BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Rabu, Januari 21, 2009

Ahli Majlis MPSP mahu YDP di kalangan orang politik

Pulau Pinang - Ahli Majlis Seberang Perai (MPSP) sepakat mahukan Yang Dipertua MPSP di kalangan ahli politik dan bukan lagi di kalangan pegawai kerajaan sepertimana yang diamalkan sebelum ini.



Wakil Ahli Majlis MPSP, Johari Kasim dalam kenyataan akhbarnya menyifatkan, pelantikan di kalangan pegawai kerajaan menyukarkan pentadbiran dan kelincinan arahan daripada Kerajaan Pakatan Rakyat yang berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum lalu.



"Pelantikan YDP MPSP di kalangan ahli politik daripada kalangan Pakatan Rakyat memudahkan urusan pentadbiran dan kelincinan arahan daripada kerajaan sedia ada berbanding sekarang ada yang masih terikat dengan kerajaan dulu terutamanya berkaitan kontraktor kebersihan dan sebagainya," tambah beliau.



Menurutnya lagi, pertemuan dengan Pengerusi Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Alam Sekitar Negeri, Chow Kon Yeow baru-baru ini juga meminta Kerajaan Negeri mempertimbangkan cadangan tersebut demi kebaikan rakyat keseluruhannya.



Menjawab persoalan adakah ia tertumpu pada jawatan YDP MPSP sahaja beliau menegaskan, ia juga merangkumi jawatan YDP Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).



Namun begitu jelas Johari yang juga bekas Ketua Penerangan Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) Pulau Pinang berkata, pelantikan Jawatan YDP MPSP atau MPPP sebolehnya di kalangan calon Melayu sebagaimana sekarang.



"Kami minta ia dilantik di kalangan ahli politik dan kalau boleh biarlah kedua-duanya Melayu seperti sekarang ini. Barulah nampak kesepakatan yang erat berikutan kebanyakan exco terdiri daripada bukan Islam, " kata beliau.



Sementara itu Pengerusi Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Alam Sekitar Negeri pula mengatakan apa pun cadangan yang diberikan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam masa terdekat samada mengekalkan cara lama atau mengantikan dengan orang politik.



Di Pulau Pinang terdapat dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu MPPP dan MPSP dengan masing-masing 24 orang Ahli Majlis. Sekarang ini YDP MPSP disandang oleh Farizan Darus manakala MPPP diamanahkan kepada Dato' Zainal Rahim Seman.



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB