BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Jumaat, Januari 02, 2009

ADUN Wakaf Mempelam calon Pakatan Rakyat di PRK Kuala Terengganu

Kuala Terengganu – PAS telah mengumumkan semalam Abdul Wahid Endut sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti. Abdul Wahid, 52 merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam. Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Stadium Negeri.


Abdul Wahid, 52 tahun adalah ADUN sejak 1990, lulusan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang perikanan dan sains marin. Beliau memiliki rekod yang cemerlang sebagai ADUN atau Exco selama sepenggal dan sebagai Adun pembangkang.


Beliau dianggap sebagai anak didik Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali kerana kerusi Wakaf Mempelam yang beliau wakili kini adalah kerusi yang dimenangi oleh Mustafa ketika PAS melakukan 'comeback' di Terengganu pada tahun 1982.


Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana 3 daripadanya dimenangi oleh PAS manakala 1 DUN dimenangi BN (MCA).


DUN-DUN yang dimenangi oleh PAS ialah Wakaf Mempelam (Abdul Wahid Endut), Ladang (Tengku Hassan Tengku Omar), dan Batu Buruk (Dr. Syed Azman Ahmad Nawawi).


Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P036 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Dato Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu.


Pada PRU ke-12, 8 Mac 2008 lalu Dato' Razali calon BN menang tipis dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu ialah 80,229 orang termasuk 1,035 pengundi pos.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB