BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Rabu, Disember 24, 2008

P036 KT: AMK Rasmi Bilik Gerakan 31 Disember

Angkatan Muda KeADILan (AMK) akan merasmikan bilik gerakan utama AMK bagi pilihanraya kecil Parlimen (PRK) Kuala Terengganu, 31 Disember ini.


Menurut Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, beliau serta Pengarah Pilihanraya AMK Pusat, Fariz Musa akan memberikan sepenuh kerjasama dan bantuan kepada jentera pilihanraya pemuda PAS negeri Terengganu.


”Bilik Gerakan akan dirasmikan pada 31 Disember, kita akan bantu, PAS akan mengetuai, AMK akan menyokong,” katanya selepas ditemui wartawan selepas Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Pakatan Rakyat di sini.


Tambahnya lagi, AMK telah menubuhkan sebuah bilik gerakan khusus di DUN Ladang sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.


Majlis Perlancaran berkenaan disempurnakan oleh Presiden Pas, Tuanguru Hj. Hadi Awang yang turut dihadiri oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Salehuddin Ayob.


Dalam ucapan perasmian, Hj. Hadi mengingatkan para petugas pemuda Pakatan Rakyat mengikat janji setia dalam menghadapi kerja pilihanraya kecil parlimen (PRK) Kuala Terengganu.


Katanya dalam PRK Kuala Terengganu yang akan diadakan pada 17 Januari depan, PAS dan Pakatan Rakyat bukan hanya berhadapan dengan UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional namun akan turut berdepan dengan jentera kerajaan yang disalahgunakan.


”Kita berdepan dengan semua pihak yang mempertahankan rasuah, yang mempertahankan kezaliman, dan pihak yang melakukan kesalahan menipu rakyat dengan berbagai-bagai cara,” katanya yang dipetik laman oleh Buletin Online.


Justeru, Buletin Online turut melaporkan, Hj. Hadi menyeru kepada semua para pemuda harus berdisiplin dan taat kepada keputusan kepimpinan, tekun serta bersungguh-sungguh menyumbangkan tenaga dan kewangan.


Ia adalah kerana katanya katanya tugas pilihanraya di negeri Terengganu pelik dan berbeza dengan negeri-negeri lain.


“Di negeri lain, termasuk negeri Kelantan, peratus keluar mengundi (adalah) 80% ke bawah, Terengganu (jumlah) keluar mengundi (di antara) 85% hingga 90%, sehingga ada yang ’mati pun’ keluar mengundi,” ujarnya dengan nada sinis.


Menurutnya PAS Terengganu mempunyai kekuatan kerana Terengganu merupakan negeri yang pertama mencapai kemenangan pada tahun 1959.


Namun begitu, katanya, PAS Terengganu diserang begitu hebat dan terpaksa berhadapan dengan UMNO dan Barisan Nasional yang mempunyai kekuatan kewangan dan pelbagai tipudaya.



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB