BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Jumaat, Julai 31, 2009

Ucapan Takziah daripada KeADILan Pulau Pinang

SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM YB DATO’ HAJI MOHD HAMDAN BIN ABD RAHMAN

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti KEADILAN Rakyat Pulau Pinang dan seluruh ahli-ahli KEADILAN Pulau Pinang dengan ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham YB Dato’ Haji Mohd Hamdan bin Abd Rahman, ADUN Permatang Pasir yang kembali ke rahmahtullah pagi tadi, jam 6.10 di Institut Jantung Negara.

KEADILAN Pulau Pinang turut merasa kehilangan dan dukacita atas kembalinya Allahyarham ke Rahmatullah. Allahyarham yang dikenali sebagai seorang wakli rakyat yang sangat gigih berbakti kepada masyarakat bukan sahaja di DUN Pematang Pasir malah bagi seluruh negeri Pulau Pinang. Khidmat beliau kepada masyarakat tidak pernah mengira sempadan parti politik, kaum dan agama. Sepanjang tiga penggal Allahyarham sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir,Allahyarham sangat dikagumi dan disenangi rakyat.

Jenazah Allahyarham yang tiba di Pusat Khidmat Permatang Pasir pada pukul 2.00 petang telah diziarahi beribu rakyat dan juga pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat. KEADILAN Pulau Pinang turut serta bekerjasama membantu melancarkan pengurusan pengebumian Allahyarham di Masjid Permatang Pasir. Y.B Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut hadir menzirahi keluarga Allayarham untuk mengucapkan takziah.

KEADILAN Pulau Pinang sekali lagi dengan rasa dukacita merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham YB Dato’ Haji Mohd Hamdan bin Abd Rahman. Semoga keluarga Allahyarham harap dapat menerima berita sedih ini sebagai satu ujian dari Allah.

Semoga Allah S.W.T menempatkan Allahyarham bersama orang-orang yang Solleh dan rohnya dicucuri rahmat hendaknya. Amin.


YB DATO' SERI ZAHRAIN MOHAMED HASHIM
Pengerusi, Majlis Pimpinan Negeri Pulau Pinang
Parti Keadilan Rakyat

YB Dato' Ustaz Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia

Al-Fatihah - Dato' Ustaz Mohd Hamdan Abdul Rahman, ADUN Permatang Pasir telah kembali ke Rahmatullah pagi ini jam 6.10. Jenazah masih berada di IJN Kuala Lumpur. Jenazahnya akan dikebumikan jam 5 petang di Permatang Pasir.

Beliau baru saja dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Dato’ sempena ulangtahun Tun Yang Terutama Tun Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Abbas yang ke-71 di Dewan Sri Pinang pagi pada 11 Julai 2009.

Beliau juga pernah menjawat jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri selama 11 tahun selepas Tuan Guru Haji Zabidi Ali meninggal dunia merupakan tokoh PAS pertama negeri ini yang mendapat gelaran sedemikian.

Beliau merupakan ADUN Permatang Pasir selama 3 penggal berturut-turut. Beliau meninggalkan seorang isteri dan enam orang anak.

  • Beliau juga pernah berkhimat sebagai Guru Bahasa di Maktab Sultan Abdul Hamid, Kedah dari tahun 1965 - 1966.
  • Berkhidmat sebagai Pegawai Pentadbir dalam Kerajaan Negeri Kedah mulai tahun 1966 sehingga 1977.
  • Berkhidmat sebagai Pegawai Pentadbir di Jabatan Kastam & Eksais Di Raja Malaysia dari tahun 1977 sehingga 1983.

  • Beliau juga adalah aktivis NGO. Beliau pernah menjadi AJK Majlis Belia Malaysia peringkat negeri (MBN) dalam tahun 1973.
  • Pernah menjadi Pengerusi ABIM Bahagian Alor Setar bandar serta Setiausaha ABIM Negeri Kedah dari tahun 1973 hingga 1976.
  • Pernah menjadi AJK PEMADAM Negeri Pulau Pinang, mewakili PAS negeri dari tahun 1989 - 1999.
  • Menjadi AJK PEMADAM Daerah Seberang Perai Tengah mulai 2008.

Penglibatan beliau dalam Politik:
Pengarah Bilik Gerakan PAS Negeri dari Tahun 1983 - 1986.
Bendahari badan perhubungan PAS negeri Pulau Pinang 1985 - 1989.
Ketua Lujnah Penerangan PAS Kawasan Tasek Gelugor dari Tahun 1984 - 1986.
AJK Lujnah Ekonomi Dewan pemuda PAS Pusat 1985 - 1986.
Yang DiPertua PAS Kawasan Kepala Batas 1989 - 1997.
Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Negeri Pulau Pinang 1990 - 1998.
Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang 1989 - 2003.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang 2007 - 2008.
Ahli Dewan negeri Pulau Pinang. 1999 - sekarang.

Satu kehilangan besar bagi PAS dan juga Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Ini juga bermakna dalam tempoh 60 hari, pilihanraya kecil akan diadakan di Dun Permatang Pasir dalam Parlimen Permatang Pauh.

Parti KeADILan Rakyat Cabang Nibong Tebal mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga Allah SWT merahmati dan meredhoi perjuangannya selama ini serta menempatkan rohnya dikalangan para solihin. Amin...

Khamis, Julai 30, 2009

KeADILan SOKONG PERHIMPUNAN MANSUH ISA 1 OGOS 2009 DI KUALA LUMPUR

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

PARTI KEADILAN RAKYAT SOKONG PERHIMPUNAN MANSUH ISA 1 OGOS 2009 DI KUALA LUMPUR

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang diketuai oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan seluruh jentera keanggotaan KEADILAN bersama dengan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat tekad akan bersama rakyat Malaysia dalam menjayakan Himpunan Mansuh ISA yang bakal berlangsung di ibu kota Kuala Lumpur pada hari esok 1hb. Ogos 2009 yang dianjurkan oleh gabungan pelbagai organisasi termasuk parti-parti politik bersama dengan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN telah bersetuju untuk mengerahkan segala jentera melalui cabang-cabang dan ranting-ranting Parti untuk memberi komitmen sepenuhnya bagi program himpunan esok.

Walaupun pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah berkali-kali mengeluarkan kenyataan media untuk cuba menghalang rakyat Malaysia dari berhimpun secara aman namun KEADILAN yakin perhimpunan serta perarakan MANSUH ISA menghantar memorandum ke Istana Negara boleh diadakan dan akan berlangsung dalam keadaan aman, dan bakal mencatatkan sejarahnya tersendiri.

KEADILAN menyeru agar pihak polis memberi kerjasama menjaga keamanan rakyat Malaysia dan tidak menjadi alat UMNO dan Barisan Nasional dengan cuba menganggu dan mencabuli hak-hak asasi rakyat untuk berhimpun secara aman sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

KEADILAN juga menggesa pihak Polis mempraktikkan profesionalisme dan etika dengan tidak menahan mahupun menangkap sesiapa dengan sewenang-wenangnya hanya semata-mata kerana terdapat arahan atasan untuk mengagalkan dan mengganggu gugat perhimpunan aman Mansuh ISA esok.

KEADILAN sekali lagi menegaskan bahawa selagi Kerajaan Barisan Nasional mengekalkan Akta zalim ini terutamanya sebagai alat untuk menakut-nakutkan rakyat, menekan, mendera dan menahan tanpa bicara sesiapa yang mereka pilih, selagi itu KEADILAN akan meneruskan perjuangan bersama Gerakan Mansuh ISA untuk memastikan Akta zalim ini dimansuhkan.

Selaras dengan prinsip keadilan, dan menghormati hak asasi manusia, KEADILAN mendesak, agar semua orang yang ditahan tanpa bicara di bawah Akta zalim ISA ini dibebaskan dengan serta merta dan sekaligus memansuhkan Akta zalim ISA.

LATHEEFA KOYA
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat

50,000 hadiri demo anti-ISA, Sabtu ini


Tinggal dua hari lagi sebelum perhimpunan besar anti-ISA, kumpulan penentang akta itu yakin mendapat sokongan sekurang-kurangnya 50,000 penunjuk perasaan bagi menyatakan bantahan mereka.

"Berdasarkan maklum balas yang kita terima, sekurang-kurangnya 50,000 orang," kata ahli jawatankuasa Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Norlaila Othman kepada Malaysiakini hari ini.

Norlaila, yang juga isteri bekas tahanan ISA Mat Sah Mohamad Satray, berkata perhimpunan anti-ISA dijangka mendapat lonjakan sokongan ekoran kematian misteri Teoh Beng Hock baru-baru ini.

"Setakat ini kita dapat sambutan baik, antaranya melalui maklum balas daripada ceramah-ceramah," kata Norlaila lagi.

Tambahnya, pihaknya kini mengambil langkah berjaga-jaga untuk berdepan dengan kemungkinan cubaan pihak berwajib mengambil tindakan awal bagi menggagalkan perhimpunan anti-ISA, Sabtu ini.

"Kita berjaga-jaga sekarang. Kita tidak tolak kemungkinan itu," tambahnya.

Norlaila berkata, GMI dijadual menghantar surat kepada pihak polis hari ini, bagi memaklumkan mengenai perhimpunan berkenaan.

Mengenai "Deklarasi Rakyat" menentang akta itu - yang akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong - beliau berkata, ia akan diedarkan kepada media pada pagi 1 Ogos ini.

Kumpulan anti-ISA merancang bergerak mulai jam 2 petang dari tiga lokasi - kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara - dengan berpakaian hitam dan merah - sebelum bergerak ke Istana Negara.

Pada masa yang sama, kumpulan pro-ISA pimpinan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) dengan berpakaian putih pula berkumpul di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok, sebelah Bank Negara, sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

Di sana, mereka akan menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki dan berarak ke Istana Negara.


Isnin, Julai 27, 2009

Ke Arah Memartabatkan Kaum Wanita

Georgetown - Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang, Mansor Othman telah menerima kunjung hormat Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dan rombongan beliau.

Beberapa isu penting telah dikemukakan oleh Zuraida Kamaruddin, khususnya dalam usaha pemberdayaan wanita Pulau Pinang. Cadangan dan usaha Ketua Wanita KEADILAN itu telah disambut baik oleh Mansor Othman yang telah menyarankan beberapa arena yang boleh melibatkan wanita secara berkesan – dalam bidang ekonomi, sosial dan kebajikan masyarakat.
Salah satu usaha yang telah dibincangkan ialah mewujudkan Koperasi Wanita Pulau Pinang. Ia dilihat sebagai wadah yang boleh membangunkan Wanita Pulau Pinang khususnya, dan Wanita Malaysia umumnya.

Selain itu, kajian mengenai berbagai aspek kehidupan rakyat Pulau Pinang juga akan dilaksanakan. Ia dijangka akan memberikan maklumbalas dari rakyat tentang keperluan dan harapan rakyat Pulau Pinang yang akan diberi perhatian oleh portfolio Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang itu – dalam pemberdayaan wanita dan komuniti pemberdayaan.
Turut hadir ialah Naib Ketua Wanita KEADILAN, Noorsaham Abu Samah, EXCO Biro Penerangan, Rozaini Mohd Rosli, Timbalan Pengarah Biro Pilihanraya Wanita Pusat, Salmah Ismail, EXCO Biro Pelaburan & Perdagangan, Dr. Joyce Lee, dan Ketua Wanita Pulau Pinang, Norhayati Jaafar.

Rabu, Julai 22, 2009

Antara MJ dan Syahidah Marwa ash-Sharbini

Antara Michael Jackson & Syahidah Marwa ash-Sharbini

Sedih & Pilu.. Itulah yang saya rasakan ketika melihat tayangan pengkebumian the King of Pop, Michael Jackson atau lebih dikenali dengan panggilan Jacko yang begitu gegap gempita di seluruh television kita sepanjang hari. Beberapa stesyen tv menayangkan tayangan eksklusif secara langsung dari AS acara penghormatan terakhir bagi si Raja Muzik Pop sampai ke pagi! Dan entah berapa juta mata masyarakat Malaysia yang sanggup menahan ngantuk demi menyaksikan acara itu.

Saya sedih, bukan kerana kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tetapi saya sedih, kerana pada saat yang sama, berlangsung pengkebumian seorang muslimah yang InsyaAllah menjadi seorang syahidah kerana mempertahankan jilbabnya demi agamanya.

Marwa Ash-Sharbini, seorang ibu beranak satu yang sedang mengandung tiga bulan, syahid akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman berketurunan Rusia yang cukup anti-Islam dan anti-Muslim. Tetapi berita ini, sama sekali tidak kelihatan mahupun terpampang di kaca-kaca tv kita, negara yang majaroti penduduknya Muslim malah digelar sebagai Negara Islam al-Hadhari, bahkan mungkin, tidak ramai dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa Ash-Sharbini.


SPRM disaman berhubung prosedur soal siasat


Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kuasa suruhanjaya tersebut untuk menyoal saksi tanpa henti sepanjang malam.

Ia difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi pagi ini oleh peguam Tan yang juga pengerusi DAP, Karpal Singh.

Dalam samannya itu, Tan meminta mahkamah menentukan bidang kuasa SPRM untuk menyoal saksi, termasuk menyoal tanpa henti sepanjang malam.

Saman Tan itu berdasarkan kepada pengalamannya sendiri semasa disoal siasat oleh SPRM minggu lalu, dari jam 8.45 malam 15 Julai hingga jam 1.35 pagi keesokannya.

Tan juga dipercayai merupakan orang terakhir ternampak Teo Beng Hock masih hidup di pejabat SPRM di Shah Alam Khamis lalu.

Teoh kemudiannya ditemui mati pada hari yang sama di koridor tingkat lima Plaza Masalam, selepas disoal oleh SPRM.

Ekoran penemuan mayat Teoh itu, Tan membuat laporan polis Sabtu lalu, mendakwa taktik yang digunakan oleh SPRM secara sewenang-wenangnya untuk menyoal siasatnya. Tan disoal siasat oleh SPRM pada hari yang sama dengan Teoh.

Teoh sendiri disoal siasat oleh SPRM selama hampir lapan jam.

Selasa, Julai 21, 2009

Kenyataan-Kenyataan Palsu Di Dalam Affidavit Pendakwaan

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—
21 Julai 2009


1. Hari ini saya telahpun membuat dua laporan berasingan di Balai Polis Damansara


2. Laporan polis pertama adalah berkaitan prosiding perbicaraan saya di mana saya telah pun menfailkan permohonan mengenepikan pertuduhan yang dikenakan ke atas saya kerana ianya merupakan satu konspirasi politik berniat jahat.


2.1 Affidavit yang saya kemukakan untuk menyokong permohonan menolak pertuduhan terhadap saya, menjelaskan dari perenggan 53 sehingga 63 bagaimana Tan Sri Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan terlibat di dalam membuat laporan palsu oleh ACP Koh Hong Sun berhubung penahanan saya di bawah ISA pada 20/21 September 1998. Gani dan Musa juga terlibat memalsukan bukti di dalam siasatan serangan ke atas saya oleh Tan Sri Rahim Noor. Ini antara contoh peranan kedua-dua mereka sehingga kini yang terlibat di dalam konspirasi politik dan memalsukan keterangan/bukti terhadap saya.


2.2 Dato Razak bin Musa ( Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, SPRM ) dan Hanafiah bin Hj Zakariah ( Timbalan Pendakwa Raya yang berada di dalam pasukan pendakwaan)telah menfailkan affidavit bertarikh 30 Jun 2009.


2.3 Saya menemui kenyataan palsu yang terkandung di dalam affidavit tersebut. Saya percaya mereka menyedari kepalsuan kenyataan-kenyataan tersebut namun masih tetap memasukkannya untuk tujuan digunakan di dalam prosiding mahkamah nanti. Tindakan mereka adalah satu kesalahan jenayah dan menguatkan serta mengesahkan hujah bahawa saya berhadapan dengan pasukan pendakwaan yang merupakan sebahagian dari konspirasi politik sebagaimana yang wujud ketika perbicaraan 1998 itu.


2.4 Razak dengan sengaja mengelirukan Mahkamah Tinggi, walaupun sudah mengangkat sumpah, dengan berkata panel yang dianggotai oleh tiga hakim bersara ( Datuk Kadir bin Sulaiman, Datuk Wira Mohd Noor bin Ahmad dan Datuk Mohama Noor bin Abdullah) telah mendapati Gani tidak terlibat dalam sebarang kesalahan jenayah. Razak selaku ketua jabatan perundangan dan pendakwaan SPRM sewajarnya menyedari sekurang-kurangnya seorang ahli panel dari tiga hakim tersebut mendapati Gani sememangnya melakukan kesalahan jenayah.


2.5 Hanafiah pula selaku Timbalan Pendakwaraya Kanan semestinya sudah menyiasat dan meneliti fakta-fakta tersebut sebelum memasukkan affidavit Razak yang mengandungi kenyataan palsu ke dalam affidavit pendakwaan.


3. Laporan polis kedua yang saya kemukakan berhubung kegagalan pihak polis untuk menyiasat laporan yang dibuat oleh saya pada 20 Febuari 2009 ke atas Gani dan Musa berkaitan peranan mereka memalsukan laporan polis berkaitan penahanan saya pada 20 September 1998 yang difailkan oleh ACP Koh Hong Sun.


3.1 Peguam cara saya telah menghantar surat bertarikh 23 April 2009 kepada OCS Balai Damansara untuk mengetahui status laporan, namun sehingga ke saat ini belum ada sebarang jawapan.


3.2 Datuk Hishamuddin Hussein di dalam jawapan yang bertarikh 22hb terhadap soalan yang dikemukakan oleh YB Sivarasa di dalam Parlimen berkata laporan yang dikemukakan saya telah pun dirujuk kepada SPRM untuk tindakan lanjut pada keesokan harinya(21 Febuari 2009)


3.3 Peguam saya kemudiannya menghantar surat bertarikh 26 Jun 2009 kepada SPRM bertujuan untuk mengetahui kedudukan penyiasatan kerana kami belum mendapat sebarang maklum balas dari mereka selama ini.


3.4 Kami terkejut apabila menerima maklumbalas bertulis bertarikh 10 Julai 2009 yang menyatakan mereka telah menerima laporan tersebut, telah menelitinya dan mendapati kesalahan yang didakwa berlaku adalah luar dari bidangkuasa mereka. Mereka merujuk semula laporan tersebut kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya. Adalah munasabah untuk menganggap SPRM selepas membuat kesimpulan sedemikian merujuk kepada PDRM sesegera mungkin.


3.5 Pertamanya, ini bermakna PDRM dan pegawai Kementerian Dalam Negeri telah menyebabkan Menteri Datuk Hishamuddin mengelirukan Parlimen dengan mengemukakan jawapan pada 22 Jun 2009 bahawa laporan tersebut sekian lama ada di SPRM sejak dari 21 Febuari 2009 untuk tindakan lanjut


3.6 Kedua, pihak polis yang menerima semula laporan tersebut dari SPRM(yang menerimanya pada penghujung Febuari 2009)gagal untuk berbuat apa-apa. Kesimpulannya adalah jelas wujud satu perancangan di dalam PDRM untuk memastikan tidak ada tindakan terhadap laporan yang dibuat oleh saya serta memastikan jenayah yang berlaku di sembunyikan. Oleh kerana laporan saya ini menyatakan Gani dan Musa Hassan(Ketua Polis Negara)terbabit memalsukan laporan, usaha menutup serta menyembunyikan dakwaan saya ini pastinya datang dari pihak atasan.


3.7 Oleh kerana SPRM menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai bidangkuasa untuk menyiasat dan pihak polis hanya berdiam diri tanpa mengambil sebarang tindakan, ianya jelas kepada saya bahawa Gani dan Musa dilindungi secara politik demi menyembunyikan peranan yang dimainkan mereka di dalam merekayasa pertuduhan palsu terhadap saya pada tahun 1998 dan sekarang.


ANWAR IBRAHIM


Sabtu, Julai 18, 2009

Kerajaan Negeri galakkan usaha tani secara besar-besaran

Seberang Jaya - Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggalakkan sektor pertanian moden dilaksanakan secara besar-besaran untuk menampung keperluan tempatan dan gantian impot kata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Sektor pertanian di Pulau Pinang walaupun sekadar 1.6 peratus berbanding sektor pembuatan 56.0 peratus, perkhidmatan 40 peratus dan pembinaan 1.8 peratus namun tidak dinafikan sektor ini diakui terpenting kerana penglibatan rakyat terhadap industri tani begitu ramai.


"Kerajaan Negeri menggalakkan orang ramai terlibat dengan sektor pertanian secara besar-besaran kerana keperluan tempatan amat memerlukan di samping sebagai gantian impot," ujarnya semasa berucap dalam ucapan aluan sempena majlis Perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Pulau Pinang yang di adakan di Tapak Ekspo, Seberang Jaya semalam.


Majlis berkenaan di rasmikan oleh Tun Yang Terutama, Dato' Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Abbas.


Menurut Lim lagi, bidang ini berpotensi tinggi dan boleh ke persada antarabangsa sekiranya diusahakan secara agresif dan tekun.


Berdasarkan bilangan mereka yang terlibat dengan industri tani 19,100 di negeri ini satu pendekatan yang harus diambil ialah menambah mutu pengeluaran selain dibertekad menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri bertaraf antarabangsa yang mempunyai ahli profesional terbaik dan juga petani terbaik di Malaysia.


"Bilangan petani mengikut pecahan ialah Petani 12,750 orang, nelayan 4,000, penternak 2,100 dan penternak industri akuakultur 250 orang. Sungguhpun bilanganya kecil tetapi yang penting bukan jumlah tetapi mutu," terangnya dalam majlis bertemakan 'Membangukan Petani Terbaik'.


Justeru, golongan muda sewajarnya mengambil peluang yang ada untuk melonjakkan minat di samping merubah perepsi dan minda mereka yang menganggap bahawa pekerjaan dalam sektor pertanian merupakan kerjaya yang tidak menarik sebaliknya perlu berfikir bahawa aktiviti ini adalah kerjaya yang menjanjikan pulangan yang besar sekiranya kita berani menghadapi cabaran menempuh onak dan duri.


Program ini juga menganugerahkan beberapa ketogari kepada mereka yang cemerlang dalam bidang pertanian antaranya ialah Anugerah Kumpulan Pengembangan Wanita Jaya dimenangi oleh Puan Saniah Omar, Anugerah Kolompok Jaya oleh Kelompok Tani Kampung Lahar Minyak dan Anugerah Usahawan Siswazah Tani Jaya oleh Puan Wan Rodziana Wan Hasan.


Anugerah Penternak Jaya Ruminan, Baharudin Ibrahim, Anugerah Penternak Jaya Bukan Ruminan Jaya, Soo Keow Hua.


Anugerah Usahawan Ikan Air Tawar, Thor Kean Hoe, Anugerah Usahawa Ikan Air Payau Jaya, Khor Chye Seng, Anugerah Peladang Jaya Lelaki, Zulkipli Md Saad, Anugerah Peladang Jaya Wanita, Rapeah Puteh, Anugerah Pertubuhan Peladang Jaya dimenangi oleh PPK Sungai Acheh.


Anugerah Unit Peladang Jaya, Unit Peladang Sungai Star Besar dan Anugerah Peladang Muda Jaya (Ketogari lelaki dan wanita), Hamid Mat Desa.


Anugerah Persatuan Nelayan Kawasan Jaya, Johari Mohamad, Anugerah Nelayan Jaya, Arshad Omar, Anugerah Unit Nelayan Jaya Haji Yahaya Yusuf dan Anugerah KUNITA Jaya, Sarinah Haron.


Anugerah Peserta Pasar Tani Jaya, Zubir Hashim, Anugerah Pasar Tani Jaya, Mohd Sabri Arshad dan Anugerah Usahawan Terbaik, Mohd Johari Saad.


Manakala Anugerah Pekebun Getah terbaik dimenangi oleh Mohd Zahid Osman dan Pekebun Kecil Kelapa Sawit Terbaik oleh Sulaiman Zakaria.

Pakatan Rakyat Menuntut Penubuhan Suruhanjaya DiRaja Siasat Kematian Mendiang Teoh Beng Hock

KENYATAAN MEDIA

MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

17 JULAI 2009


Tubuhkan Suruhanjaya DiRaja Siasat Kematian Mendiang Teoh Beng Hock


Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa dukacita yang amat mendalam di atas kematian mendiang Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor. Mewakili seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, pihak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang. Sebelum ini telah terdapat banyak kematian yang berlaku dalam tahanan pihak berkuasa seperti Allahyarham Rumie Azzan Mahlie dan mendiang Ananthan Kugan. Kematian mendiang Teoh Beng Hock merupakan kemuncak kepada penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat.


Sehingga kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara berterusan menjalankan siasatan dan membuat ancaman ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat, sedangkan laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa para pemimpin Barisan Nasional tidak diendahkan. Ini adalah bukti kukuh bahawa suruhanjaya yang baru beroperasi selama enam bulan itu hanyalah dijadikan alat oleh Barisan Nasional dan UMNO untuk melemahkan Pakatan Rakyat. Rakyat menuntut jawapan yang lebih tegas dari SPRM dan Perdana Menteri yang menjadikan SPRM sebagai kuda tunggangan UMNO, dalam tindakan untuk merampas kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.


Badan seperti SPRM seharusnya bertindak profesional dan menyelamatkan integriti mereka dengan mengambil tindakan ke atas laporan terhadap para pimpinan Barisan Nasional yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah. SPRM juga seharusnya memberhentikan teknik mendera dalam soal siasat mereka. Dalam kes Mendiang Teoh, SPRM perlu mengenalpasti pegawai terlibat seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan. Kami percaya bahawa rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap SPRM dan institusi lain yang dtubuhkan oleh kerajaan. Pakatan Rakyat akan terus menerus menentang kezaliman dan salahguna kuasa institusi ini dengan mengadakan kempen di seluruh negara.


Sehubungan dengan itu Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini mendesak dan bertegas agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock dan meneliti teknik dan kaedah siasatan SPRM selama ini.


DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum KeADILan


DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS


YB LIM KIT SIANG
Ketua Ahli Parlimen DAP


Jumaat, Julai 17, 2009

Kenyataan Media Wanita Keadilan

17 Julai 2009


Tragedi Kematian Teoh Beng Hock boleh dianggap sebagai suatu pengkhianatan oleh Kerajaan Malaysia, menerusi SPRM, terhadap amanah memelihara keselamatan setiap rakyat


Wanita KEADILAN amat sedih dengan berita kematian seorang anak muda, Teoh Beng Hock (30), aktivis, idealis dalam arena politik Pakatan Rakyat. Penglibatan aktif beliau telah memberi harapan kepada keluarga, rakan-rakan seperjuangan, khususnya dalam DAP, bahawa beliau memiliki masa depan yang cerah dalam karier politik beliau. Kematian beliau dalam suasana yang menimbulkan seribu satu tanda tanya, amatlah menyayat hati seorang ibu, yang telah kehilangan seorang anak kesayangannya, tempat membahu berbagai harapan, tetapi kini musnah secara mengejut. Hasrat untuk melihat anaknya mendirikan rumahtangga dengan kekasihnya hari ini juga hancur berkecai. Bahkan mana-mana ibu yang akan menganggap Teoh seolah-olah anaknya juga, akan merasai yang serupa.


Apakah mesti berlakunya tragedi barulah sistem dan peraturan yang ada dalam agensi-agensi kerajaan dikuatkuasakan atau diselia lebih ketat? Tidakkah budaya preventif lebih memberi jaminan keselamatan kepada rakyat?


SPRM yang belum beberapa bulan diwujudkan telah semestinya tercemar imej dan dipandang negatif kerana tregedi kematian Teoh berlaku di bangunan Pejabat SPRM sendiri. SPRM wajar segera melaporkan kesemua siasatan dan memberikan hak sepenuhnya kepada keluarga Teoh untuk memastikan bahawa siasatan itu adil dan telus. SPRM wajar memberi segala bantuan dan nasihat kepada keluarga Teoh dalam menyelesaikan kes kematian beliau, terutamanya mengenai hak waris Teoh dalam proses penyiasatan, bagi membersihkan sebarang anggapan negatif terhadap SPRM.


Kehilangan nyawa dalam apa jua keadaan merupakan suatu peristiwa yang dahsyat bagi mana-mana keluarga yang terbabit. Ia juga bermakna kehilangan yang besar kepada sesebuah negara kerana rakyat adalah aset terpenting bagi setiap negara. Oleh itu, pemeliharaan nyawa rakyat Malaysia dalam setiap konteks dan keadaan mestilah diambil berat oleh kerajaan Malaysia, lebih-lebih lagi sekiranya ia berlaku dalam perkarangan pemeliharaan keselamatan sebuah agensi Kerajaan.


Wanita KEADILAN menuntut agar tragedi kematian Teoh disiasat dengan serta-merta secara telus. Pihak berkuasa seperti SPRM dituntut untuk mengambil pendekatan memastikan keselamatan fizikal, mental dan jiwa mereka yang didapati tidak bersalah selepas soal-siasat, terutamanya apabila mereka masih berada dalam kawasan di mana soal-siasat telah dilakukan. SPRM telah lalai dalam memberi jaminan keselamatan sedemikian dalam konteks kemanusiaan dan konsep kerajaan yang dikatakan mementingkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat umum. SPRM patut menggantung serta tidak meneruskan siasatan mengenai Perbelanjaan Peruntukan ADUN selagi siasatan ke atas kes kematian Teoh Beng Hock tidak diselesai dan dikemukakan hasil siasatannya kepada awam.


Zuraida Kamaruddin

Ketua Wanita KEADILAN


Khamis, Julai 16, 2009

Mahkamah terima permohonan Anwar


Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memerintahkan pihak pendakwa supaya membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim meneliti rakaman CCTV yang didakwa tempat kejadian, jika salinan yang diberikan tidak jelas.

Beliau juga emerintahkan supaya nota pemeriksaan doktor Hospital Kuala Lumpur ke atas pengadu - Mohd Saiful Bukhari Azlan - turut diserahkan kepada pihak peguambela.

Hakim Mohd Zabidin juga mahu pihak pendakwa menyerahkan kepada pihak peguambela kenyataan saksi dari tujuh individu.

Bagaimanapun, mahkamah tidak membenarkan permohonan pihak peguambela untuk mendapatkan sampel DNA yang relevan dan testimoni video Mohd Saiful kepada polis yang dirakam pada 30 Jun 2008.

Sebelum itu, Mahkamah Tinggi menangguhkan prosiding pada jam 10 pagi tadi untuk memboleh hakim membuat keputusan selepas mendengar hujah balas peguambela Edmund Bon dan Amer Hamzah Arshad terhadap hujah ketua pendakwaraya Yusof Zainal Abiden bahawa semua dokumen telah diserahkan kepada pihak peguambela.

Pihak peguambela memohon supaya pihak pendakwa menyerahkan set lengkap dokumen-dokumen asal, kenyataan saksi, rakaman CCTV dan bahan bukti lain yang berkaitan dengan tuduhan liwat terhadap Anwar.

Pembelaan utama Anwar ialah telah menyerahkan notis alibi kepada pihak pendakwa, bahawa tuduhan terhadap Anwar itu satu konspirasi politik, bahawa pengadu (Mohd Saiful) tidak boleh diperayai, bahawa terdapat gangguan pada bukti penting serta bukti pemeriksaan perubatan mendapati tidak berlaku penetrasi.

Sebelum prosiding bermula pagi tadi, peguam R Sivarasa yang mengetuai pasukan peguambela Anwar - selepas Sulaiman Abdullah menarik diri semalam - meminta hakim memerintahkan pegawai penyiasat Jude Pereira keluar dari dewan mahkamah.

Pereira yang juga hadir dalam prosiding semalam, merupakan saksi utama pihak pendakwa, kata Sivarasa.

Hakim bersetuju dan memerintahkan Pereira meninggalkan dewan mahkamah.

Selepas hakim membuat keputusan terhadap pemohonan mendapatkan bahan bukti berkenaan, mahkamah dijangka menetapkan tarikh sebutan permohonan Anwar untuk membatalkan tuduhan terhadapnya dan menetapkan tarikh baru perbicaraan, bergantung kepada permohonan-permohonan sebelum ini.

Sokongan moral Nibong Tebal kepada DSAI

Sekatan jalanraya menuju ke Mahkamah - bertujuan menggagalkan himpunan aman para penyokong DSAI


Sebelum pulang, rombongan sempat singgah di kediaman DSAI. Sebahagian daripada Wanita Cabang Nibong Tebal bergambar dengan Presiden, Datuk Seri Dr. Wan Azizah

JKM bergerak sebagai Jabatan Kerajaan atau Jentera Parti?

Pagi tadi Pusat Khidmat Rakyat ADUN Sungai Bakap telah didatangi oleh seorang warga emas berbangsa India yang menceritakan masalah beliau yang tidak mendapat layanan yang baik dari kakitangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah SPS.

Pada 2004 beliau terlibat dalam satu kemalangan yang memaksa kaki kanannya dipotong. Sejak kejadian tersebut beliau tidak mendapat pembelaan dari mana-mana pihak sehinggalah pada Mei 2008, melalui Pusat Khidmat Rakyat ADUN Sungai Bakap masalah beliau dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Oleh kerana bantuan yang diterima tidak mencukupi iaitu RM100 sebulan, beliau sekali lagi memohon kepada JKM untuk menambah jumlah bantuan bulanan. Akhirnya JKM menghantar surat kepada beliau dan memaklumkan bahawa permohonan tersebut ditolak atas alasan yang dinyatakan.


Apabila beliau ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah SPS untuk mendengar penjelasan, beliau dimarahi oleh kakitangan dan pegawai yang bertugas kononnya beliau tidak menggunakan saluran yang betul untuk membuat permohonan. "Mengapa tak datang terus ke sini ?", "Kenapa pergi Pejabat ADUN terlebih dahulu?", "Lain kali kalau nak bantuan, terus ke Pejabat ADUN. Depa duit banyak", itulah antara kata-kata yang keluar dari pegawai JKM.

Persoalan yang timbul kini adalah:
  1. Rakyat yang perlu dibantu adakah dari kalangan ahli-ahli parti politik tertentu?
  2. Adakah masyarakat India dilihat sebagai penyokong kuat Pakatan Rakyat tidak wajar dibantu walaupun mereka ini amat memerlukan?
  3. Apa perlunya surat tersebut diberikan salinan kepada MCA Bahagian Nibong Tebal? (klik pada imej untuk paparan lebih jelas)
Mungkin Tan Cheng Liang (Bekas ADUN Jawi) kemaruk kuasa untuk mentadbir walaupun telah tewas pada PRU12. Ternyata kini kebenaran berita yang pernah disiarkan oleh Media NT sebelum ini.

Rabu, Julai 15, 2009

Ketua Peguam Anwar Uzur, Hakim Tolak Permohonan Lantik Peguam Baru

Sebagaimana yang dijangka, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mula menunjukkan sikap berat sebelah dalam membicarakan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila enggan memberi peluang kepada beliau melantik ketua peguambela baru.


Anwar meminta diberikan sedikit masa untuk berbuat demikian setelah peguamnya Sulaiman Abdullah disahkan tidak dapat mengendalikan pembelaan beliau kerana uzur dan masih dirawat di hospital.


Hakim Mohamad Zabidin Diah menolak permohonan Anwar untuk diberi masa melantik seorang ketua peguambela baru yang berpengalaman bagi menggantikan Sulaiman. Mohamad Zaibin sebaliknya menetapkan kes itu harus di dengar mulai 2 petang hari ini.


Keputusan awal hakim itu mengejutkan pemerhati politik dan pengamal undang-undang kerana Artikel 5 Perlembangaan Persekutuan menetapkan bahawa setiap orang yang dituduh di mahkamah berhak memilih peguamnya sendiri.


“Sulaiman mempunyai 30 tahun pengalaman dalam bidang ini. Hakim meminta peguam-peguam muda untuk meneruskan kes ini tanpa Sulaiman, sedangkan kami hanya membantu Sulaiman,” kata Sankara Nair, salah seorang daripada peguam yang membantu Sulaiman.


Sulaiman dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur 8 Julai lalu. Menurut Sankara, pihaknya memerlukan kira-kira dua minggu untuk mendapatkan pengganti dan memastikan beliau arif dengan fakta-fakta pertuduhan liwat itu.


“Sulaiman mempunyai pengalaman luas untuk menghuraikan kes ini dengan lebih baik berbanding dengan peguam-peguam lain dalam pasukan kitaa,” tegas Sankara. Beliau menambah pihaknya akan memohon mahkamah supaya menimbang semula keputusan itu.


Sankara turut menuduh pihak pendakwaraya melengah-lengah proses keadilan bagi Anwar dengan enggan menyerahkan bukti-bukti yang diperlukan seperti laporan Hospital Pusrawi yang mendapati bahawa pengadu Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat.


“Pihak pendakwaraya kata kita boleh dapatkan laporan itu secara online. Ini jelas sekali cubaan untuk menggugat persedian kami. Jika mereka ikhlas mahu memulakan kes ini, bagaimanakah harus kita membuat persediaan tanpa dokumen-dokumen asas?” tegas Sankara.


Guan Eng Pelawa Penduduk Kg. Buah Pala Ke Pejabatnya, Selesai Isu Tanah

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjemput penduduk kampung datang ke pejabatnya berbincang bagi mencari penyelesaian.


Kampung Buah Pala mendapat perhatian berikutan penjualan tanah hak milik penduduk kampung kepada pemaju, Nusmetro Sendirian Berhad yang menurut sesetengah pihak ada penyelewegan berlaku.


Perjumpaan yang dijadualkan Khamis ini jam 8 malam bakal menyaksikan Guan Eng bersemuka dengan 23 keluarga bagi meleraikan kekusutan yang tercetus akibat daripada ketidaktelusan kerajaan negeri pimpinan BN dahulu.


Walaubagaimanapun, Guan Eng tetap tidak akan berjumpa peguam yang mewakili penduduk kampung itu.


Rata- rata umum berpendapat peluang berjumpa Guan Eng tidak harus dipersia oleh penduduk kampung apatah lagi pihak ketua menteri yang membuat jemputan.


Sementara itu, Adun Seri Delima, S.N Rayer mendakwa 2 penduduk kampung berkenaan telah diugut supaya tidak hadir pada pertemuan dengan ketua menteri.


S.N Rayer juga menunjukkan satu klip video upacara MOU antara pemaju, Numestro Venture Sdn Bhd dengan Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang KPKPP sebagai bukti bahawa penyerahan tanah tersebut telah dibuat pada April 2006.


Semalam Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Osman dan Timbalan Ketua Menteri II, Profesor P. Ramasamy membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM susulan terdapat beberapa perkara yang mencurigakan berhubung penjualan tanah kampung ini.


Siasatan mereka mendapati pihak kerajaan negeri yang lepas telah menjual tanah orang kampung kepada KPKPP dengan potongan harga sebanyak 50 peratus dari harga asal iaitu RM6,420,000 kepada RM3,210,000 atau RM10 bagi satu kaki persegi.


KPKPP kemudiannya menjual tanah itu kepada pemaju Nusmetro Sendirian Berhad.


Human Rights Watch: Tindak-Tanduk Kerajaan Berbaur Politik

Kerajaan Malaysia harus menggugurkan pertuduhan bermotif politik terhadap Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dengan segera, kata badan antarabangsa Human Rights Watch.


Pada 15 Julai 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar permohonan Anwar untuk membatalkan pendakwaan sodomi terhadap beliau, serta kes permohonan pihak peguambela memohon bukti-bukti dari tangan pendakwaan yang penting dalam menyediakan pembelaan.


Ini adalah kali kedua Anwar didakwa dibawah tuduhan liwat. Beliau merengkok dalam penjara selama enam tahun sebelum pertuduhan sodomi itu digugurkan Mahkamah Persekutuan pada 2004.


Human Rights Watch berkata pendakwaan hari ini bermotif politik dan tiada kredibiliti.


Kerajaan nampaknya enggan menyerahkan bukti-bukti utama kepada pihak peguambela, tergesa-gesa meluluskan Akta DNA yang melindungi pendakwaaan, dan meletakkan Anwar dalam keadaan tersepit dengan sewenang-wenangnya memindah kes itu ke Mahkamah Tinggi.


Tambahan pula, kerajaan mengizinkan Peguam Negara, yang sedang disiasat kerana salahlaku dalam perbicaraan Anwar sebelum ini, terbabit dalam kes hari ini.


“Perbicaraan ini adalah usaha terdesak untuk menyingkirkan seorang pemimpin pembangkang dari politik Malaysia,” kata Timbalan Pengarah Human Rights Watch Asia, Elaine Pearson.


“Kerajaan cuba memanipulasikan sistem keadilan bagi tujuan politik,” tegas beliau.


Anwar dituduh melakukan hubungan seks bersama pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan,23, pada 26 Jun 2008. Walaupun pada awalnya ia difailkan dibawah kesalahan rogol, pihak pendakwaan tiba-tiba menukarnya kepada liwat suka-sama-suka. Saiful bagaimanapun tidak didakwa dibawah pertuduhan itu.


Sekiranya Anwar disabitkan kesalahan, Anwar terpaksa mengosongkan kerusinya di Parlimen dan tidak dapat bertanding dalam Pilihanraya Umum akan datang, yang dijangka berlaku sebelum 2012.


Peguambela memfailkan permohonan mengugurkan kes ini pada 15 Julai lalu dan berdasarkan kepada dua laporan perubatan. Tiga pakar dari Hospital Kuala Lumpur yang merawat Saiful berkata dalam laporan bertarikh 13 Julai 2008 bahawa “tiada kesan konklusif berlakunya tusukan kepada dubur atau luka pada tubuh pesakit”.


Seorang doktor di Hospital Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) Kuala Lumpur yang juga merawat Saiful dua hari selepas hari kejadian juga berkata dubur Saiful adalah “normal”. Doktor itu melarikan diri dari Malaysia ekoran tekanan dari pihak tertentu supaya mengubah laporan beliau.


Tambahan pula, Pejabat Peguam Negara menafikan ia menyembunyikan sebarang bukti yang perlu dikongsi bersama pihak peguambela sepertimana yang ditetapkan dibawah Kanun Acara Jenayah.


Pihak peguambela menuntut pendakwaraya menyerahkan rakaman kamera litar tertutup, spesimen asal dari mana sampel DNA diperoleh, laporan ahli kimia, akuan bersumpah saksi dan penuduh, serta laporan perubatan.


“Mengemukakan bukti penting kepada pihak peguambela bagi membolehkan mereka merapikan pembelaan adalah keperluan asas untuk perbicaraan yang adil,” kata Pearson.


“Tindakan pihak pendakwaraya menyembunyikan bukti-bukti penting ini adalah petanda komplot politik,” tambah beliau.


Wibawa perbicaraan mula dipersoalkan selepas mahkamah pada 1 Julai lalu membenarkan keputusan Peguam Negara Abdul Gani Patail untuk memindahkan kes ini dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.


Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini berkata Gani tidak boleh terbabit dalam perbicaraan ini kerana terbabit dalam tuduhan memalsukan bukti dalam kes Anwar 1998.


Pemindahan kes ke Mahkamah Tinggi menipiskan peluang pihak pembelaan untuk merayu ke mahkamah yang lebih tinggi sekiranya Anwar disabitkan kesalahan.


Hakim Mahkamah Sesyen Komathy Suppiah berkata “jelas sekali sebarang pembabitan Peguam Negara dalam kes ini akan menghakis keyakinan oragn awam kepada sistem keadilan”.


Mahkamah Tinggi menolak keputusan Hakim Komathy dan beralasan Gani tidak terbabit secara langsung kerana hanya meluluskan pemindahan itu semata-mata.


Akta DNA yang diluluskan baru-baru ini membolehkan sampel DNA yang dimanipulasikan dalam perbicaraan 1998 dibawa ke perbicaraan hari ini.


“Kerajaan Malaysia harus berhenti memperkuda mahkamah untuk dendam politik,” kata Pearson.


“Sehingga ia mengugurkan semua tuduhan terhadap Anwar, maka reputasi kerajaan Malaysia akan tercemar,” tambah beliau.

Baca Artikel asal disini...


Selasa, Julai 14, 2009

PAS berjaya mempertahankan Manek Urai

KEPUTUSAN RASMI
UNDI PAS
5348
UNDI BN
5283
MAJORITI 65
JUMLAH UNDI ROSAK 92
JUMLAH KELUAR MENGUNDI 10 722 (87.22%)
JUMLAH SALURAN MENANG 14 DARIPADA 27
JUMLAH UPU MENANG 4 DARIPADA 9
MASA 8.29 PM (rasmi)


Manek Urai -
Keputusan rasmi, PAS menang dengan majoriti 65 undi. PAS mendapat 5,348 undi manakala BN mendapat 5,283 undi.

9.00 malam: Keputusan rasmi PAS menang dengan kelebihan 65 undi mengalahkan BN di Manek Urai. Kelihatan di pusat penjumlahan undi adalah Exco Kerajaan Negeri, Dato' Husam Musa; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad. Tiada pemimpin Umno kelihatan di sini.


8.35 malam: Keputusan tidak rasmi PAS menang dengan majoriti 64 undi dan BN telah memohon untuk membuat kiraan semula.


8.15 malam: Berdasarkan pada penjumlahan undi melibatkan lima pusat mengundi, PAS mendahului dengan 3,471 undi manakala BN pula 3,262 undi. Perbezaan ialah 209 undi.


8.10 malam: Ketika ini PAS sedang mendahului dengan 308 undi; PAS: 1,962; Umno: 1,654.


7.55 malam: Keputusan tidak rasmi ketika ini, PAS menang dengan 70 undi namun dijangkakan kiraan semula akan berlaku.


7.35 malam: Berita tidak rasmi dimaklumkan di markas PAS di Manek Urai bahawa PAS menang dengan majoriti 70 undi.


7.10 malam: Para petugas media termasuk SPR sedang menunggu ketibaan peti-peti undi di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1.


7.00 petang: Laungan takbir bergema apabila calon PAS hadir di kawasan markas. Ketika ini, para penyokong sedang berkumpul bagi menantikan keputusan pilihan raya.


6.30 petang: Para penyokong mula memenuhi kawasan markas dan kempen Manek Urai. Ramai yang melahirkan keyakinan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah akan menang.


Terdahulu, Pengarah PIlihan raya Kelantan, Abdul Fatah Harun melahirkan keyakinan PAS akan menang dengan majoriti sekitar 2,000 undi.


6.00 petang: Petugas dan sukarelawan PAS kelihatan sedang mengalihkan kenderaan daripada kawasan markas di Manek Urai agar para penyokong dapat berkumpul di situ untuk mengikuti perkembangan dan keputusan pilihan raya.


Kelihatan papan layar yang besar juga ditempatkan di kawasan markas.


5.45 petang: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan telah meninggalkan kawasan Manek Urai.


5.30 petang: Berlaku kesesakan yang teruk di kawasan Manek Urai sehingga ke Kuala Krai. Pusat penjumlahan undi terletak di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.


5.00 petang: Pusat pengundian ditutup dan bermula proses pengiraan undi. Sebanyak 87.33 peratus telah keluar mengundi iaitu sejumlah 10,736 daripada 12,293 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya kecil ini. SPR menjangkakan keputusan akan diketahui seawal jam 8 malam.


Peratusan keluar mengundi dalam PRK ini adalah lebih 86 peratus dan mengatasi jangkaan SPR iaitu sebanyak 85 peratus.


4.00 petang: Peratus keluar mengundi sehingga jam 4 tadi sudah mencecah 86.4 peratus atau 10,626 pemilih.


3.40 petang: Sehingga jam 3 petang, seramai 10,312 pengundi (83.8 peratus) telah menunaikan tanggungjawab mereka. SPR turut mengesahkan belum ada pusat pengundian yang ditutup dan ia hanya akan ditutup pada pukul 5 petang.


3.10 petang: Setakat pukul 2 petang, seramai 9,845 pengundi (80 peratus) telah menunaikan tanggungjawab mereka.


2.15 petang: Beberapa pemerhati daripada MAFREL turut hadir di setiap peti undi bagi memantau perjalanan pilihan raya kecil Manek Urai.


2.00 petang: Tinjauan ke pusat mengundi di SK Sungai Peria mendapati keadaan agak lengang disebabkan pengundi telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka sejak awal pagi. Kesesakan lalulintas yang agak teruk berlaku di Kampung Peria menuju ke Manek Urai baru. Bagaimanapun, pihak polis dapat mengawal lalulintas.


Dilaporkan lebih kurang 300 penyokong PAS dan BN dilaporkan bertembung di pusat membuang undi SK Peria dekat kira-kira 12 tengah hari tadi.


Pergaduhan tersebut berjaya dileraikan oleh polis dan empat buah trak unit tindakan ringan diletakkan di situ bagi meningkatkan keselamatan.


Beberapa orang penyokong di kalangan kedua-dua parti dilaporkan cedera.


1.30 petang: Jumlah yang telah keluar mengundi adalah sebanyak 75 peratus sehingga jam 1.15 petang tadi. SPR menjangkakan sebanyak 85 peratus pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.


12.30 tgh: Semua kenderaan terutamanya yang menggunakan jalan raya Kuala Krai-Gua Musang telah dilencongkan ke jalan-jalan kampung bagi mengurangkan kesesakan.

12.00 tgh: Peratus keluar mengundi sehingga pukul 12 tengah hari sudah mencecah 68 peratus.


11.45 pagi: Ketua Polis Kelantan, Dato' Abdul Rahim Hanafi menggesa orang luar tidak menggunakan Jalan Kuala Krai-Gua Musang jika tiada urusan penting bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.


11.35 pagi: Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat pondok panas PAS di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru.


11.30 pagi: SPR mengesahkan sudah 55 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.


11.15 pagi: SPR mengesahkan sehingga jam 11 pagi tadi sebanyak 40 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka.


11.00 pagi: Sekumpulan penyokong PAS mengepung sebuah kereta yang dinaik mereka disyaki menyamar sebagai pegawai SPR dengan menggunakan pelekat SPR dan masuk ke pusat pengundian di Manjor.


Pihak polis kemudiannya campurtangan dan mengesahkan mereka bukan 'pegawai SPR' dan mengarahkan mereka beredar dari situ.


10.30 pagi: Peratus keluar mengundi setakat ini adalah 4,706 pengundi (38.3 peratus) dan disahkan oleh SPR.


9.45 pagi: Kekecohan berlaku apabila berlaku pertembungan antara penyokong dan peraih undi BN dan PAS di kawasan SK Manek Urai Baru. Namun, keadaan terkawal apabila pihak polis berjaya mententeramkan keadaan.


9.30 pagi: Sehingga jam 9 pagi, SPR mengesahkan sebanyak 1,932 pengundi (15.7 peratus) telah keluar mengundi.


9.15 pagi: Rombongan Tuan Guru Nik Aziz, Presiden dan calon PAS kini berada di kawasan Peti Undi Sg Sok.


8.30 pagi: Jalan mula sesak. Kenderaan dan anggota polis dilihat hanya mengiringi pemimpin dan VIP daripada BN dan tidak kelihatan anggota yang bertugas mengawal jalan raya.


8.15 pagi: Kelihatan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengiringi calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah meninjau di kawasan Peti Undi Peria.


8.00 pagi: Pusat pengundian mula dibuka. Semua kawasan pengundian hangat dengan kehadiran para pengundi dan kenderaan.


7.30 pagi: Kenderaan mula sibuk dan jalan sekitar Dun mula sesak dengan kenderaan.Bendera PAS dan Pakatan Rakyat kelihatan di merata tempat sehingga ke Pekan Kuala Krai dan Kota Bahru.


Berita sebelum ini


Sembilan pusat pengundian dibuka untuk pilihan raya kecil itu melibatkan 27 saluran dalam proses yang diselia pegawai dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diketuai Pegawai Pengurus Pilihan Raya Adnan Hussin, yang juga Ketua Jajahan Kuala Krai.


Sebahagian besar daripada 12,293 pengundi, kecuali 25 pengundi pos, dijangka keluar awal untuk memilih wakil rakyat baru bagi menggantikan penyandangnya Ismail Yaacob yang meninggal dunia pada 22 Mei lepas akibat serangan jantung.


SPR mensasarkan kira-kira 85 peratus daripada pengundi akan keluar mengundi pada pilihan raya kecil ini.


Pengundian akan ditutup pukul 5 petang dan diikuti dengan pengiraan undi di kesemua sembilan pusat mengundi terbabit.


Penjumlahan undi akan dilakukan di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai dan keputusannya dijangka dapat diketahui seawal pukul 8 malam ini.

Mungkinkah ada kejutan di Manek Urai?

Kesesakan di Manek Urai sepanjang tempoh berkempen pilihanraya kecil DUN sampai ke kemuncaknya hari apabila lebih 12,000 pemilih akan keluar mengundi mulai jam 8 pagi hingga 5 petang ini untuk memilih wakil rakyat mereka: calon BN Tuan Aziz Tuan Man atau Mohd Fauzi Abdullah (PAS).


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka keputusan pilihanraya kecil hari ini dapat diketahui seawal jam 8 malam.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ia tidak menjangka sebarang masalah untuk mengumumkan keputusan awal berdasarkan kawasan DUN itu yang kecil.

Beliau berkata, sasaran SPR ialah lebih 85 peratus daripada 12,293 pengundi akan mengundi hari ini kerana 90 peratus daripada mereka bekerja sebagai petani, penoreh getah, nelayan dan tidak tertakluk kepada hari bekerja.

Manakala Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga telah mengumumkan hari ini sebagai cuti am untuk membolehkan pemilih keluar pengundi.


Sepanjang tempoh lapan hari berkempen sejak 6 Julai, BN dilihat menggunakan isu latar belakang pendidikan dan karier calon PAS, yang lebih dikenali sebagai Abe Uji, seorang pemborong ikan.


Manakala calon BN pula lulusan ijazah pengurusan teknologi daripada Universiti Utara Malaysia.


Isu memperlekehkan latarbelakang Abe Uji itu telah mencetus rasa tidak puas hati di kalangan peraih dan peniaga ikan di Kelantan dengan mengadakan bantahan di Manek Urai, Jumaat lalu.


Di samping itu, BN juga menjadikan isu pembangunan sebagai taruhan utamanya, antaranya, menjadikan Manek Urai anak emas kerajaan pusat, menjadikannnya sebagai kota agropolitan serta membina beberapa kemudahan baru - termasuk jambatan baru dua lorong di Manek Urai Lama, sekolah kebangsaan di Chuchoh Puteri dan masjid baru di Temalir.

Oleh kerana faktor agama memainkan peranan penting di sini, BN juga cuba menyampaikan mesej kempennya bahawa pembangunan dan kemajuan merupakan sebahagian daripada tuntutan agama, bukan sekadar kejayaan di akhirat semata-mata.


BN turut mengadakan majlis solat hajat di semua sembilan peti undi di Manek Urai malam tadi di bilik operasi BN di Sungai Sok Luar, Manik Urai, yang disertai kira-kira 200 jemaah, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan presiden Umno, memohon kemenangan calonnya.


Dalam kempennya, BN juga menggunakan isu kerajaan perpaduan, dengan cuba "melaga-lagakan" antara Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, dengan mursyidul amnya, Nik Aziz.

Ia tergambar melalui risalah mereka Suara Manek Urai yang diterbitkan secara harian.

Sementara PAS pula menyentuh isu penyalahgunaan jentera dan kakitangan kerajaan, antaranya penggunaan helikopter oleh Muhyiddin semasa berkempen.

Isu tuntutan royalti minyak Kelantan berjumlah RM1 bilion, yang diketengahkan oleh exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa, juga dilihat berkesan.

Semalam PAS mengeluarkan risalah khas isu royalti tersebut, bertajuk "Fakta Sebenar Minyak Kelantan" yang menggunakan hujah ilmiah dan penuh fakta.

Menariknya, risalah itu dicetak menggunakan keseluruhannya dakwat biru, seperti kelaziman dalam cetakan BN.

Jika isu pembangunan menjadi penentu kemenangan calon masing-masing, maka pengundi Manek Urai perlu membuat pilihan antara royalti minyak yang diperjuangkan PAS atau pembangunan infrastruktur BN yang dijanjikan segera, sejurus selepas kemenangan dicapai malam ini.

Isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan rumah mewah bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo turut dimainkan dari masa ke semasa dalam kempen PAS.

Ceramah bukan ukuran

Sementara itu, diukur daripada jumlah kehadiran ke ceramah, PAS ternyata dapat mengumpulkan penyokong dengan angka yang jauh melebihi kehadiran di program BN.

Semalam, tiga tonggak utama Pakatan Rakyat - Datuk Seri Anwar Ibrahim, penasihat DAP Lim Kit Siang dan Nik Aziz - mengumpulkan hampir 5,000 penyokong dalam ceramah di Sungai Peria.

Sementara majlis timbalan perdana menteri petang kelmarin hanya mengumpulkan penyokong kira-kira 200 orang.

Bagaimanapun, kehadiran itu tidak dapat menjadi pengukur sokongan kerana secara tradisinya, tempat PAS berceramah bukan sekadar menjadi tempat penerangan parti tetapi juga pusat perniagaan yang dibanjiri para peniaga kecil.

PAS menang di Manek Urai 10 daripada 12 kali pihanraya umum. Terbaru, mereka hanya tewas pada 2004, ketika (allahyarham) Ismail Yaacob atau Pok Su Wel, tidak bertanding.

Sepanjang lima kali bertanding, beliau menang kesemuanya. Kelebihan beliau sehingga kini masih dijadikan taruhan PAS yang menostalgiakan tokoh itu dengan memainkan lagu khas berirama dikir barat dan dokumentari pendek sebagai sanjungan kepadanya sebelum berceramah.

Sebuah jalan di Manek Urai Baru turut dinamakan Jalan Pok Su Wel.

Sumber PAS memberitahu, sehingga hari ini, parti Islam itu selamat dengan 58 peratus sokongan. Sejak semalam, Nik Aziz dan pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Fatah Harun menyatakan keyakinan menang dalam pilihanraya kecil hari ini.

Hari ini jadi tumpuan


Bagaimanapun, mereka berdua kelihatan masih risaukan kehadiran pengundi hantu. Kehadiran 3,000 anggota polis di kawasan tersebut masih mengundang kecurigaan berterusan pemimpin PAS.

Sumber Umno pula memberitahu, mereka yakin dengan sokongan lebih 50 peratus setakat ini. Semua mata kini tertumpu ke Manek Urai.

Selepas "pengumuman besar" pembinaan jambatan semalam, BN dilihat sudah kehabisan peluru. PAS pula menjanjikan kejutan besarnya hari ini.

Nik Aziz mengumumkan hari ini sebagai cuti umum di Kelantan bagi memudahkan pemilih keluar pengundi.

Tetapi tidak dapat dipastikan sama ada perkara itu merupakan kejutan yang dijanjikan.

Jika tidak, BN akan menghadapi masalahnya - serangan terakhir dan muktamad PAS.

Dalam pilihanraya lalu, PAS menang dengan majoriti 1,352 undi. Lantaran itu, semua mata tertumpu kepada hari pengundian hari ini.

Persoalannya apakah PAS mampu mempertahankan kerusi itu dengan majoriti yang selesa?

Ataupun pilihanraya kecil esok akan membawa tuah kepada BN dan menandakan berakhirnya "kekecewaannya" yang sering tewas dalam pilihanraya kecil sejak pilihanraya umum tahun lalu - kecuali di Batang Ai, Sarawak - seperti ang diharapkan oleh timbalan perdana menteri?


Isnin, Julai 13, 2009

Pengerusi Persatuan Penduduk Kg Buah Pala Mohon Maaf

Isu Kg Buah Pala hari ini mempunyai satu perkembangan yang positif. Pengerusi Persatuan Penduduk Kg Buah Pala M Sugumaran telah berjumpa dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan menyatakan kesanggupan untuk berbincang dengan Kerajaan Negeri bagi mencapai penyelesaian masalah penjualan tanah kampung mereka.

M Sugumaran turut memohon maaf daripada Kerajaan Negeri kerana sebelum ini telah bertindak untuk mengheboh-hebohkan perkara ini dan juga menentang keperibadian sesetengah pemimpin. Ketua Menteri menyatakan bahawa Kerajaan Negeri sentiasa membuka pintu untuk berjumpa dan berbincang dengan penduduk kampung tanpa menglibatkan anasir-anasir dari luar yang sebelum ini cuba merosakkan niat baik Kerajaan Negeri untuk membantu penduduk.

Ahad, Julai 12, 2009

Gotong Royong Perdana & Program Khidmat Masyarakat


Anjuran Bersama :
QARYAH MASJID BARU (UTARA) SUNGAI BAKAP & PERTUBUHAN HIMPUNAN LEPASAN INSTITUSI-INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (HALUAN)

Pada 19 REJAB 1430H bersamaan 12 JULAI 2009 (AHAD)
Mulai 8.00 pagi - 11.00 malam

  • PEMERIKSAAN KESIHATAN
  • CERAMAH KESIHATAN
  • GOTONG-ROYONG
  • AKTIVITI PRA-SEKOLAH
  • CERAMAH MOTIVASI
  • DEMONSTRASI MASAKAN
  • SUKAN
  • CERAMAH AGAMA

Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB