BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Selasa, Disember 30, 2008

DAP sedih Maal Hijrah dicemari pembunuhan kejam oleh Israel

Pulau Pinang - Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyatakan kesedihan apabila sambutan Maal Hijrah 1430 yang disambut keseluruhan umat Islam sedunia dikotori peristiwa pembunuhan kejam rakyat Palestin di Gaza oleh tentera Israel.

"Walaupun di Malaysia sambutan berkenaan diraikan dengan suasana aman damai dengan masyarakat yang berbilang bangsa.

"Tetapi rakyat di Gaza meraikan dengan tangisan anak kehilangan bapa, isteri kehilangan suami dan sebaliknya.

Bagi beliau, serangan ganas itu tidak prikemanusiaan dan mendesak Kerajaan Malaysia mengutuk terhadap Israel agar menghentikan segera pengeboman sebaliknya mencari kedamaian dengan cara perbincangan.

"Dengan rasa rendah diri saya mengucapkan salam Maal Hijrah kepada Umat Islam di mana berada semoga azam untuk sama-sama hidup mesra dengan raykat Malaysia yang berbilang bangsa diteruskan dengan jujur dan ikhlas, " ujarnya.

Sehubungan dengan tindakan Israel itu beliau menyarankan Kerajaan Malaysia memanggil Duta Amerika Syarikat untuk menyampaikan bantahan rakyat Malaysia terhadap sokongan membuta tuli Amerika kepada Israel walaupun tahu pembunuhan itu melibatkan kanak-kanak dan orang awam yang tidak berdosa.

Beliau juga meminta Kerajaan Malaysia mendesak Amerika Syarikat campur tangan untuk mendapatkan penyelesaian adil dan saksama untuk semua pihak yang berbalah di bumi Palestin.

"Bagi DAP ini bukan soal agama atau kaum tetapi usaha semua pihak untuk mendapatkan penyelesaian yang adil tanpa mengdiskriminasikan sesiapa mengikut agama dan kaum. Ini adalah soal kemanusian sejagat yang harus diselesaikan tanpa sentimen tertentu, " katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Justeru itu, beliau berharap Maal Hijrah kali ini disambut dengan penuh azam yang tinggi untuk memelihara kedamaian dan dijauhkan sengketa yang akan merugikan negara tercinta.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB