BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Selasa, Disember 30, 2008

Tokoh Maal Hijrah - Yang Dipertua Persatuan Ulama terima anugerah

Kepala Batas - Bekas Pensyarah Ilmu Kemanusiaan Univesiti Sains Malaysia (USM), Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor, 64 dipilih sebagai tokoh Maal Hijrah 1430 peringkat Negeri Pulau Pinang di Dewan Melinium, Kepala Batas pagi semalam.

Anugerah tahunan itu disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Abas dengan disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Mohamad Fairus Khairudin, Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp), Haji Sazali Husin dan Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Haji Mohd Yusuf Che The.

Program yang bertemakan 'Menjana Ummah Gemilang' itu turut mengundang Kumpulan Nasyid UNIC dan penceramah undangan Pensyarah Syariah Kuliyyah Undang-Undang Univesiti Islam Antarabangsa (UIA) merangkap bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Haji Mohd Hashim Haji Yahya.

Dr. Wan Salim dilahirkan di Jitra, Kedah Darul Aman dan mendapat pendidikan menengah di Ma’ahad Mahmud, Alor Setar dan mendapat pendidikan agama tidak formal di Kg Melele, Jitra.

Seterusnya melanjutkan pelajaran ke Ijazah Sarjana Muda, Univesiti Al-Azhar Mesir. Mendapat Doktor Falsafah di Univesiti United Kingdom. Pada tahun 1975 beliau bertugas di Pusat Pengajian Tinggi Islam di Nilam Puri dan menamatkan tugasnya di Pusat Ilmu Kemanusiaan USM Pulau Pinang beberapa tahun lepas.

Beliau merupakan Yang DiPertua (YDP) Persatuan Ulama Negeri Pulau Pinang PUMPP dan pernah menulis 21 kertas kerja peringkat antarabangsa, beberapa rencana di dada-dada akhbar tempatan, Panel Penasihat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan pakar rujuk ilmuan Islam dan kemasyarakatan.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB