta yang masih lagi  belum dijelaskan oleh Syarikat Tropical Island Resort kepada Pejabat Pentadbir Tanah Pulau Pinang.

"Manakala Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) pula terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM19 juta. Kerjasama antara PDC dan Uda Holdings Berhad sewajarnya dihentikan kerana ia merugikan kerajaan negeri.

"Uda juga bukannya pakar dalam bidang pembinaan tempat-tempat pelancongan. Mereka juga gagal menguruskan dengan baik resort yang terletak di Pulau Jerejak," katanya lagi.

Sim juga berkata, kerugian itu adalah kerana perancangan yang tidak komprehensif Uda bagi membangunkan pusat pelancongan Pulau Jerejak melalui pembinaan empat fasa projek yang merangkumi pembinaan ekopelancongan, rumah mewah dan juga marina di pulau tersebut.

"Dengan adanya siasatan terperinci, maka keadilan akan dapat dicapai sama ada terdapat atau tidak pihak yang terbabit dalam penyelewengan yang membabitkan projek pelancongan tersebut," ujarnya lagi.

Badrul tidak layak hadir sidang DUN – Speaker

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Teng Chang Kim menyifatkan hasrat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah untuk hadir sidang DUN Selangor, Isnin ini hanya akan memalukan dirinya sendiri.

Ini kerana, beliau yang dihubungi KeadilanDaily.com, berkata pengisytiharan pengosongan kerusi Pelabuhan Klang sekaligus melucutkan jawatan Badrul sebagai Adun dan beliau tidak dibenar menghadiri sidang DUN.

“Badrul tidak perlu hadir, beliau bukan lagi YB. Jika mahu datang juga, itu hanya memalukan dirinya sahaja. Sepatutnya beliau tanya kepada dirinya yang menghilang diri dan kini baru muncul,” katanya.

Chang Kim yang juga Adun Sungai Pinang juga menyifatkan pandangan peguam Badrul dalam isu itu sebagai memprotes undang-undang apabila yang mendakwa  bekas wakil rakyat itu masih lagi Adun yang sah.

“Sebagai peguam, beliau sepatutnya memberi nasihat berguna kepada Badrul, bukannya suruh ambil tindakan bercanggah. Seorang peguam semestinya memahami undang-undang tetapi dalam kes ini, beliau seperti tidak faham.

“Saya syorkan beliau supaya membuat rayuan di mahkamah, bukannya menidakkan keputusan yang dibuat,” katanya yang menganggap sikap Badrul itu umpama  menghina sidang DUN dan kerajaan negeri.

Semalam, media melaporkan Badrul dilapor berkata, beliau akan menggunakan saluran undang-undang bagi mempertahankan kedudukannya sebagai Adun Pelabuhan Klang.

Badrul berkata demikian bagi mengulas tindakan Chang Khim mengisytihar kerusi DUN itu sebagai kosong mengikut Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri, ekoran kegagalannya menghadiri persidangan dewan selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Beliau juga mahu memfail permohonan di mahkamah bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau masih lagi wakil rakyat Pelabuhan Klang yang sah.

Sidang DUN Isnin ini bertujuan untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor bagi mengembalikan kuasa raja-raja Melayu, khususnya dalam isu pelantikan Pegawai Kewangan negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-undang.

Tiada majlis ‘pembukaan Dun’, Badrul Hisham bohong- Speaker Selangor

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah berbohong apabila menyatakan beliau hadir ‘majlis pembukaan sidang DUN’ 8 November lalu.

Menurut Speaker DUN, Datuk Teng Chan Kim perkara itu tidak benar kerana tiada sebarang ‘majlis pembukaan’ berlangsung pada hari tersebut sebaliknya ia merupakan sesi pembentangan belanjawan tahunan negeri.

“Saya ingin ambil peluang untuk membidas kenyataan Badrul Hisham bahawa dia hadir pada majlis pembukaan DUN pada 8 November lalu.

“Satu-satunya majlis pembukaan sidang DUN sesi ketiga berlangsung pada 12 April dan dirasmi Sultan Selangor. Sidang pada bulan November itu adalah sesi belanjawan tahunan dan tiada sebarang majlis pembukaan berlangsung,” kata Teng dalam sidang medianya hari ini.

Menurutnya lagi, notis kekosongan kerusi Pelabuhan Kelang dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini. Justeru, SPR sekarang mempunyai 60 hari untuk mengadakan pilihan raya kecil.

Menurut Teng lagi, oleh kerana kerusi DUN Pelabuhan Kelang kini kosong, Badrul Hisham tidak akan dibenar terlibat dalam sidang dewan Isnin ini.

Pulau Pinang tubuh Yayasan Islam

Kerajaan negeri meluluskan penubuhan Yayasan Islam Negeri Pulau Pinang tetapi lokasinya belum dipastikan lagi, kata Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman.

Jelasnya, namun berapa peruntukan belum lagi dinyatakan dengan jelas kerana ia dalam proses mengenal pasti tanah dan perbelanjaan keseluruhan.

"Masyarakat Islam sekali lagi menerima berita gembira apabila Kerajaan Negeri telah meluluskan penubuhan Yayasan Islam Negeri Pulau Pinang.  Penubuhan itu sekaligus boleh meningkatkan syiar Islam selepas Kerajaan Pakatan Rakyat memberikan kenaikan peruntukan untuk Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) berbanding di era pentadbiran Barisan Nasional (BN), " ujarnya ketika ditemui di majlis penyampaikan anak kunci rumah kepada warga emas Encik Taha Daud di Tanah Liat, Bukit Mertajam pagi tadi.

Menurut beliau, pembentukan Yayasan Islam Pulau PInang akan melaksanakan mana-mana tugas yang tidak dimainkan oleh Maipp mahupun Jabatan Agama Islam Pulau PInang (Jaipp).

Golongan profesional akan dipanggil mengendalikan Yayasan Islam Pulau Pinang ini selain mencari perbagai kaedah untuk diketengahkan sebagai cadangan peranan yayasan itu kelak.

"Yayasan itu nanti bukan menjalankan tanggungjawab yang bertindih dengan Maipp dan Jaipp sebaliknya menjalankan aktiviti yang lain asalkan ia melibatkan kepentingan umat Islam sejagat," tegasnya.

Sebelum itu, Yang Dipetua Maipp, Ustaz Elias Zakaria berkata, Pusat Urus Zakat  (PUZ) telah pun memperuntukan RM15 ribu untuk membina rumah Taha Daud yang sebelum ini tinggal keseorangan di rumah usang di Kampung Tanah Liat.

Dengan bantuan itu menjadikan pada tahun 2010 PUZ telah membina 30 buah rumah yang menelan belanja RM900 ribu.

Manakala kerja baik pulih rumah pula melibatkan 164 rumah keseluruhan Pulau Pinang dengan kos RM1.7 juta di tahun yang sama.

"Memandangkan kita tidak mahu ada lagi individu Islam hidup melarat maka PUZ akan membantu bagi meningkatkan emej Islam agar dipandang tinggi oleh masyarakat bukan Islam," terangnya.

Hadir sama dalam program itu ialah Timbalan YDP Maipp, Ustaz Saleh Man, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Hasan Ahmad dan Pengarah PUZ, Dr Azman Samat.

Khamis, Januari 20, 2011

ADUN Merlimau Meninggal Dunia, Satu Lagi PRK Bakal Diadakan

MERLIMAU 20 Jan - Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau daripada Barisan Nasional Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada pukul 3.00 petang tadi akibat serangan jantung semalam.

Kematian ADUN tersebut telah disahkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd Yusof.

Nak Selamatkan Najib Bernama Putar Belit Kenyataan Anwar

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau masih menunggu jawapan Pardana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap pelawaan debat terbuka bekiau berhubung Program 100 Hari Pakatan Rakyat yanggah laporan.

Sambil membidas laporan Bernama yang memetik kenyataannya di Alor Setar semalam yang kononnya mengatakan beliautidak mahu berbahas secara terbuka dengan Najib, Anwar berkata pendiriannya berkenaan isu tersebut tidak berubah.

"Saya memandang serius laporan Agensi Berita Nasional (Bernama) bahawa saya tidak mahu berbahas secara terbuka dengan Dato' Seri Najib Razak.

"Laporan tersebut kononnya memetik kenyataan saya di Alor Setar seusai Majlis Wacana Maqasid Syariah di Kolej Insaniah Alor Setar petang tadi (semalam).

"Saya tegaskan di sini, saya sedikitpun tidak berganjak dari kenyataan sebelumnya serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa YAB Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya," kata Anwar.

Beliau berharap Bernama agar menarik balik serta membetulkan laporan bertarikh 19 Januari 2011 yang berjudul "Saya Tidak Ajak Perdana Menteri Berdebat, Hanya Berbincang - Anwar".
 

Khir Beri Shamsuddin Lima Projek Runding Terus

Kerajaan Negeri Selangor  sedia maklum dengan kes melibatkan mantan Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo yang berdepan  tindakan mahkamah kerana didakwa terlibat dalam gejala rasuah.

Kerajaan Negeri Selangor yang kini ditadbir Pakatan Rakyat tidak terlibat dengan pemberian projek secara runding terus kepada syarikat-syarikat  yang dimiliki Shamsudin Hayroni.

Bagi mengelak timbul spekulasi dan tanggapan buruk terhadap Kerajaan Negeri Selangor menjelang perbicaraan kes Dr Khir, Kerajaan Negeri telah mengarahkan maklumat lanjut diperolehi melibatkan projek-projek yang telah diberikan kepada Shamsuddin Hayroni ketika Dr Khir menjadi Menteri Besar.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 16 Disember 2010 membuat keputusan supaya maklumat tentang jenis projek dan nilai projek yang diberikan kepada syarikat milik Shamsuddin Hayroni didedahkan untuk pengetahuan umum.

Sebanyak lima projek runding terus telah diberikan kepada Majulia Sdn Bhd dengan nilai projek berbeza iaitu:

1. Pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16,Fasa 1 dengan nilai RM22,880,000
2. Pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 fasa 2 dengan nilai RM61 juta
3. Cadangan merekabentuk, membina dan menyaipkan bangunan Perpustakaan Selangor Maju bernilai RM71,080,000
4. Cadangan membina dan menyiapkan jalan dari Simpang B15/B11 Lama Daerah Sepang bernilai RM73,750,871.53
5. Cadangan projek pembangunan sebuah stadium terbuka, sebuah pencawang elektrik, dua kebuk dan satu unit loji kumbahan atas sebahagian tapak Kompleks Sukan atas tanah kerajaan, mukim Dengkil bernilai RM14,999,000.00

Sementara itu, dua lagi syarikat milik Shamsuddin iaitu Getrahome Sdn Bhd dan Kanasutra Sdn Bhd telah diberikan  projek secara penswastaan.

Getrahome Sdn Bhd mendapat projek pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah seluas 134.57 ekar mukim Dengkil, Daerah Sepang bernilai RM16 juta pada tahun 2000.

Kanasutra Sdn Bhd pula diberikan projek cadangan pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah kerajaan lot 5395 dan 5396 Mukim Dengkil pada 2005 bernilai RM14 juta. Bagaimanapun, MMKN pada 27 Januari 2010 telah membatal dan menarik balik projek berkenaan.

Pendedahan maklumat ini dibuat bagi memastikan Kerajaan Selangor dan kakitangan awam tidak dikaitkan dalam perbicaraan kes Dr Khir dan Shamsuddin Hayroni.

Ini juga sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran yang didokong oleh Pakatan Rakyat yang sama sekali menolak sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin dan ahli politik demi kepentingan peribadi.

Dr Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Kerajaan Negeri berpendapat maklumat yang diberikan ini dapat membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan.

FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA MENTERI BESAR SELANGOR

Sidang 24 Jan diteruskan jika 1/3 Adun hadir

Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor pada 24 Januari ini akan diteruskan sekiranya cukup satu pertiga daripada ahlinya hadir, kata speaker, Datuk Teng Chang Khim.

Menurut Teng, mengikut peraturan tetap dewan dan Undang-undang Tubuh Negeri, sidang boleh diteruskan apabila kehadiran Adun cukup satu pertiga daripada jumlah Adun, tidak termasuk speaker.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita mengenai adun BN yang dikatakan tidak akan menghadiri sidang berkenaan.

"Mengikut peraturan tetap dan juga mengikut Undang-undang Tubuh Negeri, selagi ada satu pertiga yang hadir maka kita cukup korum  untuk mengadakan mesyuarat iaitu satu per tiga daripada jumlah ahli dewan kecuali speaker," katanya pada sidang media di Dewan Annex, dekat sini hari ini.

Sidang Dun ini bagi membentangkan cadangan pindaan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 atau Perlembagaan Negeri.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memperkenan cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengadakan sidang berkenaan.

Teng juga berkata, tidak timbul soal sidang tidak dapat diteruskan tanpa kehadiran Adun BN kerana apa yang penting satu pertiga ahli hadir untuk membolehkan mesyuarat berlangsung.

Ujarnya, undi dua pertiga juga tidak diperlukan untuk meminda Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor.

"Itu bukan masalah saya. Kalau cukup korum satu pertiga daripada ahli hadir maka saya akan mulakan mesyuarat. Kalau katakan ada pindaan perlembagaan maka undi dua pertiga diperlukan.

"Kalau tidak ada pindaan perlembagaan, hanya ada sama ada pindaan kepada enakmen ataupun hanya ada rang undang-undang yang baru maka ia tidak memerlukan dua pertiga tapi hanya majoriti mudah.

"Setakat ini saya tidak pasti lagi dan itu harus ditanya kepada menteri besar," katanya.

Khalid sebelum ini berkata, pindaan yang dilakukan kerajaan Selangor berhubung Perkara 52 di Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dengan menggantikan Fasal (1) dengan Fasal yang baru.

Pindaan itu bagi mengembalikan semula prosedur untuk pelantikan tiga penjawat awam itu seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Negeri sebelum ia dipinda pada 1993.

Pakatan Rakyat jumpa SPR 24 Januari

Pakatan Rakyat akan mengadakan pertemuan khas dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 24 Januari ini di ibu pejabat SPR di Putrajaya, jam 3 petang, bagi membincangkan lima perkara penting.

Perkara-perkara yang akan dibincangkan itu termasuklah cadangan undi proksi oleh SPR, persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi kerusi Parlimen dan Dun, isu-isu lalu yang belum selesai termasuk undi pos dan pendaftaran pemilih.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menjelaskan, selain itu, dalam pertemuan itu juga akan turut dibincangkan tentang penubuhan kem askar wataniah seperti yang dicadangkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi dan peraturan-peraturan baru bagi perjalanan pilihanraya yang akan diperkenalkan oleh SPR.

Menurut beliau, perkara-perkara itu perlu dibincangkan bagi melahirkan perjalanan pilihanraya yang telus, adil dan bebas menepati prinsip demokrasi yang diamalkan di negara kita.

"Pertemuan itu adalah susulan dari surat yang telah saya hantar kepada SPR pada 17 Januari lalu bagi mewakili Pakatan Rakyat. Surat saya itu telah dijawab oleh SPR dan pertemuan itu pula tetap ditetapkan sendiri oleh pihak SPR pada hari dan waktu itu," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Menurut beliau, Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP akan diwakili 2 orang wakil setiap parti, manakala PAS akan diwakili oleh beliau sendiri dan Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Perbincangan tentang undi proksi seperti yang dicadangkan oleh SPR, katanya, perlu diadakan kerana ia dilihat boleh mengganggu perjalanan pilihan raya yang telus, adil dan bebas seperti yang kita ingini dan disebut oleh SPR sendiri.

"Undi adalah rahsia. Tapi bila buat proksi atau wakil, ia tidak lagi menjadi rahsia. Selain itu, proksi itu pula mungkin bukan orang sebenar, tetapi yang menerima upah. Dibimbangi juga kalau-kalau undi proksi itu pengundi hantu. Jadi, banyak pihak yang tak senang dengan cadangan untuk adakan undi proksi.

"Bagi pihak Pakatan Rakyat, Pakatan Rakyat sememangnya menolak undi proksi kerana ia sebenarnya bercanggah dengan demokrasi," katanya.

Perbincangan tentang persempadanan semula kawasan pilihanraya bagi kerusi Parlimen dan Dun, menurut beliau, perlu diadakan kerana persempadanan semula kawasan pilihanraya sudah lama tidak diadakan iaitu sejak tahun 2003, terutama bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis.

"Sedangkan mengikut peraturan, persempadanan semula patut dilakukan sehingga tempoh 8 tahun. Jadi, ini merupakan suatu perkara penting yang perlu diambil tindakan oleh SPR yang akan turut kami bangkitkan dalam pertemuan itu nanti," jelasnya.

Menyentuh tentang isu-isu lalu yang belum selesai, antara lain, beliau akan memberikan pandangan kepada SPR agar pihak SPR melakukan pendaftaran secara langsung terhadap pemilih, dengan kaedah perhubungan langsung antara SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Dengan cara itu bukanlah bermaksud memaksa orang mengundi, tetapi memudahkan mereka mengundi kerana dapat mengatasi masalah para pengundi yang berkelayakan menjadi pengundi tercicir dari daftar pemilih.

Katanya, perbincangan tentang cadangan Datuk Zahid untuk menubuhkan kem askar wataniah pula perlu dilakukan bagi mengelakkan parti pembangkang menjadi mangsa.

"Ini kerana kewujudan kem itu mungkin akan turut melahirkan undi pos yang lazimnya menguntungkan BN sendiri," tegasnya.

Kini, jelas beliau, turut kedengaran cadangan dari SPR untuk melaksanakan beberapa peraturan baru bagi pilihanraya termasuk pada pilihanraya kecil Dun Tenang 30 Januari ini.

"Kita ingin tahu apakah peraturan-peraturan baru yang ingin diperkenalkan oleh SPR itu. Dengan itu bolehlah kita bincangkan dengan lebih jauh untuk kepentingan semua pihak," katanya.

Guan Eng: Projek ETP punca ketirisan, bukannya dasar Pakatan

Pakatan Rakyat mendakwa pentadbiran Najib sekali lagi membuktikan kerajaan pusat bakal merekodkan ketirisan besar ekoran pengumuman 19 lagi projek permulaan (EPP) Program Transformasi Ekonomi (ETP) — yang menurut kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal menjana pelaburan hampir RM67 bilion dan 35,000 pekerjaan baru.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, ia terbukti apabila kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memerlukan RM67 bilion untuk mewujudkan hanya 35,000 pekerjaan baru ataupun hampir RM2 juta untuk setiap satu pekerjaan baru.

“Adakah RM2 juta diperlukan untuk wujudkan satu pekerjaan baru? Ia memang satu rekod,” kata Lim lagi.

“Jumlah besar RM2 juta untuk setiap satu pekerjaan baru menunjukkan ketirisan ekonomi dalam bentuk amalan rasuah dan penyelewengan kewangan yang hanya boleh diatasi dengan kemenangan Pakatan dalam pilihan raya besar akan datang,” kata beliau.

Pada 11 Januari lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan 19 lagi EPP di bawah ETP yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion, RM36 bilion pendapatan kasar negara dan mewujudkan 35,000 pekerjaan baru.

Sebelum itu sebanyak 18 EPP telah diumumkan sejak ETP dilancarkan pada 25 Oktober 2010.

Kesemua projek 19 EPP dan pembangunan itu akan dilaksanakan di bawah 10 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), yang diterajui oleh empat EPP di bawah NKEA minyak, gas dan tenaga.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata adalah jelas tindakan itu akan memufliskan negara, bukannya Program 100 Hari Pakatan.

“Sebaliknya Program 100 Hari Pakatan akan selamatkan negara dengan pulihkan ekonomi negara.

“Jangan lupa bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala sendiri yang telah pun menyatakan bahawa Malaysia mungkin bankrap pada 2019,” kata Lim ketika berucap pada Majlis Tertutup Bengkel Pilihan Raya Kebangsaan DAP di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Program 100 Hari Pakatan diumumkan menerusi Buku Jingga pada konvensyennya bulan lalu.

Kata Lim, BN mungkin lupa dengan projek mega ini tidak ada kena-mengena dengan masalah rakyat biasa yang berpendapatan rendah.

Lim menambah Malaysia mengalami ketidakadilan perbezaan pendapatan antara kaya dan miskin yang paling tinggi di Asia Tenggara.

“Kumpulan termiskin golongan bawah 40 peratus penduduk hanya memiliki 14.3 peratus pendapatan negara sedangkan golongan atas 20 peratus memiliki 50 peratus pendapatan negara.

“Dengan kata lain lebih 10 juta rakyat Malaysia dalam golongan bawah 40 peratus penduduk menerima purata pendapatan RM1,500 sebulan,” katanya.

Justeru kata beliau, golongan ini yang akan dibantu menerusi Program 100 Hari Pakatan Rakyat yang di antara lain manambah insentif kepada anggota kerajaan tertentu, bantu peneroka Felda, wang penghargaan warga emas RM1,000 setiap tahun, khidmat wifi percuma untuk semua pekan di seluruh Malaysia, menghapuskan tol lebuh raya dan juga mengurangkan harga minyak untuk orang miskin.

Kata Lim, Pakatan bukan cakap sesuka hati kerana ia telah pun dilaksanakan di negeri-negeri di bawah pemerintahan perikatan tiga parti itu.

Sungguhpun banyak program telah dijalankan oleh kerajaan negeri yang di bawah Pakatan, tidak ada satu negeri pun yang bangkrap, katanya.

“Sebaliknya ia lebih kukuh seperti Pulau Pinang yang telah dipuji dua tahun berturut-turut oleh Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan 2009. Malah Pulau Pinang dianggap sebagai mempunyai prestasi terbaik di negara pada 2009,” katanya.

Lim menjelaskan, ketirisan ekoran penyelewengan kewangan dan amalan rasuah setahun melibatkan sekurang-kurangnya RM28 bilion setiap tahun dalam kerajaan persekutuan.

“Bila ketirisan dihapuskan banyak program memanfaatkan rakyat boleh dibuat seperti wifi percuma dan menghapuskan tol.

“Oleh itu banyak Program 100 Hari Pakatan seperti membayar RM1,000 setiap tahun kepada warga emas melebihi 60 tahun boleh dilaksanakan,” katanya.

Beliau berpendapat dengan 2.1 juta warga emas, pembayaran RM1,000 setahun hanya melibatkan RM2.1 bilion setahun yang tidak sampai 10 peratus RM28 bilion.

“Ada baki lagi. Inilah yang harus dikongsi bersama dengan rakyat di bawah dasar ekonomi berjiwa rakyat Pakatan,” katanya lagi.

Selasa, Januari 11, 2011

PAKATAN Hanya Perlukan RM19 Bilion Untuk Rakyat

Kenyataan Perdana Menteri kononnya Janji 100 Hari Pakatan Rakyat tidak dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan lagi UMNO/BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta. Maka memandangkan isu ini mendesak dan menyentuh kepentingan rakyat dan negara, kami syorkan diadakan satu debat terbuka.

Tuduhan beliau bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, UMNO/BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung. Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50% buat kali pertama dalam sejarah negara.

Hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7% dari KDNK. Malapetaka ekonomi ini berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri sekarang sebagai Menteri Kewangan. Dalam tahun 2010, kerajaan melancarkan 19 program menjual bon yang membabitkan hutang tambahan bernilai RM58.1 bilion.

Tabiat berhutang UMNO/BN akan diperhebatkan tahun ini. Pada 14 Disember 2010, Bank Negara Malaysia mengumumkan kerajaan akan menjual 29 bon tambahan dalam tahun 2011. Menurut anggaran Institut Penyelidikan RHB, penjualan 29 bon ini akan membabitkan hutang baru kerajaan persekutuan berjumlah RM83 bilion.

Makanya, alasan Perdana Menteri untuk menolak Janji 100 Hari Pakatan Rakyat perlu dikaji dengan berlatar belakangkan perkara-perkara ini. Malaysia sememangnya sedang menuju ke gerbang kemuflisan jika UMNO/BN terus berhutang sewenangnya seperti sekarang – tetapi ia bukanlah disebabkan oleh Janji 100 Hari Pakatan Rakyat. Malaysia akan muflis akibat ketagihan UMNO/BN kepada pembaziran dan rasuah yang berleluasa, demi mempertahankan sistem kroni kapitalisme yang didokong UMNO/BN.

Contoh-contoh pembaziran UMNO/BN sudah diketahui rakyat. Perdana Menteri terlampau taksub dengan bangunan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion, sedangkan isu perumahan mampu milik meruntun golongan berpendapatan rendah dan orang muda. Kerajaan UMNO/BN akan mengugut bahawa negara akan muflis setiap kali Pakatan Rakyat memperjuangkan imbuhan tambahan para guru, tetapi ia tidak rasa bersalah apabila meluluskan kontrak RM77 juta kepada APCO. Senarainya terlalu panjang untuk dihuraikan disini.

Oleh itu, tindakan pertama Kerajaan Pakatan Rakyat adalah melancarkan perang habis-habisan menentang rasuah di setiap peringkat, bermula dengan pemimpin-pemimpin kanan politik. Ini akan menyelamatkan RM28 bilion yang tiris dari Perbendaharaan setiap tahun akibat rasuah, seperti yang dianggarkan oleh Ketua Audit Negara.

Selepas itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan menstrukturkan semula sistem subsidi untuk memansuhkan subsidi korporat yang hanya mengkayakan beberapa kerat kroni. Jumlah RM19 bilion subsidi korporat yang ditanggung oleh PETRONAS untuk membayar IPP milik kroni akan dipulangkan kepada Perbendaharaan. Kita juga akan menyemak semula sistem konsesi toll untuk memansuhkan bayaran pampasan RM4 bilion setiap tahun yang kini ditanggung kerajaan.

Dua tindakan yang mudah ini akan memulangkan RM51 bilion kepada rakyat – lebih dari cukup untuk melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat yang jumlahnya hanyalah satu pertiga dari jumlah yang diselamatkan:
1.Imbuhan khas perguruan berjumlah RM500 sebulan menelan belanja RM3.2 bilion setahun.
2.Jaminan Pakatan Rakyat bahawa subsidi minyak akan dikekalkan untuk golongan berpendapatan rendah akan melibatkan penstrukturan semula sistem subsidi, supaya hanya golongan yang berkelayakan menikmati subsidi minyak. Kos subsidi di bawah sistem sebegini dianggarkan berjumlah RM4 bilion setiap tahun.
3.Kerajaan Pakatan Rakyat akan meneruskan subsidi gas memasak, berjumlah RM4 bilion setiap tahun.
4.Penstrukturan semula sistem tol di bawah PLUS dianggarkan menelan belanja RM23 bilion, berdasarkan harga pasaran yang ditawarkan oleh Khazanah dan KWSP. Kos tambahan yang perlu ditanggung kerajaan untuk mengambil alih operasi dari pemegang saham minoriti dianggarkan berjumlah RM8 bilion.
Justeru, jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat hanyalah RM19.2 bilion; yakni sama dengan subsidi korporat yang diberikan kepada IPP milik kroni setiap tahun. Jumlah ini adalah terlampau sedikit berbanding RM51 bilion yang hilang setiap tahun akibat ketirisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan bersenang-lenang.

Janji-janji lain seperti skim air percuma dan skim wi-fi percuma telah pun dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Kami telah membuktikan ia mampu dilaksanakan.

Oleh yang demikian, Perdana Menteri tidak boleh berdolak dalih lagi kenapa UMNO/BN tidak mahu melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat apabila rakyat tahu bahawa ia mampu dilaksanakan. Tabiat berhutang UMNO/BN yang membebankan generasi akan datang adalah sangat tidak bertanggungjawab, apatah lagi apabila wang yang dipinjam tidak dibelanjakan untuk rakyat.
 
DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
11 JANUARI 2011
 

PRU: Kedah bayangkan tidak ikut pusat

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak membayangkan negeri itu tidak semestinya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan Pilihan Raya Umum (PRU) peringkat pusat.

Menurut Menteri Besar, pembubaran DUN Kedah bergantung kepada keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan rakyat (PR) yang bersepakat untuk memutuskan sendiri tarikh PRU bagi negeri-negeri yang dikuasai.

Ketika ini PR menguasai empat buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

"Bagi kerusi DUN, kehendak kerajaan BN (menentukan tarikh pilihan raya umum) tidak semestinya menjadi ikutan (negeri)," kata beliau dalam pertemuan dengan seorang wakil media.

Bagaimanapun kata Azizan dalam kontek kerusi parlimen, PAS akan menyertainya tidak kira waktu bila pilihan raya itu akan diumumkan oleh kerajaan pusat.

"Kita tidak akan beri ruang sedikit pun kepada BN walaupun pilihan raya akan diadakan dalam masa terdekat. Tapi bagi negeri yang kita kuasai, ia bergantung kepada Majlis Pimpinan PR untuk memutuskan bila DUN akan dibubarkan," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah.

Pembubaran DUN walaupun lazimnya dilakukan selepas pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum dijalankan serentak tetapi Menteri Besar mempunyai kuasa untuk mengadakan pilihan raya negeri dengan mendapat perkenan Sultan.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang turut menegaskan untuk tidak membubarkan DUN sekiranya kerajaan pusat mengadakan pilihan raya umum tergempar atau dalam masa terdekat.

Keputusan yang diambil hasil perbincangan pimpinan PR peringkat negeri itu antaranya mengemukakan alasan mahu menggunakan mandat lima tahun sepenuhnya bagi melaksanakan janji-janji kepada rakyat tanpa terikat dengan rentak Barisan Nasional.

Mengulas lanjut tentang tarikh pilihan raya umum yang sentiasa menjadi teka-teki di negara ini, Azizan menasihatkan pimpinan kerajaan BN supaya tidak lagi mengamalkan sikap demikian.

Kata beliau, rakyat hari ini tidak boleh diperbodohkan sepertimana yang dilakukan sebelum ini kerana sebahagian besar rakyat sudah celik politik malah menyedari apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Selain itu kata beliau, teka-teki tarikh pilihan raya yang menjadi permainan BN langsung tidak menggusarkan Pakatan Rakyat (PR), sebaliknya BN yang takut untul mengumumkan tarikh PRU sekiranya mereka merasa sukar untuk mendapat kemenangan.

Pinda Perlembagaan: DUN Selangor bersidang 24 Januari

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan bersidang pada 24 Januari ini untuk meminda undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Dalam kenyataan pejabat speaker DUN S'gor hari ini, Datuk Teng Chang Khim telah mengarahkan setiausaha DUN supaya memaklumkan perkara itu kepada semua ADUN Selangor.

selangor adun ceremony 220408 teng chang kimSidang tersebut diadakan mengikut Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.

Menurut kenyataan itu, speaker memanggil mesyuarat tersebut selepas berpuashati dengan alasan yang dikemukakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, bahawa kepentingan awam berkehendakkan mesyuarat tersebut diadakan lebih awal dari tarikh DUN ditangguhkan.

"Urusan perkara mesyuarat dan kertas-kertas mesyuarat berkenaan akan diedarkan kepada Ahli Dewan kemudian selepas ianya ditetapkan oleh menteri besar," tambah kenyataan itu.

Semalam, Khalid dilaporkan berkata, kerajaan negeri sudah melantik pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Datuk Abdul Aziz Bari, dan peguam Datuk Param Cumaraswamy, bagi menyediakan draf pindaan Seksyen 52 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Ia membabitkan cadangan untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan kepada negeri dan sultan, kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang. 

'Mengapa ada dwi standard, Rais?'

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim mempunyai tanggunjawab untuk menjelaskan mengapa terdapat dwi-standard apabila laporan berita negatif yang membabitkannya ditapis manakala berita buruk membabitkan yang lain disiarkan, kata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Pada sidang akhbarnya di ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, Anwar berkata terdapat dua set undang-undang di negara ini, khususnya jika ia membabitkan seorang menteri atau perdana menteri.

Anwar merujuk kepada cara maklumat disekat. Beliau mengambil contoh, bagaimana pendedahan kontroversial laman sesawang Wikileaks berhubung Datuk Seri Najib Razak ditapis.



"Wikileaks juga merujuk kepada pembunuhan Altantuya dan usaha oleh perdana menteri bagi melindungi dirinya daripada didakwa.

NONE"Terdapat dakwaan atau kenyataan dari Wikileaks, - pertama kepimpinan negara (Malaysia) tidak kompeten, kedua; Najib adalah oportunistik dan ketiga, beliau akan melakukan apa yang terdaya bagi mengelakkan dirinya daripada didakwa berhubung kes pembunuhan Altantuya.

"Mengapa ini disekat? Mengapa apabila ada rujukan ke atas Anwar, awak menghebahkannya?

Siapa kata Rais bersalah?

Anwar, yang juga ketua umum KEADILAN juga menafikan beliau atau mana-mana pemimpin KEADILAN membuat kenyataan mempersoalkan pembabitan Rais dalam dakwaan terpalit dengan kes perogolan amah Indonesia pada 2007.

azlanAmah berkenaan juga telah menafikan dakwaan berkenaan dan disebarkan secara meluas di internet.

Gerakan baru-baru ini mengeluarkan kenyataan media memberi amaran kepada KEADILAN supaya berhenti mempersoalkan Rais berhubung kejadian itu.

rais yatim"Kita tidak pernah membuat keputusan dan saya tidak ada mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu. Tetapi ada dakwaan, ada penafian, ia siasatan terbuka. Saya tidak pernah mengandaikan Rais itu bersalah.

"Adakan siasatan bebas yang berkecuali. Pendirian kita adalah jelas, kita belum mengeluarkan kenytataan dan jika dapati ada ahli yang membuat tuduhan liar, kita akan menasihatkan mereka. Kita mesti hormati undang-undang,” katanya.
 

Anwar cabar Najib berdebat polisi ekonomi

Ketua umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk berdebat untuk menentukan siapa mempunyai dasar ekonomi yang lebih baik untuk negara.

anwar and najib and budget malaysiaMenurut Anwar, adalah wajar bagi Najib menerima pelawaan berdebat kerana Najib sering-kali mempersoal dan memperlekehkan dasar Pakatan serta perangkaan ekonomi yang dikemukakan dalam rancangan 100 hari transformasi Pakatan Rakyat.

"Oleh kerana Najib secara terbuka mengkritik Program 100 Hari dan mendakwa ia akan membawa kehancuran ekonomi kepada negara seperti yang dialami Greece, saya mengusulkan debat terbuka diadakan.

"Sebagai pemimpin kerajaan dan Perdana Menteri, beliau sewajarnya menyahut cabaran ini untuk berdebat dengan saya. Biar rakyat menentukannya kemudian," katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.

Katanya, serangan terbaru perdana menteri ke atas polisi Pakatan bukan sahaja tidak berasas malah polisi ekonomi yang diguna-pakai BN adalah punca hutang negara kini mencecah RM362.39 bilion atau 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar.
 
Hutang lebih 50 peratus KDNK

umno and corruption bribe moneyAnwar berkata dengan menangani hanya dua masalah - rasuah dan ketirisan serta memotong subsidi kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) - Pakatan akan mampu menjimatkan negara RM51 bilion.
 
"Hakikatnya Umno-BN yang berhutang setiap tahun. Laporan Ketua Audit Negara dikeluar 25 Oktober 2010 menyatakan hutang negara sekarang melebihi 50 peratus buat kali pertama dalam sejarah.

“Hutang kerajaan 2009 meningkat kepada RM 362.9 bilion atau 53.9 peratus KDNK. Angka ini bertambah di bawah pentadbiran Datuk Najib," kata Anwar yang juga ketua pembangkang.

Menurutnya, program 100 hari Pakatan Rakyat itu bertujuan mengurangkan beban yang dihamparkan oleh Umno kepada rakyat marhaen yang semakin dihimpit denga kenaikan harga barangan asas dan pendapatan yang mengucup.

Anwar mendakwa kira-kira 40 peratus daripada rakyat negara ini, masih dalam lingkungan pendapatan RM1,500 sebulan dan sebahagian besar daripada mereka adalah orang Melayu dan golongan bumiputera lain.

'Umno begitu dangkal'
 
Beliau berkata pemimpin-pemimpin Umno begitu dangkal mempersoalkan janji Pakatan untuk memberikan imbuhan tambahan RM500 kepada pendidik bagi mengiktiraf kepentingan profesyen itu tetapi berpeluk tubuh apabila Najib membayar RM77 juta kepada Apco, syarikat perunding pro-Zionis untuk memulihkan imejnya yang tercalar.

azlan"Kita boleh senarai pelbagai fakta. Tidak baik untuk mempermain dan perolok program kita semata kerana nak bagi RM500 elaun tambahan kepada guru sedangkan mereka bayar RM 77 juta kepada Apco. Keutamaan inilah yang membimbangkan kita," kata Anwar.

Memberi pecahan kewangan program 100 Hari Pakatan Rakyat, Anwar berkata imbuhan tambahan RM500 kepada para guru akan menelan belanja sebanyak RM3.2 bilion, manakala subsidi minyak dan gas memasak RM8 bilion, dan penstrukturan sistem tol sebanyak RM 8 bilion.

plus highway sg besi 180205 aerial view 01Anwar berkata Najib harus tampil secara terbuka berbahas dengan beliau untuk memperinci Program 100 hari supaya rakyat boleh mendengar dan membuat keputusan terbaik demi masa depan mereka.

Beliau berkata apa yang jelas sekarang ialah kerajaan pusat memberikan syarikat kroni subsidi yang jauh melebehi subsidi yang diberikan kepada rakyat.

"Empat, lima syarikat kroni IPP dapat subsidi RM 19 bilion. Seluruh rakyat Malaysia dapat subsidi RM11 bilion. Kerajaan takut berdepan dengan syarikat kroni yang kaya, " kata Anwar.
 

Jumaat, Januari 07, 2011

Kontraktor Melayu mohon maaf kepada Guan Eng

Dalam satu tindakan yang mengejutkan hari ini, pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pulau Pinang, Datuk Mohamed Fadzill Hassan memohon maaf kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng ekoran pelbagai serangan yang dibuat terhadapnya.

Mohammed Fadzill berkata, beliau telah meminta maaf di atas kenyataan kerana kontraktor Melayu mahu bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri.

"Kami ingin memulakan era baru dan menyelesaikan masalah (antara kita)," tambahnya yang turut diiringi oleh sekumpulan wakil, ketika mengadakan pertemuan dengan Lim.

NONELim (tengah), yang mengadakan sidang akhbar tergempar di Komtar hari ini
berkata, Mohammed Fadzill memohon maaf di atas kenyataan-kenyataan yang sebahagian besar dibuat dalam akhbar Melayu.

"Kenyataanya yang sebahagian besarnya dalam akhbar Melayu menyerang saya dan kerajaan negeri...," katanya sambil menegaskan bahawa mereka mahu menyelesaikan perkara itu dan memulakan hubungan baru.

"Jadi Fadzill telah menarik kenyataanya dan memohon maaf, kita menerimanya ... ini satu perkembangan yang baik," tambahnya.

Beliau merujuk kepada serangan terbaru Mohamed Fadzill yang mendakwa bulan lalu bahawa masyarakat Melayu hanya diberikan projek yang tidak signifikan nilainya.

Beliau telah dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai mencabar Lim memberikan butir-butir terperinci mengenai projek-projek terbabit.

Kerajaan negeri kemudiannya mengumumkan perangkaan yang menunjukkan kontraktor Melayu mendapat hampir kesemua projek di bawah pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Rekod kerajaan negeri menunjukkan 94 peratus kontrak Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri diberikan kepada kontraktor Melayu manakala kesemua kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran diberikan kepada kontraktor Melayu.

Lim mengulangi bahawa kerajaan negeri tidak menyenarai-hitamkan sebarang kontraktor, tetapi memastikan mereka yang mendapat kontrak harus bertanggungjawab dan tidak menjadi kroni dari mana-mana pihak.

Dengan perkembangan terbaru itu, katanya - walaupun tiga tahun terlambat - merupakan satu kemenangan bagi kontraktor Melayu dan kerajaan negeri.

Kerajaan negeri, katanya, mahu menjalinkan hubungan yang sihat dan terancang yang berdasarkan kepada fakta dan bukan emosi.

Tambahnya, ada antara kontraktor Melayu yang terbaik di negara ini kerana beliau telah menyaksikan kualiti kerja mereka.

"Hanya kontraktor Umno yang buat bising sekarang (kerana mereka tidak dapat kontrak), bukan kontraktor Melayu," tambah Lim.
 

MPSP dapat pinjaman RM40 juta kerajaan negeri

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Mokhtar Jait mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana terus membantu RM40 juta untuk memperkukuhkan MPSP terutamanya pembiayaan pembinaan bangunan ibu pejabat di Bandar Perda, Permatang Pauh.

Ucapan tersebut diluahkan sempena Majlis Penerimaan Jawatan Ahli Majlis MPSP 2011 pagi tadi di mana tambahan pinjaman tersebut dijangka dapat mengurangkan kos mengurus sehingga RM100,000 sebulan.

"Terima kasih pada kerajaan negeri kerana prihatin meluluskan pinjaman tambahan sebanyak RM40 juta untuk melihat MPSP terus maju dan mengurangkan kos mengurus setiap bulan," tambahnya.

Pada tahun lepas kerajaan negeri telah memberikan pinjaman sebanyak RM10 juta untuk pembelian kenderaan bagi meningkatkan urusan kutipan dan pengangkutan sisa pepejal.

Pada tahun lepas katanya, MPSP telah memperolehi beberapa kejayaan antaranya memperolehi persijilan MS ISO 9901:2008 pada 1 Mac 2010 di mana kemenangan itu merupakan PBT pertama di Malaysia dan di Pulau Pinang selepas Mahkamah Syariah.

MPSP mendapat tempat pertama dalam pengurusan kewangan di peringkat negeri manakala dalam katogari pengurusan kaunter dan laman webs memperolehi  naib johan di samping berjaya melaksanakan Businee Process Reangineering kepada sekurang-kurangnya sembilan proses kerja.

Katanya, MPSP turut  mencipta alat pencegah kecurian kabel lampu jalan dan telah mengemukanan kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia untuk mendapatkan patens right.

Terkini MPSP menyertai Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan di Peringkat Kebangsaan dan pada hari Khamis pasukan MPSP telah membuat pembentangan di Kementerian Kewangan walaupun terpaksa bersaing dengan banyak kementerian. 

"Itulah antara kejayaan MPSP sepanjang tahun 2010 yang lalu kerana kita tahu bercakap memang mudah tetapi bukan senang untuk mewujudkan satu pasukan yang ada kebolehan dan keupayaan melaksanakanya," tegasnya.

Selain Ketua Menteri, Lim Guan Eng, turut hadir di majlis berkenaan ialah Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang, Dato' Mansor Othman, TKM 2 Prof Dr Ramasamy, Pengerusi Jawatankuasa MMK Kerajaan Tempatan dan Pengerusi Lalulintas Negeri, Chow Kon Yeow, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainal Rahim Seman, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farizan Darus dan Ahli Dewan Undagnan Negeri.

Kerajaan negeri bantu penduduk Jelutong

Kerajaan Negeri Pulau Pinang banyak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk di Jelutong khususnya dalam isu penduduk Kampung Pokok Asam yang didakwa tidak dibela.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Jelutong, Mohd Naser Ismail dalam pertemuan dengan beliau, semalam.

Menurutnya, janji kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR) tidak akan membiarkan penduduk kampung ini melarat atau tidak dibela nasib mereka.

"Semua pemilik rumah asal di Kampung Jalan Pokok Asam, pada peringkat awalnya tidak memperolehi sebarang bayaran pampasan.

“Ekoran itu kerajaan negeri telah mengadakan perbincangan dengan pihak pemaju dan berjaya memperolehi pampasan bagi kos perpindahan dan memasuki semula rumah yang akan digantikan di kawasan yang sama.

"Sewaan selama tiga tahun akan ditanggung oleh pihak pemaju. Manakala semua penduduk yang terlibat akan menerima rumah gantian yang mana kosnya adalah sebanyak RM75,000 dalam kawasan Jelutong juga," ujarnya lagi.

Beliau yang juga Setiausaha PAS Kawasan Jelutong berkata, penduduk yang belum menerima sebarang pampasan sehingga ke hari ini diharap bersabar kerana usaha kearah itu sedang dijalankan bersama-sama dengan Ahli Parlimen Jelutong, PAS kawasan Jelutong, JKKK dan kerajaan negeri dengan pemaju yang terlibat.

Sebelum ini, katanya pemimpin Umno dan Barisan Nasional melemparkan dakwaan kepada kerajaan negeri dengan pelbagai tuduhan negatif.

Menurutnya, mereka juga mendakwa kerajaan negeri tidak prihatin terhadap masalah penduduk kampung tersebut yang terlibat dalam perpindahan kerana pembangunan projek yang dilaksanakan oleh pemaju.

"Sebenarnya ini bukan masalah baru, ia telah wujud semenjak Umno dan BN menerajui negeri ini lagi. Mereka juga sedar mengenai hakikat ini, tetapi sengaja digembar-gemburkan demi kepentingan politik sempit sesetengah pihak yang berkepentingan," katanya lagi.

UMNO terjerat : Pindaan Perlembagaan 1994, dedah tembelang kemelut di Selangor

Ketika Umno anti Raja-raja Melayu suatu ketika dahulu, dan mahu kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja dikurangkan, presidennya, Tun Mahathir Mohamad telah melakukan pindaan terhadap Perlembagaan dan kini tindakan memerangkap Umno sendiri.

Menegaskan perkara ini, pakar Perlembagaan, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari berkata, Umno terlupa bahawa Perlembagaan telah dipinda oleh pentadbiran Mahathir pada 1994 apabila melalui pindaan itu mempertimbangkan "nasihat" hendaklah difaham sebagai "menerima nasihat".

Beliau berkata, Umno sebenarnya sudah lupa perlembagaan telah mereka pinda dan usaha untuk mensabotaj Kerajaan Selangor akan gagal kerana jalannya sudah ditutup oleh mereka sendiri dahulu.

Kata Aziz, isu penting dalam kontroversi pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor ialah cara perlantikan dan ini perlu ditangani dengan cara yang telah ditetapkan.

Perlembagaan atau Undang-undang Tubuh Negeri Selangor jelas memperuntukkan bahawa Sultan diberi tanggung jawab melantik ahli ex-officio Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) termasuk Setiausaha Kerajaan, tegasnya.

Bagaimana pun, kata beliau, baginda Sultan diminta mempertimbangkan syor Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan sebelum itu mempertimbangkan nasihat Menteri Besar.

Jelas Aziz, nasihat itu mesti dipatuhi oleh sultan.

Aziz berkata Kerajaan Selangor boleh membawa isu ini ke mahkamah untuk mendapat penjelasan, dan bila ditanya tentang kebebasan mahkamah beliau menegaskan itu soal lain.

"Apa yang penting ialah kita ada masalah; yakni pertikaian tentang siapa yang benar dan ini perlu diselesaikan melalui tafsiran undang-undang oleh mahkamah.

"Memang selama ini mahkamah sentiasa mengikut telunjuk Umno. Jadi kita nak tengok kali ini apa mahkamah nak buat. Ke mana hakim nak pergi", jelasnya.

Pensyarah kanan UIAM itu berkata, apa pun keputusan mahkamah Umno tetap dalam dilema dan malu.

Sekiranya mahkamah hendak menyebelahi Umno dalam isu SUK Selangor ini ia terpaksa mengisytiharkan bahawa Pindaan 1994 yang dibuat oleh pentadbiran Mahathir itu tidak sah, dan ini mempunyai kesan yang mendalam selain memalukan Umno sendiri khususnya Mahathir yang sekarang memainkan peranan penting dalam politik Umno, tegasnya.

Dengan kata lain untuk mempertahankan kedudukannya di Selangor, ujar Aziz, Umno perlu mengorbankan ego dan maruah Mahathir.
Ditanya mengenai upacara angkat sumpah SUK di depan Sultan Selangor beliau berkata ia tidak dikehendaki oleh Perlembagaan kerana ia menetapkan bahawa upacara itu perlu dibuat di depan Menteri Besar.

"Walau apa pun angkat sumpah soal kedua, ia tidak berguna sekiranya pelantikannya sudah tidak sah. Yang penting pelantikan itu mesti dibuat dengan betul; yakni mengikut ketetapan Perlembagaan," tegas beliau.

Dalam soal ini Kerajaan Persekutuan, melalui Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan, telah melanggar Perlembagaan kerana mereka tidak ada peranan dan kuasa langsung dalam soal perlantikan SUK di Selangor dan negeri-negeri lain.

Kalau ada pun hanyalah bersifat pentadbiran dan ini perlu dibuat di dalam kerangka undang-undang yang begitu jelas sebagai mana yang dinyatakan tadi, ujarnya lagi.

Aziz juga mempersoalkan mengapa pelantikan SUK itu dibuat dengan tergesa-gesa.

"SUK tidak penting sangat. Lagipun penyandang yang ada boleh berkhidmat sehingga bulan Mac 2011. Mengapa dengan tiba-tiba beliau berhenti?

"Kalau itu tidak dapat dielakkan sekalipun, bukankah ada dua orang Timbalan SUK yang boleh memangku dan menjalankan kerja-kerja SUK?" soal beliau sambil menegaskan perlantikan itu boleh ditangguh dan tidak perlu dibuat dengan pantas.

Beliau menambah, perlembagaan negeri tidak menetapkan tempoh tertentu dan adalah tidak betul apabila Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato' Munir Bani menyalahkan kerajaan negeri yang didakwanya lambat menghantar calon untuk SUK.

Aziz mengimbau perletakan jawatan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada 1997 selepas ditahan di Australia.

"Menteri Besar amat penting kerana beliau adalah tonggak kerajaan. Dalam kes Muhammad itu, Selangor ketika itu sebenarnya tidak ada kerajaan kerana apabila Menteri Besar meletakkan jawatan, semua Exco secara automatik juga meletakkan jawatan bersamanya.

Bagaimanapun Almarhum Sultan ketika itu menyerahkan kepada Mahathir untuk memberi calon baru dan ini mengambil masa beberapa bulan, ujar beliau.

Aziz mempersoalkan sekiranya Selangor boleh bergerak tanpa kerajaan selama beberapa bulan apalah sangat dengan SUK; apatah lagi apabila jawatan itu boleh dipangku oleh pegawai lain. 

Ahad, Januari 02, 2011

Melayu rugi jika tolak Pakatan Rakyat

Orang Melayu di Pulau Pinang akan rugi sekiranya mereka menolak PAS dan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Begitu luahan rasa Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusof Rawa ketika berucap sempena Jubli Perak, PAS kawasan Tasek Gelugor di Sungei Dua semalam.

Kata beliau, sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) masih lagi diberi kuasa maka banyak kerosakan sedia ada akan bertambah seperti kerakusan kuasa, skandal dan penyeleweangan serta ketidakadilan.

Tambahnya, isu PR tidak ambil peduli mengenai nasib orang Melayu di Pulau Pinang sengaja dimainkan oleh Umno dan BN.

Menurutnya, walaupun mereka sedar PR banyak membantu mengatasi masalah yang dihadapi orang Melayu seperti penyelesaian masalah tanah dan perumahan, tetapi mereka tetap memainkan isu itu.

"Sebagai bukti dalam isu penduduk Kampung Pokok Assam di Jelutong, terbukti PAS dengan kerjasama Kerajaan Negeri telah berjaya membela nasib penduduk kampung tersebut apabila persetujuan dicapai melalui cara rumah yang diambil oleh pemaju bagi pembangunan akan diganti dengan rumah yang siap dibina dalam kawasan yang sama.

"Begitu juga dalam masalah tanah perkuburan Islam di Jelutong, turut berjaya diselesaikan oleh PAS dengan kerjasama Kerajaan Negeri. Namun begitu Umno dan BN akan memainkan isu yang diselesaikan dengan elemen lain pula untuk kepetingan politik mereka," ujarnya lagi.  

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, pemerintahan singkat PR di Pulau Pinang telah berjaya mengatasi masalah penempatan orang Melayu di Jelutong yang selama ini tidak mampu diatasi oleh Umno dan BN walaupun menerajui pentadbiran negeri lebih lama dari PR.



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB