BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya
Memaparkan catatan dengan label Debat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Debat. Papar semua catatan

Khamis, Januari 20, 2011

Nak Selamatkan Najib Bernama Putar Belit Kenyataan Anwar

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau masih menunggu jawapan Pardana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap pelawaan debat terbuka bekiau berhubung Program 100 Hari Pakatan Rakyat yanggah laporan.

Sambil membidas laporan Bernama yang memetik kenyataannya di Alor Setar semalam yang kononnya mengatakan beliautidak mahu berbahas secara terbuka dengan Najib, Anwar berkata pendiriannya berkenaan isu tersebut tidak berubah.

"Saya memandang serius laporan Agensi Berita Nasional (Bernama) bahawa saya tidak mahu berbahas secara terbuka dengan Dato' Seri Najib Razak.

"Laporan tersebut kononnya memetik kenyataan saya di Alor Setar seusai Majlis Wacana Maqasid Syariah di Kolej Insaniah Alor Setar petang tadi (semalam).

"Saya tegaskan di sini, saya sedikitpun tidak berganjak dari kenyataan sebelumnya serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa YAB Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya," kata Anwar.

Beliau berharap Bernama agar menarik balik serta membetulkan laporan bertarikh 19 Januari 2011 yang berjudul "Saya Tidak Ajak Perdana Menteri Berdebat, Hanya Berbincang - Anwar".
 

Selasa, Januari 11, 2011

Anwar cabar Najib berdebat polisi ekonomi

Ketua umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk berdebat untuk menentukan siapa mempunyai dasar ekonomi yang lebih baik untuk negara.

anwar and najib and budget malaysiaMenurut Anwar, adalah wajar bagi Najib menerima pelawaan berdebat kerana Najib sering-kali mempersoal dan memperlekehkan dasar Pakatan serta perangkaan ekonomi yang dikemukakan dalam rancangan 100 hari transformasi Pakatan Rakyat.

"Oleh kerana Najib secara terbuka mengkritik Program 100 Hari dan mendakwa ia akan membawa kehancuran ekonomi kepada negara seperti yang dialami Greece, saya mengusulkan debat terbuka diadakan.

"Sebagai pemimpin kerajaan dan Perdana Menteri, beliau sewajarnya menyahut cabaran ini untuk berdebat dengan saya. Biar rakyat menentukannya kemudian," katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.

Katanya, serangan terbaru perdana menteri ke atas polisi Pakatan bukan sahaja tidak berasas malah polisi ekonomi yang diguna-pakai BN adalah punca hutang negara kini mencecah RM362.39 bilion atau 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar.
 
Hutang lebih 50 peratus KDNK

umno and corruption bribe moneyAnwar berkata dengan menangani hanya dua masalah - rasuah dan ketirisan serta memotong subsidi kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) - Pakatan akan mampu menjimatkan negara RM51 bilion.
 
"Hakikatnya Umno-BN yang berhutang setiap tahun. Laporan Ketua Audit Negara dikeluar 25 Oktober 2010 menyatakan hutang negara sekarang melebihi 50 peratus buat kali pertama dalam sejarah.

“Hutang kerajaan 2009 meningkat kepada RM 362.9 bilion atau 53.9 peratus KDNK. Angka ini bertambah di bawah pentadbiran Datuk Najib," kata Anwar yang juga ketua pembangkang.

Menurutnya, program 100 hari Pakatan Rakyat itu bertujuan mengurangkan beban yang dihamparkan oleh Umno kepada rakyat marhaen yang semakin dihimpit denga kenaikan harga barangan asas dan pendapatan yang mengucup.

Anwar mendakwa kira-kira 40 peratus daripada rakyat negara ini, masih dalam lingkungan pendapatan RM1,500 sebulan dan sebahagian besar daripada mereka adalah orang Melayu dan golongan bumiputera lain.

'Umno begitu dangkal'
 
Beliau berkata pemimpin-pemimpin Umno begitu dangkal mempersoalkan janji Pakatan untuk memberikan imbuhan tambahan RM500 kepada pendidik bagi mengiktiraf kepentingan profesyen itu tetapi berpeluk tubuh apabila Najib membayar RM77 juta kepada Apco, syarikat perunding pro-Zionis untuk memulihkan imejnya yang tercalar.

azlan"Kita boleh senarai pelbagai fakta. Tidak baik untuk mempermain dan perolok program kita semata kerana nak bagi RM500 elaun tambahan kepada guru sedangkan mereka bayar RM 77 juta kepada Apco. Keutamaan inilah yang membimbangkan kita," kata Anwar.

Memberi pecahan kewangan program 100 Hari Pakatan Rakyat, Anwar berkata imbuhan tambahan RM500 kepada para guru akan menelan belanja sebanyak RM3.2 bilion, manakala subsidi minyak dan gas memasak RM8 bilion, dan penstrukturan sistem tol sebanyak RM 8 bilion.

plus highway sg besi 180205 aerial view 01Anwar berkata Najib harus tampil secara terbuka berbahas dengan beliau untuk memperinci Program 100 hari supaya rakyat boleh mendengar dan membuat keputusan terbaik demi masa depan mereka.

Beliau berkata apa yang jelas sekarang ialah kerajaan pusat memberikan syarikat kroni subsidi yang jauh melebehi subsidi yang diberikan kepada rakyat.

"Empat, lima syarikat kroni IPP dapat subsidi RM 19 bilion. Seluruh rakyat Malaysia dapat subsidi RM11 bilion. Kerajaan takut berdepan dengan syarikat kroni yang kaya, " kata Anwar.
 

Selasa, Februari 23, 2010

Berdebat pun kecut *****, nak jadi Juara Rakyat konon....piiiiirah!!!


Tergelak besar saya dengan gelagat Umno yang akhir-akhir ini cuba mempromosikan dirinya sebagai juara rakyat, tapi bila dicabar ke hadapan, kecut habis dari hujung hingga ke pangkalnya! Sekali lalu, juara rakyat ini cuba menjadi hero dalam banyak isu, terbaru isu perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang. Tapi akhirnya juara rakyat kantoi sendiri bila negeri-ngeri yang dikuasai BN seperti Johor, Pahang dan Perlis juga tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul.

Dan petang tadi, juara rakyat ini sekali lagi bikin 1Malaysia gelak besar apabila parti itu menerusi Pemuda Umno Pulau Pinang dan algojo setianya Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) menolak Debat Perdana Rakyat 2010 yang dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Bagi membuktikan pepatah Melayu tidak 'tahu menari dikatakan tanah tinggi rendah' itu betul, Pemuda Umno dan DPMMPP memberi dua alasan kelakar mengapa mereka enggan berdebat. Pertama, mereka hanya mahu berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng saja dan tidak melayan cabaran dari 'ikan bilis' (Pemuda PR). Kedua, mereka enggan berdebat dengan Pemuda PR yang dianggap sebagai 'kuda tunggangan' Guan Eng.

Jadi kini Sang Juara telah menunjukkan siapa dirinya yang sebenar. Jika cabaran daripada 'ikan bilis' untuk bedebat pun juara rakyat sudah nampak pucat muka dan ketaq lutut, apa lagi nak berdebat dengan 'ikan jerung' bernama Guan Eng yang telah lulus ujian ketahanan diri setelah dipenjara selama 18 bulan kerana membela budak perempuan Melayu yang dirogol oleh seorang pembesar Umno itu? Jika dengan 'kuda tunggangan' Guan Eng pun Pemuda Umno dan DPMMPP tak berani bertarung, apa lagilah nak bertarung dengan pemilik kuda yang pastinya lebih tangkas dari kudanya itu?

Alahai Pemuda Umno, alahai DPMMPP, tak payahlah menipu Melayu lagi. Cukuplah setengah abad hangpa menipu Melayu, menjual tanah Melayu, menyewa permit dan lesen orang Melayu kepada kaum kerabat hangpa daripada kaum Gerakan dan MCA. Semua orang Melayu Pulau Pinang tahu penipuan hangpa, semua orang Melayu tahu sebelah dari teloq hangpa sudah kena rebus oleh Gerakan dan MCA sejak setengah abad dulu lagi. Dengan teloq yang tinggai sebelah lagi itu hangpa memang tak berani berdebat punya, tak payahlah beri alasan-alasan yang tak logik itu lagi!!

Berdebat pun kecut teloq, nak jadi juara rakyat konon....piiiiirah!!

Isu Melayu & Islam : "Kokok Berderai-derai, Ekor Bergelumang Taik"

Tindakan Pemuda Umno Pulau Pinang dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan negeri itu (DPMMPP) yang menolak Debat Perdana Rakyat 2010 dianggap sebagai pengecut.

Sebaliknya kumpulan itu menuntut untuk hanya berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu dakwaan peminggiran orang Melayu-Islam.

Menurut Setiausaha, Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), Syed Mikael Rizal Aidid (kiri), alasan demi alasan yang diberikan oleh DPMMPP dan Pemuda Umno adalah mesej jelas mereka gentar dengan kebenaran.

“Sindiran Yang Dipertua DPMM Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen yang mengatakan dia tidak melayan cabaran dari 'ikan bilis' dan ejekan Norman Zahalan yang menuduh Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang seperti 'kuda tunggangan' Ketua Menteri, semakin menampakkan siapa diri mereka yang sebenarnya,” katanya.

Syed Mikael berkata Debat Perdana Rakyat 2010 anjuran Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang bertajuk “Isu Melayu-Islam Pulau Pinang : Antara Provokasi & Kebenaran” adalah ruang yang terbaik kepada semua pihak memperjelaskan isu berkenaan.

“Jika mereka (DPMMPP dan Umno benar-benar mahu menjadi pejuang isu-isu rakyat di Pulau Pinang, ini peluang mereka.

“Bermula pada hari ini (22 Februari 2010) kami memberikan tempoh selama seminggu kepada mereka untuk mengumpul bahan debat dan seterusnya menyahut cabaran. Kemuncak kebenaran yang dinantikan oleh seluruh rakyat Pulau Pinang adalah di Debat Perdana Rakyat 7 Mac ini, di Seberang Jaya,” tambah Syed Mikael lagi.

Beliau juga menasihatkan golongan itu supaya tidak berlagak 'jaguh' di sebalik alasan lapuk yang dikeluarkan tetapi 'menikus' bila berhadapan dengan rakyat.

Menurut Syed Mikael lagi AMKPP bersama-sama dengan Pemuda Sosialis DAP dan Dewan Pemuda PAS menasihatkan DPMM-GPMS-UMNO supaya tidak bacul dan segera menyahut cabaran debat berkenaan.

“Buktikan anda adalah anak jantan dan bukan bacul. Jadilah 'juara rakyat' di saat rakyat memerlukannya, dan bukan hanya menjadi 'juara rakyat' di dalam media,” katanya. 
 

Surat Jemputan Debat



Surat kepada Norman Zahalan, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang diterima oleh Setiausaha Kerja UMNO Pulau Pinang, Ramlan Ishak


Surat kepada Rizal Faris, Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang diterima oleh Setiausaha Kehormat Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Mazri Mahmood

klik gambar untuk paparan lebih jelas
KOMEN : 'Juara Rakyat' ka 'Jual Rakyat'? "Kokok Berderai-derai, Ekor Bergelumang Taik"

Isnin, Februari 22, 2010

Siapa Tipu Siapa?

BENARKAH MELAYU & ISLAM PULAU PINANG DITINDAS SERTA RAKYATNYA DIZALIMI KERAJAAN PAKATAN RAKYAT?

22 Februari 2010
10 pagi

Berkumpul di tempat letak kereta MPPP DUN P.Pinang. Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan menghantar surat jemputan DEBAT secara rasmi kepada:
1. Rizal Faris (DPMPP)
2. Jais (GPMS)
3. Norman Shazlan (Ketua Pemuda UMNO PP)

Tarikh DEBAT Perdana pada 7 Mac 2010 sempena 2 tahun PR perintah P.Pinang, jam 9 malam di Tapak Expo Seberang Jaya.


Rabu, Oktober 07, 2009

Penyerahan Surat Rasmi Mencabar TPM Berdebat

MAKLUMAN MEDIA
Tarikh: 7 Oktober 2009



ISU KHIANAT MELAYU: PENYERAHAN SURAT RASMI MENCABAR TAN SRI MUHYIDDIN YASIN BERDEBAT

Perkara diatas adalah dengan segala hormatnya dirujuk.

Pemuda Pakatan Rakyat akan menyerahkan surat rasmi mencabar Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk mengadakan debat terbuka dengan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sempena Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang dengan tajuk, 'Siapa Pengkhianat Melayu?'

Penyerahan surat tersebut akan dipimpin oleh Saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Angkatan Muda Keadilan pada:

Tarikh : 7 Oktober 2009 (Rabu)

Masa : 2.30 petang

Lokasi: Pejabat Timbalan Perdana Menteri,
Jabatan Perdana Menteri
Aras 4, Blok Barat
Bangunan Perdana Putra
Putrajaya

Orang awam dan wartawan KECUALI Utusan Malaysia dijemput hadir. Harap maklum.


BIRO PENERANGAN
ANGKATAN MUDA KEADILAN

Isnin, Februari 09, 2009

AMK cabar Pemuda UMNO berdebat Isu Perak

Kuala Lumpur - Exco Angkatan Muda KeADILan Malaysia, Yusmadi Yusoff mencabar Pimpinan Pemuda UMNO dan BN untuk berdebat secara terbuka mengenai krisis yang berlaku di negeri Perak.


Kegagalan pimpinan politik memberi penjelasan yang sebenarnya, menurut Yusmadi, merupakan satu penginayaan dan ketidakadilan terhadap rakyat yang menjadi mangsa apabila cita-cita demokrasi mereka telah ‘dihijack’ oleh pimpinan politik yang tak bertanggungjawab.


“Saya yakin Debat Terbuka merupakan wadah demokratik bagi meyelesaikan ‘Krisis Demokrasi’ yang sedang di alami di Perak,” kata Yusmadi yang juga Ketua Angkatan Muda Pulau Pinang.


Menurutnya, rakyat tidak berdosa dihukum dengan gas pemedih mata, penahanan di bawah ISA dan tuduhan menderhaka yang tidak sepatutnya dialami oleh mereka sekiranya ruang demokratik diberikan.


“Pimpinan Negara, terutama yang muda perlu menunjukkan satu contoh yang lebih bertanggungjawab dengan menyelesaikan krisis tersebut dengan wadah yang mengambarkan kedudukan Malaysia yang sudah merdeka lebih 50 tahun,”katanya hari ini.


Tambah Ahli Parlimen Balik Pulau itu lagi, rakyat sudah bijak dan mereka memerlukan wadah dan ruang yang demokratik bagi membuat penilaian tanpa sogokan maklumat yang berat sebelah dan tidak bertanggungjawab.




Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...