BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Jumaat, Januari 02, 2009

KeADILan Nibong Tebal gempur Kuala Terengganu

Parti KeADILan Rakyat Bahagian Nibong Tebal bersama bahagian-bahagian seluruh Negeri Pulau Pinang akan membantu menawan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Kecil yang akan berlangsung pada 17 Januari ini.

Menurut ketua penerangannya, Munir Hj. Maktar, KeADILan Nibong Tebal akan menghantar jentera secukupnya bagi membantu calon Pakatan Rakyat daripada PAS, Abdul Wahid Endut.

"KeADILan Negeri Pulau Pinang telah ditugaskan untuk berkampung dan menggempur seluruh pelusuk Chendering yang terletak di dalam DUN Batu Buruk. Oleh itu Nibong Tebal akan menghantar sukarelawan yang terlatih untuk mendekati para pengundi," katanya.

"Kuala Terengganu akan menjadi anak tangga kepada Pakatan Rakyat untuk terus melangkah menuju ke Putrajaya, tugasan kita ke sana memastikan kerusi tersebut bakal menjadi milik Pakatan Rakyat." tambahnya lagi.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB