BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Rabu, Mac 23, 2011

KEADILAN Nibong Tebal mula edar Buku Jingga


Timbalan Ketua Cabang, Hj. Mohd Kamil bersama Ketua Ranting Taman Puteri Gunung, Wahid Darus kelihatan sedang mengedarkan Buku Jingga kepada peniaga di Pasar Malam Taman Puteri Gunung.

Sambutan yang menggalakkan dari pengunjung pasar malam menunjukkan Pakatan Rakyat kini telah mendapat tempat di hati masyarakat.

Turut sama menjayakan program yang diadakan semalam ialah AMK Nibong Tebal dan JKKK Kepala Gajah.

Sabtu, Mac 19, 2011

BIPPA saran pemantauan injil Bahasa Melayu elak kekeliruan

Biro Pemahaman dan pemantapan Agama (BIPPA) KEADILAN, menyarankan pemantauan terhadap kitab Injil bahasa Melayu supaya tidak menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai.

Pengerusinya, Ahmad Kassim berkata pemantauan itu penting bagi mengelakkan berlaku kekeliruan dalam masyarakat terutama golongan muda dan kanak-kanak.

“Ada kebimbangan berlaku proses kristianisasi kepada masyarakat Melayu seperti yang terkandung dalam perkara 11(4) perlembagaan persekutuan yang menegaskan bahawa penyebaran agama bukan Islam kepada khalayak Islam adalah dilarang.

“Dalam Islam sendiri tidak ada paksaan dan seseorang itu memeluk Islam adalah dengan ikhlas dan rela hati serta melarang penganutnya memaksa orang agama lain menganut Islam,” kata Ahmad ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Menurutnya lagi, BIPPA tidak mempunyai halangan dalam isu itu kerana beroendirian bahawa kitab injil bukan sahaja diterjemah ke dalam bahasa Melayu tetapi dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Arab, yang diguna secara meluas dalam perkembangan agama Islam.

Menurutnya, masyarakat Islam di negara ini juga seharusnya menyedari bahawa isu itu bukan merupakan isu baru memandangkan injil dalam bahasa Melayu sudah lama diterimapakai oleh penganut kristian di Sabah dan Sarawak.

“Injil bahasa Melayu sudah banyak di pasaran di Sabah dan Sarawak dan tidak perlu dibangkitkan kerana kitab itu telah diterjemahkan dalam semua bahasa termasuk bahasa Arab.

“Penggunaan meluas Injil bahasa Melayu ekoran masyarakat Malaysia Barat yang tidak fasih berbahasa Inggeris, kenapa baru sekarang cuba ditimbulkan lagi?,” ujarnya.

Apa yang lebih penting katanya, adalah pendidikan dan pengukuhan akidah di kalangan umat Islam yang seharusnya menjadi tumpuan utama pemerintah.

Dalam masa yang sama, katanya, BIPPA tetap melahirkan kebimbangan berlaku kekeliruan dalam masyarakat sekiranya tidak ada pemantauan dilakukan, menyebabkan akidah umat Islam mudah terpesong.

Sementara itu, Ahmad turut mengulas penggunaan kalimah Allah yang dibangkitkan dalam Injil memperlihatkan kejanggalan orang Melayu apabila sebutan kalimah itu digunakan oleh kaum lain.

“Orang Melayu sahaja janggal dengan sebutan Allah oleh agama lain, sedangkan sejak zaman nabi lagi orang bukan Islam menggunakan kalimah itu dalam kehidupan mereka. Contohnya dalam al-Quran ada menyebut`’Kalau kamu tanya mereka siapa yang menjadikan langit dan bumi, nescaya mereka kata Allah,” katanya.

Khamis, Mac 10, 2011

Jangan bayar kompaun saman ekor - KASE

Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menasihatkan mangsa saman ekor agar tidak membayar kompaun yang dikenakan biarpun tempoh promosi pembayaran berakhir hari ini.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sekiranya selepas ini mereka disenarai hitam, Kase akan membantu untuk berdepan masalah tersebut di mahkamah.

"Rakyat tidak perlu bayar, yang penting ambil insurans bawa ke JPJ untuk perbaharui cukai jalan, kalau JPJ tak benar, wajib pengarah JPJ kena bagi jawapan bertulis, kenapa.

"Kemudian bawa insurans dan surat itu, kalau polis tahan, biar dia saman, kita lawan di mahkamah," katanya ketika ditemui selepas membangkitkan perkara itu di parlimen semalam.

Tambahnya, keputusan sama ada seseorang itu bersalah dan perlu membayar kompaun hanya ditentukan mahkamah, dan bukan oleh notis saman yang dikeluarkan.

Menurutnya lagi, tindakan JPJ menyenarai hitam pesalah saman ekor adalah salah mengikut keputusan Mahkamah Kucing dalam kes Leonad Lim Yaw Chiang melawan Pengarah JPJ negeri Sarawak pada 2009.

Dalam kes itu, hakim memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam mengikut Seksyen 17(1)(d) adalah tidak betul dan bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

(Kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.)

"Kita minta Peguam Negara nasihat JPJ supaya akur keputusan mahkamah iaitu tak boleh blacklist.

"Rakyat tidak boleh dipaksa membayar kompaun yang ditawarkan," kata Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS.

Dalam pada itu, beliau turut mempertikai tindakan kerajaan yang didakwa akan menggunakan teknologi Redflex dalam Automatic Enforcement System (AES).

Katanya, teknologi itu telah dipertikai banyak pihak termasuk di California Amerika Syarikat dan di Arizona.

"Kenapa guna teknologi yang sudahpun dipersoal.

"Dan kenapa syarikat swasta Beta Tegap dan commercial Circle diberi hak pengendalian, sedangkan teknologi guna yang Redflex punya.

"Kenapa kerajaan tak kendalikan sendiri guna teknologi sama, kenapa perlu orang tengah?" soalnya.

Bersih 2.0 mahu dakwat kekal diguna pada PRU 13

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menuntut tujuh reformasi sistem sebelum Pilihan Raya Umum (PRU)ke-13 berlangsung termasuk penggunaan dakwat kekal.

Mengikut kenyataan media yang dikeluarkan sekretariat Bersih hari ini, penggunaan dakwat kekal mampu menghalang pengundian berulang.

“Ia sudah dipersetujui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 2007 tetapi mereka membuat pusingan U beberapa hari sebelum PRU ke-12 pada 2008 hingga membazirkan RM2.4 bilion duit pembayar cukai,” kata Bersih.

Selain itu, kenyataan sama menyebut, reformasi pengundi pos perlu kerana berpendapat kaedah sedia rigid, mudah disalah guna dan tidak perlu sama sekali.

“Pengundian pos tidak perlu diwajibkan tetapi boleh dipilih di kalangan mereka yang mahu berbuat demikian dengan alasan kukuh seperti berada jauh dari tempat mengundi.

“Ini akan membantu bukan sahaja rakyat Malaysia yang berada di luar negera tetapi juga pengundi Sabah dan Sarawak yang bekerja di Malaysia,” kata kenyataan itu.

Bersih dalam kenyataan sama juga percaya tujuh tuntutan itu dapat memastikan kestabilan dan keabsahan kerajaan baru kelak jika SPR dan kerajaan Persekutuan melaksanakannya.

Kata kenyataan berkenaan, reformasi tujuh perkara itu dituntut kerana 16 pilihan raya kecil (PRK) lalu menyaksikan salah guna kuasa, jentera kerajaan negeri dan taktik berat sebelah yang menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya.

“SPR gagal bertindak adil dan saksama dalam mempromosi pilihan raya yang bersih, bebas dan adil. Paling membimbangkan ialah budaya kerajaan yang mengugut pengundi dengan ancaman mereka akan dipinggir dari pembangunan.

“Turut membimbangkan ialah budaya penyalahgunaan kuasa tanpa rasa malu oleh kerajaan untuk menukar undi dengan janji pembangunan yang sememangnya hak asas semua warganegara,” kata kenyataan itu.

Perkara lain yang turut membimbangkan, kata kenyataan itu, ialah pembelian undi menerusi pertubuhan 1Malaysia yang mula muncul menganjurkan majlis makan malam dan cabutan bertuah pada PRK Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau.

“SPR sepatutnya membuat laporan polis agar pertubuhan ini disiasat mengikut Seksyen 8 (Perbelanjaan), Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Ini memandangkan majlis makan malam dan cabutan bertuah mereka hanya berlangsung pada pilihan raya kecil dan dihadiri oleh ahli politik BN,” kata kenyataan itu.

Mengikut kenyataan sama, sikap memihak SPR juga jelas dalam pemilihan PRK yang menyaksikan enam daripada lapan PRK di negeri Pakatan berlangsung pada hari biasa dan menyukarkan pengundi yang menetap di luar, pulang mengundi.

“Sebagai perbandingan, enam daripada lapan pilihan raya di negeri diperintah BN pula berlangsung hujung minggu dan baki dua kerusi lagi (Batang Ai dan Batu Sapi) berlangsung serentak dengan kerusi yang sebelumnya dimiliki Pakatan,” kata kenyataan itu.

Kerajaan digesa beri jaminan Skim Rumah Pertama tidak dimanipulasi

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menyatakan kebimbangan sekiranya wujud manipulasi pihak tertentu dalam Skim Rumah Pertama seperti yang diumumkan kerajaan semalam.

Menurut Azan, beliau khuatir sekiranya skim terbaru itu dimanipulasi pemain industri hartanah melalui pembelian rumah secara pukal yang akan mengakibatkan golongan yang seharusnya mendapat manfaat dari skim itu, diketepikan.

“Kita juga bimbang ia akan menyebabkan fenomena lambakan hartanah (property bubble) dalam pasaran.

“Justeru suatu audit perumahan secara menyeluruh di negara ini perlu dijalankan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ini kerana selepas 50 tahun, kerajaan masih belum lagi mengeluarkan statistik dan data pemilikan kediaman rakyat Malaysia,” jelasnya ketika ucapan perbahasan menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.

Azan berkata demikian mengulas keputusan kerajaan memberikan arahan kepada 25 bank tempatan untuk membiayai pembelian rumah pertama kepada golongan berumur 35 tahun ke bawah tanpa sebarang bayaran permulaan.

“Harus diingatkan kepada semua golongan muda, setiap pembelian atau usaha pemilikan itu mestilah melalui satu perjanjian yang nyata. Sebelum ini, sebarang usaha pemilikan disandarkan kepada suatu nilai pajakan atau perjanjian.

“Justeru, apakah tawaran kali ini turut merangkumi pengecualian duti setem dan sebagainya?” soal beliau.

Azan berkata, walaupun pembelian tersebut dikatakan tanpa sebarang bayaran pendahuluan, pembeli mesti mendapatkan jaminan bertulis melalui proses yang diperakui undang-undang.

Sehubungan itu, beliau turut mendesak supaya tawaran terbaru itu dimasukkan secara bertulis dan dibentangkan dalam Dasar Perumahan Negara.

“Pengendaliannya harus diperincikan. Kita tidak mahu golongan muda ini menjadi mangsa, seperti isu kad kredit yang membebani kelompok ini,” jelasnya.

Berapa harga sebenar pengkhianatan MP KEADILAN?

Jika tiga bulan keluar parti menerima habuan RM1.4 juta, berapa pula nilai yang diperoleh seseorang Ahli Parlimen KEADILAN yang belot, dalam tempoh lebih panjang?

Mengajukan pertanyaan itu, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail merujuk kepada perbuatan Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan yang keluar parti dan terbukti mampu menjelaskan hutan bernilai RM1.4 juta.

“Jika Ahli Parlimen Padang Serai mampu menjelaskan bayaran tanah berjumlah RM1.4 juta dalam masa tiga bulan, berapakah agaknya habuan yang beliau terima sebagai harga perkhianatan ini?

“Kalau, ‘nilai’ Ahli Parlimen Padang Serai dengan jumlah RM1.4 juta, berapa pula habuan yang diterima  Ahli-ahli Parlimen Bayan Baru, Wangsa Maju, Bagan Serai, Kulim Bandar Baharu dan Nibong Tebal,” soalnya lagi pada pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau turut mendedahkan bukti salinan dua cek bernilai RM700,000 dan RM 701,250 masing-masing bertarikh 12 Januari dan 15 Mac tahun ini, yang dipercayai sebagai bayaran pajakan tanah seluas 100 ekar di Lojing, Kelantan.

Katanya, Gobalakrisnan secara tiba-tiba menyelesaikan bayaran pajakan tanah antara syarikat miliknya, Embun Megah Sdn Bhd dengan Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd yang berjumlah RM 1.4 juta.

“Dari mana sumbernya? Siapakah yang ‘bermurah hati’ menolong. Urus niaga apa yang dilakukannya yang memungkinkan wang sebanyak itu diperoleh?” katanya.

Beliau turut menggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya ‘bertanya khabar’ kepada Gobalakrishnan berikutan kemampuannya membuat bayaran RM1.4 juta dalam satu transaksi

Saifiuddin juga mengulangi pendirian betapa pengkhianatan pemimpin KEADILAN keluar parti termasuk Ahli-ahli Parlimen,didorong habuan lumayan yang tidak mungkin diperoleh jika kekal dalam parti.

“Dek dorongan inilah ramai yang tewas. Ralatnya, mereka mencipta alasan-alasan yang tidak masuk akal untuk menjustifikasikan tindakan mereka.

Selain Gobalabrishnan, Ahli Parlimen Bayan Baru, Mohamed Zahrain Hashim; Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng; Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Shamsuri keluar parti dengan pelbagai alasan.

Sebaliknya, pelbagai laporan menunjukkan tindakan mereka bersandarkan faktor kewangan termasuk membayar hutang masing-masing.

Persamaan ketara Najib, Mubarak – penjarakan pesaing politik

Terdapat persamaan paling ketara antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak iaitu kedua-duanya mengheret pesaing politik mereka ke mahkamah dengan tuduhan jenayah yang direka-reka, kata Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran.

Menurut Surendran, di Malaysia, kerajaan memperalat sistem kehakiman untuk menganiyai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala di Mesir pula, Mubarak menggunakan mahkamah di negara itu bagi memenjarakan pesaing politiknya, pemimpin Parti El Ghad, Ayman Nur.

Ayman merupakan pemimpin pembangkang utama di Mesir dan  pesaing Mubarak pada pilihan raya presiden negara itu pada 2005.

“Dalam isu penganiayaan kehakiman yang sekarang berlangsung ke atas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, pemerintahan Najib dengan ketara mencerminkan pemerintahan Mesir semasa di bawah Mubarak,” kata Surendran dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau lagi, tindakan itu biasa dilakukan oleh pemerintah kuku besi yang bertindak memenjarakan pesaing politik yang dianggap mengancam pemerintahan mereka.

“Rejim-rejim yang tidak bertoleransi pastinya akan menggunakan kaedah seperti ini kerana mereka tidak mempunyai pertimbangan keadilan dan tidak mempedulikan kedaulatan undang-undang,” ujar beliau.

Selain itu katanya terdapat persamaan luar biasa antara pemerintah  kuku besi Mesir di bawah pemerintahan Mubarak selama 30 tahun dan Malaysia yang diperintah BN selama 53 tahun.

Antaranya institusi polis yang diperalat untuk menekan pembangkang, mengawal ketat media, menahan individu tanpa bicara, Undang-undang darurat yang tidak dimansuhkan, sistem kehakiman berat sebelah dan pilihan raya yang tidak bebas.

“Seperti Mubarak dan Parti Demokratik National (NDP), Najib dan Barisan Nasional (BN) telah secara konsisten menggunakan apa-apa cara, walaupun jahat, untuk terus kekal berkuasa,” ujarnya.

Rabu, Mac 09, 2011

Kenyataan Media Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tentang PRK Kerdau dan Merlimau

Keputusan pilihanraya kecil di Merlimau dan Kerdau yang baru sahaja berlangsung pada 6 Mac lalu sememangnya telah diduga. Selain menyedari dua DUN tersebut adalah kubu kuat BN kita dapati imbuhan keterlaluan telah dilemparkan kepada pengundi. KEADILAN mendesak supaya SPR dapat bertindak dengan bebas dan berkecuali serta peka terhadap aduan-aduan yang diajukan oleh kedua-dua belah pihak secara adil dan telus.

KEADILAN mengucapkan tahniah dan syabas kepada petugas PR yang terpaksa menongkah arus dengan berhadapan jentera gergasi BN. Apatah lagi seluruh jentera kerajaan diguna sewenangnya. Media arus perdana pula kekal tempang dan begitu mudah diperkudakan.

Pakatan Rakyat akan mengorak langkah bagi menghadapi pilihanraya Sarawak dan PRU13. Gerakerja tersusun di setiap peringkat perlu dimulakan sekarang. Kemenangan dua PRK ini pastinya menjadikan BN selesa dan memanggil PRU13 seawal mungkin. PR harus terus mendekati rakyat kerana kesejahteraan rakyat tidak memadai dengan gula-gula pilihanraya. Apa-apapun, kita harapkan SPR akan lebih telus dan bebas lantas mengizinkan sistem demokrasi di negara ini dilaksanakan sebaik mungkin. Amat penting untuk kita menyelamatkan negara demi kesejahteraan berpanjangan.

Dr Wan Azizah Wan Ismail

Isnin, Mac 07, 2011

Saman Ekor: Ketahui Hak Anda, Jangan Tertipu Oleh Umno-BN

Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahamn politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.


(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.
 
Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Malasah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.
 
Bagaimana JPJ boleh menghalang pembaharuan cukai jalan?

Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI

Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh :

1. Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.
2. Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.
3. Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.


Zulhazmi Shariff
Penasihat Undang-Undang
Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...