Selasa, Januari 11, 2011
PRU: Kedah bayangkan tidak ikut pusat
Khamis, September 17, 2009
Kerajaan negeri Pakatan Rakyat beri bonus kepada kakitangan
Kerajaan Selangor mengumumkan sekali bayar iaitu menjelang Jumaat , manakala kerajaan Pulau Pinang dalam bentuk 2 kali sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan pusat Kerajaan Pusat dikritik sesetengah kakitangan terutamanya yang memegang jawatan diperingkat pengurusan dan profesional yang tidak merasai "duit Raya" tersebut.
Kerajaan Selangor membelanjakan sekitar RM4.38 juta kepada kakitangan kerajaan negeri sebagai bonus khas, manakala kerajaan negeri Pulau Pinang pula membelanjakan sebanyak RM1,649,500.00.
Baru-baru ini kerajaan Pusat memberikan hadiah khas kepada kakitangan awam dimana ianya dibayar sebanyak 2 kali iaitu sebelum hari raya dan pada bulan Disember.
Sementara itu seramai 5,300 kakitangan kerajaan negeri Kedah kumpulan sokongan akan menerima 'duit raya' sebanyak RM500 yang akan dimasukkan ke dalam akaun masing-masing esok...
Manakala kerajaan Kelantan juga dijangka akan berbuat demikian.
Ahad, Mei 17, 2009
Pusat Khidmat Rakyat Import
Di atas permintaan YB S. Manikumar, seramai 3 orang pegawai Pusat Khidmat Rakyat secara sukarela membantu seterusnya memberi tunjuk ajar kepada pegawai-pegawai Exco berkenaan dalam menangani pelbagai aduan daripada masyarakat.
Pegawai Perkhidmatan Masyarakat ADUN Sg. Bakap, Pn. K. Rajaletchimee ketika dihubungi berkata : "YB S. Manikumar telah datang sendiri ke Sungai Bakap setelah mengetahui bahawa Pusat Khidmat Rakyat ADUN Sungai Bakap antara yang terbaik di Pulau Pinang dan memohon kepada YB Hj. Maktar untuk kami memberi tunjuk ajar kepada pegawai-pegawainya."
"Setelah bersetuju, kami diberikan tarikh dan tempat untuk bertugas. Kami sedia membantu mana-mana Pusat Khidmat yang ikhlas membantu masyarakat setempat walaupun ianya jauh di luar kawasan." tambahnya lagi.
Selain dari itu, terdapat juga agensi-agensi kerajaan yang turut serta dalam program tersebut.
Rabu, April 08, 2009
Pakatan kuasai 2 Bukit, BN kekalkan Batang Ai
Ahli perniagaan muda itu, yang bakal dilantik Exco Kerajaan Kedah, mendapat majoriti 2,403 undi, lebih 40 undi daripada majoriti V Arumugam yang melepaskan jawatan dan kerusi tersebut dengan alasan nyawanya diancam.
Kesemua 13 calon bebas hilang wang deposit - mencipta satu lagi rekod selepas kertas undi terbesar dalam sejarah Malaysia.
Manakala kerusi parlimen Bukit Gantang, PAS menang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi, manakala calon BN Ismail Saffian mendapat 19,071 undi.
Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.
Keputusan ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.
Kejayaan PAS itu disambut oleh para penyokongnya dengan membakar bunga api di kawasan padang dekat dewan penjumlahan undi.
BN mendapat majoriti 806 undi dalam pilihanraya negeri Sarawak tiga tahun lepas.
Keputusan PRK : P059 Bukit Gantang
- Ismail Saffian (BN) 19,071 undi
- Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) 21,860 undi
- Kamarul Ramizu Idris (Bebas) 62 undi
- Pemenang: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Pas)
- Majoriti: 2,789
- Undi Rosak: 456
- % Mengundi: 75.10%
Keputusan PRK : N025 Bukit Selambau
- R Loganathan (Bebas) 31 undi
- Tan Hock Huat (Bebas) 78 undi
- Mohd Radzi Mat Lazim (Bebas) 25 undi
- S Manikumar (PKR) 12,632 undi
- Mohd Fadzil Wahab (Bebas) 83 undi
- Abdul Rahim Abu (Bebas) 60 undi
- L Sarala (Bebas) 49 undi
- Datuk S Ganesan (BN) 10,229 undi
- A Jayagopal (Bebas) 35 undi
- S Moganakumar (Bebas) 46 undi
- Khamis Awang (Bebas) 29 undi
- Husaini Yaacob (Bebas) 257 undi
- Vaneson Michael (Bebas) 32 undi
- Mejar (B) Anuar Abd Hamid (Bebas) 528 undi
- T Chandrarajan (Bebas) 73 undi
- Pemenang: S Manikumar (PKR)
- Majoriti: 2,403
- Undi Rosak: 415
- % Mengundi: 70.28%
Keputusan PRK : N029 Batang Ai
- Malcolm Mussen anak Lamoh (BN) 3,907 undi
- Jawah anak Gerang (PKR) 2,053 undi
- Pemenang: Malcolm Mussen anak Lamoh (BN)
- Majoriti: 1,854
- Undi Rosak: 59
- % Mengundi: 75.32%
Jumaat, Mac 20, 2009
Manikumar calon Pakatan Rakyat di Bukit Selambau
Beliau membuat pengumuman tersebut di Sungai Petani pagi ini.
Seorang muka baru dalam arena politik, Manikumar, 35, dianggap sebagai pilihan yang mengejutkan untuk mewakili Pakatan dalam pilihanraya kecil yang anggap sangat penting ini.
Beliau merupakan seorang ahli perniagaan dan penduduk asal Bukit Selambau.
Manikumar akan berdepan dengan calon BN, Datuk S Ganesan dari MIC dan sejumlah calon bebas dalam pilihanraya kecil tersebut.
Suruhanjaya pilihanraya menetapkan penamaan calon pada 29 Mac ini.
Selasa, Februari 10, 2009
Arumugam letak jawatan sebagai Exco dan ADUN Bukit Selambau
Demikian kata Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di sidang medianya itu yang diadakan di kediaman rasminya, Sri Mentaloon, di sini semalam.
Turut dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dato' Dr Abdul Isa Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Syed Unan Mashri Syed Abdullah dan Pengerusi Badan Perhubungan KeADILan Kedah, Ahmad Kassim.
"Dukacita saya maklumkan Arumugam juga meletakkan jawatannya sebagai Adun Bukit Selambau berkuatkuasa serta merta dan surat perletakan jawatan itu bertarikh 8 Februari 2009. Dia telah menghantar dua surat, satu kepada Speaker memaklumkan perletakan jawatannya sebagai Adun dan satu kepada saya memaklumkan perletakan jawatannya sebagai Exco dan Adun.
"Sepatutnya surat itu dihantar kepada Tuanku Sultan, tetapi mungkinlah sebab teknikal dia hantar kepada saya dan saya telah menyembahkan surat itu kepada Tuanku Sultan," ujarnya mengumumkan.
Menurut Ustaz Azizan perletakan jawatan Arumugam juga dimaklumkan beliau dengan surat kepada Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan disalinkan kepada beliau. Oleh itu katanya, Speaker akan memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).
Katanya lagi, memandangkan kuota kerusi tersebut diberikan kepada KeADILan, maka soal calon juga diserahkan kepada KeADILan.
Menjawab pertanyaan media, kata Ustaz Azizan, Arumugam dalam suratnya menjelaskan bahawa beliau menghadapi ugutan daripada pihak Barisan Nasional dan menawar kepadanya jutaan ringgit untuk melompat kepada BN.
"Dia dan keluarganya tidak tahan lagi, rasa tertekan dengan pelbagai ugutan, jadi atas dasar itu demi keselamatan diri dan anggota keluarga dia, maka dia rasa elok dia menarik diri dari politik dengan menjadi wakil rakyat.
"Dia juga diugut pada beberapa kali terutama di peringkat akhir keretanya (disimbah) dicat dan pelbagai lagi. Maka sebab itu dia tak sanggup lagi jadi dia letak jawatanlah," ujarnya yang turut memaklumkan surat itu diperolehinya jam 5 petang tadi.
Jelas beliau, surat itu bercop suruhanjaya sumpah dan akan diserahkan beliau kepada Speaker. Mengulas pertanyaan media juga beliau menganggap perkara itu lumrah dalam politik. Ditanya tindakan pihak polis terhadap aduan yang pernah dibuat, katanya perkara itu perlu dirujuk kepada pihak polis.
Diminta mengulas mengenai Arumugam, beliau menyifatkan Arumugam seorang yang telah menjalankan tugas dengan baik. Ustaz Azizan juga menjelaskan bahawa ugutan yang diterima Arumugam telah berlaku sejak beliau memenangi kerusi Dun Bukit Selambau dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.
"Paling terakhir dia ditawarkan RM5 juta. Saya menghargai sikap beliau yang menolak tawaran sebanyak RM5 juta itu. Tapi kerana tekanan emosi, tekanan kepada keluarga, maka tidak ada jalan lain," terangnya yang turut membacakan penjelasan bertulis Arumugam.
Sementara itu, Ahmad Kassim pada sidang media itu berkata, KeADILan Kedah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil yang bakal berlaku.
Katanya, jentera gabungan parti-parti Pakatan Rakyat akan membantu manakala mesyuarat pra-pilihanraya akan diadakan di Parlimen Merbok. Maklumnya juga pimpinan KeADILan Pusat juga akan turun ke Kedah dalam beberapa hari lagi dan calon akan diputuskan oleh pimpinan pusat melalui cadangan KeADILan Kedah.
Menurut Ahmad, Arumugam juga memaklumkan kepadanya bahawa beliau kini selamat dan keputusan itu turut dimaklumi kepada pimpinan KeADILan Pusat.