BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya
Memaparkan catatan dengan label Wanita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wanita. Papar semua catatan

Isnin, September 13, 2010

Kes Sosilawati mirip kekejaman pembunuhan Altantuya

Kes pembunuhan Datuk Sosilawati Binti Lawiya Abdullah Yusof, pemandu, pegawai bank dan peguam beliau dalam insiden culik, pukul, bunuh dan bakar yang berakhir dengan berita kematian keempat-empat mereka di Morib dua hari lepas, Wanita Keadilan mengecam perbuatan terkutuk ini sebagai sesuatu yang kejam dan zalim. Wanita Keadilan juga merasakan tragedi tersebut merupakan satu lagi kes pencabulan terhadap wanita di negara ini.Perasaan hormat kapada kaum Hawa semakin hari semakin terhakis.


Sebelum ini negara digemparkan dengan berita kematian ngeri seorang model yang dikenali sebagai Altantuya Saribbu beberapa tahun yang lalu.Beliau dibunuh secara kejam dengan letupan bom.Peristiwa pembunuhan kejam dan zalim itu tidak wajar dan ini dengan jelas menunjukan bahawa tahap keselamatan rakyat di negara ini khususnya wanita makin tidak terjamin. Akibat daripada sikap lepas pandang dan tidak komitednya PDRM dalam membuat siasatan dan kegagalan menangkap penjenayah sebenar dalam kes Altantuya, menyebabkan ada pihak yang begitu berani mengambil kesempatan atas ketidakmampuan PDRM menyelesaikan kes pembunuhan tersebut dan juga beberapa kes lain yang melibatkan wanita .Masihkah kita ingat kes pembunuhan Mustakhizah. Jenayah ini berulang lagi hari ini akibat kegagalan kita sendiri memilih kerajaan yang telus, berwibawa, amanah yang tidak mempergunakan institusi kerajaan untuk kepentingan peribadi.


Oleh itu Wanita Keadilan mengecam kes pembunuhan ini dan menyampaikan perasaan simpati dan takziah kepada keluarga allayarhamah dan 3 yang lain. Wanita Keadilan mengharapkan satu bentuk tindakan yang tegas oleh pihak PDRM dan berharap Ketua Polis yang baru dilantik dapat membawa perubahan dalam menjaga keamanan dan keselamatan rakyat Malaysia sekaligus menyegerakan siasatan dan mengheret semua mereka yang bersalah ke muka pengadilan.


YB Hajjah Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita Keadilan Malaysia

Jumaat, April 16, 2010

Pelancaran Jentera Pilihan Raya Hulu Selangor Wanita Pakatan Rakyat


Jemputan ke Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya

Wanita Pakatan Rakyat Hulu Selangor:


PERUBAHAN TEMPAT

Jumaat, 16 April jam 8.00 malam dan kini di


Kem Bina Semangat, Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru


Rabu, Disember 16, 2009

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Perlu Lebih Berdaya

Setelah mendengar jawapan dari Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini; kami berasa sungguh kecewa kerana jelas bahawa selama ini Senator Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil telah mengecewakan bukan sahaja wanita-wanita di Malaysia tetapi juga telah melambatkan pembangunan negara. Jelas Shahrizat tandus idea dan lemah kemahuan politik (political will) untuk melonjakkan wanita sebagai unsur penting dalam pembinaan negara (nation building). Kerajaan Persekutuan juga didapati kurang bertindakbalas terhadap kelembapan perkembangan wanita, keluarga dan masyarakat di negara ini.

Shahrizat sepatutnya meminta peruntukan yang lebih besar lagi bagi membantu Kerajaan Malaysia dalam membangunkan negara melalui pembinaan wanita itu sendiri. Apa yang kami rumuskan dari jawapan beliau jelas beliau mengambil lewa pemantauan ’cross-cutting budget’ dari ’gender-responsive budgeting’ yang kononnya diamalkan oleh KPWKM. Hasilnya; pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat masih di takuk lama.

KPWKM sepatutnya mengadakan dengan segera Pelan Tindakan untuk menanam konsep ’gender-sensitize’ ke dalam kelima-lima kementerian yang telah gagal menjalankan pembangunan kementerian masing-masing berdasarkan ’gender-responsive budgeting’. Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kesihatan, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah mengesahkan bahawa mereka tidak tahupun apa itu ’gender-responsive budgeting’.

Secara keseluruhan; kami menyeru agar KPWKM beralih dari konsep kebajikan yang telahpun diamalkan di negara kita sejak beberapa dekad dan memulakan proses pemikiran yang lebih matang bagi menjuarai tekad Wanita Malaysia bergerak aktif menyumbang ke arah pembinaan negara (nation building).

Kerajaan Malaysia perlu menunjukkan sokongan dan memandang serius perkara ini agar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat lebih diberdayakan (empowered) untuk membangunkan wanita, keluarga dan masyarakat di Malaysia.



HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
Ahli Parlimen Ampang


FONG PO KUAN
Ahli Parlimen Batu Gajah


SITI ZAILAH MOHD YUSOFF
Ahli Parlimen Rantau Panjang

Khamis, Oktober 15, 2009

Mana Janji Partisipasi Aktif 30 Peratus Pengiktirafan Wanita Malaysia?

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA


Tarikh: 14 October 2009




MANA JANJI PARTISIPASI AKTIF 30 PERATUS PENGIKTIRAFAN WANITA MALAYSIA?

Polisi penyertaan wanita sebanyak 30% dalam badan pembuat keputusan di Malaysia telah dipublisitikan semenjak tahun 2004 dan diputarkan semula menjelang Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK9) bagi tempoh 2006 hingga 2010 seperti yang diumumkan Perdana Menteri ketika itu. Selaku sayap kerajaan yang bertanggungjawab, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilihat masih terkapai-kapai dan seolah-olah hilang tumpuan dan buah fikiran untuk bertindak sebagai tangan yang efektif bagi menggerakkan misi ini.

Pelbagai aktiviti yang menjurus kepada pembentukan Pelan Tindakan seperti yang dilakukan sebelum ini masih belum nampak hasilnya. Buah fikiran yang disampaikan oleh parti-parti politik, badan-badan bukan kerajaan, wakil badan perundangan sivil dan syariah serta wakil pusat-pusat pengajian tinggi telah tidak digarap dengan optimum. Begitu juga dengan sekian banyak bengkel, forum dan seminar yang dianjurkan bagi memberi kefahaman serta mengupas isu-isu penghalang yang selama ini menjadi tembok kepada partisipasi aktif golongan wanita Malaysia masih hanya tinggal di atas kertas.

Melihat dari sudut wanita dalam hirarki pentadbiran Negara, tahap kepercayaan yang diberikan kepada golongan wanita dalam memainkan peranan penting melalui jawatan Menteri dan Timbalan Menteri adalah amat-amat menyedihkan. Kerajaan Barisan Nasional telah gagal dalam memberikan pengiktirafan setimpal dan menghargai tugas serta peranan golongan wanita di Malaysia berdasarkan fakta bahawa hanya 2 orang Menteri dari kalangan wanita yang dilantik daripada jumlah 27 orang Menteri Kabinet. Ini hanya sekitar 7.4% sahaja berbanding sasaran 30%. Manakala bagi jawatan Timbalan Menteri, hanya 7 orang sahaja dilantik daripada jumlah 40 orang Timbalan Menteri. Dan jawatan tersebut hanyalah jawatan yang dilihat sebagi klise kepada peranan wanita iaitu Kementerian Pembangunan Wanita, Kelaurga dan Masyarakat serta Kementerian Pelancongan. Apakah tiada wanita yang layak dan dipercayai untuk memimpin kementerian yang lebih signifikan peranannya seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan hal Ehwal Pengguna ataupun Kementerian Perdagangan Antrabangsa dan Industri.

Dalam konteks pemerintahan Pakatan Rakyat, Negeri Selangor sebagai contoh telah menunjukkan tauladan serta kepercayaan kepada kebolehan golongan wanita dalam menggalas tanggungjawab. Daripada 11 orang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, empat daripadanya adalah wanita dan ini merupakan bukti kepada kesungguhan politik (political will) dan bukan hanya cakap kosong sahaja.

Wanita Keadilan menggesa dan sangat berharap agar Y.B Senator Datuk Shahrizat Jalil menunaikan janjinya kepada wanita di seluruh Malaysia dengan memastikan sekurang-kurangnya 8 orang Menteri Kabinet dan 12 Timbalan Menteri adalah dari golongan wanita. Seterusnya kelak dituruti ke peringkat pegawai-pegawai kerajaan dan kakitangan pentadbiran lainnya. Sekiranya Barisan Nasional kekurangan calon yang bersih dari rasuah dan salah guna kuasa, berkaliber serta professional maka beliau wajarlah menunjukkan kematangan politik demi mencapai matlamat pembangunan dan pengupayaan wanita dengan melibatkan sejumlah 11 orang wakil rakyat wanita dari gagasan Pakatan Rakyat di Parlimen untuk berkerjasama dalam hal ini. Wanita Keadilan khususnya sentiasa komited dan akan sentiasa bangkit menjadi pembela kepada Wanita di Malaysia.

YB PUAN HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
Ketua Wanita, Parti Keadilan Rakyat
Ahli Parlimen Ampang

Isnin, Oktober 05, 2009

Call for the Sarawak Police to investigate perpetrator, instead of going after the whistle blowers in Penan rape case

MEDIA STATEMENT
FOR IMMEDIATE RELEASE
Date: 4 October 2009


The denial of rape allegations by a Penan woman made headlines in the Borneo Post on 29th September which has a photo of an unidentified woman with her eyes blocked out and captioned “What? Me a Rape Victim?”

One of the Penan woman, known by a pseudonym “Bibi” in the national task force report on rape, retract her statement made in Bukit Aman, that she was raped by the rapist called “Johnny” or (locally known as Ah Heng, according to Penan villagers) a mechanic in an Interhill timber camp near Long Item.

"Bibi" lodged a police report at a police station in Long Lama, Sarawak, accompanied by “Johnny“, supposedly the perpetrator of the crime.

Then two days later, the Sarawak Deputy Commissioner of Police Hamza Taib announced on 1st October that the police will question four people, who helped “Bibi” to get out of her village to travel to Kuala Lumpur to seek help from the Women NGOs and Bukit Aman police, last October.

Had the Sarawak Deputy Commissioner of Police Hamza Taib ever ask himself why the Penan woman only came forward to retract the statement after a year later and after the allegations of rape is proven true in the Taskforce Report by the Women's Ministry ?

And why is the Sarawak Police going after the whistle blowers? We are not going to teach the police what to do but it is the job of the police to go after the criminals and ensure security and safety of the people.

And what are the grounds for Hamza Taib to conclude that the police report, made by “Bibi” in Long Lama on September 28, was genuine? It was reported that at the Long Lama police station, the 22 year old woman claimed she had been “conned” by an unnamed Penan man, into going to Kuala Lumpur to make a report of rape against her so-called husband, “Johnny” or Ah Heng, a mechanic in an Interhill timber camp near Long Item. Yet, there is no doubt that Ah Heng is not “Bibi”’s husband at all. “Bibi” is just one of his women.

Bukit Aman has recorded numerous statements from “Bibi” and she was even interviewed by Dr Noorul Ainur Mohd Nur, the Director-General of the Women’s Development Department, who headed the Women’s Ministry task force.

If indeed Bibi had been duped to go to KL by an unknown Penan man at her longhouse, why these queries never surfaced in the series of interviews conducted by Bukit Aman D11 officers and Dr Noorul Ainur Mohd Nur’s taskforce team?

Is the Sarawak police challenging the efficiency and credibility of Bukit Aman and Women’s Ministry task force, which in fact also comprises of staff from PDRM?

One of my colleagues also has personally interviewed “Bibi” and “Bibi” confessed that she was “paksa” (forced) into having sex and carried the baby. After delivery of the first daughter, she was raped again and given birth to the second baby. And “Bibi” said, Ah Heng warned her not put his name as the father of the children.

So the birth certificates of both the babies do not show the father’s name!

We are worried that the Penan woman “Bibi“ is under another vicious cycle of mental, sexual and emotional abuse by the perpetrator, Ah Heng and his interested parties.

We cannot help to conclude that “Bibi”'s case falls within the range of the different types of sexual exploitation or exploitative relationships that girls and women might find themselves caught in. “Bibi” may have been coerced and put under duress into retracting her confession about the rape. “Bibi” is an ignorant lady and never went to school. She never know the consequences of making a false police report and she is to face charges now because of her inconsistencies of her report at Bukit Aman and Long Lama. We have to stop violence against women.

We call for the Sarawak Police to investigate into the allegations with care and diligent and call for investigations into the perpetrator, Ah Heng, instead of going after the whistle blowers.
Justice must be seen to be done as soon as possible.



ZURAIDA KAMARUDDIN
Member of Parliament for Ampang
KEADILAN Women's Wing Chief

Selasa, Ogos 04, 2009

ISA : Kenyataan Media Wanita Pakatan Rakyat

Wanita Pakatan Rakyat menggesa agar kerajaan segera menghapuskan Akta zalim ISA yang telah disalahguna oleh mereka yang berkuasa. Polis dipergunakan untuk melaksanakan wewenangan dengan kuasa yang terkandung dalam Akta zalim ISA. ISA memberi kuasa untuk menangkap dan memenjara rakyat tanpa alasan dan bukti yang sah.

Wanita Pakatan Rakyat juga amat kesal dengan kenyataan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil, dalam usaha menutup kelemahan Umno-BN, Sahrizat seolah-olah seperti Zionis Israel yang mempertikai kanak-kanak Palestin yang berada bersama-sama ibu bapa mereka dalam menegakkan kebenaran dan keadilan.

ISA adalah satu Akta yang zalim dan diwujudkan hanya untuk menegakkan kepentingan Umno-BN. Oleh itu, ia wajar dituntut oleh sekelian rakyat, termasuk anak-anak yang menjadi pewaris masa depan negara. Sebuah negara yang mendokong demokrasi sewajarnya tidak menghalang sebarang perhimpunan aman. Tuntutan rakyat agar ISA dimansuhkan dan bukan hanya dipinda tidak mendapat perhatian kerajaan Malaysia pimpinan Umno-BN. Polis yang diperguna untuk mengukuhkan kepentingan Umno-BN telah memperalat ISA untuk menangkap sesiapa yang disukai tanpa alasan yang hak atau dakwaan dengan bukti yang sahih. ISA adalah alat yang memberi wewenangan kepada sebuah pemerintahan seperti kerajaan Umno-BN untuk meneruskan agenda menghalang kebebasan berhimpun dan bersuara. Pandangan yang lain dari Umno-BN disekat berhabisan dan tidak diberi ruang secukupnya agar didengari oleh rakyat. Media arus perdana di Malaysia adalah berat sebelah dan memperkukuh kewujudan Akta zalim ISA.

Polis telah mengamalkan budaya menghukum dan menyiksa mereka yang ditangkap ketika perhimpunan aman menentang ISA. Para OKT (orang kena tahan) telah sengaja tidak di layan dengan sewajarnya dan dibiarkan tanpa makan dan minum yang sempurna ketika dalam tahanan. OKT adalah tidak bersalah sehingga dijatuhkan sebarang hukuman oleh mana-mana mahkamah, maka wajar mereka dilayan sebagai rakyat Malaysia yang lengkap segala hak-hak kewarganegaraan mereka. Sharizat lebih wajar menegur pihak polis, yang di bawah kuasa Menteri dalam Negeri, Hishamuddin Hussein, untuk melaksanakan tugasan mereka secara adil dan profesional, bukannya menjadi alat atau barua mana-mana golongan, hatta Umno-BN sendiri.

Ketika perhimpunan berlangsung, gedung dan perniagaan sekitar lokasi terlibat telah penuh dikunjungi oleh pelanggan. Begitu juga dengan restoren dan kedai-kedai makan yang penuh dengan pengunjung. Pengangkutan awam, khususnya perkhimatan LRT, Monorail dan bas dipenuhi oleh penumpang yang kesemuanya memberi keuntungan yang besar kepada perniagaan. Sebenarnya tindakan polis yang menyimbah air asid dan gas yang telah menjejaskan kegiatan ekonomi rakyat Malaysia pada hari Perhimpunan menentang ISA 1hb Ogos lalu. Bahkan polis juga telah mengakibatkan lalulintas jalanraya yang penuh sesak kerana sekatan jalanraya yang dikenakan. Halangan dalam pengamalan demokrasi sebenar adalah punca kerugian perniagaan, kegiatan ekonomi rakyat Malaysia dan huru-hara di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.

Kerajaan Malaysia pimpinan Umno-BN sebenarnya sangat cemas terhadap kebangkitan rakyat yang menuntut pemansuhan ISA.
Wanita Pakatan Rakyat menyokong penuh sebarang perhimpunan aman rakyat Malaysia dan menuntut agar pihak polis di bawah Kementerian Dalam Negeri memainkan peranan mereka menyuburkan amalan demokrasi ini, bukan sebaliknya. Kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Sharizat Abdul Jalil, Wanita Pakatan Rakyat menggesa beliau agar hentikan bersikap ala Zionis yang mempertahankan keganasan polis terhadap rakyat.


Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita KEADILAN


Hjh Nuridah Salleh
Ketua Muslimat PAS


Chong Eng
Ketua Wanita DAP

Isnin, Julai 27, 2009

Ke Arah Memartabatkan Kaum Wanita

Georgetown - Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang, Mansor Othman telah menerima kunjung hormat Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dan rombongan beliau.

Beberapa isu penting telah dikemukakan oleh Zuraida Kamaruddin, khususnya dalam usaha pemberdayaan wanita Pulau Pinang. Cadangan dan usaha Ketua Wanita KEADILAN itu telah disambut baik oleh Mansor Othman yang telah menyarankan beberapa arena yang boleh melibatkan wanita secara berkesan – dalam bidang ekonomi, sosial dan kebajikan masyarakat.
Salah satu usaha yang telah dibincangkan ialah mewujudkan Koperasi Wanita Pulau Pinang. Ia dilihat sebagai wadah yang boleh membangunkan Wanita Pulau Pinang khususnya, dan Wanita Malaysia umumnya.

Selain itu, kajian mengenai berbagai aspek kehidupan rakyat Pulau Pinang juga akan dilaksanakan. Ia dijangka akan memberikan maklumbalas dari rakyat tentang keperluan dan harapan rakyat Pulau Pinang yang akan diberi perhatian oleh portfolio Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang itu – dalam pemberdayaan wanita dan komuniti pemberdayaan.
Turut hadir ialah Naib Ketua Wanita KEADILAN, Noorsaham Abu Samah, EXCO Biro Penerangan, Rozaini Mohd Rosli, Timbalan Pengarah Biro Pilihanraya Wanita Pusat, Salmah Ismail, EXCO Biro Pelaburan & Perdagangan, Dr. Joyce Lee, dan Ketua Wanita Pulau Pinang, Norhayati Jaafar.



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...