BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Rabu, Januari 14, 2009

Petugas Perlu Bersiap Hadapi Pengundi Hantu

Ketua Penyelaras Jentera kempen KeADILan Kuala Terengganu Mustafa Kamil Ayub mengingatkan petugas-petugas pilihan raya KeADILan supaya lebih berwaspada terhadap pengundi hantu yang sedang dibawa masuk.


“Kita mendapat maklumat ada pengundi hantu sedang dibawa secara teratur. Para petugas sedang mengawasi perkembangan ini,” kata Mustafa kepada Suara Keadilan.


Menyedari kemenangan tidak akan melebihi 1,000 undi maka BN agak terdesak untuk memastikan kemenangan. Oleh itu jentera pilihan raya Pakatan Rakyat perlulah siap-siaga mengesan dan menghalang pengundi hantu.


“Kita curiga seperti pengalaman pilihan raya kecil ijok lalu, nama pengundi yang tidak mengundi pada pilihan raya sebelumnya digunakan oleh pengundi lain,” ujarnya.


Menurut Mustafa kehadiran 10,000 anggota polis sejak dua minggu lalu juga menimbulkan kecurigaan adakah mereka akan diarahkan untuk pengundi.


“Pada hari mengundi petugas di pondok panas perlu melaporkan kepada Ketua Tempat Mengundi dan membuat laporan bertulis jika mengesan sesiapa yang tidak dikenali datang mengundi,” katanya.


Mustafa menyeru agar petugas-petugas melakukan langkah pencegahan dengan mengesan alamat-alamat yang mencurigai dan memastikan nama-nama di dalam daftar SPR benar-benar wujud dilokasi yang dinyatakan.



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB