BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Selasa, Disember 02, 2008

KDNK meningkat 6.5 peratus

Sungai Nibong – Berucap pada Majlis Perasmian Pesta Pulau Pinang 2008, Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, inisiatif yang diambil kerajaan negeri dengan mengurangkan bayaran masuk sebanyak RM1 pasti menarik lebih ramai pengunjung.

Beliau turut melihat pesta ini sebagai satu produk pelancongan yang mampu menjana sumber pendapatan negeri melalui sambutan positif orang ramai setiap tahun.

"Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Pulau Pinang meningkat sebanyak 6.5 peratus pada 2007 dengan penyumbang utama ialah sektor perkhidmatan sebanyak 56.9 peratus.

"Pencapaian cemerlang sektor perkhidmatan negeri didukung industri pelancongan dan kami sasarkan lebih dari 500,000 pengunjung yang akan datang," katanya.

Menurutnya, matlamat pesta itu dianjurkan ialah untuk mewujudkan jalinan muhibah, permuafakatan dan semangat perpaduan kaum.

"Ia merupakan platform penyatuan fikiran, wadah seluruh isi masyarakat tanpa mengira agama, asal-usul, darjat, warna kulit mahupun pangkat," kata beliau mengenai pesta yang membawa tema Perdagangan, Pelancongan, Kebudayaan dan Fiesta itu.

Pelbagai program istimewa menanti pengunjung sempena program berkenaan yang bermula dari 29 November 31 Disember ini.

Majlis perasmian disempurnakan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Datuk Seri Utama Haji Abdul Rahman Abbas.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri (TKM) 1, Mohammad Fairus Khairuddinn dan TKM 2, Prof Dr Ramasamy a/l Palanisamy.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB