BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Selasa, Disember 30, 2008

DAP sedih Maal Hijrah dicemari pembunuhan kejam oleh Israel

Pulau Pinang - Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyatakan kesedihan apabila sambutan Maal Hijrah 1430 yang disambut keseluruhan umat Islam sedunia dikotori peristiwa pembunuhan kejam rakyat Palestin di Gaza oleh tentera Israel.

"Walaupun di Malaysia sambutan berkenaan diraikan dengan suasana aman damai dengan masyarakat yang berbilang bangsa.

"Tetapi rakyat di Gaza meraikan dengan tangisan anak kehilangan bapa, isteri kehilangan suami dan sebaliknya.

Bagi beliau, serangan ganas itu tidak prikemanusiaan dan mendesak Kerajaan Malaysia mengutuk terhadap Israel agar menghentikan segera pengeboman sebaliknya mencari kedamaian dengan cara perbincangan.

"Dengan rasa rendah diri saya mengucapkan salam Maal Hijrah kepada Umat Islam di mana berada semoga azam untuk sama-sama hidup mesra dengan raykat Malaysia yang berbilang bangsa diteruskan dengan jujur dan ikhlas, " ujarnya.

Sehubungan dengan tindakan Israel itu beliau menyarankan Kerajaan Malaysia memanggil Duta Amerika Syarikat untuk menyampaikan bantahan rakyat Malaysia terhadap sokongan membuta tuli Amerika kepada Israel walaupun tahu pembunuhan itu melibatkan kanak-kanak dan orang awam yang tidak berdosa.

Beliau juga meminta Kerajaan Malaysia mendesak Amerika Syarikat campur tangan untuk mendapatkan penyelesaian adil dan saksama untuk semua pihak yang berbalah di bumi Palestin.

"Bagi DAP ini bukan soal agama atau kaum tetapi usaha semua pihak untuk mendapatkan penyelesaian yang adil tanpa mengdiskriminasikan sesiapa mengikut agama dan kaum. Ini adalah soal kemanusian sejagat yang harus diselesaikan tanpa sentimen tertentu, " katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Justeru itu, beliau berharap Maal Hijrah kali ini disambut dengan penuh azam yang tinggi untuk memelihara kedamaian dan dijauhkan sengketa yang akan merugikan negara tercinta.

Tokoh Maal Hijrah - Yang Dipertua Persatuan Ulama terima anugerah

Kepala Batas - Bekas Pensyarah Ilmu Kemanusiaan Univesiti Sains Malaysia (USM), Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor, 64 dipilih sebagai tokoh Maal Hijrah 1430 peringkat Negeri Pulau Pinang di Dewan Melinium, Kepala Batas pagi semalam.

Anugerah tahunan itu disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Abas dengan disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Mohamad Fairus Khairudin, Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp), Haji Sazali Husin dan Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Haji Mohd Yusuf Che The.

Program yang bertemakan 'Menjana Ummah Gemilang' itu turut mengundang Kumpulan Nasyid UNIC dan penceramah undangan Pensyarah Syariah Kuliyyah Undang-Undang Univesiti Islam Antarabangsa (UIA) merangkap bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Haji Mohd Hashim Haji Yahya.

Dr. Wan Salim dilahirkan di Jitra, Kedah Darul Aman dan mendapat pendidikan menengah di Ma’ahad Mahmud, Alor Setar dan mendapat pendidikan agama tidak formal di Kg Melele, Jitra.

Seterusnya melanjutkan pelajaran ke Ijazah Sarjana Muda, Univesiti Al-Azhar Mesir. Mendapat Doktor Falsafah di Univesiti United Kingdom. Pada tahun 1975 beliau bertugas di Pusat Pengajian Tinggi Islam di Nilam Puri dan menamatkan tugasnya di Pusat Ilmu Kemanusiaan USM Pulau Pinang beberapa tahun lepas.

Beliau merupakan Yang DiPertua (YDP) Persatuan Ulama Negeri Pulau Pinang PUMPP dan pernah menulis 21 kertas kerja peringkat antarabangsa, beberapa rencana di dada-dada akhbar tempatan, Panel Penasihat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan pakar rujuk ilmuan Islam dan kemasyarakatan.

Isnin, Disember 29, 2008

Sekitar Karnival Masyarakat Madani SPS

























Kenyataan Media Timbalan Presiden Berhubung Isu MP Kapar

Saya ingin menggesa dan merayu kepada semua pemimpin Pakatan agar berhenti mengemukkan perbezaan serta pertentangan mereka melalui media, terutama yang dikuasai parti pemerintah BN. Ini termasuk MB Selangor serta MP Kapar dan juga Speaker Selangor serta MP Klang. Mereka harus duduk berbincang dan mencari jalan penyelesaian secara dalaman. Ada beberapa saluran dan prosedur bagi berbuat demikian.

Oleh kerana Presiden, Dr Wan Azizah Ismail dan Ketua Umum, Sdr Anwar Ibrahim berada di luar negara sehingga 6hb Januari, saya akan memanggil mesyuarat Biro Politik hari Rabu ini, untuk membincang semua perkara berkatan dan mencari penyelesaian.

Masalah ancaman MP Kapar hendak keluar dari PKR sudah terlalu dibesar-besarkan oleh sesetengah media yang dikuasai oleh part pemerintah. Mereka menyelewengkan sesetengah kenyataan pemimpin Pakatan untuk menunjukkan gabungan itu berpecah.

Memang jelas, tujuan mereka ialah untuk menarik perhatian awam dari kemelut dalam BN dan juga parti-parti komponen utamanya, terutama sekali menjelang pilihanraya kecil Kuala Terengganu.


DR SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden PKR
28 Disember 2008

Ahad, Disember 28, 2008

Salam Maal Hijrah 1430

Seluruh Pimpinan serta Jawatankuasa Parti KeADILan Rakyat Bahagian Nibong Tebal mengucapkan

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430

KeADILan Gesa Kerajaan Segerakan Tabung Pemberhentian Pekerja

Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) menyeru agar kerajaan menyegerakan inisiatif bagi menubuhkan Tabung Pemberhentian Pekerja dalam masa terdekat memandangkan trend pemberhentian pekerja diramal serius. KeADILan juga akan mengadakan dialog dengan kesatuan pekerja dan ahli akademik dalam tempoh terdekat bagi mencari jalan untuk mengatasi isu kehilangan kerja yang dijangka makin serius. Pertemuan ini akan dikelolakan oleh Biro Pekerja KeADILan.

Menurut laporan Persekutuan Majikan-majikan Malaysia, 4,749 pekerja akan diberhentikan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun depan, dan sekurang-kurangnya 200,000 pekerja akan hilang kerja pada akhir tahun nanti. Angka ini tidak termasuk lagi 300,000 pekerja daripada jumlah 500,000 pekerja Malaysia bekerja di Singapura yang akan diberhentikan kerja.

Berbanding dengan krisis ekonomi tahun 1998, di mana seramai 284,000 pekerja hilang kerja dengan kadar pengangguran 3.2%, kemelesetan ekonomi tahun ini jelas jauh lebih serius dan pasti mendatangkan kesan yang lebih teruk. Namun apa yang dikesali adalah sehingga ke hari ini kerajaan masih belum mewujudkan apa-apa langkah konkrit untuk menangani cabaran ini.

Malah usaha sekadar memantau melalui Jawatankuasa Pemantauan Pemberhentian Pekerja dan Jawatankuasa Membantu Pekerja-pekerja yang Diberhentikan adalah tidak mencukupi. Kementerian Sumber Manusia juga harus mempastikan majikan tidak membuang pekerja-pekerja hanya untuk mengurangkan kos pembelanjaan.

Di saat-saat kritikal ini, kerajaan harus memainkan peranan menjaga kebajian pekerja, dan tiba waktunya untuk mewujudkan jaringan keselamatan sosial yang menjamin kebajikan pekerja sebelum isu pengangguran terjebak ke dalam masalah sosial yang lebih besar dampaknya.


TIAN CHUA
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat

Jumaat, Disember 26, 2008

JANGAN LUPA ! Karnival Masyarakat Madani, Esok


Anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Lokasi : Padang Daerah Jawi
Tarikh : 27 Disember 2008
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang


ACARA DEWAN :
Perasmian oleh : Timbalan Ketua Menteri 1, YB Muhammad Fairus Khairuddin
Ceramah : Ustaz Hj. Abdul Halim Nasir
(Tajuk : Konsep Profesionalisme Perkhidmatan Dalam Islam)


ACARA PADANG :
A. Khidmat Masyarakat
  • Pemeriksaan Kesihatan
  • Kaunseling Keluarga
  • Gerai-gerai Jualan
  • Pameran
B. Sukan dan Pertandingan
  • Futsal
  • Bola Jaring
  • Sepak Raga Ratus
  • Mewarna
* Penyertaan adalah PERCUMA

Perhatian :
  1. Para Peserta yang ingin mengambil bahagian dalam Sukan, sila mendaftar selewat-lewatnya pada jam 12.00 t/hari 24.12.08 melalui En. Md Arof Yahya di talian 04-5827549 / 012-4414491. ( Pertandingan Melukis boleh dibuat pada pagi tersebut jam 7.30 pagi.)
  2. Para Peniaga yang ingin berniaga, sila mendaftar melalui En. Munir di talian 04-5827549 / 014-2479554. (Sewaan tapak serendah RM10 sahaja) Berniaga di luar adalah dilarang sama sekali, pihak Penguatkuasa boleh mengambil tindakan.

Hudud: DAP hormati PAS, bukan Islam tidak terjejas

Kuala Lumpur - Masyarakat bukan Islam di negara ini tidak akan terjejas dengan pelaksanaan hukum hudud.


Menurut Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran, beliau menghormati pendirian PAS dalam pelaksanaan hukum hudud dan yakin bukan Islam di negara ini tidak akan terjejas kehidupan mereka jika ia dilaksanakan.


Mengulas situasi dan suasana pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Kulasegaran menambah bahawa, para pengundi Cina tidak akan terpengaruh dengan isu hudud menjelang pilihan raya kecil di sana.


Menurutnya, mereka matang dan mampu melihat dengan lebih jelas permainan yang cuba dibawa oleh Barisan Nasional (BN).


"Perkara ini telah didebat banyak kali. Tiada yang baru," katanya kepada wartawan selepas perasmian pusat khidmat masyarakat Adun Jelapang (DAP), Hee Yit Foong.


Tambahnya, dia menghormati pendirian PAS untuk melaksanakan hudud dan ia merupakan inspirasi parti tersebut.


"Ia masih memerlukan perubahan perlembagaan persekutuan," jelasnya sambil menegaskan PAS akan sukar mendapat majoriti untuk melakukannya.


Pengundi-pengundi Cina dilaporkan membentuk 11 peratus dalam daftar pemilihan untuk pilihan raya kecil di Kuala Terengganu dan ia penting buat BN.


Kulasegaran yang juga merupakan Ahli Parlimen Ipoh Barat menegaskan, seandainya hukum hudud dilaksanakan gaya hidup masyarakat bukan Islam tidak akan mendapat kesan.


"Ia adalah pendirian PAS. Saya hormati pendirian mereka. Itu merupakan urusan mereka," tegasnya.

Khamis, Disember 25, 2008

Karpal Singh failkan permohonan terhadap Razak Baginda

Kuala Lumpur - Teka-teki pembebasan pendakwaan terhadap penganalisa politik, Abdul Razak Baginda masih berlegar dan menjadikan pihak keluarga Altantuya Shaariibuu tidak berpuas hati.


Peguam Karpal Singh, bagi pihak keluarga Altantuya Shaariibuu, telah memfailkan satu permohonan di mahkamah tinggi yang mendesak pihak pendakwa membuat rayuan terhadap pembebasan penganalisa politik, Abdul Razak Baginda.


Karpal juga memfailkan satu lagi permohonan bagi lanjutan masa untuk membolehkan pihak pendakwa membuat rayuan tersebut.


Karpal memfailkan permohonan tersebut hari ini ekoran keputusan pihak pendakwa untuk tidak mengemukakan rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak.


Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohd Zaki Md Yasin membebaskan Abdul Razak pada 31 Oktober lalu atas alasan pihak pendakwa gagal membuktikan kes terhadapnya.


Abdul Razak dituduh bersubahat dengan dua anggota polis dalam pembunuhan bekas kekasihnya, Altantuya pada 2006, di mana mayat wanita Mongolia itu ditemui diletupkan di sebuah kawasan hutan.


Dua lagi tertuduh - cif inspektor Azilah Hadri, 32, dan koperal sirul Azhar Umar, 37 - dari Unit Tindakan Khas (UTK) yang menyediakan kawalan keselamatan untuk perdana menteri dan timbalan perdana menteri, bagaimanapun diperintahkan membela diri terhadap tuduhan membunuh Altantuya.

Kerajaan Negeri tubuh RAK

Georgetown – Kerajaan Negeri Pulau Pinang menubuhkan Rakan Anti Kemiskinan (RAK) bagi menghapuskan kemiskinan tegar di negeri ini.


Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, sebanyak 22 syarikat, pertubuhan amal dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai RAK.


“Antara NGO yang terlibat ialah Perbadanan Pengeluaran Makanan Malaysia (FMM), IJM Corporation Berhad, Yayasan Aman, YMCA dan Lions Club Georgetown.


“RAK akan memberi bantuan kepada kira-kira 500 keluarga miskin tegar di negeri dalam bentuk wang tunai, sokongan moral dan perkhidmatan.


“RAK juga akan cuba membantu dalam mewujudkan peluang pekerjaan dan bantuan makanan kepada golongan yang memerlukan bantuan,” katanya pada sidang media yang dihadiri kira-kira 10 wakil syarikat yang terlibat.


Menurutnya, distribusi mengikut kaum menunjukkan 90 peratus daripada keluarga miskin tegar terdiri daripada kaum Melayu, 5 peratus kaum India, 4 peratus kaum Cina dan 1 peratus lagi lain-lain kaum.


“Kerajaan negeri mensasarkan tempoh setahun iaitu bermula Mac 2008 hingga Mac 2009 sebagai matlamat menghapuskan miskin tegar dan memastikan tiada keluarga di negeri ini yang hidup di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).


“Pulau Pinang akan menjadi negeri pertama di Malaysia yang mencapai miskin tegar sifar menjelang Mac 2009,” tambahnya.


Beliau berkata, kerajaan negeri juga mengalu-alukan organisasi atau syarikat untuk melibatkan pekerja mereka dalam program RAK sebagai langkah awal mewujudkan masyarakat penyayang.

Ketua Menteri arah Gamuda henti kerja

Georgetown – Kerajaan negeri mengarahkan Gamuda Joint Venture Sdn Bhd memberhentikan kerja-kerja pembinaan landasan keretapi berkembar berkuatkuasa 26 Disember 2008.


Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, arahan henti kerja telah diberi kepada syarikat terbabit pada 23 Oktober lepas dan diberi kelonggaran untuk meneruskan kerja dengan syarat syarikat berkenaan perlu mengemukakan pelan reka bentuk projek terbabit.


Tetapi syarikat berkenaan gagal kemukakannya dan kini diberi arahan henti kerja kedua yang akan berkuatkuasa esok.


Dalam sidang akhbar yang diadakan di Seri Mutiara, Guan Eng berkata, sekiranya Gamuda gagal mematuhi arahan berkenaan ia boleh dikenakan tindakan berdasarkan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 yang membawa kepada denda tidak lebih RM50,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali dan bagi setiap kesalahan secara berterusan, denda boleh meningkat sebanyak RM500 bagi setiap hari.


“Kerajaan negeri pada awalnya memberi kelonggaran kepada syarikat terbabit kerana projek landasan keretapi berkembar elektrik dari Ipoh ke Padang Besar merupakan projek nasional tetapi mereka cuba mengambil kesempatan terhadap kelonggaran berkanaan.


“Arahan berhenti kerja pertama dikeluarkan dua bulan lepas selepas kejadian banjir yang berlaku di kawasan kerja dijalankan oleh syarikat terbabit,” katanya.


Menurut beliau, kerajaan negeri sudah memaklumkan kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai untuk melaksanakan arahan henti kerja kedua ini dengan lebih ketat.

Rabu, Disember 24, 2008

P036 KT: AMK Rasmi Bilik Gerakan 31 Disember

Angkatan Muda KeADILan (AMK) akan merasmikan bilik gerakan utama AMK bagi pilihanraya kecil Parlimen (PRK) Kuala Terengganu, 31 Disember ini.


Menurut Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, beliau serta Pengarah Pilihanraya AMK Pusat, Fariz Musa akan memberikan sepenuh kerjasama dan bantuan kepada jentera pilihanraya pemuda PAS negeri Terengganu.


”Bilik Gerakan akan dirasmikan pada 31 Disember, kita akan bantu, PAS akan mengetuai, AMK akan menyokong,” katanya selepas ditemui wartawan selepas Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Pakatan Rakyat di sini.


Tambahnya lagi, AMK telah menubuhkan sebuah bilik gerakan khusus di DUN Ladang sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.


Majlis Perlancaran berkenaan disempurnakan oleh Presiden Pas, Tuanguru Hj. Hadi Awang yang turut dihadiri oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Salehuddin Ayob.


Dalam ucapan perasmian, Hj. Hadi mengingatkan para petugas pemuda Pakatan Rakyat mengikat janji setia dalam menghadapi kerja pilihanraya kecil parlimen (PRK) Kuala Terengganu.


Katanya dalam PRK Kuala Terengganu yang akan diadakan pada 17 Januari depan, PAS dan Pakatan Rakyat bukan hanya berhadapan dengan UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional namun akan turut berdepan dengan jentera kerajaan yang disalahgunakan.


”Kita berdepan dengan semua pihak yang mempertahankan rasuah, yang mempertahankan kezaliman, dan pihak yang melakukan kesalahan menipu rakyat dengan berbagai-bagai cara,” katanya yang dipetik laman oleh Buletin Online.


Justeru, Buletin Online turut melaporkan, Hj. Hadi menyeru kepada semua para pemuda harus berdisiplin dan taat kepada keputusan kepimpinan, tekun serta bersungguh-sungguh menyumbangkan tenaga dan kewangan.


Ia adalah kerana katanya katanya tugas pilihanraya di negeri Terengganu pelik dan berbeza dengan negeri-negeri lain.


“Di negeri lain, termasuk negeri Kelantan, peratus keluar mengundi (adalah) 80% ke bawah, Terengganu (jumlah) keluar mengundi (di antara) 85% hingga 90%, sehingga ada yang ’mati pun’ keluar mengundi,” ujarnya dengan nada sinis.


Menurutnya PAS Terengganu mempunyai kekuatan kerana Terengganu merupakan negeri yang pertama mencapai kemenangan pada tahun 1959.


Namun begitu, katanya, PAS Terengganu diserang begitu hebat dan terpaksa berhadapan dengan UMNO dan Barisan Nasional yang mempunyai kekuatan kewangan dan pelbagai tipudaya.

Selasa, Disember 23, 2008

MPSP digesa kawal perusahaan kuari

Pulau Pinang - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bukan sahaja bertanggungjawab terhadap kebersihan dan permis hiburan malahan juga terhadap kelulusan bertulis permohonan mendapatkan pengeluaran kuari batu ataupun tanah merah.

MPSP seharusnya meneliti terlebih dahulu akibat dan kesan yang bakal berlaku sekiranya kebenaran diluluskan.


Ahli Majlis MPSP, Amizudin Ahmat dalam kenyataan medianya menegaskan, MPSP sewajarnya mengawal perusahaan kuari agar kegiatan tersebut tidak menjejaskan alam sekitar termasuk mendatangkan masalah kepada penduduk berdekatan projek berkenaan.


"Pembangunan di sesuatu kawasan memang tidak boleh dinafikan tetapi kena awasi pergerakan pemohon yang melaksanakan projek tersebut,"katanya.


Bagi mengelak berlaku penyelewengan atau pelanggaran syarat-syarat MPSP, Pejabat Tanah dan Galian Negeri atau Daerah kena membentuk garis panduan berasaskan alam sekitar, jabatan mineral dan gensains.


"Maka, tiada jalan lain MPSP kena mengadakan polisi pembangunan industri kuari dengan segera terutamanya yang melibatkan kuari bagi tujuan pembangunan dan kuari industri," katanya.


Selain itu katanya MPSP juga memastikan perusahaan kuari milik tanah kerajaan negeri membayar premium dan royalti dengan jumlah yang sepatutnya.


"Saya tidak mahu ada di kalangan pengusaha kuari milik tanah kerajaan melakukan penipuan dan penyelewengan tentang bayaran premium dan royalti serta memberi rasuah kepada mana-mana pegawai kerajaan, Yang Berhormat atau Ahli Majlis," ujarnya.

Kenyataan Media Presiden KeADILan

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—


KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 19 DISEMBER 2008


Parti Keadilan Rakyat semalam telah memutuskan untuk merombak serta melantik barisan pimpinan Pengerusi Perhubungan Negeri yang baru . Keputusan tersebut dicapai oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi selepas bermesyuarat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat. Rombakan serta lantikan ini bertujuan memacu serta memperhebatkan jentera parti bagi memastikan agenda perubahan dapat dilaksanakan.


Majlis Pimpinan Tertinggi juga secara sebulat suara memutuskan untuk melantik Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri bagi negeri Sabah dan Sarawak. Keputusan tersebut dicapai setelah mempertimbangkan sokongan yang kini semakin nyata terhadap PKR, terutamanya selepas keputusan Pilihanraya Umum ke-12 dan pembentukan gagasan Pakatan Rakyat. Menyedari bahawa kebajikan rakyat negeri Sabah dan Sarawak telah lama diabaikan oleh kerajaan Barisan Nasional, pemilihan Dato’ Seri Anwar sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri adalah tepat bagi memastikan berlakunya perubahan mendasar serta menunjukkan komitmen tuntas PKR di dalam memperjuangkan agenda rakyat keseluruhannya; dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak.


Agenda untuk melakukan perubahan di Sabah dan Sarawak memerlukan dokongan dan sokongan dari segenap lapisan masyarakat. Manakala Sarawak dijangka akan mengadakan pilihanraya negerinya dalam masa terdekat, perlantikan Dato Seri Anwar sebagai Pengerusi Perhubungan kedua-dua negeri tersebut menjustifikasikan keprihatianan kami terhadap permasalahan di sana serta amat signifikan dalam transisi peralihan kuasa Pakatan Rakyat ke Putrajaya.


Kami percaya mereka yang terpilih untuk menjawat jawatan-jawatan tersebut akan memikul amanah sedaya mungkin dan seterusnya menjalankan tugas dengan rasa penuh tanggungjawab. Tahniah kami ucapkan di atas perlantikan saudara/i sekalian.


Saya selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada mantan Pengerusi-Pengerusi Perhubungan Negeri yang telah pun menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Jasa mereka pasti dikenang dan tidak akan dilupakan.


Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat


Bersama ini adalah nama-nama Pengerusi Perhubungan Negeri yang diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi yang diadakan pada 18hb Disember 2008:


1. Pahang - Dato’ Fauzi Abd Rahman
2. Pulau Pinang - YB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim
3. Negeri Sembilan - YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas
4. Selangor/Wilayah Persekutuan- YB Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim
5. Sabah/Sarawak - YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
6. Kedah - YB Tuan Haji Ahmad bin Kassim
7. Kelantan - YB Ab Aziz Ab Kadir
8. Perlis - Johari bin Shafie
9. Melaka - Khalid Jaafar
10. Johor - Dr. Zaliha Mustaffa
11. Perak - Osman Abdul Rahman
12. Terengganu - Wan Rahim bin Wan Hamzah

Isnin, Disember 22, 2008

Noktah Sebentar

Oleh : Bendihijau

Hari ini kita terus membaca dan diberitahu bahawa dunia kapitalis sedang dilanggar krisis yang maha besar. Krisis ekonomi yang sebesar ini belum pernah dialami oleh dunia kapitalis selama 200 tahun ini. Krisis kali ini lebih buruk dari zaman meleset tahun 1929.


Kita hanya membaca zaman meleset yang berlaku pada tahun 1929 di Amerika Syarikat. Kita tidak mengalaminya. Apa yang kita tahu hanya melalui surah sejarah tidak lebih dari itu. Apa yang kita lihat hanyalah gambar-gambar hitam putih tentang zaman itu. Apa yang kita hayati hanyalah filem-filem yang cuba menggambarkan suasana dan drama di zaman itu.

Zaman meleset di Amerika berlaku 80 tahun dahulu.

Lapan puluh tahun dahulu Tanah Melayu masih di bawah penjajah British. Getah baru sahaja sampai dari Brazil pada tahun 1902. Sistem ekonomi kapitalis belum melebar. Jual beli duit ringgit belum menjadi budaya. Malah banyak warga langsung tidak memiliki duit. Bertukar-tukar barang masih lagi budaya ekonomi. Masyarakat konsumer yang kita lihat disekeliling kita hari ini masih belum wujud.

Rumah kita di kampung memakai lampu damar, kita memasak dengan kayu dan mengambil air dari perigi. Kita ke sawah setahun sekali. Di pekan lampu jalan memakai lampu minyak pam. Kereta satu benda yang ajaib – kalau bernasib baik kereta melintasi kampung kita – kita berkumpul berkerumun untuk melihatnya.

Saya sendiri belum wujud pada tahun 1929. Apa yang saya tulis ini hanyalah menyambung surah dari arwah ibu dan ayah saya. Zaman ini telah lama berakhir. Hari ini kita melihat zaman ini sebagai Zaman Dahulu, kita panggil zaman ini Zaman Lampau atau Zaman Tok Kaduk. Apakah ini tepat?

Sebelum menjawab soalan itu kita wajib melihat apakah budaya yang sedang kita anuti hari ini.

Untuk ujian pertama sila buka almari kain baju dan lihat berapa banyak kain baju yang terkumpul dan tidak pernah kita usik-usik. Malah kita terlupa bahawa kita memiliki kain baju ini. Kemudian sila pandang rak kasut. Berapa banyak kasut yang terkumpul.

Jika kain baju bergantang-gantang dan kasut semakin membusut maka tandanya kita sedang menghayati dan merayakan budaya konsumer – budaya yang lahir dari sistem ekonomi kapitalis. Budaya konsumer ini telah sampai ke tahap akhiran kerana sistem ekonomi kapitalis tidak lagi berkemungkinan untuk berkembang melainkan menguncup dan akhirnya meleset.

Jangan dengar cakap-cakap para politikus yang memerintah. Mereka sedang berbohong. Kerja dan tugas mereka hanyalah berbohong dan menipu. Jangan percaya bahawa kita semua selamat dari krisis ekonomi ini. Jangan percaya bahawa ekonomi Malaysia kukuh. Tidak mungkin kalau semua negara dalam dunia ini telah mengakui bahawa negara mereka sedang menghadapi krisis, mana mungkin hanya Malaysia terselamat. Ini mustahil. Ini pembohongan. Ini betul-betul macam Razak Baginda berkata yang Najib tidak mengenal Altantuya.. Bohong.

Fakta : Amerika Syarikat rakan niaga terpenting Malaysia telah memasuki zaman meleset bukan pada tahun 2008 tetapi tahun lalu 2007. Ini fakta rasmi kerajaan Amerika Syarikat. Negara Iceland telah jatuh muflis. Tiga syarikat kereta yang terbesar dalam dunia – Ford, General Motors dan Chrysler – telah jatuh muflis.

Di UK syarikat kereta Vauxhall menjalankan dasar – beli satu kereta dapat satu percuma. Ini kerana tidak ada lagi pembeli yang ingin membeli kereta. Di Malaysia pada ketika ini kita boleh beli kereta tanpa duit pendahuluan. Ini hanya permulaan. Akan sampai masanya apabila kereta dari kilang Proton akan tinggal terbengkalai.

Satu demi satu bank besar dan syarikat mata wang gergasi telah tutup kedai.

Harga minyak sawit kita telah jatuh. Harga minyak mentah telah juga jatuh. Bila harga minyak sawit dan harga mentah jatuh ertinya pendapatan negara kita kurang. Tahun lalu Indek Komposit Bursa Saham Kuala Lumpur naik hingga ke 1,300 mata. Lupa? Bukankah Abdullah Badawi merasa amat bangga dan mengeluarkan kenyataan bahawa ekonomi kita cermerlang, gemilang dan terbilang?

Hari ini Indek Komposit hanya di takuk 800 mata. Bukankah ini tanda penunjuk bahawa ekonomi kita sedang merundum. Apakah kalau indek naik maknanya ekonomi baik. Jika indek turun tidak ada seorang menteri pun yang mengeluarkan kenyataan seolah olah mereka semua telah jadi rabun dan buta.

Tahun hadapan kita akan diamuk lagi. Krisis luaran ini badainya akan sampai. Seperti ombak tsunami ianya bermula di Wall Street New York. Limpahan ombak tsunami ini akan sampai enam bulan kemudian ke Malaysia. Ombak ini pasti akan datang tahun hadapan.

Apakah kita semua sedar bahawa nilai ringgit kita telah jatuh. Maknnya kalau dulu kita boleh beli kapal selam dari Perancis dengan harga 10 ringgit sebuah. Hari ini kapal selam yang sama harganya menjadi 12 ringgit. Duit ringgit kita rupa dan warnanya tidak berubah. Apa yang berubah ialah nilainya.

Noktah sebentar untuk bertanya apakah ada jalan untuk menghadapai krisis ini?

Pasti ada. Sebelum ombak krisis ekonomi ini menggelora sampai kita wajib menilai kembali budaya konsumer yang kita rayakan. Budaya ini ialah budaya pembaziran yang sedang membawa laknat kepada umat manusia. Kita wajib kembali melihat bumi ini sebagai rahmat untuk kita bercucuk tanam. Tidak ada jalan lain melainkan kita menanam tanaman yang boleh kita makan. Bukan menanam getah atau sawit untuk di eksport agar negara dapat membeli kapal selam. Ini kerja bodoh.

Di Amerika dan di Eropah – berjuta juta buruh telah mula kehilangan pekerjaan. Apabila mereka hilang kerja mereka tidak ada duit. Apabila mereka tidak ada duit mereka tidak beli barang. Apabila mereka tidak beli barang – kilang kita yang membuat barang akan di tutup sama. Apabila kilang kita ditutup, kita pula hilang kerja dan kita pula tidak ada duit. Inilah lingkaran setan dalam sistem global ekonomi kapitalis.

Lingkaran setan ini dapat kita putuskan jika kita kembali berbakti kepada bumi. Bumi bukan untuk di runtuh rantahkan. Bumi adalah untuk kita bercucuk tanam dan menanam tanaman untuk makanan. Kita wajib memisahkan diri kita dari terjerut dalam sistem global ekonomi kapitalis yang memaksa kita menjadi konsumer.

Noktah sebentar dan lihat kembali Zaman Tok Kaduk dahulu. Tidak ramai yang memiliki duit dan ringgit. Mereka bertukar tenaga bantu membantu – bergotong royong. Mereka hidup bukan sebagai konsumer. Mereka hidup sebagai manusia.

Kini telah muncul kembali di banyak tempat di Amerika dan di Eropah di mana warga-warga menolak pengunaan duit rasmi dan menggunakan duit mereka sendiri. Ini untuk memastikan mereka tidak terperangkap dalam ekonomi konsumer. Mereka menjalankan perniagaan tukar menukar. Mereka mahu menjadi manusia yang merdeka bebas dari belenggu sistem ekonomi kapitalis.

Satu pekara yang wajib kita semua sedari. Pada tahun tahun 30’an apabila ekonomi Amerika dan Eropah meleset, apa yang muncul? Perang Dunia Kedua bermula. Dalam sistem ekonomi kapitalis perang adalah jalan pintas untuk kaum pemodal menjual barangan mereka. Dalam masa yang sama perang akan memusnahkan apa yang telah mereka buat. Buat kemudian musnahkan. Buat lagi dan musnahkan lagi. Ini cara untuk memastikan kilang akan terus bergerak.

Perang menjanjikan industri senjata berkembang. Industri senjata adalah satu-satunya industri yang menjadi pasak dan menjana ekonomi sistem kapitalis. Dalam perang kemusnahan akan berlaku. Kapal terbang hancur, kereta kebal musnah, peluru dan bom di letupkan – semua ini perlu diganti dan dibuat lagi.

Industri perang adalah industri terbesar - numero uno - untuk Amerika Syarikat. Amerika Syarikat, atau lebih tepat di Wall Street adalah sarang di mana kaum pemodal multinasional berkumpul dan merancang. Pada ketika ini di kilang-kilang industri perang sedang menggunung dengan peralatan senjata yang belum terjual atau belum musnah.

Justeru – kemungkian perang besar akan bemula tidak boleh di ketepikan. Sejarah telah menunjukkan apabila kaum pemodal dilanggar krisis maka tidak dapat tidak mereka akan merancang perang. Perang di Iraq, di Afghanistan, Kosovo, Somalia dan di Sudan ini masih belum mencukupi untuk memusnahkan senjata-senjata yang telah sedia di buat. Kerana itu perang wajib diluaskan ke Iran, Pakistan dan India. Apa yang berlaku di Bombay baru-baru ini adalah sebahagian dari perancangan perang yang lebih luas.

Noktah sebentar dan mari kita melihat diri kita sendiri. Apakah kita telah terperangkap dalam sistem dan budaya yang dimunculkan secara terancang oleh kaum pemodal internasional? Apakah kita diperangkap untuk terus menjadi hamba sebagai pengguna dan konsumer untuk membeli barangan yang kini telah menyempit bilik kita sendiri.

Jawapannya – sila buka kembali almari kain baju dan lihat apa yang ada di dalamnya. Jawapannya di hadapan mata.

Bahasa Jiwa Bangsa. Bahasa Martabat Bangsa.

Oleh : Bendihijau


Satu masa dulu, sistem pendidikan kita mengalami rombakan besar bila Bahasa Inggeris 'dipaksa' digunakan menggantikan Bahasa Kebangsaan dalam pengajaran subjek Sains dan Matematik. Kesannya amat besar sekali. Sistem Pendidikan Kebangsaan berteraskan bahasa asing. Bagaimana boleh berlaku begitu?


Gegarnya lebih besar dari isu papan tanda. Murid Melayu dikhuatiri tertinggal dan pencapaian mereka merosot. Fungsi bahasa sebagai medium penyatuan menerusi sistem pendidikan dibimbangi terjejas.


Rasanya kesan peralihan pengantar itu lebih kencang dan kecoh. Besar kecil dan sejuk panasnya kesan itu nyata bila Menteri Pelajaran memberitahu kajian dan pertimbangan ke atas dasar itu sedang berjalan.


Waktu itu, tak ada pihak terlintas memfailkan saman? Kalau jam diputar ke belakang, adakah saman juga akan difailkan? Masa belum terlambat.


Fungsi bahasa dalam sistem pendidikan antara lain ialah untuk mendaulatkan bahasa, rasa saya. Selain untuk 'menyatukan' rakyat dengan kefasihan dan rasa milik bahasa ibunda tertanam dalam jiwa rakyat kita.


Fungsi papan tanda lebih besar kepada memudahkan pengguna termasuk orang asing mengenali jalan yang mereka cari.


Sama atau tak sama dengan penggunaan pelbagai bahasa di KLIA saya tak tau. Di KLIA, selain bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris, bahasa Mandarin dan Arab turut digunakan untuk membuat pengumuman. Mungkin kerana ketika tertentu ramai pelancong Arab dan Cina datang berkunjung.


Fungsi pengumuman itu ialah untuk pengunjung luar tak tersesat dan faham dengan apa yang nak diumumkan. Bukan untuk merendahkan martabat bahasa kita.


Fungsi pengumuman di KLIA rasanya hampir sama dengan nama jalan. Kalau di KLIA kita takut mereka tak faham pengumuman kita, adakah mereka boleh faham nama jalan dalam bahasa kita saja?


Saya hanya melontarkan pertanyaan. Atau Malaysia Airport juga perlu disaman? Sama-sama kita tunggu.

Khamis, Disember 18, 2008

Nota Ucapan DSAI Mengenai Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman

RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN 2008

LATAR HUJAH

Badan Kehakiman merupakan salah satu daripada tiga cabang utama dalam pemerintahan yang berteraskan sistem demokrasi berparlimen yang seharusnya bebas daripada pengaruh dan campurtangan Eksekutif.

Selain dilindungi kebebasannya, badan kehakiman harus berwibawa serta tidak tergugat dari segi keyakinan rakyat terhadap kebebasan dan kewibawaannya.

Jika kebebasan badan kehakiman dicabuli, kewibawaannya dipertikaikan dan keyakinan rakyat terhadapnya terjejas, maka sistem keadilan kita menjadi pincang dan kedaulatan undang-undang [rule of law] menjadi ranap merudum, justeru rakyat jelata terdedah kepada penindasan, kezaliman dan salahguna kuasa pemerintah tanpa pembelaan menurut hukum dan nilai-nilai keadilan.

Peri pentingnya peranan badan kehakiman yang bebas dan berwibawa sememangnya menjadi keperluan dan tuntutan sejagat, lebih-lebih lagi dalam soal menegakkan keadilan bagi yang dhaif dan lemah dalam menghadapi salahguna kuasa dan keangkuhan pihak yang berkuasa. Sehubungan dengan itu, izinkan saya memetik pendirian yang dinukilkan dalam satu kes di India iaitu C Ravichandan Iyer v Justice AM Bhattacharje & Ors [1995], dimana Mahkamah Agong India [Indian Supreme Court] menyatakan:

[Quote]:

“The judiciary stands between the citizens and the State as a bulwark against executive excesses and misuse of powers by the executive. It is, therefore, absolutely essential that the judiciary must be free from executive pressure or influence which has been secured by making elaborate provisions in the Constitution with details. The independence of judiciary is not limited only to the independence from the executive pressure or influence; it is a wider concept which takes within its sweep independence from any other pressure and prejudices. It has many dimensions, viz., fearlessness of other power centres, economic or political, and freedom from prejudices acquired and nourished by the class to which the judges belong…”

Kebebasan badan kehakiman dalam negara Malaysia telah sekian lama dicabul oleh pihak Eksekutif khas sewaktu era Tun Dr Mahathir Mohamad melalui tragedi peristiwa hitam pemecatan Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara dan beberapa orang Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan yang lain pada tahun 1988.

Semenjak itu, badan kehakiman kian parah dengan pelbagai dakwaan terhadap kebebasan dan kewibawaannya termasuk amalan rasuah. Dalam hal ini, ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, saya pernah membentangkan kes Insas Berhad & Anor v Ayer Molek Rubber Company Bhd & Ors [1995] di dalam mesyuarat Kabinet untuk perbincangan mengenai implikasi penghakimannya.

Kepincangan badan kehakiman berkemuncak dengan pendedahan rakaman video klip Dato’ V.K Lingam yang memaparkan bagaimana badan kehakiman nyata terdedah kepada pengaruh dan campurtangan langsung orang-orang yang berkepentingan dan berpengaruh untuk menentukan pelantikan hakim-hakim.

Satu Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan pada 12 Disember 2007 berikutan dengan keresahan awam [public outcry] mengenai intipati perbualan telefon Dato’ V.K Lingam dengan Tun Ahmad Fairuz bin Dato’ Sheikh Abdul Halim yang membabitkan beberapa orang kenamaan lain yang terlibat dalam mempergaruhi pelantikan hakim-hakim.

Dalam hubungan ini, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini mengenai rumusan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Siasatan tersebut sepertimana yang terkandung dalam Report of the Commission Of Enquiry On The Video Clip Recording Of Images Of A Person Purported To Be An Advocate and Solicitor Speaking On The Telephone On Matters Regarding The Appointment Of Judges, Volume 1, Part 2, Executive Summary, muka 37 & 38,

[Quote]:

“Having considered all the materials before us, that is, the testimonies of 21 witnesses, 116 exhibits and 17 statutory declarations including the submissions, we are pleased to summarise our Findings on the five Terms of Reference herein below as follows:

1. To enquire and ascertain the authenticity of the video clip.

The Commissioners find that the video clip, Ex.C7 is authentic.

2. To enquire and identity the speaker, the person he was speaking to in the video clip and the persons mentioned in the conversation;

The Commissioners find:

a) that the person speaking on the phone is Dato’ V.K Lingam;
b) that the person to whom he was speaking on the phone is Tun Ahmad Fairuz bin Dato’ Sheikh Abdul Halim;
c) that the Chinese man he was seen conversing with, after the phone conversation had ended, is Mr. Loh Mui Fah; and
d) that the other persons mentioned in the conversation will be identified in the body of the Report.

3. To enquire and ascertain the truth or otherwise of the content of the conversation in the video clip;

The Commissioners find the content of the conversation on the video clip is true in substance and in material particulars.

4. To determine whether any act of misbehaviour has been committed by person or persons identified or mentioned in the video clip;

The Commissioners find sufficient evidence of misbehaviour on the part of certain individuals or personalities identified or mentioned in the video clip. In this connection, we refer to the body of the Report.

5. To recommend any appropriate course of action to be taken against the person or persons identified or mentioned in the video clip, should such person or persons be found to have committed any misbehaviour.

The Commissioners find sufficient cause to invoke the Sedition Act 1948, the Legal Profession Act 1976, the Official Secrets Act 1972 and the Penal Code against various individuals mentioned in the video clip which we have elaborated in the Report. We do not discount the possibility of other laws being contravened. We leave it to the Attorney General Malaysia and the Malaysian Bar Council to take the appropriate actions against personalities implicated. Additionally, we are proposing to the Government for the necessary reforms including the establishment of a Judicial Appointments Commission.”

Tidak dapat dinafikan bahawa penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman adalah sebahagian daripada cadangan-cadangan yang terkandung dalam rumusan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Siasatan Video Klip Dato’ V.K Lingam.

Namun, apa jadi dengan cadangan-cadangan lain yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Siasatan?

Adakah tindakan diambil untuk mendakwa mereka yang terbabit? Atau mereka dilepaskan begitu sahaja?

Saya minta kerajaan menyatakan dengan jelas samada ia mempunyai komitmen dan ketegasan untuk bertindak terhadap mereka yang terbabit dalam salahlaku mempergaruhi perlantikan hakim-hakim sepertimana yang diperakui dalam laporan Suruhanjaya Siasatan. Perkara ini amat serius kerana perbuatan mereka ini yang menjadikan badan kehakiman negara sebagai momokan dan penghinaan bukan sahaja di dalam negeri malahan di peringkat antarabangsa.

KRITIKAN TERHADAP RANG UNDANG-UNDANG

Rang undang-undang yang sebegini penting dibentangkan bagi bacaan kali pertama dalam Dewan ini pada hari Rabu lepas, 10 Disember 2008 atau enam bulan selepas Suruhanjaya Siasatan Video Klip V.K Lingam dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 9 Mei 2008.

Ia dibuka untuk perbahasan pada hari ini, yakni satu tempoh masa yang terlalu singkat bagi menelitinya di samping itu kita juga perlu membahaskan rang undang-undang yang lain.

Sebelum ini pada 15 Mei 2008, mantan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Zaid Ibrahim telah mengemukakan deraf cadangan bertulis mengenai penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman kepada pelbagai pihak termasuk pihak pembangkang melalui Ketua Pembangkang ketika itu Datin Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail bagi mendapatkan maklum balas.

Deraf yang dikemukakan oleh mantan Menteri Dato’ Zaid Ibrahim dengan jelas menyatakan bahawa cadangan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman berpaksi kepada komitmen Kerajaan kepada sistem kehakiman yang bebas daripada campur tangan kuasa Eksekutif mahupun mana-mana pihak yang lain yang mungkin mempengaruhi proses pelantikan kehakiman.

Perakuan yang dipertegaskan oleh beliau menyebut bahawa proses yang diamalkan sekarang tidak memperuntukkan cara yang telus yang mengambil kira pandangan pihak yang berkaitan (stakeholders) bagi tujuan mengenal pasti dan memilih calon yang layak dan sesuai untuk dilantik sebagai hakim.

Sistem yang diamalkan sekarang, menurut beliau lagi, mungkin memberi ruang kepada umum untuk mendakwa bahawa sistem ini kurang telus dan kurang akauntabiliti pada pihak yang terlibat…Akibatnya sistem yang diamalkan sekarang berkemungkinan terbuka untuk disalahgunakan.

Dalam deraf tersebut, mantan Menteri menyebut bahawa cadangan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman akan mempunyai implikasi perundangan seperti berikut:

a) pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan;
b) peruntukan undang-undang bagi penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman; dan
c) apa-apa pindaan berbangkit jika ada, terhadap undang-undang lain.

Ketua Pembangkang ketika itu telah mengemukakan secara rasmi maklum balas kepada Kerajaan mengenai beberapa pendirian prinsip mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

Pendirian prinsip yang dikemukakan oleh pihak pembangkang ketika itu menggariskan keperluan untuk menjadikan Pernyataan Beijing (Beijing Statement) mengenai Prinsip-Prinsip Kebebasan Kehakiman bagi rantau LAWASIA sebagai sumber rujukan.

Kita juga mengesyorkan rujukan kepada Prinsip-Prinsip Komanwel (Latimer House) untuk memastikan pengukuhan doktrin pengasingan kuasa antara Eksekutif, Badan Kehakiman dan Badan Legislatif serta keperluan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan perlu dipinda untuk memaktubkan kembali bahagian berkenaan Perkara 121(1) kepada bentuknya yang asal dimana kuasa kehakiman dikurniakan tanpa sebarang sekatan di mahkamah-mahkamah tertinggi.

Peruntukan yang tertera dalam Perkara 121(1) sekarang yang memperuntukkan bahawa mahkamah-mahkamah tertinggi mempunyai bidang kuasa yang tertakluk di bawah undang-undang persekutuan adalah tidak bersesuaian dan bertentangan dengan prinsip asas doktrin pengasingan kuasa.

Pengasingan kuasa ini harus jelas tidak menjejaskan kebebasan dan kewibawaan badan kehakiman daripada dipengaruhi dan tunduk kepada tekanan Eksekutif.

Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 yang dikemukakan dalam Dewan yang mulia ini ternyata masih belum berupaya melepaskan dirinya daripada pengaruh dan campur tangan Eksekutif.

Sejauhmanakah ianya tidak terdedah kepada campur tangan Eksekutif khasnya Perdana Menteri?

Mengamati peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam rang undang-undang ini, kuasa yang begitu luas lagi mutlak akan diperuntukkan kepada Perdana Menteri dalam banyak perkara.

Sehubungan ini, saya sependapat dengan kebimbangan dan keperihatinan mengenai rang undang-undang ini seperti yang dizahirkan oleh Dato’ Param Cumaraswamy [Former UN Special Rapporteur on the Independence of Judges and Lawyers].

Dalam kenyataan media bertarikh 11 Disember 2008, Dato’ Param merumuskan:

[Quote]:

“The long awaited legislation for a Judicial Appointments Commission is a disappointment. While it provides for a mechanism for selection and recommendation for appointments to the superior judiciary namely, the High Court, Court of Appeal and the Federal Court including their respective heads and provides for criteria for such appointments all of which may appear giving a resemblance of transparency, yet it could lead to executive interference into the independence of the judiciary.

Provisions for the Prime Minister of the day to defend the independence of the judiciary and power conferred on him to appoint and remove any or all the non-judicial members (eminent persons) of the Commission at any time without giving any reasons in essence means that the independence of the judiciary would be dependent on the personality of the Prime Minister in power, in effect the executive arm of the government.

Without amending article 121 of the Constitution to restore the doctrine of separation of powers and conferring the judicial power on the courts, judicial independence cannot be secured by merely conferring on the chief executive of the government to uphold judicial independence.

This provision in clause 2 of the Bill read together with the power of the Prime Minister to remove the eminent persons in the Commission at any time without giving reasons pursuant to clause 9(1) virtually gives legitimacy for executive dominance over the judicial arm of the government.”

Meskipun dalam amalan sistem demokrasi Westminster, Perdana Menteri mempunyai prerogatif dalam pelbagai pelantikan termasuk hakim-hakim, namun ianya tidak seharusnya begitu mutlak dan terlalu dominan sehingga mesti diakur oleh sesiapa jua, hatta Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sekalipun.

Saya ingin mengingatkan Dewan yang mulia ini bahawa melalui perbicaraan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v Public Prosecutor [2000], mahkamah telah menjelaskan bahawa “the actual appointing authority is the Prime Minister.” Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melainkan akur dengan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri. Mahkamah menyatakan:

[Quote]:

“The Yang di-Pertuan Agong must act upon the advice of the Prime Minister. The advice envisaged by Article 40(1A) is the direct advice given by the recommender and not advice obtained after consultation.
So in the context of Article 122B(1) of the Constitution, where the Prime Minister has advised that a person be appointed a judge and if the Conference of Rulers does not agree or withholds its views or delays the giving of its advice with or without reasons, legally the Prime Minister can insist that the appointment be proceeded with.”

PENDIRIAN TERHADAP RANG UNDANG-UNDANG

Peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 ini masih kabur untuk mencegah dan menghalang campur tangan Eksekutif khasnya Perdana Menteri terhadap kebebasan badan kehakiman.

Apa yang terserlah sebenarnya daripada rang undang-undang ini ialah satu percubaan memperalatkan Dewan yang mulia ini untuk memberi legitimasi kepada campur tangan dan dominasi Perdana Menteri terhadap badan kehakiman dan pentadbiran keadilan negara ini. Rang undang-undang ini hanya menginstitusikan cengkaman Eksekutif terhadap badan kehakiman. Campur tangan dan dominasi ini harus ditentang.

Rang undang-undang ini rapuh kerana tiada pindaan dilakukan ke atas Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan untuk memperkukuhkan doktrin pengasingan kuasa dan mengembalikan kebebasan dan kewibawaan badan kehakiman negara.

Tanpa pindaan Perlembagaan untuk memperkukuhkan kebebasan, kewibawaan dan martabat badan kehakiman negara, rang undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman ini tidak mempunyai pengertian yang mampu menjamin kebebasan dan kewibawaan badan kehakiman.

Ini adalah kerana tidak terdapat apa-apa jaminan yang ianya tidak akan terdedah kepada pencabulan dan campur tangan Eksekutif selama mana kuasa Perdana Menteri masih membayangi urusan pelantikan hakim-hakim.

Saya ingin mempertegaskan bahawa selagi pindaan Perlembagaan Persekutuan tidak dilakukan untuk memperkukuhkan doktrin pengasingan kuasa di antara Eksekutif, Kehakiman dan Badan Legislatif serta mengembalikan kebebasan dan mengangkat martabat badan kehakiman negara, maka Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 ini ternyata pincang dan tidak dapat dipertahankan samasekali.

Rabu, Disember 17, 2008

Harga minyak sepatutnya RM1.42 sahaja - Ketua Menteri

Pulau Pinang - Harga petrol sepatutnya diturunkan 48 sen kepada RM1.42 dan bukan diturunkan 10 sen sahaja, seperti yang dilakukan oleh kerajaan semalam, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Menurut beliau, keputusan kerajaan menurunkan harga petrol sebanyak 10 sen kepada RM1.80 mulai semalam tidak menunjukkan harga pasaran sebenar, di mana harga pasaran minyak mentah dunia semasa berlegar sekitar RM157 satu tong (US$45).

Keputusan itu juga, katanya, tidak memberi kesan besar kepada peningkatan pendapatan orang ramai.

"Pada 2005, harga minyak mentah dunia berada sekitar RM164 setong (US$47) dan harga petrol di Malaysia adalah RM1.42 seliter.

"Jadi perkiraan yang sama perlu diguna pakai dalam menentukan harga semasa petrol di negara ini," katanya dalam sidang media dipejabatnya di Komtar, semalam.

Beliau turut meminta kerajaan mengarahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya menurunkan tarif elektrik berikutan harga bahan api yang semakin menurun sejak kebelakangan ini.

"Harga petrol sudah diturunkan beberapa kali sehingga RM1.80 tetapi tarif elektrik masih kekal seolah-olah harga petrol masih RM2.60 seliter," katanya.

Menurutnya, TNB menggunakan 60 peratus gas dan 40 peratus arang batu untuk menjana elektrik untuk keperluan pengguna.

"Harga gas menurun sedikit tetapi arang batu menurun lebih 50 peratus. Jadi TNB tidak mempunyai apa-apa lagi alasan untuk tidak menurunkan tarif elektrik," kata Guan Eng.

Beliau berkata, jika TNB mampu membayar RM4 bilion setahun kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) untuk tenaga yang tidak digunakannya, ia juga harus mampu menurunkan tarif elektrik kerana ia digunakan oleh keseluruhan rakyat negara ini.

Mengenali Pemimpin Republik Islam Iran

Mahmoud Ahmadinejad merupakan Presiden Iran yang mencapai kemenangan besar yang mengangkatnya sebagai presiden pada 3 Ogos 2005. Dilahirkan pada 1956, beliau merupakan presiden paling kontroversi sejak Revolusi Islam 1979 di bawah pimpinan Ayatullah Imam Khomeini. Beliau memperolehi ijazah pertama dari Universiti Sains dan Teknologi Tehran dalam bidang Kejuruteraan Awam. Pada 1997 dia memperolehi PhD dalam Kejuruteraan Pengangkutan dan Perancangan daripada universiti yang sama.

Dia adalah Presiden yang tidak berasal daripada kaum Mullah yang selama puluhan tahun mendominasi jawatan ‘kekuasaan’ di Iran. Beliau pernah menjadi Gabenor Wilayah Ardabil (1993-1997) dan Datuk Bandar Tehran pada 2004.

Beliau dilihat sebagai memberikan kesan yang berbeza kepada iklim politik sejagat. Sejak hari pertama beliau bertanding sebagai presiden sehingalah kemenangannya sebagai presiden pada 3 Ogos 2005, kenyataan dan pandangannya menjadi perhatian dan perkiraan.

Sebahagian besar penganalisis mengaitkan kemenangan besar Ahmadinejad dengan sikapnya yang populis walaupun konservatif. Mereka mengaitkan kemenangannya dengan imej 'Mardomyar' atau sahabat rakyat sehingga golongan sederhana pun mengundi beliau walaupun mengetahui beliau sangat keras berpegang kepada khattul-Imam (garis-garis perjuangan yang ditetapkan Almarhum Imam Khomeini).

Kehidupan presiden yang miskin itu, dengan hanya sebuah kereta Paykan buatan Iran yang buruk dan sebuah rumah buruk, ternyata menarik perhatian ramai. Ahmadinejad hidup sederhana seperti pemimpin-pemimpinnya, Imam Khomeini dan Ayatullah Sayyid Ali Khamenei (Rahbar).

Semasa hayatnya, Imam Khomeini memilih kehidupan yang sukar walaupun di puncak kuasa. Ketika menjadi pemimpin nombor satu di Iran, pernah berlaku berlaku bekalan elektrik terputus. Para pembantu membawa minyak ke rumah sewaan Imam untuk menghidupkan janakuasa bagi membolehkan pemanas atau heater berfungsi. Namun, Imam menolak. Kalau rakyat dan mustadh'afin menggigil kesejukan, Imam bertanya, mengapa pula dia harus bersenang-senang memasang pemanas?

Begitu juga dengan Rahbar. Pernah berlaku tetamu-tetamu yang menziarahinya dihidangkan dengan minuman yang sepatutnya berais tetapi tanpa ais. Apabila ditanya, mengapa tiada ais? Pembantunya memberitahu, "peti ais rosak, belum ada duit lagi nak dibaiki". Terpulanglah sama ada hendak mempercayainya atau tidak, pemimpin nombor satu Republik Islam Iran yang kaya dengan minyak, salah satu kuasa minyak terbesar di dunia, tidak ada duit hendak membaiki peti aisnya yang rosak!

Itulah juga jalan hidup yang dipilih oleh Ahmadinejad. Ketika menjadi pemimpin besar dan boleh mendapatkan wang semahu hati kalau dia mahu, Ahmadinejad pernah menegur anaknya kerana terlalu lama mengakses Internet kerana, "abah tak cukup duit nak bayar bil Internet banyak-banyak". Begitu keterlaluan untuk diterima sebagai kebenaran?

Sebab itulah Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, ketika menyimpulkan mengapa orang-orang seperti Ahmadinejad diberi perhatian dan perkiraan, berkata, "orang gerun kepada dia sebab dia yang perintah dunia, bukan dunia yang perintah dia". Maksudnya pesona kemewahan dunia tidak mampu menumpaskannya.

Beliau tidak membiarkan dirinya menjadi lembu yang diikat tengkuknya dengan sistem nilai dan logik Barat. Jika beliau terlalu bimbang dengan pandangan, logik serta sistem nilai Barat, dunia mungkin tidak menyaksikan kejayaan Revolusi Islam. Perjuangan Imam sendiri mungkin tidak akan mendapat apa-apa dan tidak akan mencapai kejayaan, jika beliau tunduk dan patuh kepada peraturan, sistem nilai, logik serta disiplin ilmu Barat.

Memilih kehidupan yang susah itu sendiri sebenarnya mencerminkan Imam, Rahbar dan Ahmadinejad berpegang kepada sistem nilai dan logik yang berlainan. Ketika logik umum para pemimpin dunia, termasuk sebahagian ulama dan pemimpin di Iran sendiri, memilih sistem nilai yang mahukan para pemimpin menunjukkan kehebatan dan kehidupan yang penuh kilau-kemilau kononnya "supaya dihormati musuh," mereka memilih sistem nilai dan logik yang samasekali berlainan.

Begitu juga Ahmadinejad. Beliau memilih untuk berpegang dengan logik dan sistem nilainya sendiri yang dibentuk oleh madrasah Khomeini dan Revolusi. Dalam mempertahankan hak yang sah negaranya untuk memajukan tenaga nuklear, beliau memilih untuk merungkai belenggu sistem nilai dan peraturan yang dipaksakan kuasa-kuasa besar yang jahat yang memperkudakan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Malah dalam menilai sejarah pun, Ahmadinejad dengan berani mengemukakan logik dan sistem nilainya sendiri dengan menyatakan Holocaust (pembunuhan Yahudi oleh Tentera Nazi pada perang Dunia Ke-2) adalah suatu cerita dongeng untuk kepentingan dan niat jahat Zionis. Beliau malah mengajak ahli-ahli sejarah, ahli-ahli sains dan pakar pelbagai bidang yang berkaitan untuk bersidang dan menilai kebenaran Holocaust.

Ahmadinejad dan para pemimpin yang dikasihinya memberikan pelajaran yang amat mudah kepada seluruh ummah. Jika mahu berjaya sebagai ummah yang Rabbani, mencapai kemuliaan diri serta tidak dipandang enteng oleh musuh-musuh, berpeganglah kepada sistem nilai, logik dan disiplin ilmu dari khazanah agama kita sendiri, Islam.

Sumber: www.president.ir

Sewa rumah PM dan TPM RM9 juta : Perdana Menteri tak peka nasib rakyat

Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi saling tak tumpah dengan kepimpinan Perdana Menteri sebelumnya yang gemar bermewah tanpa memikirkan nasib rakyat. Dewan Rakyat baru-baru ini didedahkan dengan kos penyewaan dan penyelenggaraan tahunan kediaman Perdana Menteri di Putrajaya sebanyak RM6 juta dan kediaman Timbalan Perdana Menteri berjumlah RM3 juta.

Menjawab kepada soalan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong, Perdana Menteri berkata kerajaan membayar RM4,149,000 sebagai sewaan kepada Putrajaya Holdings sementara bakinya RM1,896,616 untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Kerajaan turut membayar RM2,273,888 sebagai sewaan dan RM1,129,992 untuk senggaraan bagi kediaman Timbalan Perdana Menteri di Sri Satria.

Ketika mengulas isu tersebut di Dewan Rakyat, Liew Chin Tong mengecam pembaziran yang mengabaikan golongan rakyat biasa.

"Ia membazirkan wang cukai rakyat. Bermakna kita membayar lebih RM16,000 sehari. Kita boleh membeli sebuah rumah kos rendah untuk golongan memerlukan dengan jumlah wang sewaan selama 3 hari bagi kediaman itu." katanya.

Liew berkata, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tidak perlu mendiami kediaman yang begitu mewah. Wang cukai rakyat sepatutnya digunakan untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat.

"Lihat No.10 Downing Street (kediaman Perdana Menteri Britain) ia hanya bangunan yang sederhana. Malah White House (kediaman Presiden Amerika Syarikat) lebih kecil dari Seri Perdana," jelasnya.

Mengulas isu sama, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak faham mengapakah kos sewaan kediaman rasmi itu terlalu tinggi. "Kita faham bayaran senggaraan tetapi sewaan tidak masuk akal. Ini juga menimbulkan persoalan siapakah pengarah syarikat (syarikat pemilik bangunan) dan siapakah yang dapat semua keuntungan yang diperolehi syarikat." katanya.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli turut tidak bersetuju dengan pembaziran yang dilakukan. "Membazir membelanjakan sebegitu banyak wang untuk menyewa rumah Perdana Menteri ketika negara sedang menghadapi detik-detik sukar. Sedangkan wang itu kembali semula kepada syarikat berkaitan kerajaan. Dalam hal ini sepatutnya kerajaan memiliki sendiri bangunan kediaman tersebut." ujarnya.

Menurut Naib Presiden KeADILan, Mustaffa Kamil Ayub, Peruntukan besar yang sepatutnya diberi untuk projek membantu rakyat miskin dikecilkan kerana terpaksa menanggung projek mewah.

"Sepatutnya wang itu disalurkan kepada projek-projek yang memberi manfaat kepada rakyat. Tetapi kerajaan mengabaikan semua itu lantaran mengutamakan projek mewah lambang kebesaran tokoh-tokoh tertentu." tambahnya lagi.

Seri Perdana merupakan kompleks kediaman Perdana Menteri yang merangkumi kawasan seluas 10 hektar, mengandungi 3 blok; kawasan menyambut tetamu, dewan banquet dan kawasan kediaman.

Putrajaya Holdings adalah pemaju utama pusat pentadbiran Putrajaya yang dimiliki oleh beberapa syarikat berkaitan kerajaan seperti Petronas melalui KLCC Holdings Sdn. Bhd (64.41 %), CIMB Group Nominees Sdn. Bhd bagi pihak Kumpulan Wang Amanah Negara (20%) dan Khazanah Nasional Berhad (15.59%). Kerajaan mempunyai perjanjian sewaan dengan Putrajaya Holdings selama 25 tahun berkuatkuasa mulai 1999.

Menurut AFP, Abdullah tinggal di dalam kompleks kediaman rasmi itu bersama isteri, menantu dan cucunya.

Jumlah kos sewaan dan selenggaraan kediaman PM dan TPM ialah RM9,449,496. Sekiranya wang tersebut dikeluarkan untuk kebajikan rakyat yang berpendapatan rendah, ia dapat membina 270 unit rumah kos rendah berharga RM35,000.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB