BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Rabu, Disember 03, 2008

Anwar nafi PKR tawar Arif Shah jawatan Kabinet negeri

Kuala Lumpur - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan dakwaan bahawa parti itu menawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah jika ahli Umno itu bersetuju untuk menyertai PKR.

Anwar berkata, soal menawarkan jawatan yang kini disandang oleh ADUN bagi kerusi PKR di Penanti, Mohamad Fairus Khairuddin tidak timbul kerana ia hanyalah ura-ura yang berbangkit tambahan pula jawatan itu kini sudah diisi.

“Saya sudah bincang dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan PKR negeri…perkara ini tidak berbangkit.

“Soal mengalu-alukan kehadiran Arif Shah memang ada tetapi ia tidak melibatkan perubahan kepimpinan di Pulau Pinang,” katanya kepada media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Anwar berkata, beliau masih belum menemui Arif Shah berhubung kemungkinan wakil rakyat BN di bahagian Permatang Pauh itu akan menyertai PKR tetapi ada wakil parti yang telah berbincang dengan beliau mengenai perkara itu.

“Kita hormati keputusan beliau (Arif Shah) dan kita juga harus berlaku adil kepada beliau. Beliau tidak menuntut sesuatu yang tidak munasabah.

“Beliau tidak menuntut jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan kita juga tidak berbincang.

“Kita sedia menerima beliau (menyertai PKR) sebagai ahli politik dan ADUN Seberang Jaya serta atas dasar perjuangan. Kita akan bantu supaya khidmat beliau di di kawasannya akan lebih berkesan,” katanya.

Ditanya mengenai prestasi Mohd Fairus yang mendapat kritikan pelbagai pihak di Pulau Pinang, Anwar berkata, setakat ini teguran dan penilaian telah pun dilakukan.

“Namun ia bukan untuk beliau seorang tapi untuk semua ADUN dan ahli Parlimen PKR supaya kelemahan yang disebut itu boleh diperbaiki,” katanya.



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB