Jelasnya, namun berapa peruntukan belum lagi dinyatakan dengan jelas
kerana ia dalam proses mengenal pasti tanah dan perbelanjaan
keseluruhan.
"Masyarakat Islam sekali lagi menerima berita gembira apabila
Kerajaan Negeri telah meluluskan penubuhan Yayasan Islam Negeri Pulau
Pinang. Penubuhan itu sekaligus boleh meningkatkan syiar Islam selepas
Kerajaan Pakatan Rakyat memberikan kenaikan peruntukan untuk Majlis
Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) berbanding di era pentadbiran Barisan
Nasional (BN), " ujarnya ketika ditemui di majlis penyampaikan anak
kunci rumah kepada warga emas Encik Taha Daud di Tanah Liat, Bukit
Mertajam pagi tadi.
Menurut beliau, pembentukan Yayasan Islam Pulau PInang akan
melaksanakan mana-mana tugas yang tidak dimainkan oleh Maipp mahupun
Jabatan Agama Islam Pulau PInang (Jaipp).
Golongan profesional akan dipanggil mengendalikan Yayasan Islam Pulau
Pinang ini selain mencari perbagai kaedah untuk diketengahkan sebagai
cadangan peranan yayasan itu kelak.
"Yayasan itu nanti bukan menjalankan tanggungjawab yang bertindih
dengan Maipp dan Jaipp sebaliknya menjalankan aktiviti yang lain asalkan
ia melibatkan kepentingan umat Islam sejagat," tegasnya.
Sebelum itu, Yang Dipetua Maipp, Ustaz Elias Zakaria berkata, Pusat
Urus Zakat (PUZ) telah pun memperuntukan RM15 ribu untuk membina rumah
Taha Daud yang sebelum ini tinggal keseorangan di rumah usang di Kampung
Tanah Liat.
Dengan bantuan itu menjadikan pada tahun 2010 PUZ telah membina 30 buah rumah yang menelan belanja RM900 ribu.
Manakala kerja baik pulih rumah pula melibatkan 164 rumah keseluruhan Pulau Pinang dengan kos RM1.7 juta di tahun yang sama.
"Memandangkan kita tidak mahu ada lagi individu Islam hidup melarat
maka PUZ akan membantu bagi meningkatkan emej Islam agar dipandang
tinggi oleh masyarakat bukan Islam," terangnya.
Hadir sama dalam program itu ialah Timbalan YDP Maipp, Ustaz Saleh
Man, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Hasan Ahmad dan Pengarah PUZ, Dr Azman
Samat.