BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Khamis, Disember 25, 2008

Karpal Singh failkan permohonan terhadap Razak Baginda

Kuala Lumpur - Teka-teki pembebasan pendakwaan terhadap penganalisa politik, Abdul Razak Baginda masih berlegar dan menjadikan pihak keluarga Altantuya Shaariibuu tidak berpuas hati.


Peguam Karpal Singh, bagi pihak keluarga Altantuya Shaariibuu, telah memfailkan satu permohonan di mahkamah tinggi yang mendesak pihak pendakwa membuat rayuan terhadap pembebasan penganalisa politik, Abdul Razak Baginda.


Karpal juga memfailkan satu lagi permohonan bagi lanjutan masa untuk membolehkan pihak pendakwa membuat rayuan tersebut.


Karpal memfailkan permohonan tersebut hari ini ekoran keputusan pihak pendakwa untuk tidak mengemukakan rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak.


Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohd Zaki Md Yasin membebaskan Abdul Razak pada 31 Oktober lalu atas alasan pihak pendakwa gagal membuktikan kes terhadapnya.


Abdul Razak dituduh bersubahat dengan dua anggota polis dalam pembunuhan bekas kekasihnya, Altantuya pada 2006, di mana mayat wanita Mongolia itu ditemui diletupkan di sebuah kawasan hutan.


Dua lagi tertuduh - cif inspektor Azilah Hadri, 32, dan koperal sirul Azhar Umar, 37 - dari Unit Tindakan Khas (UTK) yang menyediakan kawalan keselamatan untuk perdana menteri dan timbalan perdana menteri, bagaimanapun diperintahkan membela diri terhadap tuduhan membunuh Altantuya.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB