BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Isnin, Disember 01, 2008

Salah guna kuasa punca Arif Shah mahu sertai KeADILan

KUALA LUMPUR - Umno bakal menerima tamparan hebat apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dato' Arif Shah Omar Shah yang pernah mencabar Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh lalu sedang mempertimbangkan untuk menyertai parti KeADILan.

Menurut laporan, Arif Shah berada dalam keadaan dilema sama ada ingin terus kekal bersama Umno atau menyertai pembangkang setelah mengaku mendapat tawaran untuk melompat parti.

Menurut beliau yang tewas kepada Penasihat KeADILan 26 Ogos lalu, turut dijanjikan ganjaran jika bersetuju untuk menyertai pembangkang.

Arif Shah sebelum ini dilaporkan terkilan dengan tingkah laku Ketua Umno bahagian itu yang mengetepikannya dalam setiap urusan pentadbiran parti itu di peringkat bahagian.

Katanya, beliau kecewa kerana sebagai ADUN Seberang Jaya, beliau tidak dilantik sebagai ahli tambahan dalam Jawatankuasa Bahagian, selain tidak diberi tugas dan tanggungjawab yang sesuai.

Diminta mengulas lanjut sebab-sebab yang mendorongnya melompat kepada parti pembangkang itu, Arif Shah berkata penyalahgunaan kuasa yang didakwa dilakukan oleh pemimpin Umno yang menghalangnya menjalankan tugas sebagai wakil rakyat. -sumber Harakah



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB