BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Isnin, Januari 26, 2009

Pemimpin KeADILan hadir Kovensyen Penghayatan Islam


KeADILan menganjurkan Konvensyen Penghayatan Islam yang telah dirasmikan oleh Presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail dan ucaptama program berkenaan telah disampaikan oleh Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim, pada 24 Januari lepas di Kem Bina Semangat di Ampang Pecah.


Program yang diadakan selama tiga hari bermula 23 Januari lalu telah dihadiri kira-kira 129 pemimpin KeADILan dari semua peringkat termasuk ADUN, Ahli Parlimen dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan.


Majlis penutup disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor Abd Khalid Ibrahim, pada 25 Januari lalu. Turut membentang kertas kerja konvensyen ini ialah, Dr Mohd Nur Manuty, Tuan Hj. Ahmad Said, Ust Ahmad Daud dan Dr Badrul Amin.


Pengerusi Konvensyen Penghayatan Islam yang juga Naib Presiden KeADILan Mustaffa Kamil Ayub, berkata Konvensyen yang telah mendapat kelulusan MPT ini akan disusuli konvensyen yang seumpamanya yang akan melibatkan semua pemimpin yang berbilang agama di semua peringkat.



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB