BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya
Memaparkan catatan dengan label Najib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Najib. Papar semua catatan

Khamis, Mac 10, 2011

Persamaan ketara Najib, Mubarak – penjarakan pesaing politik

Terdapat persamaan paling ketara antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak iaitu kedua-duanya mengheret pesaing politik mereka ke mahkamah dengan tuduhan jenayah yang direka-reka, kata Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran.

Menurut Surendran, di Malaysia, kerajaan memperalat sistem kehakiman untuk menganiyai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala di Mesir pula, Mubarak menggunakan mahkamah di negara itu bagi memenjarakan pesaing politiknya, pemimpin Parti El Ghad, Ayman Nur.

Ayman merupakan pemimpin pembangkang utama di Mesir dan  pesaing Mubarak pada pilihan raya presiden negara itu pada 2005.

“Dalam isu penganiayaan kehakiman yang sekarang berlangsung ke atas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, pemerintahan Najib dengan ketara mencerminkan pemerintahan Mesir semasa di bawah Mubarak,” kata Surendran dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau lagi, tindakan itu biasa dilakukan oleh pemerintah kuku besi yang bertindak memenjarakan pesaing politik yang dianggap mengancam pemerintahan mereka.

“Rejim-rejim yang tidak bertoleransi pastinya akan menggunakan kaedah seperti ini kerana mereka tidak mempunyai pertimbangan keadilan dan tidak mempedulikan kedaulatan undang-undang,” ujar beliau.

Selain itu katanya terdapat persamaan luar biasa antara pemerintah  kuku besi Mesir di bawah pemerintahan Mubarak selama 30 tahun dan Malaysia yang diperintah BN selama 53 tahun.

Antaranya institusi polis yang diperalat untuk menekan pembangkang, mengawal ketat media, menahan individu tanpa bicara, Undang-undang darurat yang tidak dimansuhkan, sistem kehakiman berat sebelah dan pilihan raya yang tidak bebas.

“Seperti Mubarak dan Parti Demokratik National (NDP), Najib dan Barisan Nasional (BN) telah secara konsisten menggunakan apa-apa cara, walaupun jahat, untuk terus kekal berkuasa,” ujarnya.

Sabtu, Februari 05, 2011

Sokong rakyat Mesir jika benar dahulukan rakyat

Jika benar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersikap mendahulukan rakyat, beliau hendaklah menyatakan sokongan kepada kebangkitan rakyat Mesir menuntut presiden mereka berundur, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Jangan cakap sahaja mendahulukan kepentingan rakyat, tetapi bersikap buta dan pekak kepada aspirasi dan tuntutan rakyat seperti yang dicerminkan oleh rakyat Mesir yang bangkit beramai-ramai itu.

"Jangan hanya sedap pada slogan sahaja, sedangkan apa yang berlaku ialah rakyatlah yang terlebih dahulu menanggung kesusahan," katanya.

Mahfuz juga melihat apa yang berlaku di Mesir itu berpunca dari sikap Presiden Hosni Mubarak yang menjadi boneka Israel dan Yahudi Zionis.

"Sebab itulah kita bimbang negara ini juga akhirnya akan menjadi boneka dan porak peranda seperti Mesir dengan sikap kerajaan Najib yang begitu mesra Zionis termasuk melantik firma Zionis seperti Apco Worldwide untuk menjadi rakannya dalam melaksanakan pemerintahan negara ini.

"Itu belum lagi diambilkira hubungan dagang dengan Israel yang seolah-olah dirahsiakan sehinggalah perkara itu menjadi isu baru-baru ini," katanya.

Mahfuz percaya, kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) akhirnya akan menghadapi nasib yang sama di tangan rakyat negara ini kerana kegelisahan sebahagian besar rakyat negara ini hakikatnya sama dengan kegelisahan rakyat Mesir.

"Sama seperti apa yang berlaku di Mesir, rakyat Malaysia juga mahukan demokrasi yang sebenarnya serta keadilan dan pembebasan dalam kehidupan ekonomi mereka bahkan rakyat Malaysia juga berhadapan dengan Datin Seri Rosmah Mansor yang dilihat sama seperti Leila Trabelsi iaitu isteri Zine el Abidine Ben Ali, bekas presiden Tunisia yang dihalau oleh kebangkitan rakyat negara itu baru-baru ini.

"Rakyat Malaysia juga sedang berhadapan dengan tekanan kenaikan harga barang yang berterusan termasuk kenaikan harga minyak sehingga kadar penerimaan terhadap Najib jatuh merudum dalam tinjauan pendapat baru-baru ini.

"Rakyat Malaysia juga berhadapan dengan pengagihan kekayaan negara yang tidak seimbang dan kerajaan pula memberatkan lagi bebanan rakyat termasuk generasi akan datang dengan hutang negara ekoran perlaksanaan Model Ekonomi Baru (MEB) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dikritik oleh orang-orang Umno sendiri sebagai tidak berpijak di bumi nyata," katanya.

Dari sudut demokrasi dan hak asasi pula pula, kata Mahfuz, Human Rights Watch (HRW) sendiri menyifatkan kerajaan Najib hanya bercakap kosong sahaja dalam soal hak asasi manusia.

"Bukan setakat itu sahaja, kerajaan Najib juga sedang berusaha untuk menyekat kebebasan termasuk melalui cadangan untuk mengadakan kawalan siber," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu yang menyifatkan kerajaan Najib semakin kasar menyekat suara rakyat.

Mengulas perkembangan di Mesir, Mahfuz meminta Mubarak berundur kerana kedegilannya untuk terus berkuasa mendatangkan masalah kepada masyarakat dunia.

"Harga minyak dilaporkan akan naik berikutan perkembangan di Mesir dan para pelajar di seluruh dunia pula terkandas di negara itu," katanya.
 

Khamis, Januari 20, 2011

Nak Selamatkan Najib Bernama Putar Belit Kenyataan Anwar

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau masih menunggu jawapan Pardana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap pelawaan debat terbuka bekiau berhubung Program 100 Hari Pakatan Rakyat yanggah laporan.

Sambil membidas laporan Bernama yang memetik kenyataannya di Alor Setar semalam yang kononnya mengatakan beliautidak mahu berbahas secara terbuka dengan Najib, Anwar berkata pendiriannya berkenaan isu tersebut tidak berubah.

"Saya memandang serius laporan Agensi Berita Nasional (Bernama) bahawa saya tidak mahu berbahas secara terbuka dengan Dato' Seri Najib Razak.

"Laporan tersebut kononnya memetik kenyataan saya di Alor Setar seusai Majlis Wacana Maqasid Syariah di Kolej Insaniah Alor Setar petang tadi (semalam).

"Saya tegaskan di sini, saya sedikitpun tidak berganjak dari kenyataan sebelumnya serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa YAB Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya," kata Anwar.

Beliau berharap Bernama agar menarik balik serta membetulkan laporan bertarikh 19 Januari 2011 yang berjudul "Saya Tidak Ajak Perdana Menteri Berdebat, Hanya Berbincang - Anwar".
 

Selasa, Januari 11, 2011

Anwar cabar Najib berdebat polisi ekonomi

Ketua umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk berdebat untuk menentukan siapa mempunyai dasar ekonomi yang lebih baik untuk negara.

anwar and najib and budget malaysiaMenurut Anwar, adalah wajar bagi Najib menerima pelawaan berdebat kerana Najib sering-kali mempersoal dan memperlekehkan dasar Pakatan serta perangkaan ekonomi yang dikemukakan dalam rancangan 100 hari transformasi Pakatan Rakyat.

"Oleh kerana Najib secara terbuka mengkritik Program 100 Hari dan mendakwa ia akan membawa kehancuran ekonomi kepada negara seperti yang dialami Greece, saya mengusulkan debat terbuka diadakan.

"Sebagai pemimpin kerajaan dan Perdana Menteri, beliau sewajarnya menyahut cabaran ini untuk berdebat dengan saya. Biar rakyat menentukannya kemudian," katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.

Katanya, serangan terbaru perdana menteri ke atas polisi Pakatan bukan sahaja tidak berasas malah polisi ekonomi yang diguna-pakai BN adalah punca hutang negara kini mencecah RM362.39 bilion atau 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar.
 
Hutang lebih 50 peratus KDNK

umno and corruption bribe moneyAnwar berkata dengan menangani hanya dua masalah - rasuah dan ketirisan serta memotong subsidi kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) - Pakatan akan mampu menjimatkan negara RM51 bilion.
 
"Hakikatnya Umno-BN yang berhutang setiap tahun. Laporan Ketua Audit Negara dikeluar 25 Oktober 2010 menyatakan hutang negara sekarang melebihi 50 peratus buat kali pertama dalam sejarah.

“Hutang kerajaan 2009 meningkat kepada RM 362.9 bilion atau 53.9 peratus KDNK. Angka ini bertambah di bawah pentadbiran Datuk Najib," kata Anwar yang juga ketua pembangkang.

Menurutnya, program 100 hari Pakatan Rakyat itu bertujuan mengurangkan beban yang dihamparkan oleh Umno kepada rakyat marhaen yang semakin dihimpit denga kenaikan harga barangan asas dan pendapatan yang mengucup.

Anwar mendakwa kira-kira 40 peratus daripada rakyat negara ini, masih dalam lingkungan pendapatan RM1,500 sebulan dan sebahagian besar daripada mereka adalah orang Melayu dan golongan bumiputera lain.

'Umno begitu dangkal'
 
Beliau berkata pemimpin-pemimpin Umno begitu dangkal mempersoalkan janji Pakatan untuk memberikan imbuhan tambahan RM500 kepada pendidik bagi mengiktiraf kepentingan profesyen itu tetapi berpeluk tubuh apabila Najib membayar RM77 juta kepada Apco, syarikat perunding pro-Zionis untuk memulihkan imejnya yang tercalar.

azlan"Kita boleh senarai pelbagai fakta. Tidak baik untuk mempermain dan perolok program kita semata kerana nak bagi RM500 elaun tambahan kepada guru sedangkan mereka bayar RM 77 juta kepada Apco. Keutamaan inilah yang membimbangkan kita," kata Anwar.

Memberi pecahan kewangan program 100 Hari Pakatan Rakyat, Anwar berkata imbuhan tambahan RM500 kepada para guru akan menelan belanja sebanyak RM3.2 bilion, manakala subsidi minyak dan gas memasak RM8 bilion, dan penstrukturan sistem tol sebanyak RM 8 bilion.

plus highway sg besi 180205 aerial view 01Anwar berkata Najib harus tampil secara terbuka berbahas dengan beliau untuk memperinci Program 100 hari supaya rakyat boleh mendengar dan membuat keputusan terbaik demi masa depan mereka.

Beliau berkata apa yang jelas sekarang ialah kerajaan pusat memberikan syarikat kroni subsidi yang jauh melebehi subsidi yang diberikan kepada rakyat.

"Empat, lima syarikat kroni IPP dapat subsidi RM 19 bilion. Seluruh rakyat Malaysia dapat subsidi RM11 bilion. Kerajaan takut berdepan dengan syarikat kroni yang kaya, " kata Anwar.
 

Rabu, Disember 15, 2010

Pembunuhan Altantuya: Najib dicabar kemuka bukti

Datuk Seri Najib Razak cuba mempertahankan kerajaan BN yang dipimpinnya daripada tumbang kerana bimbang didakwa di mahkamah, terutamanya berhubung dakwaan skandal pembabitan pembunuhan perempuan Mongolia, Altantuya Shaaribuu seperti yang didedahkan dalam laman WikiLeaks, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

pkr wangsa maju ceramah 141210 audience 02Sehubungan itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang mempersoalkan media arus perdana yang sengaja "memadam" menyiarkan dakwaan skandal berkenaan seperti yang didedahkan oleh WikiLeaks.

"Sebab apa Najib mahu mempertahankan Putrajaya (kerana) takut didakwa (di mahkamah) kemudian hari... Mengapa media padam perkara (dakwaan) ini (daripada disiarkan)," katanya ketika menyampaikan ceramah di tapak pasar malam Taman Melati di Wangsa Maju malam semalam.

"Saya akan mempertahankan diri saya dan integriti saya. Saya mahu tanya Najib, adakah awak boleh mencabar Singapura agar membuktikan dakwaan itu. Itu sebabnya media Umno tidak berani melaporkan perkara itu.

"Apabila saya dituduh, saya akan melawan, tetapi apabila Najib dituduh apa beliau kata? Ini hanya perkara kecil," kata Anwar.

Dihantui Altantuya

Dalam ceramah itu, Anwar membaca petikan laporan pendedahan dalam WikiLeaks yang mendakwa masa depan Najib dihantui dengan skandal pembunuhan Altantuya.

NONEBerikutan laporan dalam laman web berkenaan, Anwar juga mencabar Najib mengemukakan bukti berhubung dakwaan tersebut.
“Adakah kamu fikir saya ini bodoh untuk memasuki perangkap apabila tahu ia perangkap? Jangan cabar saya terlalu berlebihan! Saya akan dedahkan kes pembunuhan yang telah dilakukan dan cuba ditutup rapat.”

Dalam ceramahnya juga, Anwar turut menyelar bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew seperti yang didedahkan oleh WikiLeaks bahawa pegawai perisikan Singapura dan Australia percaya beliau memang terlibat dengan perilaku dalam tuduhan liwat yang sedang dihadapinya.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh - dalam ucapannya selama kira-kira 40 minit itu - menyifatkan perkara berkenaan sebagai "fitnah" dan mencabar pemimpin kanan itu mengemukakan bukti berhubung dakwaannya itu.

pkr wangsa maju ceramah 141210 anwar 02
"Ada bukti? Saya minta peguam saya menjawab. Ada bukti?... Lee Kuan Yew (boleh) bawa ke mahkamah (dan) jadi saksi kepada Najib di mahkamah," katanya.

Menurut akhbar Australia, The Sun-Herald, kabel Jabatan Negara Amerika yang bocor mendedahkan bahawa pegawai perisikan Singapura dan menteri kanan Lee Kuan Yew telah memberitahu pejabat Agensi Perisikan Australia bagi Penilaian Nasional (ONA), bahawa "ketua pembangkang Anwar 'memang melakukan dakwaan perilaku yang sedang dihadapinya'."

“Wikileaks, apa bukti kamu, bawa Lee Kuan Yew ke mahkamah. Saya tidak peduli, kamu fikir saya buat atau tidak. Itu bukan urusan saya. Kamu ada rakaman video atau catatan doktor, bawa ke mahkamah.
"Ia fitnah kepada saya dan saya akan mempertahankan (diri). Ada bukti, keluarkan video, keluarkan... Bawa (bukti) ke mahkamah. Saya akan mempertahankan kehormatan saya. Ini cara saya," katanya sambil mendapat sorakan daripada kira -kira 1,000 orang di ceramah berkenaan.

Kurang ajar sangat!

Selain itu, Anwar juga membaca isi kandungan seperti yang didedahkan dalam WikiLeaks yang mendakwa Najib adalah seorang yang "suka mengambil kesempatan". Beliau juga meminta Singapura supaya tidak masuk campur mengenai urusan Malaysia.

pkr wangsa maju ceramah 141210 audience"Ini bukan soal kamu... Kita (Pakatan Rakyat yang) lawan Najib.... Jaga negara kamu, jangan sombong dan (jangan) kurang ajar sangat," katanya.

Dalam ceramah itu juga, Anwar turut membidas mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang melahirkan rasa ragu-ragu bahawa beliau adalah sasaran 'perangkap seks oleh musuhnya'.

"Dia sudah umur 80 tahun, jangan gaduh dengan dia. Jangan kacau... Orang dah umur 80 tahun, (sepatutnya) istighfar sudahlah," sindir Anwar sambil mendapat sorakan daripada hadirin.

azlanSebelum mengakhiri ucapannya, Anwar menegaskan bahawa beliau tidak risau dengan apa yang berlaku berhubung pendedahan dakwaan yang disiarkan dalam laman WikiLeaks.

"Saya tidur masih nyenyak. Makan makanan enak. Isteri masih cantik dan setia. Alhamdulillah. Mereka mahu melemahkan kita, lagi banyak kita diserang, Alhamdulillah lagi banyak rakyat datang kepada kita.
 
Laungan reformasi dan takbir

"Kita ada komitmen dan keyakinan untuk membawa perubahan," katanya sambil melaungkan perkataan "reformasi dan takbir" sebanyak tiga kali yang kemudiaannya disambut oleh para hadirin.

pkr wangsa maju ceramah 141210 anwar 03Majlis ceramah malam semalam - yang bermula jam 9 malam - turut dihadiri antaranya Naib Presiden PKR Tian Chua; ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad, Exco Kerajaan Selangor Teresa Kok dan Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin.

Tian Chua (bawah, kanan) dalam ceramah itu berkata, pihaknya sedang berusaha supaya laporan WikiLeaks ini dibincangkan di Dewan Rakyat. Satu usul telah dibentangkan bagi membincangkan hal berkenaan.

“Kita mahu Dewan Rakyat bincangkan laporan terhadap Anwar dan juga dakwaan terhadap Najib berkaitan dengan pembunuhan terhadap Altantunya yang juga disebutkan dalam dokumen WikiLeaks ini,” katanya.
pkr wangsa maju ceramah 141210 tian chua 
Sebelum itu, semua penceramah yang hadir meringkaskan ucapan mereka untuk memberi laluan kepada Anwar memberi penjelasan berhubung isu-isu semasa yang dikaitkan dengan beliau setelah polis membenarkan waktu ceramah hanya sehingga jam 10.30 malam.

Kira-kira 100 anggota polis dikerahkan untuk memantau keadaan dan seawal jam 9.15 malam, mereka mula berkeliaran di pentas mengingatkan penganjur supaya mematuhi kebenaran masa yang ditetapkan. Tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan.

Semalam, peguam Anwar mengumumkan pihaknya akan menyaman Lee Kuan Yew dan juga Dr Mahathir yang berkata beliau yakin pemimpin Singapura itu tahu Anwar melakukan liwat brkenaan.

Anwar mula menjelajah ke seluruh negara mulai semalam bagi menerangkan isu yang dihadapinya itu kepada rakyat. Esok, 16 Disember, beliau dijadualkan berada di Dataran Muhibbah, Kampung Ismail, Ampangan, Negeri Sembilan dalam siri Ceramah Perdananya sehinggalah berakhir di Pulau Pinang pada 19 Disember ini.

Selasa, Julai 06, 2010

Najib dicabar dedah kontrak dengan APCO

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan kepada umum segala maklumat mengenai cadangan penyambungan kontrak di antara Malaysia dengan firma khidmat komunikasi, APCO Worldwide.

Beliau berkata, kerajaan harus mendedahkan perkara itu secara telus, bukan dibuat secra senyap-senyap seperti sebelum ini.

"Saya mencabar Datuk Seri Najib untuk secara terbuka mengemukakan maklumat berkenaan dengan cadangan penyambungan kontrak ini.

"Kita sedia maklum ikatan kerjasama yang pertama itu terdedah setelah ketua pembangkang mendedahkannya di Parlimen ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung KEADILAN turut mendesak kerajaan menyatakan butiran terperinci mengenai nilai penyambungan kontrak berkenaan serta skop tugas firma berkenaan.

"Berapakah nilai kontrak untuk penyambungan kontrak ini yang akan diberikan oleh kerajaan dan apa pula bidang tugas APCO dalam meneruskan perkhidmatan mereka kepada Malaysia?" soalnya.

Selain itu, beliau mahu kerajaan menyatakan secara jelas mengenai kejayaan yang telah dicapai oleh negara ketika menggunakan khidmat APCO sehingga memerlukan ianya disambung.

"Saya juga mendesak kerajaan mengemukakan laporan berkaitan kejayaan apakah yang telah dicapai hasil guna khidmat APCO.

"Kita mendesak Perdana Menteri bersemuka secara terbuka, telus dan bertanggungjawab apakah rasional yang munasabah untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa penggunaan khidmat APCO ini merupakan satu yang benar-benar bermanfaat kepada rakyat dan negara seluruhnya terutamanya terhadap keselamatan maklumat negara dan sebagainya," katanya.

Katanya juga, kerajaan seolah-olah langsung tidak menjaga sesitiviti umat Islam apabila bertindak menyambung khidmat APCO yang secara jelas ada kaitan dengan Zionis Israel.

"Apakah kerajaan langsung tidak memikirkan sensitiviti umat Islam yang bencikan Israel?" soalnya.

Kerajaan sebelum ini didakwa meluluskan penyambungan kontrak APCO setahun lagi bermula bulan lalu.

Tindakan itu sekaligus menimbulkan bantahan daripada Pakatan Rakyat yang mahu khidmat syarikat berkaitan Israel itu ditamatkan.

Jumaat, April 16, 2010

Media Umno-BN Bohong Mengenai Lawatan Najib Ke AS

Mungkinkah firma komunikasi antarabangsa Apco Worldwide dengan kerjasama media milik Umno-Barisan Nasional berperanan memberi gambaran yang muluk berhubung lawatan Perdana Menteri ke Amerika Syarikat kepada rakyat Malaysia tetapi realiti  lawatan itu adalah jauh dari kebenaran?

Justeru itu Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menjawab semua persoalan berhubung lawatannya ke Amerika Syarikat kepada anggota Dewan Rakyat sekembali beliau ke tanah air.

Kit Siang berkata, beliau menerima satu laporan dari seorang rakyat Malaysia di Washington mengenai lawatan Perdana Menteri yang menimbulkan banyak persoalan penting.

Pertamanya, kedutaan Malaysia di Washington didakwa bersubahat dengan media Malaysia bagi memberikan gambaran yang tidak benar mengenai pertemuan itu.

Misalnya, media melaporkan Najib adalah salah seorang dari dua pemimpin Asia yang dipertemukan dengan Presiden Amerika, Barrack Obama selain Presiden China, Hu Jin Tao. 

Hakikatnya Perdana Menteri India, Manmohan Singh dan Perdana Menteri Pakistan, Yousuf Raza Gilani turut dikatakan bertemu dengan Obama secara individu untuk sesi pertemuan antara satu jam setengah hingga dua jam. 

Pertemuan itu dikatakan bagi mentakrifkan semula semakan geografi di mana benua benua kecil tidak lagi menjadi sebahagian dari Asia. 

Najib turut dikatakan hadir pada majlis makan tengahari dengan Naib Presiden Amerika, Joe Biden. Beliau dikatakan tetamu tunggal sepertimana yang dilaporkan media tempatan.

Sedangkan menurut laporan New York Times, Najib tidak keseorangan tetapi ditemani beberapa pemimpin lain untuk majlis makan tengahari di kediaman Naib Presiden Amerika itu.

Soal pendirian Malaysia mengenai beberapa isu langsung tidak disebutkan dalam pertemuan itu. 

Umpamanya, keinginan untuk menghidupkan semula Perjanjian Perdagangan Bebas atau isu Palestin yang merupakan subjek yang dekat dengan kerajaan Malaysia. 

Apatah lagi, Rumah Putih turut mengeluarkan satu rumusan yang tidak dilaporkan media Malaysia berhubung pendirian Amerika berkaitan penghasilan tenaga nuklear di Iran.

Duta Malaysia di Vienna merupakan satu daripada lima negara yang mengundi menolak tindakan terhadap Iran berhubung isu nuklear negara tersebut.

Menurut rakyat Malaysia berkenaan, keputusan itu sangat bertentangan dengan dasar Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM). 

Apa yang lebih memeranjatkan, Rang Undang-undang Perdagangan Strategik yang diluluskan secara terburu-buru di Parlimen baru-baru ini dikatakan dilakukan di bawah tekanan Amerika supaya Malaysia menyokong embargo barangan terhadap Iran.

Najib juga dikatakan perlu mengakui Malaysia perlu mengambil tindakan serius bagi mengawal penyeludupan manusia yang turut mendapat kritikan Dewan Senat Amerika.

Khamis, April 15, 2010

Isu Nuklear Iran: Amerika Cucuk Hidung Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tercemar imejnya kerana dikaitkan dengan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu dilihat begitu terdesak untuk menagih simpati Presiden Barack Obama sehingga tergamak membelakangkan pendirian negara-negara Islam yang mendahulukan pendekatan dialog dalam isu nuklear Iran.

Tanpa memikirkan pandangan dan sensiviti umat Islam, beliau secara terbuka menyokong kempen sekatan Amerika berhubung isu program nuklear Iran, menjadikan Malaysia negara Islam pertama yang menyokong usaha Washington itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika dalam perbahasan di Dewan Rakyat hari ini meminta ketegasan kerajaan berhubung isu itu. 

"Tetapi apa yang berlaku ialah Iran membuat kenyataan yang terbuka bahawa mereka mahu memajukan nuklear adalah untuk tenaga alternatif daripada penggunaan sumber yang lain, tetapi Iran ditekan habis-habisan dan diberi satu amaran yang keras dan telah dibuat keputusan untuk dibuat tindakan yang tegas.

"Saya harap kerajaan Malaysia mengambil sikap yang sama dengan Turki, sikap yang konsisten tidak 'double standard', yang berani serta tegas untuk memberi hak kepada negara Iran," kata Abdul Hadi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mempertikai sikap kerajaan Malaysia yang seolah-olah tunduk kepada kuasa besar itu. 

"Amerika Syarikat menentang pembangunan sektor nuklear oleh Iran, tetapi Malaysia seolah-olah setuju pendirian itu. Ini adalah satu pendirian yang berat sebelah dan sekali lagi kita telah berkompromi dalam pendirian tegas kita menentang kuasa besar dalam menekan negara Islam dan dunia ketiga.

"Amerika Syarikat tidak percaya dan berterusan menekan Iran tanpa menghormati kedaulatan Iran. Melebihi isu keamanan dunia. Seperti alasan 'weapon of mass destruction', kita mempercepatkan undang-undang untuk memuaskan hati Amerika Syarikat. Amerika pernah menggunakan alasan ini untuk mencerobohi Afghanistan dan Iraq.

"Sepatutnya Malaysia tidak menyokong apa-apa tindakan yang bertentangan dengan kedaulatan rakyat Iran. Seolah kita bukan sahaja tunduk tetapi bersubahat dalam perkara ini," tegas Tian.

Beliau diminta mengulas laporan media yang menyatakan Perdana Menteri bersetuju dengan usaha Amerika mengecam Iran berhubung projek tenaga nuklear negara itu.

"Presiden dan Perdana Menteri bersetuju pentingnya Iran akur dengan kewajipannya di bawah rejim pengawalan senjata nuklear antarabangsa," ujar satu kenyataan Rumah Putih.

Usaha Amerika itu dibantah keras oleh kuasa besar seperti China, Russian Amerika Latin dan Turki. 

Ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Brazil, Turki dan Lebanon dijangka menentang langkah seterusnya ke atas Iran.

Kenyataan itu juga menyatakan Najib bersetuju supaya Iran dihantar satu mesej yang jelas serta menyatakan kerajaan Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan Amerika di Afghanistan melalui latihan polis, ketenteraan dan pengurusan sivil.

Selasa, Oktober 20, 2009

Najib mengiktiraf buah fikiran Dato Seri Anwar Ibrahim!

Oleh : Anak Sungai Derhaka

"Hari Malaysia adalah hari untuk semua Rakyat Malaysia. Tarikh keramat 16 September 1963 menyaksikan pembentukan sebuah negara persekutuan Malaysia yang berdaulat dan bebas merdeka.

Pada hari tersebut 46 tahun lalu rakyat Malaysia seluruhnya bersatu bersetuju untuk hidup bersama di dalam keadaan aman damai serta makmur perkasa.

Terbentuknya Malaysia menandakan harapan menggunung rakyat negara ini agar kerajaan yang memimpinnya sentiasa berlaku adil kepada semua, tidak mengenal batas kaum.

Namun apa yang berlaku selepas 45 tahun Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin UMNO semakin rakus berkuasa. Semangat Pembentukan Persekutuan Malaysia dan Pengisytiharan Kemerdekaan diabaikan agar mereka dapat terus berkuasa." kata-kata DSAI sempena perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia tahun lepas.

Bagi mengiktiraf pendapat, kata-kata atau idea dari DSAI itu hari ini Najib telah mengumumkan yang tarikh 16 September akan dijadikan cuti umum buat negara Malaysia ini seperti mana seperti yang telah dilaporkan oleh Bernama.

KUALA LUMPUR, 19 Okt - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti awam untuk seluruh negara mulai tahun depan.


mmm...

dari DAP ditiru konsep 1Malaysia..

dari PAS pula ditiru PAS for ALL dijadikan 'UMNO for ALL..

hari ni pula dari PKR...

Apa think thank group Najib buat ya?

Khamis, Oktober 15, 2009

Paris Sambut Dingin Lawatan Najib Dan Rosmah


Kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Paris untuk lawatan rasmi empat hari, hanya mengimbas ingatan dunia terhadap Altantuya Sariibuu, mangsa tragedi pembunuhan berprofil tinggi.

Tanpa kelibat pimpinan Perancis, Najib cuma disambut Menteri Luar, Datuk Anifah Aman, bukan Presiden atau Perdana Menteri negara itu, selain kehadirannya mencetus demontrasi bantahan pembunuhan model Monggolia itu.

Beliau hanya hadir ke mesyuarat Unesco selama 20 minit dan mengadakan pertemuan singkat dengan Presiden Nicolas Sakorz, sebelum tergesa-gesa meninggalkan Perancis tanpa sebarang persetujuan konkrit.

Najib juga membisu terhadap pertanyaan media Perancis berkaitan pembunuhan Altantuya dan pembelian kapal selam tapi sempat menelefon Carla Bruni untuk menyatakan album dimainkan dalam Penerbangan Malaysia (MAS).

Carla Bruni adalah Wanita Pertama Perancis dan bekas model terkenal yang memiliki dua album Quelqu’un m’a dit pada 2002 dan No Promises (2007).

“Ya, … sebenarnya saya memberitahu Presiden Sarkozy bahawa Penerbangan Malaysia Airlines memainkan albumnya ketika dalam penerbangan," The New Straits Times memetik Najib sebagai berkata.

Mengikut Pengarah Strategik KeADILan, Tian Chua, kebanyakan Ahli Parlimen Perancis berminat mengetahui "cerita sebenar" disebalik jual beli kapal selam oleh Malaysia dan pembunuhan Altantuya.

Malah, bapa Altantuya, Prof Dr Shaaribu Setev dipelawa Kesatuan Hak Asasi Manusia Antarabangsa (FIDH) ke Paris untuk memberi taklimat tapi tidak dapat berbuat demikian berikutan masalah kesihatan.

Beliau bagaimanapun mengeluarkan kenyataan kepada media Perancis, meminta Najib mengaku bertanggungjawab terhadap pembunuhan Altantuya dan yakin anaknya akan masih hidup hari ini jika rundingan urus niaga pembelian kapal selam, dibuat secara telus dan adil.

Altantuya adalah watak penting dalam pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM3.4 bilion dari Perancis dan menjalin hubungan dengan sekutu Najib, Abdul Razak Baginda.

Beliau dijanjikan komisen dan membuat tuntutan sebaik sahaja pembayaran RM114 juta dibuat ke Parmekar, syarikat yang dikuasai Razak sekitar Oktober 2006. Altantuya kemudian dibunuh dengan badannya diletupkan dengan bahan C4 yang lazim digunakan oleh agensi keselamatan Malaysia.

P Balasubramaniam, penyiasat persendirian yang diupah Abdul Razak sebelum kehilangan Altantuya, ada membuat akaun bersumpah yang mengaitkan Najib dengan model berkenaan.

Mengikut perkara 25 akuan itu, Paris yang terkenal seantero dunia sebagai kota romantik, menjadi saksi pertemuan makan malam antara Najib dengan Altantuya.

"Selagi Najib berdiam diri mengenai skandal itu, beliau hanya membawa imej negatif kepada Malaysia di kaca mata dunia," kata Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Faris Musa kepada Suara Keadilan.

Beliau menganggap 'keberanian' Najib ke Paris, sebagai strategi psikologi untuk menunjukkan dunia, kononnya Perdana Menteri keenam itu tiada apa-apa perlu disorok.

Namun isu Altantuya terus menjadi tumpuan media antarabangsa. Beberapa persidangan antarabangsa sebelum ini menyaksikan perwakilan Malaysia diasak dengan persoalan- persoalan mengenai kewibawaan polis dan hakim perbicaraan kes itu yang membelakangkan hubung kait Najib dan Altantuya.-tva


Rabu, Januari 14, 2009

Mana Peruntukan RM500 juta?

Georgetown - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahukan peruntukan RM500 juta diberikan segera pada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk melaksanakan pelbagai program demi menyelamatkan dana daripada ketandusan ekoran kedudukan ekonomi dunia yang tidak stabil.

Menurutnya, Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri telah bersetuju untuk menyalurkan bantuan tersebut sewaktu pertemuan denganya namun beliau tidak menyatakan berapa jumlah sebenar.

"Kerajaan Negeri Pulau Pinang mahukan Kerajaan Pusat salurkan segera peruntukan RM500 juta untuk mengerakan ekonomi serta melaksanakan program mempertingkatkan dana yang semakin susut. Saya mahu Najib tunaikan janji itu bukan buat-buat lupa, " ujarnya kepada wartawan di Invest Penang.

Permohonan itu dibuat sebagai persediaan Kerajaan Negeri menangani sebarang kemelut kewangan yang membabitkan pekerja yang dibuang, melatih mereka semula dan membuka ruang pekerjaan kepada golongan itu bagi tempuh dua tahun.

Walaupun Kerajaan Negeri telah memperuntukan RM10 juta untuk membantu perkerja yang mengalami masalah tersebut namun ia tidak memadai dan berharap Kerajaan Pusat bertindak sama kerana mereka adalah rakyat Malaysia.

Jika sekiranya peruntukan di perolehi beliau yakin masalah pembuangan pekerja dapat ditangani dengan membuka peluang baru kepada golongan sasar.

"Pembuangan pekerja memang tidak boleh dinafikan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. Banyak industri terpaksa melalui zaman gelap ekoran kemerosotan ekonomi dunia apabila tiada keluaran dibuat, " ujarnya.
Oleh sebab itu, Kerajaan Negeri merasai perlu peruntukan tersebut bagi menampung keperluan walaupun dalan tempoh dua tahun akan datang.

Isnin, Januari 05, 2009

Penahanan Fariz tanda imiditasi awal Barisan Nasional

Kuala Lumpur - Penahanan Timbalan Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Fariz Musa pagi ini membuktikan imiditasi awal Barisan Nasional (BN) yang memanipulasi pihak polis untuk mengekang kempen yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat.


Menurut Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, penahanan berkenaan adalah sesuatu yang menghairankan, dan ianya mengambarkan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab kepada pengurusan polis bertindak menggunakan kuasa di saat-saat akhir beliau menjawat jawatan berkenaan.


“Apa yang menghairankan ialah, apakah aktiviti penampalan poster boleh dikaitkan sebagai satu hasutan yang boleh membawa kepada kemudaratan awam? Apakah calon BN, yang merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab kepada pengurusan polis bertindak menggunakan kuasa di saat-saat akhir beliau menjawat jawatan berkenaan sebelum beliau melepaskan jawatan untuk dinamakan sebagai calon PRK Kuala Terengganu esok?” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pagi ini.


Fariz yang juga Ketua AMK Terengganu ditahan awal pagi ini bersama empat yang lain ketika menampal poster yang ditampal memaparkan gambar mendiang Altantuya Shaaribuu di kawasan Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu.


AMK turut mempersoalkan apakah Najib Tun Razak berasa gusar dengan penampalan poster berkenaan berikutan beliau akan hadir ke penamaan calon di Kuala Terengganu?


“Seharusnya Najib tidak perlu gusar jika beliau benar-benar tidak terlibat mahupun mengenali mendiang Altantuya sebagaimana yang pernah disumpahkan beliau sewaktu Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada Ogos 2008 lepas,”katanya lagi.


Oleh yang demikian, menurut Shamsul pihak polis harus membebaskan kelima mereka secepat mungkin serta memberikan justifikasi terperinci mengapa mereka ditahan.


“AMK dengan ini mendesak agar pihak polis memberikan justifikasi terperinci berkenaan penahanan sdr Fariz dan ahli Skuad AMK dan menggesa mereka dibebaskan pada kadar segera,” kata Shamsul.


AMK menurut Shamsul, ingin memberi peringatan kepada Umno-BN agar mereka tidak menyalahgunakan jentera dan instrumen kerajaan termasuklah pihak polis untuk memastikan kemenangan mereka pada 17 Januari kelak.


“Rakyat tidak mudah diperbodohkan dengan siri intimidasi yang kelak akan menjerat leher Umno-BN sendiri,” tegasnya.


Penamaan calon bagi Pilihan raya kecil Kuala Terengganu akan diadakan esok manakala pengundian akan diadakan pada 17 Januari ini.


Pilihanraya berkenaa diadakan berikutan kematian ahli Parlimennya, Razali Ismail yang juga merupakan Timbalan Menteri Pelajaran akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands 29 Novemver lalu.

Jumaat, Januari 02, 2009

Permulaan baru untuk SPRM : KeADILan lapor 60 Mukasurat Rasuah

Satu dokumen setebal 60 mukasurat yang mengandungi pelbagai laporan rasuah lama dan baru telah diserahkan sempena dengan permulaan baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mula beroperasi 1 Januari.


Laporan berkenaan diserahkan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan Badrul Hisham Shaharin pagi ini di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pagi ini.


Menurut Badrul dokumen berkenaan diserahkan adalah bagi menguji peranan SPRM yang telah ditubuhkan tanpa sebarang pindaan di parlimen ini mampu melakukan tugas dengan baik.


“Ini adalah laporan pertama kepada SPRM. Sekiranya SPRM gagal bertindak terhadapnya (dokumen yang diserahkan) maka rakyat akan terus kecewa kerana wang yang dibayar melalui cukai terbazir untuk memenuhi retorik politik perang rasuah yang hanya menangkap ikan bilis atau pendakwaan berdasarkan politik,” katanya di luar Ibu Pejabat SPRM.


Dalam dokumen berkenaan turut mengandungi laporan rasuah bekas Ketua Menteri Melaka Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Rafidah Aziz yang pernah dibuat beberapa tahun dulu.


“Dokumen ini turut mengandungi laporan rasuah yang Rahim dan Rafidah serta laporan yang yang pernah Badan Pencegahan Rasuah (BPR) sahkan tertuduh bersalah, namun tidak ada satu pendakwaan dibuat keatas individu berkenaan,” katanya.


Selain kes Rahim dan Rafidah yang kedua-duanya dalam perebutan jawatan didalam Umno, dokumen berkenaan turut mengandungi laporan skandal korupsi mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohd, keluarga serta kroninya didalam Perwaja dan Perlantikan Hakim dalam Skandal VK Lingam.


Skandal korupsi Perdana Menteri Abdullah Badawi, keluarga dan kroni dalam beberapa organisasi, antaranya, Scomi, ECM Libra, korupsi antarabangsa Oil For Foor serta agihan kontrak makanan tentera dan Mas turut diserta dalam laporan berkenaan.


Laporan skandal korupsi bakal Perdana Menteri Najib Tun Razak serta kroninya yang terlibat dalam kes pembelian kapal selam, eurocopter dan jet serta pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shariibuu turut diserahkan dalam dokumen berkenaan.


Kata Badrul lagi, BPR hanya membuat siasatan terpilih, malah menurut beliau, kuasa pendakwaan bukan ditangan BPR sebaliknya proses berkenaan hanya boleh dilakukan oleh Peguam Negara.


“Kuasa pendakwaan bukan ditangan BPR, kuasa pendakwaan di tangan Peguam Negara yang boleh dipengaruhi oleh orang atasan dan kepentingan politik,” tambahnya lagi.

Sabtu, November 15, 2008

Skandal Najib terhadap KWSP-ValueCap

KWSP ialah wang rakyat. Setiap bulan gaji para pekerja dipotong dan dicarumkan ke KWSP sebagai persediaan di hari tua.

Najib mengumumkan kerajaan akan menyuntik RM5 bilion wang KWSP ke syarikat pengurusan dana, Valuecap bagi menyelamatkan kejatuhan saham KLSE.

Tindakan ini:
  1. Mendedahkan wang rakyat kepada risiko laburan yang tinggi. Wang tersebut seharusnya digunakan sebagai jaminan hari tua untuk anak-anak, kesihatan dan rumah.
  2. Suntikan RM5 bilion adalah terlalu kecil jika dibandingkan kepada jumlah pasaran di Bursa Malaysia iaitu RM689.5 bilion.
  3. Tidak akan memberi “multiplier effect” (tak berkesan).
  4. Timbul soalan pembaziran dana awam dan ketidaktelusan dalam proses pelaburan. Siapakah yang akan bertanggungjawab ke atas pinjaman ini jika mengalami kerugian kelak? Siapakah yang akan menanggung kerugian tersebut?
  5. Mungkin digunakan untuk menyelamatkan kroni-kroni UMNO dan syarikat GLC yang mengalami kerugian.

Apa yang meragukan disebalik kelulusan kerajaan untuk meminjamkan wang KWSP sebanyak RM5 bilion tersebut kerana Valuecap Sdn Bhd pun berhutang kepada pemegang saham yang sepatutnya dibayar pada bulan Februari 2009. Adakah pinjaman dari dana pekerja (KWSP) itu bertujuan untuk membayar hutang kepada ketiga-tiga pemegang sahamnya?

Sejarah perlepasan wang KWSP

  • 1996 – Perwaja RM500 juta
  • 2001 – Time Dotcom RM1.9 bilion
  • 2008 – ValueCap RM5 bilio

Isnin, Oktober 27, 2008

Pemuda Pakatan Rakyat lapor salahlaku Najib pada BPR

PUTRAJAYA - TIGA sayap pemuda Pakatan Rakyat hari ini membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengenai penglibatan Timbalan Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Laporan berkenaan dibuat oleh Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama-sama dengan Setiausaha PAS Ahmad Sabki Yusuf dan Ketua Pemuda DAP Anthony Loke susulan daripada laporan polis yang dikemukakan oleh Timbalan Ketua AMK Fariz Musa 20 Oktober lepas. Laporan berkenaan dibuat berdasarkan pendedahan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di Parlimen sewaktu perbahasan bajet 2009 lalu.

Ianya berdasarkan kepada surat rasmi yang dihantar syarikat pembida helikopter, Mentari Services, yang memberitahu bahawa kerajaan telah bersetuju membeli 10 unit Eurocopter yang lebih mahal daripada pembida lain yang menawarkan helikopter yang berkeupayaan yang sama pada nilai yang lebih murah dan menjimatkan. Ketika ditermui di luar perkarangan Ibu Pejabat BPR Shamsul turut berkata beliau yakin ada unsur penyelewengan yang berlaku di dalam pembelian berkenaan. “Kita yakin ada unsur penyelewengan didalam didalam pembelian berkenaan,” katanya lagi.

Kerajaan Perlu Gantung Tugas Najib

Dalam kenyataan bersama, Shamsul turut mendesak agar Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi menggantungkan tugas Najib kerana penyelewengan ini berlaku ketika Najib menjadi Menteri Kewangan. “Pemuda PR juga menggesa agar Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi menggantung tugas Najib selaku mantan Menteri pertahanan yang bertanggungjawab meluluskan pembelian Eurocopyer ini sehinggalah siasatan dan pendakwaan dilakukan, sekiranya ada,” katanya lagi. Harga tender yang ditawarkan Eurocopter bagi 10 helikopter itu adalah RM2.317 bilion dan adalah harga yang paling tinggi. Mentari Services, melalui syarikat induk Kelowna Flightcraft menawarkan helikopter buatan Rusia Mi-172 KF pada harga RM898 juta, manakala syarikat pembuat Nuri, Sikorsky dari Amerika Syarikat, menawarkan helikopter alaf baru S-92 pada harga RM1.452 bilion. Suara Keadilan Online

Isnin, Ogos 18, 2008

Najib dihalau keluar dari kampung


PERMATANG PAUH, 17 Ogos (SK) : Beberapa sumber mengatakan Timbalan Presiden Umno, Najib Tun Razak dihalau keluar dari sebuah Kampung Kubang Semang oleh penduduk kampung berkenaan.



Beliau yang datang kesana untuk melawat bilik gerakan Puteri Umno selepas pulang dari Seberang Jaya dihalau keluar dan jeritan-jeritan Altantuya turut kedengaran.


Turut dikatakan, dua trak land rover FRU turut berada disana untuk melindungi Najib.


Kerana malu, beliau hanya melawat selama 5 minit sahaja dan bergegas keluar dari kampung berkenaan.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...