BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Jumaat, Disember 12, 2008

Kakitangan MP Mathew Palm Oil kembali bekerja

Sungai Duri - Heboh diperkatakan apabila pekerja-pekerja MP Mathew Palm Oil dibuang kerja tanpa notis dan alasan yang munasabah.

Pada awalnya, pekerja-pekerja kilang tersebut yang rata-rata terdiri daripada pekerja bawahan menuntut kepada majikan agar menaikkan bayaran gaji mereka.

Semalam pihak majikan mengambil keputusan untuk memberhentikan khidmat para pekerja dengan serta-merta. Ini menimbulkan keresahan dan ketidakpuasan hati pekerja yang terlibat, sekaligus menarik perhatian ADUN Sungai Bakap, YB Hj. Maktar.

Akibat campurtangan daripada MTUC serta Jabatan Tenaga dan Sumber Manusia, pihak majikan terpaksa akur dan kini dalam peringkat perbincangan di antara ketiga-tiga pihak (Majikan, MTUC dan Jabatan Tenaga dan Sumber Manusia).

Apabila dihubungi oleh Pejabat ADUN pada pagi ini untuk pengesahan, Jabatan Sumber Manusia MP Mathew Palm Oil memaklumkan bahawa para pekerja tersebut telah bekerja semula hari ini.



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB