BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Rabu, Januari 14, 2009

Mana Peruntukan RM500 juta?

Georgetown - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahukan peruntukan RM500 juta diberikan segera pada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk melaksanakan pelbagai program demi menyelamatkan dana daripada ketandusan ekoran kedudukan ekonomi dunia yang tidak stabil.

Menurutnya, Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri telah bersetuju untuk menyalurkan bantuan tersebut sewaktu pertemuan denganya namun beliau tidak menyatakan berapa jumlah sebenar.

"Kerajaan Negeri Pulau Pinang mahukan Kerajaan Pusat salurkan segera peruntukan RM500 juta untuk mengerakan ekonomi serta melaksanakan program mempertingkatkan dana yang semakin susut. Saya mahu Najib tunaikan janji itu bukan buat-buat lupa, " ujarnya kepada wartawan di Invest Penang.

Permohonan itu dibuat sebagai persediaan Kerajaan Negeri menangani sebarang kemelut kewangan yang membabitkan pekerja yang dibuang, melatih mereka semula dan membuka ruang pekerjaan kepada golongan itu bagi tempuh dua tahun.

Walaupun Kerajaan Negeri telah memperuntukan RM10 juta untuk membantu perkerja yang mengalami masalah tersebut namun ia tidak memadai dan berharap Kerajaan Pusat bertindak sama kerana mereka adalah rakyat Malaysia.

Jika sekiranya peruntukan di perolehi beliau yakin masalah pembuangan pekerja dapat ditangani dengan membuka peluang baru kepada golongan sasar.

"Pembuangan pekerja memang tidak boleh dinafikan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. Banyak industri terpaksa melalui zaman gelap ekoran kemerosotan ekonomi dunia apabila tiada keluaran dibuat, " ujarnya.
Oleh sebab itu, Kerajaan Negeri merasai perlu peruntukan tersebut bagi menampung keperluan walaupun dalan tempoh dua tahun akan datang.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB