BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Isnin, Ogos 31, 2009

Perutusan Kemerdekaan: Semangat Kemerdekaan Menyanggah Perhambaan dan Membina Keyakinan Baru

Apabila mendekati tarikh 31hb Ogos, ingatan kita akan mengimbas kembali rentetan peristiwa dan perjuangan rakyat yang berkemuncak dengan Kemerdekaan. Tarikh tersebut terungkap sebagai tarikh keramat ,menjanjikan kebebasan daripada cengkaman penjajah dan menyelamatkan martabat hidup rakyat.


Persoalan yang menerjah kita semua ialah; bagaimana kita menghayati makna tarikh tersebut hari ini. Pergulatan ini menjadi penentu kepada persoalan makna diri kita sebagai rakyat Malaysia.Tekad baru untuk memahami makna diri Malaysia sebagai bangsa merdeka juga menuntut kita untuk memahami bagaimana kita menjadi tidak merdeka; bagaimana kita hilang kemerdekaan sebelum kita memperolehinya kembali.


Lebih dua ribu tahun yang lalu, Brutus bertanya warga Kota Rom “siapakah yang begitu hina sehingga mahu hidup sebagai hamba ?” Ceasar mahu memiliki kuasa yang tidak terbatas. Nafsunya sebegitu besar dan mahu memastikan Rom dalam genggamannya.


Pertentangan antara Brutus dengan Ceaser adalah pertentangan antara kebebasan menentang nafsu kekuasan tidak terbatas. Sejak negara kita merdeka kita masih bergelut dengan pertentangan ini. Kebebasan – kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan institusi kehakiman sentiasa mahu disekat oleh penguasa. Oleh itu kita menginsafi hanya bangsa yang pernah melalui gelita penjajahan akan mengerti makna cahaya kemerdekaan. Bagitu juga, hanya diri yang pernah kebebasannya diragut akan menghargai nilai kebebasan.


Syarahan Perdana Professor Dr. Syed Muhammad Naguib al-Attas yang berjudul Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu juga menghuraikan dengan panjang lebar peranan paksi tauhid sebagai aqidah menambat keyakinan baru yang menolak faham tahyul dan perhambaan, seterusnya menjadi pelantar kepada pemikiran yang berakar dengan tradisi aqliyah dan mencernakan budaya segar dengan bahasa Melayu sebagai pertuturan kepustakaan(lingua franca) rantau ini. Ratusan tahun berlalu yang sewajarnya tambah memperkukuh dan memantapkan semangat dan keyakinan baru tersebut.


Cantik sungguh puteri Palembang,
Sayang bersunting bunga pudak;
Betapa keras dilambung gelombang,
Kucacak tiang, kulayar jua.


Manakala melangkaui separuh abad kemerdekaan, kita rakyat Malaysia sewajarnya mempunyai kesedaran betapa Bahasa Melayu bukan sekadar bahasa pasar, bahasa komunikasi basahan untuk berjual beli. Bahasa Melayu adalah bahasa ilmu, bahasa tamadun dan bahasa untuk mengungkapkan pengalaman kemanusian yang paling mendalam dan luhur. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa intelektual dan kerohanian untuk umat Islam, makanya Bahasa Melayu juga seharusnya menjadi bahasa intelektual dan kerohanian umat Budha, Hindu, Kristian dan lain-lain keyakinan.


Bahasa Melayu yang saya sebutkan di sini bukanlah bahasa milik orang Melayu semata-mata. Bahasa Melayu adalah milik rakyat dan bangsa Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan lain-lain. Bahasa Melayu adalah milik semua rakyat Malaysia.


Kemerdekaan mestilah tidak terperangkap dengan bahana dari politik sempit dan kelam sesebuah parti politik tertentu. Kemerdekaan perlu di lihat dari perspektif rakyat keseluruhannya; perjuangan pelbagai kaum, menggunakan pelbagai wadah, dan melibatkan pelbagai aliran pemikiran. Sejarah ternyata mengajar kita bahawa Perjuangan Menuntut Kemerdekaan menerbitkan kesatuan semangat untuk menentang penjajah dan imperialisme Barat ketika itu.


Generasi terdahulu yang sama-sama berjuang untuk kemerdekaan, dan mereka yang menempuh zaman mudanya di masa awal kemerdekaan menjadi saksi kepada kepelbagaian aliran dan wadah perjuangan rakyat. Tetapi penulisan sejarah kemerdekaan yang disampaikan kepada generasi hari ini masih belum berlaku adil kerana fakta yang bercampur propaganda. Ini merupakan beban dan tanggungjawab kepada ahli-ahli sejarah kerana tanpa pensejarahan yang adil, kita tidak akan dapat melihat dan menemui makna dan rupa diri bangsa kita yang sebenarnya. Nama pejuang kemerdekaan seperti Dato’ Onn Jaafar, Ustaz Abu Bakar Baqir, Dr Burhanuddin al Helmy, Ahmad Boestamam, Mat Salleh, Panglima Rentap dan Rosli Dhobi tidak sewajarnya digelapkan dari sejarah menuntut kemerdekaan.


Kemerdekaan adalah untuk kebebasan dan keadilan. Inilah yang dijanjikan kepada kita pada 31 Ogos 1957. Sekiranya kita mahu berdegil untuk meneruskan saki baki peninggalan feudal, atau mahu memperkokohkan lembaga-lembaga sistem otoritarianisme, sudah pasti kita menjadi bangsa yang terpinggir. Bangsa Malaysia tidak miskin dengan sumber daya manusianya. Dengan paras pembangunan yang telah dicapai dan kekayaan yang kita miliki Malaysia boleh menjadi negara yang besar. Dan kita perlu yakin bahawa Malaysia boleh menjadi bangsa yang besar. Tetapi kita tidak boleh menjadi bangsa yang besar sekiranya rakyatnya tidak bebas dan merdeka.


ANWAR IBRAHIM


Ahad, Ogos 30, 2009

Isu Mengarak Kepala Lembu di Shah Alam

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
Tarikh: 30 Ogos 2009


ISU MENGARAK KEPALA LEMBU DI SHAH ALAM

Adalah amat pelik dan mendukacitakan apabila melihat tindakan sekumpulan 50 penduduk mengarak kepala seekor lembu, melaungkan kata-kata provokatif dan bertakbir tidak pada tempatnya. Ia dilakukan pada hari (Jumaat) dan di bulan (Ramadan) yang cukup mulia bagi umat Islam. Seharusnya, bulan Ramadan ini dapat melatih kita untuk menundukkan nafsu amarah yang merajalela dalam diri. Tindakan kumpulan ini adalah terasing dan bukan mewakili kehendak Islam. Agama mengajar kita agar menangani isu-isu seperti yang dihadapi dengan penuh kesabaran, bijaksana dan berhikmah.

Kebebasan bersuara dan memberikan pandangan adalah suatu perlu diizinkan. Inilah iklim yang kita mahu demi membina masyarakat madani dan masa depan negara yang lebih gemilang. Namun, apabila kita lupa kepada adab dan susila yang sewajibnya, ia jadi memalukan diri sendiri, menjatuhkan imej agama dan mencalar maruah umat. Malah, lebih parah ia boleh menimbulkan tindakbalas anarki yang mungkin tidak mampu kita kendalikan lagi.

Garis panduan mengenai hal ini telahpun digariskan Allah di dalam Al Quran yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.”(Al-An’am: 108).

Jelasnya, tindakan provokatif ke atas agama lain seperti ini boleh mencetuskan reaksi dan ketegangan yang tidak perlu sama sekali dalam masyarakat Malaysia yang majmuk dan harmoni ini. Bukankah Islam itu merupakan agama pelindung dan rahmat untuk sekalian alam?

Melihat kepada ironisnya peristiwa yang terjadi, kita mengesyaki bagaikan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk memenuhi agenda politik tersirat yang telah dirancang lebih awal. Maka itu, semua pihak perlu berhati-hati dan berwaspada.

Dengan kejadian ini, kita menuntut agar tindakan segera hendaklah dilakukan oleh semua pihak berwajib – polis, Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa agama sendiri. Siasatan perlu perlu dibuat, siapa sebenarnya mereka (khususnya kewujudan individu yang tidak dikenali bersama kepala lembunya), siapa di belakang mereka dan apakah matlamat mereka sebenarnya.

Kita juga memohon kesabaran dan ketenangan semua pihak. Suasana dialog dan mesyuarah dalam menyelesai segala kemelut yang berlaku hendaklah disuburkan. Ini sudah pasti dapat meningkatkan persefahaman dan saling menghormati di antara satu sama lain. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakatnya. Bukankah Islam itu agama yang membawa kesejahteraan?

DR.MUHAMMAD NUR MANUTY
Pengerusi, Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama
Parti Keadilan Rakyat


Jumaat, Ogos 28, 2009

KEADILAN Mengutuk Tindakan Kumpulan Menghina Agama Hindu

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
Tarikh: 28 Ogos 2009


PARTI KEADILAN RAKYAT MENGUTUK TINDAKAN KUMPULAN MENGHINA AGAMA HINDU
Parti Keadilan Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sekumpulan 50 orang yang kononnya mewakili penduduk Seksyen 23 di Shah Alam yang telah mengarak dan bertindak menghina kepala seekor lembu dalam memprotes isu penempatan semula sebuah kuil Hindu.

Tindakan mereka ini dengan jelas bertujuan untuk mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang yang suci.
Agama Islam tidak pernah mengajar penganut Islam untuk mencemuh mahupun menghina agama atau kepercayaan orang lain malah telah melarang sekali orang-orang Islam berbuat sedemikian.

Keadilan juga percaya bahawa tindakan ini berupa satu cubaan untuk mewujudkan kemarahan dan kebencian di antara orang-orang Islam dan Hindu sekaligus mencetuskan perbalahan kaum dan agama dan suasana yang tegang di Selangor lantas memberi peluang untuk UMNO untuk merampas balik Selangor sebagaimana yang dilaung-laungkan kononnya atas nama bangsa dan agama.

Keadilan menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas untuk menjaga keamanan dan keharmonian dan tidak memandang remeh terhadap perbuatan yang jelasnya salah disisi undnag-undang dan berbentuk provokasi dan menggugat ketenteraman awam dan hubungan antara kaum/agama.

Keadilan juga kesal kerana pihak polis Selangor gagal menghalang kejadian ini dari berlaku dan sebaliknya Ketua Polis Selangor menyatakan bahawa tindakan boleh diambil hanya sekiranya terdapat laporan polis. Ini jelas menunjukkan sikap sambil lewa pihak polis seolah-olah membenarkan atau mengalakkan perkara sebegini.

Keadilan meminta semua pihak yang berkenaan untuk bertenang dan berwaspada supaya tidak terperangkap dengan reaksi yang boleh diambil kesempatan oleh pihak UMNO yang berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor dengan mencetuskan insiden-insiden berunsur perkauman dan agama.


Latheefa Koya
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat

Khamis, Ogos 27, 2009

Sebat Kartika dekati syariah: PKR

Oleh : Dr Muhammad Nur Manuty

Polemik yang melanda negara mengenai isu hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno yang sedang hebat diperkatakan sekarang ini menampakkan dengan jelas kekeliruan banyak pihak – orang Islam dan bukan Islam - mengenai prinsip keadilan Islam dalam melaksanakan syariah.

Isu ini hendaklah dilihat dalam satu perspektif yang tepat dan holistik. PKR berpandangan bahawa ia bukan berpunca dari keraguan kepada keadilan syariah Islam, tetapi ia lebih disebabkan oleh lunturnya kepercayaan ke atas integriti sistem pentadbiran dan pelaksanaan syariah itu sendiri.

Sebagaimana integriti sistem kehakiman negara yang terhakis lantaran pelbagai gejala skandal, maka perkara yang hampir sama jugalah terjadi kepada pelaksanaan hukum syariah kita.

Jelasnya, ia telah dicemari oleh pengaruh sistem politik negara masakini yang dibarahi dengan pelbagai penyelewengan dan gejala rasuah.

Maka akibatnya, kita melihat pelbagai ketempangan dan ketidakadilan berlaku dalam pelaksanaan hukum Islam di negara ini.

Banyak kes yang melibatkan golongan atasan dan berpengaruh tidak diadili dengan seadilnya dan akhirnya mereka dibebaskan daripada sebarang tindakan undang-undang syariah.

Memadailah kami memberikan dua contoh berikut:

Mufti Selangor yang dipecat lantaran mempertahankan tindakan undang-undang syariah yang dilaksanakan di negeri tersebut.
Kegagalan pihak berkuasa agama Wilayah Persekutuan bertindak segera menyiasat aduan fitnah liwat yang dilemparkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Amat ketara, agensi pelaksana hukum syariah tidak mampu melaksanakan keadilan kerana tekanan dari parti yang memerintah. Akibatknya, mereka dilihat gagal menangani pelbagai isu secara tuntas, menyeluruh dan seadilnya tanpa mengira status dan gender.

Hasilnya, kredibiliti agensi-agensi ini akan sentiasa dipandang rendah dan tidak meyakinkan rakyat.

Fenomena yang sama sedang dialami dalam kes jenayah arak. Ia hanya melibatkan hukuman terhadap orang awam yang lemah, rakyat yang miskin dan kaum wanita.

Pihak berkuasa dilihat gagal untuk bertindak dan menghukum para usahawan, tokoh politik dan pemimpin yang berada di belakang industri arak ini.

Dalam kes Kartika Dewi, PKR berpandangan bahawa dalam keadaan para ulama sendiri berbeza pendapat tentang jenis hukuman dan bilangan sebatan, hukuman yang dijatuhkan (terhadap wanita ini "mendekati" hukuman Islam.

Namun begitu, sikap Kartika yang mengakui dan menyesali kesalahannya, serta tidak membantah hukuman yang dikenakan amatlah dipuji.

Ia menampakkan, sebahagian daripada matlamat pelaksanaan hukuman syariah telah tercapai maksudnya.

Kita juga berpandangan bahawa Kartika berhak mengemukakan rayuan untuk diringankan hukuman ke atas dirinya dan pihak bertanggungjawab wajib mempertimbangkan rayuannya itu.

Sehubungan hal di atas, semua pihak perlu mengambil iktibar daripada sepotong ayat al-Qur'an yang bermaksud:

"Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya sebagai pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan daripada Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Maka barangsiapa yang bertaubat sesudah melaksanakan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ma'idah: 38-39)

Sebagai jalan keluar, dalam usaha ke arah mengakhiri permasalahan di atas untuk jangka pendek PKR ingin mencadangkan langkah-langkah berikut:

- Kartika Dewi perlu diberi peluang untuk membuat rayuan untuk diringankan hukuman ke atas dirinya.
- Semua pihak berkuasa termasuk pemimpin-pemimpin politik hendaklah memberi kebebasan kepada autoriti perlaksanaan syariah bagi melaksanakan tugas mereka secara professional.
- Mengiktiraf hakikat kuasa mentadbir hukum syariah adalah milik seutuhnya umat Islam.

Untuk jangka panjang, agensi pelaksana hukum syariah hendaklah diperkasakan melalui:

- Program-program tarbiyyah mendidik masyarakat Islam supaya mengelakkan diri dan meminum arak hendaklah dilancarkan secara besar-besaran oleh semua pihak –agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan-pertubuhan NGO.
- Latihan-latihan yang lebih professional dalam pelbagai bentuk berkaitan.
- Usaha-usaha penyelarasan dan penyeragaman hukuman syariah segera dilakukan diseluruh negara.
- Rakyat perlu mempastikan wujudnya barisan kepimpinan negara yang berilmu pengetahuan dalam hal-hal keagamaan dan berintegriti.
- Selagi sistem politik negara gagal dirobah dan direformasikan, maka selagi itulah perjalanan mahkamah syariah kita tidak akan dapat berjalan dengan seadilnya. Kegagalan melaksanakan Islam secara adil akan menjadikan Islam terus dipandang lemah oleh orang bukan Islam dan di mata masyarakat antarabangsa.


Artikel ini kenyataan Dr Muhammad Nur Manuty, bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), kini pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR


Selasa, Ogos 25, 2009

Kenyataan Media: Kemenangan Calon Pakatan Rakyat Dalam PRK DUN Permatang Pasir

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—
25 Ogos 2009


Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran atas kemenangan calon Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir hari ini.


Meskipun berbulan-bulan diasak fitnah sebagai pengkhianat bangsa dan berhadapan pembelotan, jelas kemenangan hari ini membuktikan rakyat menolak politik acuan pimpinan UMNO-BN yang memecahbelahkan.


Penghargaan yang tidak terhingga saya ucapkan kepada seluruh jentera pilihanraya kecil yang tetap bersabar mengharungi kepayahan dalam bulan Ramadhan ini. Kepada YB Tuan Haji Salleh Bin Man, tahniah diucapkan atas kejayaan ini. Maka bermulalah tugas untuk menunaikan amanah dan mandat yang diberikan oleh rakyat.


Kemenangan dengan majoriti meyakinkan ini ternyata menzahirkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat, juga hasrat mereka yang sentiasa bergelora mahukan Perubahan dan melihat masa depan Pakatan Rakyat yang lebih gemilang.


ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat Malaysia


Pakatan Rakyat berjaya mempertahankan Permatang Pasir

Permatang Pauh - PAS mengulangi kemenangan besar yang dicapai dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac tahun lalu apabila kiraan undi rasmi menunjukkan calonnya, Mohd Salleh Man mengatasi pesaing daripada Barisan Nasional, Rohaizat Othman dengan majoriti melebihi 4,551.


Kiraan rasmi menunjukkan PAS mendapat 9,618 undi berbanding 5,067 diperolehi BN, menambahkan lagi pukulan kepada BN yang belum pernah memenangi pilihan raya kecil di Semenanjung sejak selepas pilihan raya umum lebih setahun lalu.


Kerusi Dun Permatang Pasir dimenangi wakil PAS, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dengan majoriti 5,433 undi dalam Pilihan Raya Umum-ke 12, kemenangan ketiga dan dengan majorit terbesar dalam tiga pilihan raya dimenangi PAS sejak 1999.


Kemenangan ini menyaksikan majoriti merosot diperolehi PAS dipercayai akibat hari pengundian yang dilakukan pada hari bekerja.


Jumlah keluar mengundi merosot kepada 73.1 peratus daripada 82.57 peratus pada pilihan raya umum yang lalu.


Ketika dihubungi selepas pengumuman di IKBN, Salleh menganggap kemenangan tersebut bukan kejayaan peribadinya sahaja, tetapi kejayaan Pakatan Rakyat peringkat negeri dan federal.


Ujarnya, Permatang Pasir mampu menjadi 'pembakar semangat' sekurang-kurangnya di Dun Seputeh, di samping pilihanraya ke-13 kelak.


"Ini (kemenangan) bukan untuk saya, biarpun saya mewakili PAS bertanding di Permatang Pasir. Ini (kemenangan) untuk Pakatan Rakyat negeri (Pulau Pinang) dan semua kepimpinan pusat."


"Kalau boleh, kemenangan ini jadi 'pembakar semangat'...sekurang-kurangnya di Kuala Seputeh jika jadi pilihanraya... pilihanraya ke-13 lebih-lebih lagilah."


Sabtu, Ogos 22, 2009

PESANAN TOK GURU KEPADA PENGUNDI PERMATANG PASIR


“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.” (Sebahagian dari Ayat 5 : Surah Al Bayyinah)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Tuan/Puan bakal-bakal pengundi sekalian,

Alhamdulillah. Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah 8 warkah rayuan pengundi yang telah saya tulis dan tandatangani. Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku 8 pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya.

Apa yang hanya boleh kita baca dari 7 pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat (PR) telah menang sebanyak 6 kali berturut-turut. BN cuma menang 1 kali; itupun di Batang Ai,Serawak. Ini realiti dan ini kenyataan.

Pada kali ini Kerusi Permatang Pasir menjemput kita sekali lagi untuk turun ke gelanggang. Walaupun dengan penuh berat, kita terpaksa melepaskan Allahyarham Dato’ Hamdan kita untuk kembali menemuiNya.

Bagi kita yang hidup, tuntutan sambungan jihad demi sebuah tanggungjawab wajib diteruskan. Sudah 3 penggal calon kita bersusah payah untuk mengangkat Islam dan sudah 15 tahun rakyat di Permatang Pasir memperbaharui kepercayaan agar PAS terus menerajui kerusi Dewan Undangan di Permatang Pasir ini.

Jika dibaca nilai istiqamah pengundi di sini di masa-masa lalu, ia jelas menunjukkan betapa tingginya iltizam, kenyakinan dan komitmen mereka. Walaupun mereka tentu boleh faham bahawa apalah sangat memberi kemenangan kepada PAS di kerusi ini dari segi memerintah negeri, namun pada saya, majoriti yang diraih Allahyarham pada 8 Mac 2008, melebihi 5,000 undi adalah teramat mahal.

Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar. Mereka tidak sanggup memangkah parti Umno yang mengamalkan Islam dari klon sekular; agama suku dan politik suku. Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik? Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu.

Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu; begitu jugalah dengan Islam palsu. Benda palsu; nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik. Dengan keadaan tidak tulin itulah timbulnya keraguan. Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah Syurga Allah di akhirat kelak?

Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu’, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan? Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah. Saya percaya, para pengundi Islam di DUN Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini.

Manakala bagi pengundi bukan Islam pula pada umumnya, saya seakan boleh menyelami keresahan yang sedang bergolak di hati saudara saudari sekelian. Di sana ada tuduhan rasuah berjumlah RM10 juta yang katanya melibatkan pemimpin MCA. Di sana juga ada kes kematian misteri seorang anak muda bernama Teoh Beng Hock sewaktu berada di dalam siasatan (custody) SPRM.

Di sana juga ada kes kematian Kugan sewaktu berada di dalam tahanan polis. Dengan insiden stadium runtuh dan gelanggang akuatik yang tidak selamat di Terengganu, keretakan yang berlaku di lebuh raya MRR2 serta LDP dan skandal di PKFZ Pelabuhan Klang yang bernilai berbilion ringgit, ramai pemimpin Umno yang kena gantung dan disabitkan kesalahan mengamalkan politik wang termasuklah Ketua Menteri Melaka yang masih ada sekarang, buruknya layanan ke atas rakyat yang berhimpun secara aman untuk mengangkat nota bantahan ISA kepada DYMM Yang Dipertuan Agung, cederanya Sdr. Wong dan Gobalakrishnan di tangan SPRM dan Polis – pengamal undang-undang, para pencinta demokrasi dan pejuang hak asasi tidak mempunyai lain-lain harapan pemulihan untuk negara kita.

Apa yang ada hanya satu sahaja iaitu mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh PR dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari Umno/BN jika berlaku lagi pilihan raya kecil. Ini adalah langkah persiapan untuk mengambil alih kerusi, kemudi di Putrajaya tidak lama lagi.

Hanya melalui cara ini sahaja Malaysia akan memperkukuhkan sistem dua parti yang boleh menyemak Institusi Kehakiman, pelaksanaan “rule of law” dan perjalanan demokrasi. Melalui laluan baru inilah, Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar. InsyaAllah, ini akan berlaku tidak lama lagi.

Melihatkan trend sokongan non-muslim kepada calon Parti Islam SeMalaysia dan PR, khususnya di Parlimen Permatang Pauh yang telah memenangkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan di Parlimen Bukit Gantang yang telah memenangkan Dato’ Seri Nizar Jamaludin baru empat lima bulan yang lalu, saya cukup mempunyai keyakinan.

Mari kita sama-sama perbesarkan majoriti kita di DUN N11 ini agar menjadi kekal, tidak kurang dari 5,000 undi, sekurang-kurangnya untuk ujian pada 25 Ogos 2009. Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno/BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang.

Jangan tertipu lagi untuk percayakan slogan-slogan baru yang dikitar semula. Dulu Islam Hadhari. Kini One Malaysia pula. Esok entah apa pulalah. Umno ni nak jadi apa, entahlah. Nak kata udang pun tidak. Ikan pun bukan. Ingatlah pesan pepatah Melayu: Jika sudah kepalanya ular, mustahil ekornya belut.

Akhir kata, gunakanlah kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat. Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar?
Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan. Undilah Sdr. Saleh bin Man. Undilah PAS dan PR demi keadilan Islam.

“Ya Allah, saksikanlah. Hamba sesungguhnya sudah menyampaikan.”

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Merangkap Menteri Besar Kelantan
Tanggal : 1 Ramadhan 1430
22 Ogos 2009

Jumaat, Ogos 21, 2009

Perutusan Ramadhan Al-Mubarak

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Saudara saudari para Pimpinan Peringkat Cabang dan Ranting,
Para Ahli dan Penyokong Parti Keadilan Rakyat,
Muslimin dan Muslimat yang di Rahmati Allah sekelian.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua kaum Muslimin dan Muslimat dalam Cabang Nibong Tebal khususnya dan seluruh dunia amnya.

Marilah sama-sama kita tunaikan fardhu ini dengan penuh keikhlasan dan ketertiban mengikut Sunnah Rasulallah s.a.w. semoga dengan itu akan tercapai semua maksud ketakwaan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

Sesungguhnya ibadah puasa ini adalah sebahagian daripada ibadah pokok yang mampu mengangkat martabat seorang Muslim keperingkat yang paling tinggi kemuliaannya di kalangan manusia di sisi Allah s.w.t. iaitu TAQWA. Oleh itu marilah kita mengambil kesempatan dengan ibadah ini untuk meningkatkan martabat diri masing-masing.

Orang-orang yang bertakwa ialah mereka yang lengkap dan teguh diri peribadinya, berprinsip dan mampu memerdekakan diri, masyarakat dan negaranya daripada segala macam unsur kemaksiatan, jenayah dan pengaruh timur dan barat. Mereka hanya berpegang kepada prinsip MARDHATILLAH yakni segala sesuatu yang diredhai Allah dan TAKUTKAN Allah semata-mata.

Akhir sekali saya berharap di samping berpuasa kita tidak melupakan tugas-tugas harian kita untuk berkhidmat kepada masyarakat dan rakyat tanpa mengira anutan agama dan keturunan bangsa. Semoga puasa kita benar-benar memperlihatkan ibadah seorang Khalifah Allah di atas muka bumi.

Sehingga berjumpa lagi di kesempatan yang lain, wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


HJ. MAKTAR BIN HJ. SHAPEE
Ketua PKR
Cabang Nibong Tebal
merangkap
ADUN Sungai Bakap

Khamis, Ogos 20, 2009

Tabung pinjaman RM3 juta bantu usahawan kecil

Georgetown – Kerajaan Negeri Pulau Pinang melancarkan tabung pinjaman bernilai RM3 juta, dikenali sebagai Projek Titian Saksama Rakyat, yang bertujuan membantu usahawan kecil dan golongan ibu tunggal.

Di samping itu, projek berkenaan juga sebagai menggalak dan membantu golongan rakyat miskin dan miskin tegar menceburi bidang perniagaan sebagai salah satu usaha membasmi kemiskinan.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, Majlis Mesyuarat Negeri Pulau Pinang memutuskan sebelum ini bahawa Kerajaan Negeri dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) meluluskan perlaksanaan tabung pinjaman ini secara kerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) bagi tempoh tiga tahun, mulai 1 Oktober 2009.

Menurutnya, tabung pinjaman ini mengikut model pinjaman mikro USM dengan menekankan kepada memanfaatkan golongan ‘keterbawahan’.

Selasa, Ogos 18, 2009

Jentera Pilihanraya KeADILan Nibong Tebal bersiap sedia gempur Permatang Pasir

Seperti lazimnya setiap Pilihan Raya Kecil (PRK) berlaku, KeADILan Nibong Tebal akan membantu jentera pilihanraya tempatan demi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat.

PRK Permatang Pasir, Cabang Nibong Tebal ditugaskan di Daerah Mengundi (DM)/Unit Peti Undi (UPU) Tanah Liat Mukim 8 bersama-sama PAS Kawasan Batu Kawan, PAS Wilayah Persekutuan, PAS Perlis dan KeADILan Melaka.

Sekiranya ada di kalangan ahli yang ingin menjadi sukarelawan pada PRK kali ini, sila hubungi En. Zainudin (019-4101955)

Isnin, Ogos 17, 2009

Gambar Terbaik Penamaan Calon N11 Permatang Pasir

Walaupun hanya sekeping foto, tetapi ia memberi seribu satu makna...


Satu Lawan Satu di Permatang Pasir

Pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos ini akan menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon Pakatan Rakyat daripada PAS, Ustaz Salleh Man yang akan mempertahankan kerusi tersebut dengan calon BN, Rohaizat Othman.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 15 bantahan tetapi menolaknya dan mengumumkan pencalonan Salleh dan Rohaizat diterima.

Rohaizat menyerahkan borang pencalonnya pada jam 9.03 pagi ini, diikuti oleh Salleh sejurus kemudiannya..

Rohaizat tiba pada kira-kira jam 8.55 pagi dengan diiringi oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ketua perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu; Ketua Wanita Umno, Datuk Shahrizat Jalil; Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon dan Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai.

Manakala calon PAS, Salleh Man pula tiba kira-kira jam 8.35 pagi bersama para pemimpin parti tersebut dan Pakatan Rakyat.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba kira-kira jam 8.45 pagi. Turut kelihatan ialah setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan naib presiden, Salahuddin Ayub.

Turut hadir ialah menteri besar Perak dari Pakatan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin; Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 Ogos ini sebagai hari pengundian.

Pilihan raya DUN Permatang Pasir diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS pada 31 Julai lepas.

Sementara itu, ramai pegawai polis dan petugas media memakai penutup hidung dan mulut. Penyokong PAS memakainya yang memaparkan tulisan 'PAS untuk semua”.

Pegawai kementerian kesihatan mengedarkan secara percuma penutup hidung dan mulut itu kepada orang ramai di pintu masuk ke pusat penamaan calon itu.

Manakala calon bebas, Kamarul Ramizu Idris, yang sebelum ini menyatakan hasratnya untuk bertanding, tetapi menarik dari pada saat-saat akhir.

Beliau tiga di pusat penamaan calon pada kira-kira jam 9.55 pagi tetapi tidak menyerang borang pencalonan.

Kamarul mendakwa beliau tersalah jalan dan terperangkap dalam kesesakan lalulintas, dan oleh itu tidak mempunyai yang mencukupi untuk menyerah borang pencalonan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya mengeluarkan enam borang pencalonan dan tiga orang telah membuat bayaran deposit.

Sementara itu, Pakatan Rakyat membangkitkan isu mengenai status Rohaizat sebagai peguam ekoran laporan bahawa nama beliau telah dilucutkan dari senarai Majlis Peguam kerana didakwa menyalahgunakan wang pelanggan.

Pengarah biro pilihanraya PKR yang ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution berkata Rohaizat perlu memberi penjelasan berhubung isu tersebut.

Jika dakwaan itu benar, katanya, maka apakah jaminan perkara yang sama tidak akan berlaku dengan wang rakyat jika Rohaizat terpilih.

Rohaizat, 38, dilaporkan berkata kes itu bukan satu isu.

Bagaimanapun, Saifuddin berkata, menjadi tanggungjawab calon BN itu untuk menjelaskan kedudukannya sekarang sebagai seorang peguam.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata proses penamaan calon berjalan lancar dan aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Jumaat, Ogos 14, 2009

Pakatan Rakyat akan didaftarkan

Hampir 100 para pemimpin utama Pakatan Rakyat iaitu dari PAS, PKR dan DAP berhimpun di Tropicana Golf Club pagi ini mencapai kata sepakat untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah pertubuhan tidak lama lagi.

Keputusan ini dicapai selepas menerima cadangan dari pimpinan Pakatan yang telah membincangkan perkara itu sebelum ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim

Menurut Anwar, mesyuarat Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat akan datang akan memperincikan perkara ini dan seterusnya mendaftar Pakatan Rakyat kepada Pendaftar Pertubuhan.

Menurut Anwar, beberapa persoalan teknikal seperti jumlah parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat perlu tujuh parti akan diperincikan kemudian.

"Ini bukan undang-undang, ia hanya peraturan dalam mendaftar sahaja," kata Anwar.

Isu kedudukan Pakatan Rakyat yang dianggap longgar ekoran tidak didaftar secara rasmi sebagaimana Barisan Nasional (BN) menjadi salah satu topik perbincangan dalam Bengkel Memperkasakan Pakatan Rakyat di Tropicana Golf Resort hari ini.

Hampir 100 pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat menyertai bengkel bermula jam 9 pagi dan akan berakhir sehingga lewat petang ini.

Selain Anwar, turut serta adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Yang tidak kelihatan hanya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan Karpal Singh, Pengerusi DAP.

Setiap parti menghantar kira-kira 30 perwakilan ke dalam bengkel sehari ini.

Turut sama dibincangkan adalah isu menangani arak di Selangor, Jawatankuasa Disiplin Pakatan Rakyat dan serangan BN terhadap Pakatan Rakyat.

Untuk isu arak, bengkel bersetuju dengan pendirian Selangor dalam hal ini. Isu pertembungan peribadi antara Exco kerajaan negeri Selangor, Ronie Liu dan Datuk Dr Hassan Ali juga selesai dalam bengkel ini.

Sehingga Pakatan Rakyat didaftarkan secara rasmi, isu disiplin akan ditangani oleh parti masing-masing.

Isu serangan BN terhadap Pakatan juga dijawab oleh Anwar apabila ditanya wartawan.

"Kita akan pertahan habis-habisan kerajaan Selangor dan kita yakin BN memang akan berusaha ke arah itu sebagai yang mereka buat di Perak," kata Anwar.

Hassan Ali dan Ronnie Liu sepakat isu 'ARAK' selesai

Kuala Lumpur - Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Dr Hassan Ali bersama Exco DAP Ronnie Liu menyatakan kata sepakat isu penjualan Arak dianggap sudah selesai.

Kedua-dua mereka dilihat berjabat tangan dan berdamai secara terbuka di satu sidang media bersama di Tropicanna dekat sini petang tadi.


Dalam kenyataan kedua-dua belah pihak, mereka bersetuju bahawa penjualan arak dibenarkan bagi orang bukan Islam.


Namun ianya mesti dikawal dan tidak dibenarkan kepada orang Islam. Dalam masa yang sama, difahamkan, kedua-duanya bersetuju bahawa tidak ada permit baru akan dikeluarkan bagi tujuan penjualan minuman beralkohol itu.


Turut hadir di sidang media yang dibuat sejurus selepas Seminar Pakatan Rakyat di Tropicana, ialah Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali beserta barisan pimpinan parti masing-masing. Image


Dalam sidang media itu Anwar menyatakan bahawa penubuhan Jawatankuasa Displin Pakatan Rakyat akan ditubuhkan di peringkat pusat bagi memantapkan lagi dasar dan pelan tindakan pemimpin Pakatan Rakyat.


Seminar itu juga adalah bertujuan memperkukuhkan Pakatan Rakyat sekaligus cuba menangkis pelbagai tohmahan dan serangan 'pyswar' yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) dan Umno mutakhir ini.

MAIPP kutip zakat RM38 juta

Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) berjaya mengutip zakat harta sebanyak RM38,027,108 bagi tahun 2008 berbanding tahun 2007 sebanyak RM34,336,813 dengan kenaikan kutipan RM3,690,295 atau 10.75 peratus, kata Yang Dipertua Maipp, Shabudin Yahya.

Menurutnya ketika berucap dalam ucapan aluan sempena pelancaran Karnival Zakat 2009 dan Program Nur Ramadan di Dewan Milenium, Kepala Batas baru-baru ini menyifatkan, perkembangan itu menandakan kesedaran Umat Islam telah meningkat dalam soal pembayaran zakat. Ujar beliau lagi, kutipan itu juga menjadikan keseluruhan zakat harta yang berjaya dikutip sejak penubuhan Pusat Urus Zakat (PUZ) pada 1994 sehingga tahun lalu ialah RM251,166,908.


"Allhamdulilah sepanjang tahun lalu kesedaran Umat Islam terhadap zakat harta nyata meningkat dan dapatlah PUZ melaksanakan bantuan kepada rakyat, " ujarnya.


Tegas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Berangan, Zakat Pendapatan mencatatkan kutipan paling tinggi iaitu RM22,162,696 (58.28%) mengalami kenaikan RM3,536,383 (18.99%) tahun 2007.


Kutipan kedua tertinggi ialah Zakat Perniagaan iaitu RM6,595,708 (1734%) namun ia mengalami sedikit memerosotan sebanyak RM1,700,138 (-20.49%) berbanding tahun 2007.


Manakala Zakat Wang Simpanan yang berada di tempat ke tiga turut mencatatkan kenaikan sebanyak RM540,441 (12.99%) berbanding tahun 2007 iaitu kutipan sebanyak RM4,701,903 (12.35%).


Menurutnya lagi, pada tahun ini Maipp melantik 1,587 orang Amil Zakat Fitrah melibatkan 214 pusat kutipan.


"Selain kutipan Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan dan Zakat Wang Simpanan satu lagi kutipan ialah Zakat Fitrah yang mana menunjukan kecemerlangan apabila RM3,949,242 berjaya dikutip berbanding tahun 2007 sebanyak RM2,778,805 iaitu peningkatan RM1,170,437 atau (42.12%), " tambahnya di hadapan 500 penerima bantuan zakat dari lima daerah seluruh Pulau Pinang.


Bagi menghindarkan terlalu banyak penerima zakat setiap tahun PUZ telah merangka bermacam- macam strategi untuk membangunkan penerima sebelum ini dengan program ekonomi seperti Asnaf Zakat (PUAZ) yang dikendalikan oleh PUZ sendiri.


Melalui bidang ini penerima yang sebelum ini bergantung pada pemberian zakat boleh berdikari dengan menubuhkan bengkel jahitan, kraftangan dan sebagainya seiring dengan perkembangan sektor pelancongan.


"Menerusi PUAZ mereka yang dulunya bergantung pada sumbangan zakat dapat menunjukkan bakat sekaligus berjaya dalam bidang seperti jahitan, kraftangan dan sebagainya. Cara ini mereka dapat meningkatkan kehidupan sendiri di samping mempamerkan bakat yang selama ini terpendam, " jelasnya.


Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator Brigadler Jeneral (B) Dato' Haji Jamil Khir Baharom dalam ucapan perasmiannya pula menyifatkan, kesungguhan yang ditunjukkan oleh PUZ dalam usaha meningkatkan produktiviti pengusaha yang sebelum ini berharap penuh pada bantuan zakat harus dipuji dan dijadikan contoh kepada agensi kerajaan yang lain.


Pendedahan program tersebut pastinya membuka ruang untuk peserta melatih diri dalam bidang baru yang jika diusaha dengan sempurna akan berjaya.


Strateji itu juga boleh melahirkan ramai lagi orang Islam memberikan zakat daripada menerima zakat sepertimana sebelum ini.


"Pendedahan demi pendedahan itu saya yakin pada masa depan lebih ramai orang yang dulunya susah dapat pula menyumbangkan zakat pada orang Islam yang lain. Inilah yang kita mahu asalkan mereka mahu berubah dan berhijrah mengatasi masalah hidup, " terangnya.

Khamis, Ogos 13, 2009

PROGRAM PELANCARAN JENTERA DAN BILIK GERAKAN PILIHAN RAYA KECIL DEWAN UNDANGAN NEGERI PERMATANG PASIR, PULAU PINANG

MAKLUMAN MEDIA

13 Ogos 2009



Saudara-saudari,


PROGRAM PELANCARAN JENTERA DAN BILIK GERAKAN PILIHAN RAYA KECIL DEWAN UNDANGAN NEGERI PERMATANG PASIR, PULAU PINANG

Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan Pakatan Rakyat akan berada di Permatang Pasir pada 16 Ogos 2009 (Ahad) untuk melancarkan jentera pilihan raya dan bilik gerakan bagi Pilihan Raya Kecil DUN Permatang Pasir.

Sempena majlis pelancaran tersebut, Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan Pakatan Rakyat akan mengadakan program penerangan isu-isu semasa. Dato' Seri Anwar akan menjawab tuduhan-tuduhan berbentuk peribadi yang telah dilemparkan terhadap beliau.


Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh: 16 Ogos 2009 (Ahad)


PROGRAM I - Pelancaran Jentera dan Bilik Gerakan Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir


Tempat : Permatang Pasir

Masa : 9.00 – 12.00 Malam

Panel penceramah :


i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

ii. YAB Sdr. Lim Guan Eng

iii. YB Prof. Mansor Othman

iv. YB Sdr. Saifudin Nasution

v. YBhg. Sdr. Mat Sabu

vi. YB Dato’ Zahrin Hashim


PROGRAM II - Ceramah Perdana


Tempat : Taman Cermai, Permatang Pauh

Masa : 9.00 – 12.00 Malam

Panel penceramah :


i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Dato’ Seri Haji Hadi Awang

iii. YB Sdr. Lim Kit Siang

iv. YBhg Sdr. Mat Sabu



Sekian untuk makluman saudara/saudari.

Terima kasih.

PEJABAT DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Rabu, Ogos 12, 2009

THE AUNG SAN SUU KYI VERDICT: ASEAN MUST ACT

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) condemns the guilty verdict and harsh prison sentence handed down by the Burmese court yesterday in the case against Aung San Suu Kyi and her colleagues, Khin Khin Win and Win Ma Ma. While the guilty verdict was fully expected, it is nevertheless deeply disappointing, especially as the case had offered a precious opportunity for the military junta to gracefully make some significant steps towards change.

Instead, the junta continues to violate human rights and poses as a threat to regional peace and security (the military regime is suspected of secretly exploring nuclear capabilities).
The court decision came as the grand finale of a carefully orchestrated charade, with political manipulation being unconvincingly dressed up as a judicial process. The junta leaders evidently felt the heat of international outrage to the point that they immediately announced that her 3-year hard labour prison sentence was commuted to 18 months under house arrest. Despite their reduction of the sentence, we believe the Burmese military regime acted with malicious intent.

Their main aim has always been to ensure that Aung San Suu Kyi would not be able to play a role in next year’s general election, and they have not budged an inch on this. The connection of this case to the elections was further underlined by the government’s justification of her continued detention, saying that true supporters of democracy do not want them to be marred by riots and unrest. It should be remembered that there are still thousands of political opponents languishing in prison, and it is safe to assume that they will remain there for the same purpose.

The world is again outraged, but it is Asean which stands to lose in real terms, being guilty by association. Thus, Asean must take firm and prompt action to bring their recalcitrant member into line, especially with the human rights principles stated in the Asean Charter – a major step which could improve the current poor standing of Asean nations in the world.

If Asean still wants to save the face of the junta’s leaders, they could do this by initiating a renewed communal effort towards enhancing standards of democracy and human rights in Burma.

WAN AZIZAH WAN ISMAIL
President
Parti Keadilan Rakyat
Malaysia

Soalan-soalan di Persidangan Dewan Undangan Negeri

Penjimatan Kos Perbelanjaan

Soalan Bertulis Allahyarham YB. DATO’ MOHD HAMDAN BIN ABD. RAHMAN (Permatang Pasir) : Tolong gariskan beberapa penjimatan terhadap kos perbelanjaan yang cuba dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat berbanding Kerajaan BN yang dahulu dalam satu tahun pemerintahannya.

Jawapan : Kerajaan negeri telah mengeluarkan Surat Pekeliling Kewangan Negeri Bil. 11 Tahun 2008: Langkah-langkah Bagi Memperketatkan Kawalan Perbelanjaan Kerajaan Negeri bertarikh 30 Jun 2008 yang menfokuskan kepada tindakan bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam. Antara langkah- langkah penjimatan ialah:

(i) Ketua jabatan dan pegawai adalah digalakkan mengguna perjalanan tambang murah selain daripada MAS seperti Firefly dan Air Asia bagi penerbangan domestik. Bagi pegawai-pegawai yang layak menaiki penerbangan kelas satu (1), mereka digalakkan menaiki kelas ekonomi. Semua anggota pentadbiran negeri termasuk Y.A.B. Ketua Menteri, menaiki kelas ekonomi bagi penerbangan domestik dan ke luar negara.

(ii) Kursus/seminar/bengkel yang dianjurkan oleh jabatan-jabatan mengguna bangunan dan kemudahan sedia ada milik kerajaan. Kemudahan di hotel dibenarkan sekiranya melibatkan tetamu-tetamu negeri dan dengan kelulusan khas;

(iii) Perbelanjaan bagi menyediakan makanan dan minuman untuk majlis-majlis rasmi hendaklah secara sederhana dengan kadar kelayakan yang dibenarkan;

(iv) Pegawai dan anggota jabatan digalak menggunakan kenderaan rasmi jabatan dan tidak kenderaan persendirian untuk menjalankan tugas rasmi;

(v) Penggunaan utiliti seperti bekalan elektrik (lampu pejabat, hawa dingin) ditutup pada waktu rehat bagi menjimatkan kos;

(vi) Kerja ubahsuai pejabat dan perpindahan ke pejabat baru ditangguhkan kecuali mendapat kelulusan khas atas keperluan mendesak;

(vii) Pembekuan pembelian aset baru dan penangguhan pembelian yang belum komited. Pembelian aset sekiranya perlu ialah hanya dengan kebenaran khas; dan

(viii) Kadar bayaran elaun kehadiran mesyuarat kepada pengerusi dan Ahli Mesyuarat Lembaga/Majlis di Badan-badan Berkanun Negeri telah dipiawaikan dan dikurangkan kepada RM150.00 bagi pengerusi, RM100.00 ahli dan RM30.00 jika mesyuarat di peringkat jawatankuasa.

Kesan daripada langkah-langkah yang diambil, pada tahun kewangan 2008, perbelanjaan mengurus sebenar kerajaan negeri ialah RM283.15 juta berbanding RM318.56 juta yang dianggarkan (bajet) iaitu berkurangan sejumlah RM35.41 juta atau 11.1 peratus daripada anggaran diluluskan.


Tindakan kerajaan negeri terhadap penyelesaian isu Kampung Buah Pala

Soalan Lisan YB S.N Rayer (Seri Delima) : Apakah tindakan kerajaan negeri terhadap penyelesaian isu Kampung Buah Pala?

Jawapan : Kerajaan Negeri telah mengadakan sebanyak lima (5) kali perbincangan dengan penduduk-penduduk Kampung Buah Pala. Selepas beberapa kali rundingan dengan pihak pemaju, pihak pemaju telah menawarkan sebuah rumah teres bertingkat dua dengan keluasan tanah 1,200 kaki persegi dan keluasan kawasan binaan 1,400 kaki persegi untuk setiap rumah yang terlibat untuk dirobohkan.

Tawaran penyelesaian ini adalah yang terbaik sekali dalam sejarah Malaysia dan mana-mana negeri di Malaysia. Usaha khas telah kami bawakan untuk penduduk-penduduk memandangkan mereka telah menduduki Kampung Buah Pala lebih 100 tahun dengan kebenaran pemilik asal, Mary Brown. Tawaran ini membolehkan penduduk-penduduk memiliki rumah dua tingkat serta diberikan jaminan undang-undang dengan geran tanah sahih berbanding dengan Barisan Nasional yang menganggap mereka sebagai setinggan-setinggan haram yang harus diusir keluar begitu sahaja.

Perlu diingatkan bahawa isu Kampung Buah Pala adalah angkara Kerajaan Negeri Barisan Nasional lama yang merompak tanah mereka tanpa berunding dengan mereka. Mengapa perompak tanah Barisan Nasional tidak berusaha untuk memperbetulkan kesalahan mereka tetapi sekarang menjadi wira kepada penduduk-penduduk yang mereka rompak.


Isu Kampung Buah Pala

Soalan Bertulis YB. TUAN HAJI SR. MUHAMAD FARID BIN SAAD (Pulau Betong) : Penduduk Kampung Buah Pala mendakwa bahawa pihak calon yang bertanding dalam Pilihan raya Umum Ke 12 pada bulan Mac 2008 yang kini membentuk kerajaan negeri telah tidak mengotakan janji-janji yang telah dibuat semasa kempen pilihan raya. Apakah yang telah dijanjikan dan oleh siapa? Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah di kampung tersebut.

Jawapan : Kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak menafikan bahawa terdapat calon-calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-12 telah berjanji untuk mempertahankan Kampung Buah Pala daripada dirobohkan. Ini memang dilaksanakan atas sokongan perjuangan mereka sehingga Kampung Buah Pala masih berdiri sehingga hari ini. Sekiranya Barisan Nasional masih memerintah, maka ia hanya tinggal pasir dan debu sahaja. Y.B. patut tahu ini adalah angkara Barisan Nasional yang rampas tanah mereka.

Namun, Perintah Mahkamah Persekutuan yang telah diperolehi oleh pihak pemaju tidak menyebelahi pihak penduduk- penduduk Kampung Buah Pala. Pihak kerajaan negeri juga tidak boleh mengingkari perintah mahkamah selaras dengan prinsip menegakkan kedaulatan undang-undang.

Atas sebab ini, kerajaan negeri telah memainkan peranan yang gigih untuk berunding dengan pihak pemaju supaya setiap rumah yang akan dirobohkan dapat ditawarkan dengan sebuah rumah teres bertingkat dua dengan keluasan tanah 1,200 kaki persegi dan keluasan kawasan binaan 1,400 kaki persegi. Ini merupakan formula win-win yang dipersetujui oleh kerajaan negeri dan pihak pemaju untuk menyediakan rumah gantian bagi penduduk-penduduk yang terlibat.


Pertemuan dengan penduduk-penduduk Kampung Buah Pala

Soalan Bertulis YB. DATO’ HAJI ROSLAN BIN SAIDIN (Pinang Tunggal) : Kenapakah pihak Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sehingga hari ini enggan untuk bertemu penduduk Kampung Buah Pala malah masih mengenakan syarat untuk pertemuan ini dilaksanakan.

Jawapan : Kerajaan Negeri amat prihatin untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat. Adalah tidak benar untuk mendakwa bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat enggan bertemu penduduk-penduduk Kampung Buah Pala. Pertemuan sedemikian secara rasmi telah diadakan sebanyak lima kali, iaitu pada 16 Julai 2009, 22 Julai 2009, 24 Julai 2009, 1 Ogos 2009 dan 4 Ogos 2009.

Selepas beberapa kali rundingan dengan pihak pemaju, pihak pemaju telah menawarkan sebuah rumah teres bertingkat dua dengan keluasan tanah 1,200 kaki persegi dan keluasan kawasan binaan 1,400 kaki persegi untuk setiap rumah yang terlibat untuk dirobohkan.

Tawaran penyelesaian ini adalah yang terbaik sekali dalam sejarah Malaysia dan mana-mana negeri di Malaysia. Usaha khas telah kami bawakan untuk penduduk-penduduk memandangkan mereka telah menduduki Kampung Buah Pala lebih 100 tahun dengan kebenaran pemilik asal, Mary Brown. Tawaran ini membolehkan penduduk-penduduk memiliki rumah dua tingkat serta diberikan jaminan undang-undang dengan geran tanah sahih berbanding dengan Barisan Nasional yang menganggap mereka sebagai setinggan-setinggan haram yang harus diusir keluar begitu sahaja.

Perlu diingatkan bahawa isu Kampung Buah Pala adalah angkara Kerajaan Negeri Barisan Nasional lama yang merompak tanah mereka tanpa berunding dengan mereka. Mengapa perompak tanah Barisan Nasional tidak berusaha untuk memperbetulkan kesalahan mereka tetapi sekarang menjadi wira kepada penduduk-penduduk yang mereka rompak.


Perancangan kerajaan negeri dalam usaha mambangunkan negeri ini yang melibatkan semua sektor

Soalan Bertulis YB. DATO’ MAHMUD BIN ZAKARIA (Sg Acheh) : Merujuk kepada teguran yang mengatakan Pulau Pinang adalah mundur berbanding dengan beberapa negeri lain di Malaysia. Apakah perancangan kerajaan negeri dalam usaha membangunkan negeri ini yang melibatkan semua sektor.

Jawapan : Pembangunan Negeri Pulau Pinang kebelakangan 18 tahun ini tidak berjalan begitu pesat berbanding dengan negeri lain seperti di Ipoh dan Seremban. Pembangunan infrastruktur di kedua-dua tempat ini jauh berbeza daripada 20 tahun yang lalu tetapi pembangunan yang ketara atau perubahan tidak begitu jelas dilihat di Pulau Pinang. Itulah pandangan Menteri Mentor Singapura H.E. Lee Kuan Yew apabila beliau melawat Pulau Pinang pada 13 Jun 2009. Semasa kunjungan hormat beliau ke Negeri Pulau Pinang, beliau mengulas sedemikian terhadap apa yang dilihat dan ditinjau. Pulau Pinang memerlukan lebih banyak infrastruktur seperti jalan raya, jambatan, lapangan terbang serta rangkaian komunikasi.

Walaupun Pulau Pinang merupakan salah sebuah negeri yang maju di Malaysia selain daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Selangor, yang berjaya menarik pelaburan sebanyak RM10.2 bilion pada tahun 2008, namun dalam Rancangan Malaysia Ke-Sembilan menyatakan bahawa pertumbuhan pendapatan keluarga bagi negeri Pulau Pinang untuk 10 tahun yang lepas adalah antara yang terendah sekali. Antara tahun 1999 sehingga 2004, pertumbuhan pendapatan keluarga di Pulau Pinang adalah 2.5% bagi setiap tahun di mana kadar pertumbuhan peringkat kebangsaan adalah 6.6%. Pada tahun 1999, pendapatan rakyat Pulau Pinang adalah 85% daripada pendapatan rakyat Selangor, dan dalam 5 tahun, angka ini telah menurun ke 68% pada tahun 2004.

Untuk membangunkan semula Pulau Pinang sebagai Pulau Mutiara yang bersinar, Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhasrat untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah bandaraya bertaraf antarabangsa. Pulau Pinang perlu mengembalikan zaman kegemilangannya seperti suatu ketika dahulu. Usaha perlu diteruskan untuk membuktikan bahawa Pulau Pinang mampu untuk menjadi negeri contoh dan model kepada pembangunan negara dengan beberapa aspek utama yang perlu diberi perhatian seperti :

I) Institusi pembangunan yang berteraskan kepada sistem urus tadbir kerajaan yang berasaskan prinsip CAT iaitu Cekap, Akauntabiliti dan Telus.

II) Sistem pembelajaran yang baik yang memberi penekanan kepada pengetahuan komputer dan Teknologi Maklumat. Pulau Pinang telah memulakan langkah pertama dengan menjadi Negeri pertama yang memberikan khidmat WIFI secara percuma kepada pendudunya.

III) Mewujudkan masyarakat yang mempunyai tiga rangkaian perubahan iaitu perubahan politik, di mana dapat dicapai keseimbangan politik dan menghormati hak asasi manusia, kuasa yang terletak pada manusia dan demokrasi; perubahan ekonomi yang dapat memberikan peluang yang seimbang terhadap sumber tenaga, kepakaran dan sumber manusia serta perubahan etika di mana setiap individu dapat memupuk nilai-nilai murni kehidupan dengan sikap integriti dan membanteras penyelewengan demi mempertingkatkan sosio-ekonomi masyarakat.

IV) Menggalakkan kreativiti, inovasi, penyelidikan dan pembangunan dengan memberi penekanan kepada cara pemikiran yang berlainan.

V) Mewujudkan tanda aras bertaraf antarabangsa kepada pembangunan yang mapan di mana sumber yang digunakan hari ini masih boleh digunakan untuk generasi yang akan datang. Pulau Pinang telah diletakkan di tempat ke-10 sebagai sebuah bandar yang paling ceria di Asia di antara 254 bandar yang seluruh Asia.

VI) Menjana sumber modal insan yang menjadi khazanah paling berharga negara dengan melabur di dalam pembangunan modal insan dan juga kursus-kursus yang berguna.

VII) Menjana pentadbiran kerajaan yang efisien dengan kualiti kerja yang lebih baik manakala kos dikurangkan iaitu kualiti kerja yang dapat membuahkan value for money.

VIII) Kerjasama bijak di antara pihak awam dan swasta bagi mewujudkan situasi menang-menang di mana kepentingan pihak awam diberi perhatian tanpa mengecualikan keperluan pihak swasta dalam mencapai keuntungan. Sistem tender terbuka yang efisien dengan kadar pulangan yang bersesuaian kepada pihak swasta tanpa perlu mengorbankan tahap efisiensi dan kualiti produktiviti.

Selain itu, dalam konteks pembasmian kemiskinan, negeri Pulau Pinang merupakan negeri pertama di Malaysia yang telah berjaya membasmi sepenuhnya kemiskinan tegar dengan mencapai tahap kemiskinan tegar sifar. Dalam hal ini, semua keluarga di Pulau Pinang akan dijaminkan memperolehi sekurang-kurangnya RM500.00 setiap bulan, dengan imbuhan wang secara langsung untuk ditambah genap RM500 sebulan. Sumbangan dana bagi membiayai projek pembasmian miskin tegar ini adalah sumbangan daripada pihak swasta yang mencerminkan praktis PPP Public Private Partnership.

Dalam usaha penjagaan alam sekitar serta kehidupan mampan, negeri Pulau Pinang menjadi negeri pertama di Malaysia yang melancarkan No Plastic Monday untuk mengurangkan penggunaan beg plastik bermula dari bulan Julai 2009. Kerajaan Negeri juga berusaha menanam 75,000 batang pokok untuk tahun ini dan sehingga akhir bulan Jun 33,813 batang pokok pun sudah di tanam. Di samping itu, bagi pengurusan sisa pepejal pula, selaras dengan konsep Konvesyen Rio dan Protokol Kyoto mengenai pengurusan sisa pepejal, kerajaan negeri telah pun memilih kaedah Clean Development Mechanism sebagai kaedah pengurusan sisa pepejal di Tapak Pelupusan Pulau Burung, Seberang Perai.

Selasa, Ogos 11, 2009

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN KE ATAS PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN BUKIT BENDERA 2009

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI PULAU PINANG LIM GUAN ENG KE ATAS PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN BUKIT BENDERA 2009, DI DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG PADA 11.8.2009

PERBADANAN BUKIT BENDERA PERMULAAN BARU UNTUK SATU PERUBAHAN PERTAMA SELEPAS 18 TAHUN TERBEKU DALAM MASA (LOST IN TIME)

Salam sejahtera, Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat Izinkan saya untuk mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat, khususnya pandangan bernas dan membina ADUN kerajaan PR, yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Rang Undang-Undang Perbadanan Bukit Bendera 2009, Pulau Pinang.

Kepada Ahli Yang Berhormat daripada Sri Delima, Tanjung Bungah, Paya Terubong dan Bagan Dalam jelas sekali, mereka menyokong hasrat kerajaan negeri menubuhkan PERBADANAN BUKIT BENDERA sebagai permulaan baru untuk satu perubahan pertama selepas 18 tahun terbeku dalam masa (lost in time).

Persempadan kawasan di bawah Perbadanan Bukit Bendera adalah suatu kuasa lazim yang diperuntukkan di bawah undang mengikut kaedah yang ditetapkan untuk menetapkan kawasan Perbadanan dan bukan dibuat sewenang-wenangnya. Perlu diingatkan kawasan Bukit Bendera adalah di kawasan DUN Air Putih saya yang bukan sahaja merangkumi hutan simpanan, bangunan warisan, kawasan tadahan air, alam sekitar dan juga penduduk seramai lebih kurang 1000 orang (tidak termasuk 32 penggerai di stesen atas dan 10 penggerai di stesen bawah).

Ahli Yang Berhormat Pulau Betong telah bertanya mengenai implikasi kewangan Perbadanan kepada Kerajaan Negeri di mana Yang Berhormat sendiri berasa khuatir bahawa kutipan hasil yang diperolehi daripada perkhidmatan Keretapi Bukit Bendera yang dianggarkan lebih kurang RM2 juta tidak dapat menampung perbelanjaan pengurusan.

Kerajaan Negeri memang sedar bahawa kutipan hasil yang diperolehi daripada perkhidmatan Keretapi Bukit Bendera adalah tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan pengurusan Perbadanan. Justeru, sebagai langkah awal Kerajaan Negeri bersedia menyumbangkan sebagai permulaan geran tahunan sekurang-kurangnya RM 2.5 juta setahun bagi membolehkan Perbadanan beroperasi untuk menjalankan peranan dan fungsinya. Selain itu, satu kumpulan wang amanah akan dibentuk di bawah Seksyen 10, Akta Prosedur Kewangan 1957 (Pindaan 1972) bagi membolehkan Perbadanan menjana kewangan melalui sumbangan dan aktiviti yang dijalankan.

Selain itu, Ahli Yang Berhormat juga telah menyarankan supaya penubuhan Perbadanan ini mendapat pandangan daripada rakyat Negeri Pulau Pinang dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada ketika ini pengurusan Bukit Bendera adalah dikendalikan di bawah Jawatankuasa Pembangunan Bukit Bendera. Kerajaan Negeri sedar bahawa Bukit Bendera berpotensi untuk menjadi destinasi pelancongan antarabangsa. Maka, Kerajaan Negeri berkeyakinan bahawa dengan penubuhan Perbadanan ia dijangka akan memantapkan lagi pengurusan Bukit Bendera selaras dengan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang dan Rancangan Tempatan Bukit Bendera.

Kerajaan negeri ini bersikap mesra dengan NGO, tidak serupa parti pembangkang yang berkuku besi sebelum ini. Kerajaan PR pertama kali melantik wakil NGO kepada PBA Holdings, Lembaga Rayuan dan Majlis Pengampunan yang tidak pernah dilakukan oleh BN. Oleh itu BN jangan cuba memperalatkan NGO semasa jadi pembangkang sedangkan BN memusuhi NGO semasa jadi kerajaan.

Persoalan mengenai kawasan tadahan air sememangnya menjadi perhatian utama Kerajaan Negeri (prime focus) di mana kawasan rizab hutan akan dikekalkan berdasarkan kepada Konsep 2P iaitu pemeliharaan dan pemugaraan. Konsep 2P ini adalah sejajar dengan penguatkuasaan Akta Pemuliharaan Tanah Bukit 1960 (Land Conservation Act 1960).

Menjawab pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ahli Kawasan Seri Delima mengenai pelantikan tiga (3) ahli Kerajaan Persekutuan mengikut Fasal 8 (1)(c), inilah pilihan kerajaan negeri bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk ianya dimasukkan dalam Perbadanan mengikut kehendak Akta Memperbadankan (Kekompetenan Perundangan Negeri) 1962.

Mengenai isu perjawatan, suka saya meyakinkan kepada Yang Berhormat bahawa Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat mengenai kebajikan semua penjawat awam yang bertugas di Unit Keretapi Bukit Bendera. Satu sesi perjumpaan dengan penjawat awam tersebut akan diadakan pada 14 Ogos 2009 bagi membincang dan mendapatkan maklum balas awal mengenai dua opsyen yang ditawarkan iaitu pertama, menyertai Perbadanan dengan mendapat imbuhan tidak kurang dari apa yang diperolehi sekarang dan keduanya memilih persaraan mengikut Seksyen 10 (5)(b) Akta Pencen 1957. Opsyen yang ditawarkan ini adalah mematuhi kaedah yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2002 (Panduan Pertukaran Pelantikan).

Dato’ Speaker, bila saya mendengar kritikan oleh pihak pembangkang saya kesal tidak ada sesuatu yang bernas kecuali prasangka jahat, tohmahan dan fitnah. Di antaranya adalah bahawa ia memberikan kuasa sewenang-wenangnya untuk disalahgunakan tanpa batasan, berlakunya penyelewengan, Bukit Bendera akan hancur sama sekali, terjual, disalahgunakan untuk mengambil kawan-kawan DAP, PAS dan PKR untuk memegang jawatan tersebut.

Mengapa fikir seperti ini bila belum satu kes penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan oleh kerajaan PR selama 17 bulan kami memerintah negeri yang mulia ini? Malah SPRM sendiri menyatakan tidak ada sebarang kes rasuah yang lekat kepada ADUN atau EXCO PR.

Adakah fitnah ini sebenarnya menunjukkan minda and persepsi yang serong ataupun lebih serius lagi. Bahawa pembangkang ini lihat kerajaan PR dengan kacamata dan ukuran nilainya sendiri. Bahawa PR akan lakukan semua yang salah dan yang didakwa oleh pembangkang kerana inilah yang dilakukan oleh parti pembangkang bila menjadi parti pemerintah 51 tahun yang lepas.

Kalau begitu, saya hanya kesian kepada parti pembangkang. Kerana PR tidaklah sama dengan pembangkang BN sebelum ini, yang menipu wang rakyat, mengamalkan nepotisma, merompak tanah rakyat dan menjahanamkan rakyat. Jangan ingat PR akan cetuskan skendal penyelewengan tanah seperti BN dalam kes Tang Hak Ju yang mengakibatkan kemungkinan kerugian RM 40 juta ataupun skendal PGCC yang membolehkan keuntungan beratus juta bila tanah Penang Turf Club dizonkan semula kepada pembangunan bercampur. Jangan anggap PR akan merompak tanah seperti BN ke atas penduduk Kampung Buah Pala dengan harga hanya RM 10 sekaki persegi tanpa merundingkan dengan penduduk. Ataupun BN menyelewengkan wang MPSP yang hilang RM 230 juta dalam 7 tahun.

Kita tidak akan jadi macam BN kerana kita beza dan lain daripada BN. Oleh kerana BN adalah semua yang jahat ini, barulah BN tumbang dan hilang kuasa dengan begitu ketara pada pilihanraya besar 2008 yang lepas.

Itulah saya cakap kesian kepada parti pembangkang kerana mereka masih tidak tahu kesilapan mereka dan anggap orang lain akan silap macam mereka. Bertaubatlah!
Akhirnya, percubaan YB Sungai Dua mengaitkan Rang Undang-undang (RUU) dengan akidah Islam dengan meminta semua ADUN Islam menentangnya adalah sungguh tidak bertanggungjawab dan bahaya dengan cuba memainkan sentimen agama bila isu bunga sudah termaktub dalam sistem ekonomi dan undang-undang persekutuan atau negeri. Datuk Penasihat Undang-undang hanya pakai apa yang termaktub dalam contoh undang-undang perseketuan lain yang disokong penuh oleh ahli Parlimen BN termasuk YAB Perdana Menteri. Saya cabar YB Sungai Dua untuk menentang YAB Perdana Menteri kerana membenarkan bunga dalam sistem ekonomi dan perundangan. Kalau bunga berlawanan dengan Islam mengapa tidak lihat YB Sungai Dua ambil pendirian yang sama menuntut YAB Perdana Menteri mengurangkan cabutan loteri lebih 10 kali seminggu oleh kerajaan pusat? Beranikah?

Sikap hipokrit daripada parti pembangkang ini amat mendukacitakan. Orang alim Islam beritahu saya untuk umat Islam yang bersikap hipokrit dalam agama Islam mendapat deskripsi yang lebih serius dari kacamata Tuhan.

Saya ingin menasihatkan parti pembangkang bahawa Rang Undang-undang (RUU) ini bukanlah ciptaan saya atau mana-mana ahli EXCO tetapi digubal dan dirangka oleh Dato Penasihat Undang-undang yang menerima pakai contoh amalan daripada RUU Negeri dan Persekutuan yang lepas. Beliau ada banyak pengalaman dalam merangka RUU ini kerana pernah menjadi Legal Draftswoman untuk Parlimen Malaysia, itulah sebabnya dianugerahkan darjah kebesaran Dato’ oleh kerajaan negeri tahun ini.
Oleh itu semua tuduhan pembangkang tentang muslihat, udang di sebalik batu, pemberian kuasa mutlak adalah satu khayalan dan dakyah semata-mata untuk mengaburi mata rakyat kerana semua fasal serupa ini yang mereka menentang disokong sendiri oleh BN termasuk wakil pembangkang sekarang dalam RUU lain sebelum ini.

Oleh itu janganlan main politik dengan pembangunan Bukit Bendera. Marilah kita pulih Bukit Bendera sebagai satu destinasi pelancongan antarabangsa terpilih dengan menggembleng tenaga memajukannya bukanlah membiarkannya seperti yang berlaku 18 tahun ini ataupun membantutkan pembangunan dengan perkhidmatan yang buruk.

Sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang mengamalkan prinsip CAT, maka sudah pasti pendekatan pembangunan yang seimbang berteraskan semangat kecintaan kepada alam sekitar akan diberikan keutamaan. Perbadanan Bukit Bendera akan memperlihatkan sistem pengurusan yang lebih cekap dan berkesan serta menjadikan Bukit Bendera sebagai sebuah destinasi pelancongan antarabangsa.

Perbadanan Bukit Bendera membuka lembaran baru bukan sahaja kepada Bukit Bendera tetapi memberikan nafas baru kepada sektor pelancungan dan peranginan di Pulau Pinang. Kita sudah ketinggalan 30 tahun berbanding dengan Hong Kong. Sekiranya sistem Keretapi Bukit Bendera dinaiktarafkan dengan projek RM 60 juta, ia mesti disusuli dengan pengurusan yang moden dan profesyenal agar bertepatan dengan perkhidmatan bertaraf antarabangsa. Oleh kerana kerajaan negeri tidak mahukan ia dalam keadaan merosot dan mundur sepanjang 18 tahun ini, maka Perbadanan Bukit Bendera ini adalah perubahan pertama.

Saya ingin memberikan jaminan kepada Ahli Yang Berhormat bahawa semua perundangan dan garis panduan yang sedia ada akan diguna pakai dan dipatuhi sepenuhnya di kawasan Bukit Bendera bagi memastikan pembangunan yang lestari dan mapan.

Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

ADUN BN keluar dewan tak puas hati keputusan speaker

Kesemua 11 ADUN BN bertindak keluar dewan hari ini kerana tidak puas hati dengan tindakan Speaker Datuk Abdul Halim Hussain yang tidak membenarkan undian dibuat untuk meluluskan satu rang undang-undang.

Tindakan itu berlaku ketika Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) mencadangkan kepada dewan supaya undian dibuat mengikut Peraturan Mesyuarat 114 bagi meluluskan Rang Undang-Undang Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang 2009 di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Sebelum proses undian bermula, R S N Rayer (DAP-Seri Delima) tiba-tiba membantah tindakan mengundi itu dengan alasan ia tidak perlu mendapat sokongan anggota dewan, lapor Bernama.

Speaker kemudiannya membacakan Peraturan Mesyuarat 114 itu dan membuat keputusan bahawa undian tidak perlu dilakukan.

Tindakan Abdul Halim itu menyebabkan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) tidak berpuashati dan tetap mahukan undian diadakan.

Rayer kemudian bangun dan meminta ADUN BN keluar dewan jika mereka tidak puas hati dengan keputusan speaker.

Tindakan Rayer itu menyebabkan kesemua ADUN BN keluar dewan dan rang undang-undang itu kemudiannya diluluskan tanpa kehadiran mereka.

Rang Undang-undang Perbadanan Bukit Bendera 2009 itu antara lain bertujuan memberikan kuasa kepada perbadanan tersebut mengurus, mengendali, mengawal dan menyelenggara perkhidmatan Keretapi Bukit Bendera.

Ketua Menteri Lim Guan Eng yang membentangkan rang undang-undang itu semalam berkata perbadanan itu juga berfungsi untuk memaju, menggalak, mengusahakan pembangunan ekonomi, sosial dan infrastruktur di kawasan Bukit Bendera.



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB