Prai – 5O pekerja sebuah kilang membuat alat gentian membantah tindakan yang diambil pihak pengurusan kilang dengan mengarahkan mereka bercuti tanpa gaji bermula 23 Januari hingga 9 Februari ini.
Seorang pekerja, Abdullah Abu Bakar, 53, berkata, gaji mereka akan dipotong sebanyak 15 peratus dan elaun juga akan dipotong sebanyak 30 peratus.
“Kami hanya menerima bayaran sebulan bonus tahunan yang sepatutnya dibayar sebulan setengah.
“Setengah lagi daripada bonus akan dibayar kemudian namun kami tidak diberitahu tarikh pembayaran bonus yang tertunggak,” katanya.
Menurutnya, jumlah pekerja asing di kilang itu seramai 70 orang berbanding jumlah pekerja tempatan iaitu 50 orang sahaja.
Abdullah berkata, pihak kilang perlu berunding dengan pekerja dan tidak seharusnya membuat pemotongan kerana kami mempunyai perjanjian bersama (CA).
Bantahan ini akan dilakukan selama tiga hari dan dibahagikan kepada empat sesi iaitu dari jam 8 hingga 9 pagi, 11 pagi hingga 1 tengah hari, 3 hingga 4 petang dan 5 hingga 7 petang.
Terdahulu mereka diarahkan bercuti tanpa gaji bermula 27 Disember tahun lalu hingga 4 Januari lalu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, Prof Dr Ramasamy Palanisamy berkata, masalah itu adalah masalah dalaman antara pekerja dan majikan.
“Keputusan untuk menambah cuti pekerja adalah kuasa majikan dan langkah ini diambil mungkin disebabkan kelembapan ekonomi yang berlaku.
“Apa yang lebih penting, mereka tidak diberhentikan sekali gus pekerjaan mereka dapat diselamatkan dan majikan masih mengambil pekerja tempatan,” katanya.
Menurutnya, beliau masih menunggu laporan daripada kesatuan sekerja berikutan bantahan yang dilakukan.