BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Khamis, Disember 25, 2008

Ketua Menteri arah Gamuda henti kerja

Georgetown – Kerajaan negeri mengarahkan Gamuda Joint Venture Sdn Bhd memberhentikan kerja-kerja pembinaan landasan keretapi berkembar berkuatkuasa 26 Disember 2008.


Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, arahan henti kerja telah diberi kepada syarikat terbabit pada 23 Oktober lepas dan diberi kelonggaran untuk meneruskan kerja dengan syarat syarikat berkenaan perlu mengemukakan pelan reka bentuk projek terbabit.


Tetapi syarikat berkenaan gagal kemukakannya dan kini diberi arahan henti kerja kedua yang akan berkuatkuasa esok.


Dalam sidang akhbar yang diadakan di Seri Mutiara, Guan Eng berkata, sekiranya Gamuda gagal mematuhi arahan berkenaan ia boleh dikenakan tindakan berdasarkan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 yang membawa kepada denda tidak lebih RM50,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali dan bagi setiap kesalahan secara berterusan, denda boleh meningkat sebanyak RM500 bagi setiap hari.


“Kerajaan negeri pada awalnya memberi kelonggaran kepada syarikat terbabit kerana projek landasan keretapi berkembar elektrik dari Ipoh ke Padang Besar merupakan projek nasional tetapi mereka cuba mengambil kesempatan terhadap kelonggaran berkanaan.


“Arahan berhenti kerja pertama dikeluarkan dua bulan lepas selepas kejadian banjir yang berlaku di kawasan kerja dijalankan oleh syarikat terbabit,” katanya.


Menurut beliau, kerajaan negeri sudah memaklumkan kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai untuk melaksanakan arahan henti kerja kedua ini dengan lebih ketat.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB