BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Isnin, Disember 15, 2008

Kenyataan Media DSAI Berkenaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGARA—

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 15 DISEMBER 2008

Rasuah merupakan jenayah yang paling merbahaya kepada masyarakat dan negara ini. Ianya umpama wabak yang menghancurkan negara dan harapan rakyat keseluruhannya.

Selaku Timbalan Perdana Menteri, ketika perbahasan Akta Pencegahan Rasuah 1997 di antara lainnya saya ada menyebut, “Gerakan membanteras rasuah di Malaysia harus dilihat secara positif. Ia bukan agenda politik tetapi ia adalah agenda pembangunan bangsa kerana rasuah merupakan kuman yang boleh merosakkan pemerintahan dan negara. Rakyat menyedari rasuah merupakan hambatan-hambatan utama bagi kemakmuran negara.”

Kerajaan BN tidak boleh lagi berada dalam keadaan penafian. Berhadapan dengan krisis ekonomi sejagat, seharusnya membuatkan kita lebih peka dan bertanggungjawab untuk menyelamatkan negara ini serta menjamin kebajikan rakyat.

Negara ini tidak mampu lagi menanggung skandal salah urus tadbir dan ketidak telusan di dalam menjalankan urusan yang melibatkan dana awam. Saya percaya ahli-ahli parlimen sekalian, melewati sempadan kepartian, pastinya bersetuju inilah masanya untuk bertindak. Kita tidak boleh berdolak dalih lagi untuk membuat keputusan.

Adalah diharapkan pembentangan rang undang-undang ini bukanlah sekadar untuk meredakan persepsi negatif orang ramai atau pelabur tetapi sebagai usaha murni kearah membanteras rasuah habis-habisan dari peringkat tertinggi kerajaan hinggalah ke akar umbi masyarakat.

Walaubagaimanapun sekiranya perlantikan Ketua Suruhanjaya, menurut seksyen 5(1) dan seksyen 5(3) serta Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah berasaskan seksyen 13(2)(a), masih di atas nasihat Perdana Menteri, makanya harapan agar sebuah suruhanjaya yang telus dan bebas ditubuhkan tidak akan terlaksana. Bagi memastikan Suruhanjaya tersebut bebas, ahli-ahlinya mestilah dilantik oleh Jawatankuasa Khas Parlimen agar calon yang paling layak sahaja dilantik, bukan sahaja dari segi teknikal tetapi juga bersih dari tuduhan dan celaan.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB