BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya
Memaparkan catatan dengan label Sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sarawak. Papar semua catatan

Selasa, Februari 22, 2011

NGO antarabangsa dedah 49 firma kepunyaan Taib Mahmud

Sebuah NGO berpengkalan di Switzerland, Bruno Manser Fund (BMF) mengeluarkan senarai 49 firma milik Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud di seluruh dunia.

Senarai itu termasuk 13 syarikat di Malaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, empat di Amerika Syarikat, tiga di British Virgin Islands, satu di pulau Jersey dan dua lagi di United Kingdom.

“Tujuan senarai ini adalah untuk membantu pihak berkuasa pencegahan rasuah dan pengubahan wang haram di negara-negara berkenaan mengenal-pasti dan membekukan aset Taib,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

Memetik laporan Malaysiakini, senarai itu disiar di lawan-laman web anti rasuah dan dikemaskini dari semasa ke semasa. BMF juga melancarkan petisyen mendesak pihak berkuasa di negara-negara terbabit menyiasat kewangan Taib dan keluarganya, selain membekukan aset.

Selain Malaysia, petisyen itu dihantar ke Australia, Kanada, Hong Kong, United Kindom dan Amerika Syarikat serta Kumpulan  Pengubahan Wang Haram Asia Pasifik yang mempunyai keahlian 139 negara.

Antara syarikat Malaysia yang disenaraikan termasuk Borsarmulu Resort Sdn Bhd, Cahya Mata Sarawak Sdn Bhd, K&N Kenanga, Kumpulan Parabena Sdn Bhd, Mesti Bersatu Sdn Bhd, Sarawak Energy Bhd, Naim Holdings dan Kumpulan Ta Ann.

Sesetengah syarikat berkenaan dimiliki kerajaan negeri dan projek yang disokong kerajaan negeri seperti Royal Mulu Resort dan empangan Murum.

Sebahagian besar firma yang disenaraikan itu membabitkan syarikat yang terbabit dalam perniagaan hartanah, termasuk Sakti International Corporation Incorporated, yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Isnin, Disember 13, 2010

Hormati Perjanjian 1963, Pakatan Rakyat Janji Autonomi Penuh Kepada Sarawak

Timbalan Presiden parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Azmin Ali berjanji Sarawak akan diberikan kuasa autonomi sepenuh sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Berucap di hadapan lebih 300 penyokong Pakatan Rakyat pada majlis makan malam di Bintulu semalam, Azmin berkata ini berdasarkan kepada perjanjian 18 perkara yang ditandatangani oleh Sabah dan Sarawak pada 1963 ketika bersetuju menganggotai gagasan Persekutuan Malaysia.

“Sabah and Sarawak tidak menyertai Malaysia. Sabah dan Sarawak yang menwujudkan Malaysia bersama-sama negeri-negeri bersekutu Malaya,” kata Ahli Parlimen Gombak itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sarawak, Baru Bian hari ini.

Azmin juga membidas kepimpinan Barisan Nasional Sarawak yang didakwa bergelumang dengan budaya rasuah dan kronisme.

Beliau mencabar Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud agar membubarkan Dewan Undangan Negeri dengan serta merta jika BN yakin rakyat menyokongnya pada pilihan raya negeri nanti.
“Saya, Azmin, akan mempertahankan Sarawak dan akan berjuang untuk rakyat Sarawak. Agi idup agi ngelaban! (Selagi hidup, selagi itu berharap!)" said Azmin.

Baru Bian berkata kenyataan Azmin menghantar mesej jelas kepada rakyat Sarawak mengenai komitmen KEADILAN dan Pakatan Rakyat.

“Ini satu janji yang komited daripada KEADILAN untuk memperbetulkan segala kepincangan yang dilakukan oleh serta mengembalikan kehormatan dan maruah yang dipersetujui oleh pejuang kemerdekaan Sarawak 47 tahun dulu.

"Selama ini parti tempatan Sarawak mendabik dada mampu memenuhi kehendak dan keperluan rakyat Sarawak.

“Komitmen yang diberikan Azmin dengan jelas menunjukkan KEADILAN pada peringkat pusat memahami isu negeri dan mengambil langkah untuk memenuhi hasrat terbesar rakyat Sarawak  iaitu autonomi penuh," kata beliau dalam kenyataanya.

Rabu, Ogos 11, 2010

Harta Taib Mahmud Di Luar Negara, Mana SPRM?

Pendedahan dua dokumen yang membuktikan hubungan langsung antara Ketua Menteri Sarawak dengan sebuah syarikat hartanah berpangkalan di Amerika Syarikat iaitu Sakti International Corporation, bukan sesuatu yang mengejutkan.

Hakikatnya, Tan Sri Taib Mahmud dan harta kekayaan di luar negara sudah sinonim di kalangan rakyat banyak. Hanya pihak berwajib seperti suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia atau SPRM sahaja masih membatukan diri.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian berkata rakyat Sarawak sudah lali dengan penyelewengan Taib Mahmud dan pada masa sama hilang kepercayaan terhadap SPRM untuk mengheret ketua menteri itu ke muka pengadilan.

Malaysiakini mendedahkan perjanjian bertulis lembaga pengarah Sakti International Corporation dengan adik beradik Taib Mahmud dan anak-anaknya memegang kepentingan 50 peratus bersamaan RM250 juta, bagi pihaknya.

Antara lain, Taib Mahmud menamakan adik beradiknya Onn dan Ariff, anak perempuannya Jamilah dan anak lelakinya, Mahmud dan Sulaiman.

“Ini adalah perkara yang diketahui ramai. Dan sudah dijangka dan disyaki dari dulu bahawa Taib Mahmud ada harta dan duit luar negera. Ini satu bukti yang kukuh," katanya kepada TV Selangor.

Sakti International dilapor memiliki beberapa hartanah di bahagian pantai barat Amerika Syarikat, antaranya  bangunan Abraham Lincoln di Seattle, bangunan yang juga menempatkan pejabat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Unit Anti Pengganas Washington Fusion Centre.

Dalam konteks ini, Baru bian mempersoal sumber dana Taib Mahmud berkaitan hartanahnya di luar negara.

“Perkara sebegini yang besar berkaitan rasuah yang melibatkan berjuta- juta duit rakyat tidak dapat disiasat SPRM

Sebab itu, kita tidak yakin dengan SPRM kerana tidak membukti bahawa mereka  efektif. Tiada siasatan. Sikit sahaja mereka laksanakan tugas untuk siasat,” katanya.

Bagi Baru Bian, harta rakyat mesti dijaga bukan diperlaku sesuka hati.

“Harta rakyat mesti dipulangkan. Saya percaya harta rakyat yang dicuri perlu dipulangkan kepada rakyat,” katanya.

Isnin, Mei 17, 2010

Kemenangan Pertama Pakatan Rakyat Sarawak

Pakatan Rakyat Sarawak yang baru ditubuhkan hasil kerjasama antara KEADILAN, DAP, PAS dan SNAP telah membuahkan kejayaan pertamanya di Bumi Kenyalang apabila calon DAP, Wong Ho Leng mengalahkan calon Barisan Nasional, Robert Lau Hui Yew dengan majoriti 398 undi pada pilihan raya kecil Bandar Sibu hari ini.

Dalam pertandingan tiga penjuru termasuk seorang calon Bebas, Wong memperolehi undi sebanyak 18,845 undi berbanding lawan terdekat beliau, Lau yang mendapat 18,447 undi.

Calon Bebas, Narawi haron hanya mencapai 232 undi semantara 396 undi ditolak.

Dalam sidang media pertama beliau sejurus bergelar Ahli Parlimen bandar Sibu, Wong berkata kemenangan PRK Sibu mempunyai makna yang amat besar dalam rancangan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya.

"Kemenangan kecil kita di Sibu adalah langkah yang lebih besar untuk kita menawan Putrajaya. Hari ini rakyat Sibu dan Sarawak mencipta sejarah ke arah perubahan yang kita perkatakan semasa kempen pilihan raya ini.

"Ini merupakan pencapaian yang amat besar memandangkan kita berdepan dengan kekuasaan Barisan Nasional yang mengerunkan tetapi akhirnya rakyat telah bersuara dan menyatakan dengan jelas bahawa mereka mahukan Pakatan Rakyat mewakili dan memperjuangkan hak dam masalah mereka di Sibu.

"Ia juga memberi isyarat yang jelas bahawa rakyat kini sudah sedar mengenai kepincangan pentadbiran BN samada di Sarawak mahupun di seluruh Malaysia yang menolak kepimpinan Perdana Menteri," kata Wong di Dewan Suarah Sibu.

Sebelum itu pegawai pilihan raya, Wong See Meng mengumumkan kemenangan Wong tepat pukul 10.57 malam.

Kira-kira 5,000 penyokong menunggu dengan sabar keputusan yang sepatutnya diumumkan selewat-lewatnya pada pukul 9 malam menurut Suruhanjaya Pilihan Raya.

Walau bagaimanapun disebabkan masalah pengiraan undi pos yang mendapat bantahan daripada Wong, peti undi pos hanya tiba di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Sibu hanya pada pukul 10.35 malam.

Ketibaan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan diikuti oleh Wong serta Ketua Menteri Pulau Pinang menandakan kemenangan Pakatan Rakyat yang ditunggu-tunggu.

Isteri Wong, Irene Chang menyifatkan kemenangan suaminya sebagai bukti kukuh rakyat Sibu mahukan perubahan.

"Kita telah bekerja keras sepanjang kempen dengan membawa mesej perubahan dan saya banga rakyat Sibu menerima dengan baik perubahan yang ingin kita bawa.

"Kami akan bersama-sama bekerja kuat membantu suami saya mengotakan segala janji yang kami telah buat kepada rakyat Sibu," kata Irene.

Isnin, April 19, 2010

SNAP bersama Pakatan Rakyat di Sarawak

Pakatan Rakyat hari ini mencatatkan satu lagi sejarah apabila melebarkan sayapnya di Sarawak dengan penubuhan Pakatan Rakyat Sarawak secara rasmi yang diumumkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah mendapat persetujuan daripada KEADILAN, DAP, PAS dan SNAP.

Keputusan tersebut dicapai selepas mesyuarat tertutup yang di Sibu yang dihadiri oleh Anwar serta pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sarawak, Baru Bian dan juga seorang Naib Presiden SNAP.

Anwar berkata penubuhan Pakatan Rakyat Sarawak telah mendapat persetujuan oleh empat parti yang akan menjadi rakan kongsi dalam membawa perubahan senario politik Bumi Kenyalang itu.

"Keputusan mesyuarat hari ini kita telah mendapat persetujuan menubuhkan Pakatan Rakyat di Sarawak dan kita akan umumkan butiran lanjut dalam masa yang terdekat.

"Selain itu juga pada pilihan raya kecil di Sibu nanti kita telah bersetuju untuk meletakkan calon dari DAP bagi bertanding di situ.

"Saya juga akan menghantar surat rasmi kepada SNAP bagi menjemput parti itu menyertai Pakatan Rakyat," jelas Anwar kepada Suara Keadilan.

Anwar juga berkata Pakatan Rakyat pusat akan membantu jentera pilihan raya kecil di Sibu bagi memastikan kemenangan calonnya.

Isnin, Mac 01, 2010

Satu lawan satu di Sarawak

Pakatan Rakyat telah bersetuju agar semua pertandingan dalam pilihanraya negeri Sarawak yang akan datang adalah pertembungan satu lawan satu antara Pakatan dengan BN.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, Pakatan telah mula membuat persiapan untuk menghadapi pilihanraya negeri itu yang dijangka diadakan beberapa bulan akan datang, kemungkinan antara bulan Jun dan Julai ini.

Pilihan raya negeri Sarawak - yang terakhir berlangsung pada 2006 - mesti diadakan dalam tempoh 16 bulan ini. Sarawak merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak mengadakan pilihanraya negeri serentak dengan pilihanraya Parlimen.

Saifuddin berkata, strategi satu lawan satu itu - yang telah menghasilkan kemenangan besar kepada pembangkang dalam pilihanraya umum 2008 - akan digunakan dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini.

"PKR, DAP dan PAS pada prinsipnya telah bersetuju dengan pertandingan satu lawan satu dengan BN. Kita pastinya berharap ia akan memberi impak yang besar kali ini," katanya kepada Malaysiakini.

Tsunami politik pada 2008 menyaksikan lima negeri di Semenanjung jatuh ke tangan pembangkang serta menafikan BN penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Sarawak mempunyai 71 kerusi negeri, dengan 62 daripadanya dikuasai oleh BN. Manakala DAP, Parti Cinta Malaysia yang baru ditubuhkan dan Bebas, menang sembilan kerusi.

Pilihan raya umum 2008 telah menyaksikan berlakunya beberapa pertandingan tiga penjuru yang membabitkan parti-parti Pakatan di Sabah dan Sarawak.

Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang berkata, perkara itu telah dibincangkan oleh majlis presiden Pakatan pada hari Isnin.

Majlis itu, kata beliau, seterusnya akan menumpukan kepada perbincangan mengenai pilihan raya negeri Sarawak, khususnya mengenai strategi pertandingan satu lawan satu, serta memanfaatkan jentera pilihan raya bersama.


Rabu, Oktober 21, 2009

BELB - Shafie Apdal salah guna kuasa

Pengarah Strategik Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Tian Chua mengemukakan bukti tambahan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohamad Shafie Apdal dalam pemberian projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Sabah dan Sarawak.


Beliau dalam satu sidang media di lobi parlimen semalam menjawab kembali penafian yang dibuat Shafie semalam mengenai salahguna kuasa itu.


"Saya memang ada bukti mengenai perkara ini.Sebab itu saya buat sidang media semalam. Hari ini saya nak 'follow up' dengan bukti tambahan."katanya.


Kelmarin Tian Chua yang juga ahli parlimen Batu mendedahkan wujud penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam pemberian projek BELB di Sabah dan Sarawak.


Shafie didakwa sebagai menteri yang bertanggungjawab telah menggunakan kroni-kroninya sebagai `broker' untuk menganugerahkan projek BELB kepada kontraktor yang sudi memberi komisyen kepada beliau.


Kenyataan akhbar yang mempunyai 12 helai muka surat diserahkan beliau kepada media ketika persidangan dewan rakyat berlangsung.


Menurutnya kelmarin, BELB merupakan salah satu dasar pembangunan dalam KLBW dan juga dasar utama Kerajaan Pusat tetapi projek-projek di bawah BELB menjadi punca sumber kewangan kepada individu dan kroni-kroninya.


Semalam pula, Tian Chua mendedahkan bukti mengenai dua lagi syarikat yang diberikan kontrak berjumlah RM30 hingga RM80 juta oleh BELB melalui rundingan terus, bukan melalui tender.


Menurutnya, dua syarikat berkenaan iaitu Magnate Innovation Sdn Bhd dan Ternama Tabah Sdn Bhd tidak memenuhi kriteria sebagai syarikat kontraktor kerana tidak berdaftar dengan pusat khidmat kontraktor (PKK) dan tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga serta tiada sijil pengiktirafan taraf bumiputera.


Magnate Innovation Sdn Bhd didaftarkan pada 12 Februari lalu dengan modal hanya RM2. Manakala Ternama Tabah Sdn Bhd bermodalkan RM100.


"Kita ingin tahu bagaimana syarikat yang begini tarafnya boleh diberi kontrak berjumlah RM30 hingga RM80 juta. Ini bermaksud syarikat ini diwujudkan hanya untuk menerima kontrak dan tiada rekod perkhidmatan sebelum ini."katanya.


Sehubungan itu, beliau meminta Shafie memberikan penjelasan mengenai perkara itu sebelum ia dibawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


"Kalau beliau (Shafie) enggan memberikan penjelasan, kita tiada pilihan lain selain bawa perkara ini kepada SPRM."katanya.

Kelmarin, Shafie yang juga ahli parlimen Samporna menafikan dakwaan Tian Chua itu dan menyifatkannya sebagai pembohongan semata-mata.


Beliau turut memberi amaran akan megambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang membuat dakwaan itu.

Isnin, Oktober 05, 2009

Call for the Sarawak Police to investigate perpetrator, instead of going after the whistle blowers in Penan rape case

MEDIA STATEMENT
FOR IMMEDIATE RELEASE
Date: 4 October 2009


The denial of rape allegations by a Penan woman made headlines in the Borneo Post on 29th September which has a photo of an unidentified woman with her eyes blocked out and captioned “What? Me a Rape Victim?”

One of the Penan woman, known by a pseudonym “Bibi” in the national task force report on rape, retract her statement made in Bukit Aman, that she was raped by the rapist called “Johnny” or (locally known as Ah Heng, according to Penan villagers) a mechanic in an Interhill timber camp near Long Item.

"Bibi" lodged a police report at a police station in Long Lama, Sarawak, accompanied by “Johnny“, supposedly the perpetrator of the crime.

Then two days later, the Sarawak Deputy Commissioner of Police Hamza Taib announced on 1st October that the police will question four people, who helped “Bibi” to get out of her village to travel to Kuala Lumpur to seek help from the Women NGOs and Bukit Aman police, last October.

Had the Sarawak Deputy Commissioner of Police Hamza Taib ever ask himself why the Penan woman only came forward to retract the statement after a year later and after the allegations of rape is proven true in the Taskforce Report by the Women's Ministry ?

And why is the Sarawak Police going after the whistle blowers? We are not going to teach the police what to do but it is the job of the police to go after the criminals and ensure security and safety of the people.

And what are the grounds for Hamza Taib to conclude that the police report, made by “Bibi” in Long Lama on September 28, was genuine? It was reported that at the Long Lama police station, the 22 year old woman claimed she had been “conned” by an unnamed Penan man, into going to Kuala Lumpur to make a report of rape against her so-called husband, “Johnny” or Ah Heng, a mechanic in an Interhill timber camp near Long Item. Yet, there is no doubt that Ah Heng is not “Bibi”’s husband at all. “Bibi” is just one of his women.

Bukit Aman has recorded numerous statements from “Bibi” and she was even interviewed by Dr Noorul Ainur Mohd Nur, the Director-General of the Women’s Development Department, who headed the Women’s Ministry task force.

If indeed Bibi had been duped to go to KL by an unknown Penan man at her longhouse, why these queries never surfaced in the series of interviews conducted by Bukit Aman D11 officers and Dr Noorul Ainur Mohd Nur’s taskforce team?

Is the Sarawak police challenging the efficiency and credibility of Bukit Aman and Women’s Ministry task force, which in fact also comprises of staff from PDRM?

One of my colleagues also has personally interviewed “Bibi” and “Bibi” confessed that she was “paksa” (forced) into having sex and carried the baby. After delivery of the first daughter, she was raped again and given birth to the second baby. And “Bibi” said, Ah Heng warned her not put his name as the father of the children.

So the birth certificates of both the babies do not show the father’s name!

We are worried that the Penan woman “Bibi“ is under another vicious cycle of mental, sexual and emotional abuse by the perpetrator, Ah Heng and his interested parties.

We cannot help to conclude that “Bibi”'s case falls within the range of the different types of sexual exploitation or exploitative relationships that girls and women might find themselves caught in. “Bibi” may have been coerced and put under duress into retracting her confession about the rape. “Bibi” is an ignorant lady and never went to school. She never know the consequences of making a false police report and she is to face charges now because of her inconsistencies of her report at Bukit Aman and Long Lama. We have to stop violence against women.

We call for the Sarawak Police to investigate into the allegations with care and diligent and call for investigations into the perpetrator, Ah Heng, instead of going after the whistle blowers.
Justice must be seen to be done as soon as possible.



ZURAIDA KAMARUDDIN
Member of Parliament for Ampang
KEADILAN Women's Wing Chief

Selasa, September 15, 2009

Parti pembangkang Sarawak adakan mesyuarat kali pertama

Kuching - Empat parti pembangkang utama Sarawak PKR, DAP, PAS dan SNAP mengadakan satu mesyuarat buat pertama kali bagi persediaan menghadapi pilihanraya umum akan datang dan sebagai satu persediaan awal ke arah pemerintahan negeri tersebut.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh pengerusi perhubungan negeri PKR Sarawak Mustafa Kamil Ayub bersama 7 jawatankuasa parti yang lain.

DAP pula di wakili oleh pengerusi nya iaitu Wong Ho Leng, Chong Siew Chiang, Chong Chieng Jen dan tujuh yang lain manakala PAS di wakili oleh Saidin Massudin Sahini dan 6 jawatankuasa yang lain serta SNAP pula di wakili oleh Edwin Dundang dan setiausaha agognya iaitu Stanley Jugol.

Mustaffa memberitahu wartawan selepas mesyuarat tersebut bahawa apa yang di bincangkan iaitu meletakkan calon disetiap kawasan DUN iaitu sebanyak 71 DUN mengundi dengan cara satu lawan satu dan dalam masa yang sama mengukuh jentera Pakatan Rakyat .

Mengenai pembahgian kawasan pula, Mustaffa menjelaskan bahawa setiap parti diberi masa yang sesuai bagi menentukan kawasan yang hendak di tandingi dan kita akan berbincang untuk membentuk jawatankuasa seterusnya.

Mustaffa juga menjelaskan setiap langkah dan juga kenyataan yang akan di buat akan di salurkan ke jawatankuasa yang di pengerusikan oleh 4 parti.

"Kita tidak mahu adanya salah tanggapan dimana semua yang berlaku hendaklah di salurkan ke dalam parti untuk diselesaikan dengan cara pemuafakatan", demikian jelas Mustaffa lagi.

Menurut Edwin Dundang, beliau begitu gembira apabila dijemput bagi menyertai mesyuarat penting ini bagi membentuk sebuah pakatan yang kuat dan kukuh bagi menghadapi BN di Sawarak.

"Kita sedang memperkenalkan sistem dua parti kepada rakyat Sarawak, Jika mereka merasa bosan dengan BN mereka boleh mengundi PR di Sarawak" jelas Dundang lagi.

Sementara itu Pengerusi perhubungan negeri DAP, Wong juga merasakan bahawa ini adalah satu sejarah yang akan membentuk satu kerjasama yang kukuh.

Sementara itu menurut PKR, mereka telah menyerahkan dan mengarahkan semua cabang parti tersebut agar mengenalpasti calon yang sesuai bagi mewakili mereka dalam pilihanraya yang umum nanti, Keputusan megenai calon kemudiannya akan ditapis dan dibincangkan dalam jawatankuasa parti tersebut.

Beliau juga menyatakan bahawa persediaan awal dilakukan kerana ianya penting sebab pilihanraya mungkin akan di adakan pada tahun ini atau pun tahun hadapan.

Rabu, April 08, 2009

Pakatan kuasai 2 Bukit, BN kekalkan Batang Ai

Calon PKR S Manikumar meraih 12,632 undi, meninggalkan calon BN Datuk S Ganesan dengan 10,229 undi.

Ahli perniagaan muda itu, yang bakal dilantik Exco Kerajaan Kedah, mendapat majoriti 2,403 undi, lebih 40 undi daripada majoriti V Arumugam yang melepaskan jawatan dan kerusi tersebut dengan alasan nyawanya diancam.

Kesemua 13 calon bebas hilang wang deposit - mencipta satu lagi rekod selepas kertas undi terbesar dalam sejarah Malaysia.

Manakala kerusi parlimen Bukit Gantang, PAS menang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi, manakala calon BN Ismail Saffian mendapat 19,071 undi.

Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.

Keputusan ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.

Kejayaan PAS itu disambut oleh para penyokongnya dengan membakar bunga api di kawasan padang dekat dewan penjumlahan undi.

Sementara itu di Sarawak, BN menang di Batang Ai dengan majoriti besar - 1,854 undi.

BN mendapat majoriti 806 undi dalam pilihanraya negeri Sarawak tiga tahun lepas.



Keputusan PRK : P059 Bukit Gantang


  • Ismail Saffian (BN) 19,071 undi
  • Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) 21,860 undi
  • Kamarul Ramizu Idris (Bebas) 62 undi
  • Pemenang: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Pas)
  • Majoriti: 2,789
  • Undi Rosak: 456
  • % Mengundi: 75.10%

Keputusan PRK : N025 Bukit Selambau

  • R Loganathan (Bebas) 31 undi
  • Tan Hock Huat (Bebas) 78 undi
  • Mohd Radzi Mat Lazim (Bebas) 25 undi
  • S Manikumar (PKR) 12,632 undi
  • Mohd Fadzil Wahab (Bebas) 83 undi
  • Abdul Rahim Abu (Bebas) 60 undi
  • L Sarala (Bebas) 49 undi
  • Datuk S Ganesan (BN) 10,229 undi
  • A Jayagopal (Bebas) 35 undi
  • S Moganakumar (Bebas) 46 undi
  • Khamis Awang (Bebas) 29 undi
  • Husaini Yaacob (Bebas) 257 undi
  • Vaneson Michael (Bebas) 32 undi
  • Mejar (B) Anuar Abd Hamid (Bebas) 528 undi
  • T Chandrarajan (Bebas) 73 undi
  • Pemenang: S Manikumar (PKR)
  • Majoriti: 2,403
  • Undi Rosak: 415
  • % Mengundi: 70.28%

Keputusan PRK : N029 Batang Ai

  • Malcolm Mussen anak Lamoh (BN) 3,907 undi
  • Jawah anak Gerang (PKR) 2,053 undi
  • Pemenang: Malcolm Mussen anak Lamoh (BN)
  • Majoriti: 1,854
  • Undi Rosak: 59
  • % Mengundi: 75.32%



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...