Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa hari ini menurut satu sumber industri.
Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya). Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.
Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.
Semenjak
tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November,
RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.40 pada 4 Januari
tahun ini.
Tahniah Kerajaan Barisan Nasional. Rakyat Di Dahulukan...