BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya
Memaparkan catatan dengan label PRK Kuala Terengganu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRK Kuala Terengganu. Papar semua catatan

Sabtu, Januari 17, 2009

Pakatan Rakyat rampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu

Laungan Takbir bergema di seluruh pelusuk Kuala Terengganu


Calon Pakatan Rakyat daripada PAS memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan dengan majoriti 2,631 undi. Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut mendapat 32,883 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi. Calon bebas pula mendapat 193 undi.

Setelah keputusan rasmi diumumkan, laungan takbir berkumandang di segenap ruang. Para penyokong kemudian berarak meraikan kemenangan tersebut.

Dengan Munajat dan Doa seluruh rakyat Malaysia untuk kemenangan ini, Allah telah makbulkan hajat makhluknya. Seterusnya menyelamatkan Terengganu daripada segala penyalahgunaan wang rakyat yang berleluasa seperti yang tertera di Kuala Terengganu kalimah gergasi, 'ALLAH Peliharakanlah Terengganu'

Kemenangan ini bermakna Pakatan Rakyat telah menambah jumlah kerusi kepada 83, manakala BN 136 dan 2 kerusi SAPP yang telah keluar dari BN baru-baru ini serta 1 kerusi (Parlimen Persiangan, Sabah) kosong berikutan mahkamah membatalkan kemenangan BN.

Tidak mustahil bagi Pakatan Rakyat untuk memenangi kerusi Persiangan jika diukur dengan mood rakyat yang mahukan perubahan kerajaan persekutuan.

Jumaat, Januari 16, 2009

Kemenangan di Kuala Terengganu jalan hampir ke Putrajaya

Kuala Terengganu - Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengajak para pengundi Kuala Terengganu mengundi calon PAS esok sebagai pencetus kepada tumbangnya kerajaan Barisan Nasional.
Katanya, jika Pakatan Rakyat melalui calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut berjaya menawan kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang dikuasai BN, ianya merupakan suatu perubahan besar kepada 'trend' sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

Berucap di perkarangan Pejabat Perhubungan KeADILan negeri sebentar tadi, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan, pihaknya akan tetap meneruskan agenda menawan Putrajaya.

Katanya, kemenangan Wahid bukan sahaja akan menambah bilangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, tetapi ianya bakal menggugat keyakinan rakyat terhadap BN.

Katanya, berdasarkan sokongan hebat masyarakat keturunan Tionghua di Kuala Terengganu terhadap kempen-kempen Pakatan Rakyat, beliau yakin gelombang 8 Mac 2008 tetap bersemarak.

Anwar menegaskan, rakan-rakan di Malaysia Timur tetap bersama beliau untuk berhijrah meninggalkan BN untuk menyertai Pakatan Rakyat.

"Malah kita mendapat jaminan dari Ahli Parlimen BN dari kalangan Umno juga (untuk menyertai Pakatan Rakyat)," tegas beliau.

Beliau menegaskan BN terbukti gagal untuk mentadbir negara dengan baik, khususnya dalam menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.

Katanya, inilah masa yang terbaik untuk rakyat membuktikan 'trend' penolakan yang berterusan terhadap BN, dengan memilih calon Pakatan Rakyat.

Khamis, Januari 15, 2009

Adakah Mereka Benar-benar Ikhlas Membantu Rakyat

UMNO sering berkata, merekalah pejuang bangsa Melayu. Bantu orang Melayu dan membela nasib bangsa Melayu, jawapannya Ya..Memang benar UMNO tolong orang Melayu, tetapi Melayu yang memimpin parti korup itu dan kroni-kroni mereka manakala rakyat kebanyakan merana di bawah pemerintahan Melayu UMNO.

Lihatlah rumah para pemimpin UMNO Terengganu. Sesuaikah slogan yang digunakan UMNO/BN di dalam kempen PRK Kuala Terengganu, 'Dari Rakyat, Kepada Rakyat, Untuk Rakyat'


Rumah abang calon BN, Wan Hashim, yang mengaut keuntungan RM300 juta setahun daripada Terengganu Monsoon Cup. (gambar bawah)


Rumah calon BN, Wan Farid


'Antara Dua Darjat'. Ini pula rumah rakyat yang terpinggir di bawah pemerintahan UMNO/BN


sumber Malaysia-Today

Rabu, Januari 14, 2009



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...