BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Jumaat, Januari 16, 2009

Kemenangan di Kuala Terengganu jalan hampir ke Putrajaya

Kuala Terengganu - Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengajak para pengundi Kuala Terengganu mengundi calon PAS esok sebagai pencetus kepada tumbangnya kerajaan Barisan Nasional.
Katanya, jika Pakatan Rakyat melalui calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut berjaya menawan kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang dikuasai BN, ianya merupakan suatu perubahan besar kepada 'trend' sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

Berucap di perkarangan Pejabat Perhubungan KeADILan negeri sebentar tadi, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan, pihaknya akan tetap meneruskan agenda menawan Putrajaya.

Katanya, kemenangan Wahid bukan sahaja akan menambah bilangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, tetapi ianya bakal menggugat keyakinan rakyat terhadap BN.

Katanya, berdasarkan sokongan hebat masyarakat keturunan Tionghua di Kuala Terengganu terhadap kempen-kempen Pakatan Rakyat, beliau yakin gelombang 8 Mac 2008 tetap bersemarak.

Anwar menegaskan, rakan-rakan di Malaysia Timur tetap bersama beliau untuk berhijrah meninggalkan BN untuk menyertai Pakatan Rakyat.

"Malah kita mendapat jaminan dari Ahli Parlimen BN dari kalangan Umno juga (untuk menyertai Pakatan Rakyat)," tegas beliau.

Beliau menegaskan BN terbukti gagal untuk mentadbir negara dengan baik, khususnya dalam menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.

Katanya, inilah masa yang terbaik untuk rakyat membuktikan 'trend' penolakan yang berterusan terhadap BN, dengan memilih calon Pakatan Rakyat.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB