BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Khamis, Disember 25, 2008

Kerajaan Negeri tubuh RAK

Georgetown – Kerajaan Negeri Pulau Pinang menubuhkan Rakan Anti Kemiskinan (RAK) bagi menghapuskan kemiskinan tegar di negeri ini.


Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, sebanyak 22 syarikat, pertubuhan amal dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai RAK.


“Antara NGO yang terlibat ialah Perbadanan Pengeluaran Makanan Malaysia (FMM), IJM Corporation Berhad, Yayasan Aman, YMCA dan Lions Club Georgetown.


“RAK akan memberi bantuan kepada kira-kira 500 keluarga miskin tegar di negeri dalam bentuk wang tunai, sokongan moral dan perkhidmatan.


“RAK juga akan cuba membantu dalam mewujudkan peluang pekerjaan dan bantuan makanan kepada golongan yang memerlukan bantuan,” katanya pada sidang media yang dihadiri kira-kira 10 wakil syarikat yang terlibat.


Menurutnya, distribusi mengikut kaum menunjukkan 90 peratus daripada keluarga miskin tegar terdiri daripada kaum Melayu, 5 peratus kaum India, 4 peratus kaum Cina dan 1 peratus lagi lain-lain kaum.


“Kerajaan negeri mensasarkan tempoh setahun iaitu bermula Mac 2008 hingga Mac 2009 sebagai matlamat menghapuskan miskin tegar dan memastikan tiada keluarga di negeri ini yang hidup di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).


“Pulau Pinang akan menjadi negeri pertama di Malaysia yang mencapai miskin tegar sifar menjelang Mac 2009,” tambahnya.


Beliau berkata, kerajaan negeri juga mengalu-alukan organisasi atau syarikat untuk melibatkan pekerja mereka dalam program RAK sebagai langkah awal mewujudkan masyarakat penyayang.



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB