BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Isnin, Oktober 27, 2008

Pemuda Pakatan Rakyat lapor salahlaku Najib pada BPR

PUTRAJAYA - TIGA sayap pemuda Pakatan Rakyat hari ini membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengenai penglibatan Timbalan Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Laporan berkenaan dibuat oleh Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama-sama dengan Setiausaha PAS Ahmad Sabki Yusuf dan Ketua Pemuda DAP Anthony Loke susulan daripada laporan polis yang dikemukakan oleh Timbalan Ketua AMK Fariz Musa 20 Oktober lepas. Laporan berkenaan dibuat berdasarkan pendedahan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di Parlimen sewaktu perbahasan bajet 2009 lalu.

Ianya berdasarkan kepada surat rasmi yang dihantar syarikat pembida helikopter, Mentari Services, yang memberitahu bahawa kerajaan telah bersetuju membeli 10 unit Eurocopter yang lebih mahal daripada pembida lain yang menawarkan helikopter yang berkeupayaan yang sama pada nilai yang lebih murah dan menjimatkan. Ketika ditermui di luar perkarangan Ibu Pejabat BPR Shamsul turut berkata beliau yakin ada unsur penyelewengan yang berlaku di dalam pembelian berkenaan. “Kita yakin ada unsur penyelewengan didalam didalam pembelian berkenaan,” katanya lagi.

Kerajaan Perlu Gantung Tugas Najib

Dalam kenyataan bersama, Shamsul turut mendesak agar Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi menggantungkan tugas Najib kerana penyelewengan ini berlaku ketika Najib menjadi Menteri Kewangan. “Pemuda PR juga menggesa agar Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi menggantung tugas Najib selaku mantan Menteri pertahanan yang bertanggungjawab meluluskan pembelian Eurocopyer ini sehinggalah siasatan dan pendakwaan dilakukan, sekiranya ada,” katanya lagi. Harga tender yang ditawarkan Eurocopter bagi 10 helikopter itu adalah RM2.317 bilion dan adalah harga yang paling tinggi. Mentari Services, melalui syarikat induk Kelowna Flightcraft menawarkan helikopter buatan Rusia Mi-172 KF pada harga RM898 juta, manakala syarikat pembuat Nuri, Sikorsky dari Amerika Syarikat, menawarkan helikopter alaf baru S-92 pada harga RM1.452 bilion. Suara Keadilan Online


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...