Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi saling tak tumpah dengan kepimpinan Perdana Menteri sebelumnya yang gemar bermewah tanpa memikirkan nasib rakyat. Dewan Rakyat baru-baru ini didedahkan dengan kos penyewaan dan penyelenggaraan tahunan kediaman Perdana Menteri di Putrajaya sebanyak RM6 juta dan kediaman Timbalan Perdana Menteri berjumlah RM3 juta.
Menjawab kepada soalan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong, Perdana Menteri berkata kerajaan membayar RM4,149,000 sebagai sewaan kepada Putrajaya Holdings sementara bakinya RM1,896,616 untuk kerja-kerja penyelenggaraan.
Kerajaan turut membayar RM2,273,888 sebagai sewaan dan RM1,129,992 untuk senggaraan bagi kediaman Timbalan Perdana Menteri di Sri Satria.
Ketika mengulas isu tersebut di Dewan Rakyat, Liew Chin Tong mengecam pembaziran yang mengabaikan golongan rakyat biasa.
"Ia membazirkan wang cukai rakyat. Bermakna kita membayar lebih RM16,000 sehari. Kita boleh membeli sebuah rumah kos rendah untuk golongan memerlukan dengan jumlah wang sewaan selama 3 hari bagi kediaman itu." katanya.
Liew berkata, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tidak perlu mendiami kediaman yang begitu mewah. Wang cukai rakyat sepatutnya digunakan untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat.
"Lihat No.10 Downing Street (kediaman Perdana Menteri Britain) ia hanya bangunan yang sederhana. Malah White House (kediaman Presiden Amerika Syarikat) lebih kecil dari Seri Perdana," jelasnya.
Mengulas isu sama, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak faham mengapakah kos sewaan kediaman rasmi itu terlalu tinggi. "Kita faham bayaran senggaraan tetapi sewaan tidak masuk akal. Ini juga menimbulkan persoalan siapakah pengarah syarikat (syarikat pemilik bangunan) dan siapakah yang dapat semua keuntungan yang diperolehi syarikat." katanya.
Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli turut tidak bersetuju dengan pembaziran yang dilakukan. "Membazir membelanjakan sebegitu banyak wang untuk menyewa rumah Perdana Menteri ketika negara sedang menghadapi detik-detik sukar. Sedangkan wang itu kembali semula kepada syarikat berkaitan kerajaan. Dalam hal ini sepatutnya kerajaan memiliki sendiri bangunan kediaman tersebut." ujarnya.
Menurut Naib Presiden KeADILan, Mustaffa Kamil Ayub, Peruntukan besar yang sepatutnya diberi untuk projek membantu rakyat miskin dikecilkan kerana terpaksa menanggung projek mewah.
"Sepatutnya wang itu disalurkan kepada projek-projek yang memberi manfaat kepada rakyat. Tetapi kerajaan mengabaikan semua itu lantaran mengutamakan projek mewah lambang kebesaran tokoh-tokoh tertentu." tambahnya lagi.
Seri Perdana merupakan kompleks kediaman Perdana Menteri yang merangkumi kawasan seluas 10 hektar, mengandungi 3 blok; kawasan menyambut tetamu, dewan banquet dan kawasan kediaman.
Putrajaya Holdings adalah pemaju utama pusat pentadbiran Putrajaya yang dimiliki oleh beberapa syarikat berkaitan kerajaan seperti Petronas melalui KLCC Holdings Sdn. Bhd (64.41 %), CIMB Group Nominees Sdn. Bhd bagi pihak Kumpulan Wang Amanah Negara (20%) dan Khazanah Nasional Berhad (15.59%). Kerajaan mempunyai perjanjian sewaan dengan Putrajaya Holdings selama 25 tahun berkuatkuasa mulai 1999.
Menurut AFP, Abdullah tinggal di dalam kompleks kediaman rasmi itu bersama isteri, menantu dan cucunya.
Jumlah kos sewaan dan selenggaraan kediaman PM dan TPM ialah RM9,449,496. Sekiranya wang tersebut dikeluarkan untuk kebajikan rakyat yang berpendapatan rendah, ia dapat membina 270 unit rumah kos rendah berharga RM35,000.