BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Jumaat, Januari 02, 2009

Permulaan baru untuk SPRM : KeADILan lapor 60 Mukasurat Rasuah

Satu dokumen setebal 60 mukasurat yang mengandungi pelbagai laporan rasuah lama dan baru telah diserahkan sempena dengan permulaan baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mula beroperasi 1 Januari.


Laporan berkenaan diserahkan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan Badrul Hisham Shaharin pagi ini di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pagi ini.


Menurut Badrul dokumen berkenaan diserahkan adalah bagi menguji peranan SPRM yang telah ditubuhkan tanpa sebarang pindaan di parlimen ini mampu melakukan tugas dengan baik.


“Ini adalah laporan pertama kepada SPRM. Sekiranya SPRM gagal bertindak terhadapnya (dokumen yang diserahkan) maka rakyat akan terus kecewa kerana wang yang dibayar melalui cukai terbazir untuk memenuhi retorik politik perang rasuah yang hanya menangkap ikan bilis atau pendakwaan berdasarkan politik,” katanya di luar Ibu Pejabat SPRM.


Dalam dokumen berkenaan turut mengandungi laporan rasuah bekas Ketua Menteri Melaka Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Rafidah Aziz yang pernah dibuat beberapa tahun dulu.


“Dokumen ini turut mengandungi laporan rasuah yang Rahim dan Rafidah serta laporan yang yang pernah Badan Pencegahan Rasuah (BPR) sahkan tertuduh bersalah, namun tidak ada satu pendakwaan dibuat keatas individu berkenaan,” katanya.


Selain kes Rahim dan Rafidah yang kedua-duanya dalam perebutan jawatan didalam Umno, dokumen berkenaan turut mengandungi laporan skandal korupsi mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohd, keluarga serta kroninya didalam Perwaja dan Perlantikan Hakim dalam Skandal VK Lingam.


Skandal korupsi Perdana Menteri Abdullah Badawi, keluarga dan kroni dalam beberapa organisasi, antaranya, Scomi, ECM Libra, korupsi antarabangsa Oil For Foor serta agihan kontrak makanan tentera dan Mas turut diserta dalam laporan berkenaan.


Laporan skandal korupsi bakal Perdana Menteri Najib Tun Razak serta kroninya yang terlibat dalam kes pembelian kapal selam, eurocopter dan jet serta pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shariibuu turut diserahkan dalam dokumen berkenaan.


Kata Badrul lagi, BPR hanya membuat siasatan terpilih, malah menurut beliau, kuasa pendakwaan bukan ditangan BPR sebaliknya proses berkenaan hanya boleh dilakukan oleh Peguam Negara.


“Kuasa pendakwaan bukan ditangan BPR, kuasa pendakwaan di tangan Peguam Negara yang boleh dipengaruhi oleh orang atasan dan kepentingan politik,” tambahnya lagi.



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB