BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Jumaat, Februari 25, 2011

Kenyataan Akhbar Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat bersama Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat

Kami, para Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat yang bermesyuarat bersama para Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada hari ini 23 Februari 2011 di Kuala Lumpur, telah memberi perhatian dan mengambil persetujuan berikut:

1. Pimpinan negeri Pakatan Rakyat terus komited untuk memimpin dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sebagaimana dipersetujui dalam Resolusi Shah Alam sempena Persidangan Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat November lepas;

2. Sehubungan dengan itu, kita akan meneruskan Sekretariat Bersama negeri-negeri Pakatan Rakyat yang telah ditubuhkan demi memperkukuhkan kerjasama di antara negeri Pakatan Rakyat dan menggembeling sumber dan kepakaran. Sekretariat ini akan memberikan penumpuan kepada 5 aspek utama iaitu Pelaburan, Kerajaan tempatan, Pengurusan, Pengurusan Sumber Air, Pertanian dan Pelancongan.

3. Mengiktiraf usaha cemerlang yang dibuat oleh semua negeri-negeri Pakatan Rakyat selama ini sehingga mencatat kadar tertinggi pelabur asing di negara ini. Kami bersepakat menyusun kerangka strategi bersama bagi menarik pelaburan luar dalam projek-projek ekonomi. Negeri-negeri Pakatan Rakyat juga akan memanfaatkan dana benih 10 juta yang telah sumbangkan oleh Negeri Selangor bagi meningkatkan pelaburan di Negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain;

4. Menyedari kepentingan menghadapi serangan laporan negatif media terhadap negeri-negeri Pakatan Rakyat, suatu mekanisme bersama telah disepakati untuk menyalurkan berita di antara negeri Pakatan Rakyat di samping memberikan penerangan kepada massa mengenai dasar positif yang telah diamalkan di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

5. Bagi menghadapi Pilihanraya Umum yang semakin hampir, negeri-negeri Pakatan Rakyat bersetuju meningkatkan kerjasama dan perkongsian dari segi maklumat, jentera dan sumber bagi menjamin kemenangan calon-calon Pakatan Rakyat di seluruh negara.


Selasa, Februari 22, 2011

KEADILAN desak hentikan pembunuhan ke atas rakyat Libya

KEADILAN mengutuk sekerasnya tindakan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan pemerintah Libya ke atas rakyatnya yang turun ke jalan raya bagi mendesak pengunduran rejim diktator pimpinan Muammar Gaddafi.

Menyifatkan tindakan itu seolah melancarkan perang ke atas rakyatnya sendiri, Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty menggesa supaya pembunuhan tersebut segera dihentikan.

“Kami di KEADILAN menyokong tindakan rakyat mana-mana negara sekalipun yang bangkit menyatakan bantahan mereka terhadap pemerintah yang zalim.

“Kebebasan bersuara merupakan hak asasi rakyat dan pemerintah bertanggungjawab memastikan bahawa hak yang dijamin masyarakat antarabangsa perlu dihormati dan dilaksanakan. Jelas sekali, pemerintah Libya secara terbuka telah mengisytiharkan perang terhadap rakyatnya sendiri,” kata Dr Manuty dalam satu kenyataan media.

Justeru itu, beliau menyeru masyarakat antarabangsa supaya bersama mengambil tindakan untuk menghentikan penindasan dan kezaliman ke atas rakyat Libya.

“Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali(NAM), Pertubuhan Pesidangan Islam (OIC) dan Liga Arab tidak boleh berdiam diri dan berpeluk tubuh membiarkan rakyat Libya terus dibunuh pemerintahnya sendiri.

“Kami juga mendesak kerajaan Malaysia yang menganggotai PBB,NAM,OIC supaya mengambil tindakan tegas menangani isu-isu seperti itu,” ujarnya.

Menurutnya lagi, KEADILAN yakin bahawa rakyat Libya berupaya menentukan nasib mereka  tanpa campur tangan mana-mana pihak yang berkepentingan.

Libya kini berhadapan dengan kebangkitan rakyatnya yang mendesak pengunduran Muammar Gaddafi, menyebabkan pemerintah mengambil tindakan mengarah pasukan keselamatan menembak ribuan penunjuk perasaan.

Kemuncakan kezaliman tersebut apabila pihak berkuasa di negara itu mengebom penunjuk perasaan semalam
Sehingga kini seramai 400 orang dilapor terbunuh.

Tindakan Libya terhadap penunjuk perasaan itu dikatakan yang paling keras antara negara Arab, berbanding tindakan menggulingkan pemimpin Tunisia dan Mesir awal tahun ini.

KEADILAN sedia bekerjasama dengan MCLM hadapi pilihan raya

KEADILAN sedia bekerjasama dengan Pergerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM) sekiranya ia memenuhi garis panduan serta dasar yang  ditetapkan parti itu bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Namun, Pengarah Strategi, Rafizi Ramli berkata calon MCLM perlu menyertai KEADILAN terlebih dahulu sekiranya mahu bertanding atas tiket parti berkenaan.

“Kami mahu individu tersebut berkebolehan untuk menjadi Ahli Parlimen berkualiti dan calon yang baik di peringkat bawah bersama jentera parti.

“Calon itu akan dimasukkan dalam kumpulan calon KEADILAN sekiranya mahu bertanding atas tiket parti,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini, hari ini.

Rafizi memberitahu langkah itu untuk mengelakkan calon daripada melompat parti apabila memenangi pilihan raya seperti yang berlaku sebelum ini.

“Kami tidak mahu calon itu akan dipengaruhi perkara lain dan mereka mesti melalui proses yang betul supaya tidak timbul sekali lagi pengalaman yang menyakitkan dalam isu ini.

“Sekiranya mahu lalui pengalaman sama, saya rasa tidak pintar dan tak adil untuk parti dan juga pakatan rakyat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, mengulas sokongan rakyat Sarawak bagi menghadapi pilihan raya negeri itu akan datang, Rafizi memberitahu Pakatan Rakyat (PR) kini berada dalam zon selesa kerana mendapat sambutan menggalakkan dari rakyat negeri itu.

“Kami mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat Sarawak dan berharap sokongan akan berterusan untuk hadapi pilihan raya nanti.Walaupun masih terdapat beberapa kerusi yang kita perlu uruskan, namun saya pasti akan dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya.

Skandal Pulau Jerejak: Guan Eng desak Tsu Koon bayar balik RM30 juta

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetap mendesak mantan Ketua Menteri Tan Sri Dr.Koh Tsu Koon supaya bertanggungjawab terhadap skandal Pulau Jerejak yang menyebabkan kerugian sebanyak RM30 juta kepada rakyat dan kerajaan negeri.

Mengulas isu yang semakin meruncing ini, Lim menggesa Tsu Koon supaya membayar balik wang yang telah merugikan rakyat semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan beliau dahulu.

Lim berkata, kini telah tiba masanya bagi kerajaan negeri pimpinan beliau menuntut kembali wang rakyat yang telah hilang tanpa memberi apa-apa manfaat kepada rakyat maupun kerajaan negeri ini.

"Kerajaan negeri telah membuat keputusan meminta Tsu Koon supaya menebus kembali nilai kerugian yang dialami sebanyak RM30 juta demi kepentingan rakyat negeri ini.

"Sebagai seorang menteri kabinet yang bertanggungjawab terhadap petunjuk prestasi utama (KPI) yang profesional maka adalah tanggungjawab beliau untuk mengarahkan syarikat UDA untuk memulangkan kembali wang skandal Pulau Jerejak kepada rakyat negeri ini, " tegas Lim.

Sebelum ini isu penyelewengan skandal penyerahan tanah Pulau Jerejak kepada Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan operasi perjalanannya kepada Tropical Island Resort (TIR) telah berlaku semasa Tsu Koon sebagai Ketua Menteri.

Manakala nilai kerugian melibatkan premium tanah berjumlah RM10.6 juta bagi 32 hektar tanah di Pulau Jerejak tidak dibayar kepada kerajaan negeri walaupun Tsu Koon telah memberikan geran tanah.

Selain dari itu, kos pelaburan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sejumlah RM15.44 juta kepada TIR tidak mendapat pulangan kerana syarikat tersebut tidak mendapat keuntungan.

Pinjaman oleh PDC berjumlah RM3.6 juta kepada TIR antara tahun 1992 sehingga 2007 selepas penyerahan Pulau Jerejak kepada UDA juga belum dijelaskan sehingga kini.

Skandal yang dibongkar ini sepatutnya mendapat perhatian SPRM dan juga pihak berkuasa supaya penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang berlaku sentiasa memberi keadilan kepada mereka yang menjadi mangsa.

Siapa terima 1.5 bilion saham khas Bumiputra

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail menyeru Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan sepenuhnya penerima 1.5 bilion saham khas Bumiputra yang diagihkan dalam tahun 2010.

Mustapa juga, katanya diminta mengumumkan rombakan mekanisme dan penambahbaikan kepada sistem agihan dan pemantauan saham khas Bumiputra untuk mengelakkan penyelewengan yang mengakibatkan kehilangan RM52 bilion saham Bumiputra tidak berulang.

Oleh itu, tegasnya mekanisme yang sama yang telah menyebabkan kerugian RM52 bilion saham Bumiputra ini perlu dirombak sama sekali.

“Saya akan membawa perkara ini dalam sidang Dewan Rakyat yang akan datang untuk memastikan ketelusan dan pertanggungjawaban pihak-pihak yang terbabit,” ujarnya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, KEADILAN ingin menarik perhatian rakyat kepada pengumuman terbaru yang dibuat oleh Mustapa Mohamad mengenai pengagihan saham khas bumiputra melalui tawaran awam permulaan (IPO).

Mustapa menyatakan bahawa kerajaan Umno BN telah berjaya meningkatkan ekuiti Bumiputra dalam sektor swasta ke aras 22%; sebahagian besarnya melalui pengagihan saham khas bumiputra yang dilaksanakan oleh kementerian beliau.

Katanya, rakyat sudah tentu merasa janggal apabila kerajaan Umno BN mendabik dada apabila hanya berjaya meningkatkan ekuiti Bumiputra ke tahap 22% dalam tahun 2011, sedangkan ia gagal mencapai sasaran 30% yang ditetapkan untuk tahun 1990.

Tambahnya, selepas 21 tahun dan penyelewengan saham berjumlah puluhan bilion ringgit atas nama Melayu dan Bumiputra, kini Umno BN tidak lagi memikirkan persoalan maruahnya dan akan sanggup mendabik dada walau sekelumit mana pun peningkatan ekuiti Bumiputra.

Walau bagaimana pun, ujarnya kebimbangan sebenar KEADILAN adalah berhubung pengurusan agihan saham khas Bumiputra memandangkan skim agihan yang sama telah menyebabkan sejumlah RM52 bilion dari RM54 bilion saham yang diagihkan kepada Bumiputra lesap begitu sahaja, seperti yang diakui Perdana Menteri sendiri.

Menurutnya, dalam tahun 2010 sahaja, sebanyak 1.5 bilion saham dari 18 tawaran awam permulaan diagihkan kononnya kepada pelabur Bumiputra.

Tahun 2010 juga, ujarnya menyaksikan apungan saham yang terbesar akhir-akhir ini, termasuklah yang melibatkan Petronas Chemical Group Berhad pada harga tawaran RM5.05 setiap saham dan Malaysian Marine and Heavy Engineering Holding Berhad pada harga tawaran RM3.61 setiap saham.

Beliau menambah, jika sebahagian besar dari 1.5 bilion saham yang diagihkan kepada pelabur Bumiputra itu datangnya dari saham-saham syarikat Petronas, maka saham yang bernilai berbilion ringgit telah pun diagihkan kepada pelabur-pelabur yang berselindung di belakang nama Bumiputra.

“Mekanisme agihan inilah yang telah gagal sebelum ini hingga mewujudkan budaya politik naungan yang mencari jalan mudah mendapatkan saham dengan berselindung di sebalik alasan mencapai sasaran 30% ekuiti Bumiputra.

“Akhirnya, berpuluh-puluh bilion ringgit saham yang diagihkan kepada individu-individu berkepentingan dijual dengan segera untuk mendapatkan kekayaan mudah, lalu mewujudkan golongan elit kaya Melayu yang sebenarnya menjadi kaya dengan menindas orang Melayu terbanyak,” ujarnya.

Beliau percaya bahawa teras pengupayaan ekonomi Bumiputra perlu beralih dari kegilaan mencapai sasaran 30% ekuiti kepada fokus untuk meningkatkan pendapatan isi rumah keluarga Bumiputra.

Mereka, ujarnya membentuk 75% daripada anggaran 11 juta rakyat termiskin di negara ini yang hanya mendapat pendapatan bulanan purata sebanyak RM1,500 sebulan sahaja.

“Kegilaan dengan 30% sasaran ekuiti seperti yang dimainkan Umno BN tidak akan berjaya menangani kemelut ekonomi rakyat terbanyak Bumiputra dan akan terus disalahgunakan oleh golongan elit pemerintah dan niagawan,” katanya.

NGO antarabangsa dedah 49 firma kepunyaan Taib Mahmud

Sebuah NGO berpengkalan di Switzerland, Bruno Manser Fund (BMF) mengeluarkan senarai 49 firma milik Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud di seluruh dunia.

Senarai itu termasuk 13 syarikat di Malaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, empat di Amerika Syarikat, tiga di British Virgin Islands, satu di pulau Jersey dan dua lagi di United Kingdom.

“Tujuan senarai ini adalah untuk membantu pihak berkuasa pencegahan rasuah dan pengubahan wang haram di negara-negara berkenaan mengenal-pasti dan membekukan aset Taib,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

Memetik laporan Malaysiakini, senarai itu disiar di lawan-laman web anti rasuah dan dikemaskini dari semasa ke semasa. BMF juga melancarkan petisyen mendesak pihak berkuasa di negara-negara terbabit menyiasat kewangan Taib dan keluarganya, selain membekukan aset.

Selain Malaysia, petisyen itu dihantar ke Australia, Kanada, Hong Kong, United Kindom dan Amerika Syarikat serta Kumpulan  Pengubahan Wang Haram Asia Pasifik yang mempunyai keahlian 139 negara.

Antara syarikat Malaysia yang disenaraikan termasuk Borsarmulu Resort Sdn Bhd, Cahya Mata Sarawak Sdn Bhd, K&N Kenanga, Kumpulan Parabena Sdn Bhd, Mesti Bersatu Sdn Bhd, Sarawak Energy Bhd, Naim Holdings dan Kumpulan Ta Ann.

Sesetengah syarikat berkenaan dimiliki kerajaan negeri dan projek yang disokong kerajaan negeri seperti Royal Mulu Resort dan empangan Murum.

Sebahagian besar firma yang disenaraikan itu membabitkan syarikat yang terbabit dalam perniagaan hartanah, termasuk Sakti International Corporation Incorporated, yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Sabtu, Februari 19, 2011

Pertumbuhan Ekonomi 2010 : Malaysia terus terkebelakang berbanding jiran

Pertumbuhan ekonomi sebanyak 7.2% yang dicatatkan negara pada tahun 2010 perlu dikaji dengan lebih dekat untuk memahami keseluruhan implikasinya.

Angka 7.2% perlu dibandingkan dengan pencapaian jiran-jiran kita dan bukannya dinilai secara bersendirian. Singapura dan Indonesia contohnya masing-masing berjaya mencatatkan pertumbuhan 14.5% dan 6.1% dalam tahun 2010. Kedua-dua jiran kita ini mengatasi pertumbuhan Malaysia; apatah lagi apabila pertumbuhan Indonesia adalah berdasarkan angka pertumbuhan asas yang lebih tinggi kerana Indonesia tidak mengalami penguncupan ekonomi dalam tahun 2009 seperti mana Malaysia dan Singapura.

Pertumbuhan 14.5% yang dicatatkan Singapura disokong oleh pertumbuhan kukuh dalam sektor perkilangan pada kadar 29.7% pertumbuhan tahunan. Jika dibandingkan dengan Singapura, pencapaian kita malap dalam kedua-dua aspek – pertumbuhan ekonomi hanyalah separuh dari yang dicapai Singapura, sementara pertumbuhan sektor perkilangan pada kadar 11.4% hanyalah setakat satu pertiga pencapaian Singapura.

Penjelasan kedua-dua kerajaan dalam menerangkan perbezaan pertumbuhan sektor perkilangan ini adalah amat berbeza. Singapura menyatakan bahawa permintaan yang kukuh dari pasaran dunia memesatkan pertumbuhan sektor perkilangannya, sementara Malaysia pula menyalahkan pasaran dunia sebagai akibat kelembapan sektor perkilangannya – padahal kedua-dua negara sama-sama bergantung kepada barangan eksport dan pasaran dunia. Hakikatnya, barangan yang dikilang di Malaysia semakin hilang daya saingnya di pasaran dunia kerana kita tersekat di tangga nilai yang bawah dan terpaksa bersaing dengan negara-negara yang struktur kosnya lebih murah; sedangkan pesaing seperti Singapura terus menghasilkan barangan bernilai tinggi. Amaran mengenai masalah ini telah diberikan sejak sedekad yang lalu, namun tidak ada satu langkah yang berkesan yang diambil kerajaan selain dari retorik politik yang dibayar oleh rakyat.

Pertumbuhan sektor perkilangan yang lebih rendah berbanding jiran diburukkan lagi dengan penguncupan dua sektor penyumbang utama di dalam suku keempat 2010. Sektor perlombongan dan pertanian adalah penyumbang utama kepada pendapatan Kerajaan Persekutuan melalui hasil minyak dan gas serta kelapa sawit. Kedua-dua sektor ini mencatatkan penguncupan dalam suku keempat pada kadar 1.3% (perlombongan) dan 4.3% (pertanian). Akibatnya, pertumbuhan tahunan yang sangat rendah pada kadar 0.2% (perlombongan) dan 1.7% (pertanian) adalah satu lagi petanda bahawa ekonomi kita semakin malap.

Pandangan ini diperkuatkan lagi oleh angka-angka beberapa indeks yang digunakan untuk menilai sentimen masyarakat niagawan dan orang ramai mengenai hala tuju ekonomi negara. Indeks Suasana Perniagaan yang diterbitkan oleh Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER) hilang 5.4 mata dalam suku keempat 2010 untuk jatuh ke paras bawah 100 mata buat kali pertama dalam tempoh dua tahun. Malah, keyakinan masyarakat niagawan ke atas prospek ekonomi seperti yang dilambangkan oleh indeks ini menunjukkan penurunan sejak awal 2010 lagi. Bagi sentimen keyakinan orang ramai pula, walaupun Indeks Sentimen Pengguna menokok ke paras 117.2 mata dalam suku keempat, paras itu masih belum setanding dengan paras keyakinan tahun 2007 sebelum kerajaan menaikkan harga minyak secara mendadak dalam tahun 2008.

YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak sepatutnya lebih ikhlas dan mengakui bahawa ada jurang yang besar di antara pengumuman projek-projek mega yang dibuat dibawah ETP dan realiti ekonomi yang ditanggung masyarakat niagawan dan orang ramai. Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang masih ragu-ragu bahawa siri pengumuman projek itu hanyalah wayang yang akhirnya akan menguntungkan golongan pemerintah dan niagawan elit tanpa menyelesaikan masalah pokok dan struktur ekonomi negara.

Pengurusan fiskal dan kewangan negara juga menunjukkan perbezaan yang besar di antara Malaysia dan jiran kita, terutamanya Indonesia.

Tidak seperti Malaysia, Indonesia berjaya mengelak dari kemelesetan ekonomi tahun 2009 dan terus mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 6.1% dalam tahun 2010, menjadikannya salah sebuah ekonomi paling mampan di antara 20 negara terkaya di dunia. Laporan United Nations Global Investment Trend Monitor (diterbitkan oleh UNCTAD pada 17 Januari 2011) mencatatkan aliran masuk pelaburan asing (FDI) sebanyak USD12.8 bilion bagi tahun 2010; yang kedua tertinggi di rantau ini selepas Singapura. Pelaburan baru menyumbang sebanyak 32.2% kepada ekonomi Indonesia sementara perbelanjaan kerajaan menyumbang hanyalah 9.1% kepada pertumbuhan ekonomi. Keseluruhan pencapaian ini berasaskan perbelanjaan kerajaan yang berhemah dan tidak berlebihan. Angka defisit fiskal dan hutang kerajaan hanyalah masing-masing 1.1% dan 28.3% berbanding KDNK bagi tahun 2010.

Keadaannya sangat berbeza di Malaysia. Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan telah mencecah RM407 bilion menjelang akhir 2010, bersamaan 53.1% berbanding saiz KDNK negara. Kegagalan merancakkan pelaburan swasta menyebabkan kerajaan terlalu bergantung kepada projek-projek mega dan perbelanjaan kerajaan untuk mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi, sehinggakan defisit fiskal menjadi salah satu masalah utama ekonomi negara.

Defisit fiskal negara memuncak pada aras 7% dalam tahun 2009 dan hanya menurun kepada 5.6% tahun lalu, sedangkan sasaran kerajaan yang diumumkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 adalah 5.3% bagi tahun 2010. Malaysia hanya berjaya menarik aliran masuk pelaburan asing (FDI) sebanyak USD7 bilion dalam tahun 2010, jauh ditinggalkan Singapura yang mendapat sejumlah USD37.4 bilion aliran masuk pelaburan asing.

Berdasarkan angka-angka dan perbandingan ini, jelas bahawa pertumbuhan 7.2% hanyalah satu lagi bukti bahawa ekonomi kita semakin terkebelakang berbanding dengan negara jiran. Daya saing Malaysia di pasaran antarabangsa semakin merudum dan kedudukan fiskal serta kewangan negara lebih buruk berbanding negara-negara jiran.

Rakyat tidak akan terkeliru dengan pelbagai kempen dan janji manis yang dibuat kerajaan dan akan terus menuntut reformasi ekonomi agar prospek ekonomi yang malap ini dapat diubah. Reformasi ekonomi hanya akan berkesan sekiranya didokong oleh reformasi politik yang ikhlas.

Malangnya, Kerajaan Persekutuan yang ada telah dibuktikan berkali-kali tiada keikhlasan dalam melaksanakan reformasi politik. Makanya, sebarang dasar ekonomi yang diperkenalkan sebagai reaksi politik tidak akan berjaya menyelesaikan masalah kemalapan ekonomi Malaysia.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
19 FEBRUARI 2011

Rabu, Februari 16, 2011

Pulau Pinang akan bantu pelajar kembali ke Mesir

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempertimbangkan cadangan untuk memberikan bantuan RM1,000 kepada setiap pelajar dari negeri ini yang hendak kembali melanjutkan pelajaran di beberapa buah universiti di Mesir tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman berkata, cadangan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco terlebih dahulu sebelum mendapat keputusan mutlak.

Ini berikutan rata-rata ibu bapa merasa resah mencari dana untuk menghantar anak mereka belajar setelah kembali ke tanah air menerusi Operasi Piramid (Ops Piramid) kelolaan Kerajaan Persekutuan.

Beliau yakin Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) akan membantu menerusi Pusat Urus Zakat (PUZ).

"Kerajaan negeri akan mencari jalan bagaimana untuk membantu pelajar dari Mesir untuk kembali belajar di sana bila keadaan di sana benar-benar aman.

“Insya Allah kita akan mencari dana bagi mengatasi kegusaran ibu bapa yang rata-ratanya daif," tegasnya ketika pertemuan dengan pelajar Mesir di Dewan Sri Pinang, semalam.

Yang Dipertua Maipp, Ustaz Elias Zakaria memberitahu, PUZ akan cuba mengeluarkan dana kepada pelajar yang betul-betul memerlukan peruntukan untuk kembali menyambung pelajaran di sana.

Katanya, ibu bapa yang kurang mampu disaran sentiasa menghubunginya pejabat PUZ atau pemangku Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) untuk bertanyakan hal berkenaan.

"Mereka ibarat mutiara harus dijaga maka sebab itu kami akan sedaya upaya membantu mengatasi masalah kewangan terutamanya berkaitan wang tambang ke Mesir," terangnya.

Ibu bapa yang mengharapkan sumbangan berkenaan boleh menghubungi Ustaz Ridwan di talian 012-5529880 untuk keterangan lanjut.

Pulau Pinang adakan portfolio urus hal ehwal bukan Islam

Pentadbiran Pulau Pinang mewujudkan portfolio khas bagi menguruskan hal ehwal agama-agama bukan Islam di negeri itu — negeri pertama berbuat demikian, kata Ketua Menterinya Lim Guan Eng hari ini.

Dengan keputusan itu, portfolio tersebut akan memberi tumpuan ke atas hal ehwal agama Buddha, Kristian, Sikh, Taoisme dan Hindu.

Ia akan dipengerusikan oleh ketua menteri sendiri.

“Ini kali pertama satu portfolio majlis eksekutif negeri diadakan,” kata Lim dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Lim berkata keperluan untuk mengadakan portfolio itu yang dibawa oleh Timbalan Ketua Menteri II Profesor Dr P. Ramasamy diluluskan minggu lalu.

Katanya, Ramasamy akan bertindak sebagai timbalan pengerusi portfolio itu.

Menurut Lim, keputusan mewujudkan portfolio menandakan sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia.

Kerajaan Pusat mengadakan sambutan itu di Putrajaya kelmarin, julung kali diadakan, pada minggu pertama Februari itu hasil gesaan Putera Ghazi dari Jordan semasa berucap di PBB tahun lalu, bertujuan menjalinkan perhubungan dan kemesraan antara pemimpin negara dengan pemimpin-pemimpin agama.

“Berbanding Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama kerajaan persekutuan, ini bukan jawatankuasa tetapi satu portfolio exco penuh dan mencerminkan keprihatinan tulen kerajaan negeri berhubung hal ehwal semua agama,” katanya lagi.

Isnin lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata penubuhan jawatankuasa itu, yang disyorkan tahun lalu, adalah sebagai satu mekanisme yang membawa pemimpin semua agama di bawah satu payung untuk berbincang dan mengutarakan cadangan bagi tujuan menambah baik hubungan di antara penganut pelbagai agama di negara ini.

Malah kata beliau, memandangkan George Town juga telah diisytiharkan sebagai Bandar Raya Warisan Dunia oleh Unesco, langkah mengadakan portfolio ini adalah tepat pada masanya dalam mempromosikan kepelbagaian dan interaksi kemanusian yang positif mengenai budaya, egama dan aspek sosial.

Katanya, walaupun wujud perbezaan, rakyat negara ini bersatu kerana adanya aspirasi bersama untuk amalan-amalan yang baik dan nilai moral universal bagi keamanan, keadilan, kesederhanaan dan keharmonian.

Sehubungan itu kata beliau, kerajaan negeri Pulau Pinang bersedia untuk bekerjasama dengan Najib yang pada perhimpunan PBB ke-65 tahun lalu melahirkan harapan bahawa beliau tidak mahu sebarang kumpulan ekstemis atau militan mengancam perpaduan dan keselamatan di negara ini.

“Kerajan negeri mengambil berat berhubung kewujudan kumpulan-kumpulan ekstremis yang menjadikan setiap acara (di Pulau Pinang) sebagai isu perkauman demi kepentingan diri mereka.

“Pulau Pinang berhadapan dengan serangan kononnya anti-Melayu meskipun ia hanya membabitkan peratusan kecil orang Melayu atau seorang Melayu daripada 10 pihak yang terbabit,” katanya.

Lim berkata kerajaan Pulau Pinang juga meminta orang ramai menuju masa depan dengan menerima setiap rakyat tidak kira mereka itu Melayu, India, Cina, Kadazan atau Iban sebagai adik-beradik dan sebagai “anak Malaysia.”

“Maka dengan itu, kita boleh hidup bersama, belajar bersama dan merasaikan nikmati kejayaan bersama,” katanya lagi.

Kesemua 1,500 Guru Kafa Akan Diberikan RM100 Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Kesemua 1,500 guru Kafa akan diberikan RM100 sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Pulau Pinang bertemakan “Wasatiyyah(Kesederhanaan) Tonggak Kecemerlangan Ummah. Bayaran RM 100 one-off ini akan makan perbelanjaan RM150,000 dan akan dicadangkan oleh saya kepada mesyuarat EXCO pada hari Khamis ini.

Pada tahun lepas, kerajaan negeri telah memberikan RM100 one-off kepada guru-guru Kafa sempena perayaan Awal Muharaam. Buat kali pertama juga dalam tahun 2010, semua guru Kafa telah diberikan RM250 duit raya menyambut Hari Raya Puasa.

Pembayaran ini dapat dibuat kerana kerajaan negeri mengamalkan perbelanjaan berhemah; urustadbir CAT yang cekap, akauntabel dan telus; serta kempimpinan integriti, bersih dan bersih daripada rasuah. Kejayaan ini diakui bukan sahaja oleh Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan 2009 yang memuji lebihan Bajet paling besar sebanyak RM 88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009 tetapi juga oleh badan anti-rasuah antarabangsa terunggul Transparency International.

Kesederhanaan dalam Islam akan menolak dakwaan pemimpin BN tertentu bahawa Islam adalah ekstrimis, mundur, miskin, tidak demoktratik dan korup. Seperti yang dinyatakan oleh ulamak Islam terkenal Dr Yusof Al Qaradhawi,
Kesederhanaan dalam Islam disumberkan daripada kesederhanaan method dan undang undang seperti berikut:-
1.     Kesederhanaan adalah adil
2.     Kesederhanaan adalah konsisten
3.     Kesederhanaan adalah keamanan
4.     Kesederhanaan adalah lambang kebaikan
5.     Kesederhanaan adalah lambang kekuatan
6.     Kesederhanaan adalah tunjang kekuatan

Kerajaan negeri percaya amalan kesederhanaan dalam kehidupan rakyat tanpa kira agama dan kaum akan dapat menyatupadukan rakyat untuk menikmati bersama kemakmuran, keamanan dan harmoni serta kamajuan membina modal insan.

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 15.2.2011.

Pulau Pinang lantik Karpal saman Farid

Kerajaan Negeri Pulau Pinang melantik Karpal Singh untuk menyaman malu terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Mohamad Farid Saad dan Utusan Malaysia kerana menabur fitnah pada 2 Februari lalu kononnya Kerajaan Negeri telah mengedar risalah My Balik Pulau dalam laporan bertajuk 'lupa sejarah hina Melayu'.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menegaskan, Utusan Malaysia sengaja mengadu domba isu berkenaan bagi tujuan menghidupkan sentimen perkauman selain memburukan nama baik Kerajaan Negeri yang dimenang Pakatan Rakyat.

Padahal My Balik Pulau merupakan isu yang diluluskan semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) dulunya sebab ada antara penyumbangnya terdiri daripada tokoh Umno.

"Kita telah memberi masa untuk menarik balik atau memohon maaf tetapi beliau enggan. Maka, tidak jalan lain melainkan menyaman malu terhadap beliau dan Utusan Malaysia, " jelanya.

Menurut beliau lagi, keputusan menyaman itu diputuskan dalam mesyuarat Exco minggu lalu kerana ia sengaja dibuat untuk menjatuhkan maruah negeri kerana Umno sangat kecewa ekoran perancangan Kerajaan Pakatan Rakyat dapat menjalinkan kerjasama yang utuh di kalangan rakyat.

Untuk menghentam Kerajaan Negeri mereka sengaja mendedahkan isu ini tanpa disedari bahawa ianya memakan diri kerana yang mengeluarkan adalah Umno dan Kerajaan Persekutuan.

"Saya telah mendapat nasihat daripada Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri supaya saya berbuat demikian ke atas Mohamad Farid dan Utusan Malaysia," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Puteh, Balik Pulau.

Justeru itu Kerajaan Pakatan Rakyat bertekad akan terus berjuang membasmi kejahatan Umno dan BN yang berterusan merancang kebencian rakyat terhadap Kerajaan Negeri yang bertujuan menutup skandal Pulau Jerejak yang dianggarkan RM30 juta semasa di bawah pemerintahan Ketua Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon.

Ahad, Februari 13, 2011

Iktibar daripada kejatuhan

Kejatuhan sesebuah pemerintahan harus menjadi iktibar dan peringatan kepada semua penguasa terutamanya mereka yang zalim.

Allah S.W.T Maha Mendengar malahan pula doa mereka yang teraniaya itu tiada hijab di antaranya, maka dengan Khudrat dan IradatNya akan membantu gerakan mereka.

Pemimpin negara harus melihat akan sampai masanya giliran mereka pula setelah Indonesia, Filipina dan Thailand berganti pemerintahan.

Perjuangan bangsa sebenarnya tidak akan bertahan lama kecuali perjuangan membela Islam itu diberi keutamaan kerana Allah akan membantu mereka yang membantuNya. Ini satu jaminan Allah S.W.T yang jelas di dalam Al-Quran, surah Muhammad : 7


Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
Tidak salah membela bangsa, tetapi bimbinglah mereka ke jalan yang diredhai Allah. Janganlah apabila kepercayaan diberi untuk mentadbir, kelak pemimpin itu menggadai amanah rakyat dengan melakukan jenayah dan maksiat.

Wallahuaklam.

Hj. Maktar bin Hj. Shapee
ADUN Sungai Bakap
Ketua KEADILAN Cabang Nibong Tebal

Sabtu, Februari 12, 2011

Tahniah rakyat Mesir

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkalungkan ucapan tahniah kepada rakyat Mesir yang bangkit melawan regim Hosni Mubarak hingga menjatuhkan pimpinan kerajaan diktator itu.

“Tahniah rakyat Mesir! Akhirnya selepas 18 hari berhimpun di Medan Kemerdekaan atau lebih dikenali sebagai Medan Tahrir, mereka berjaya memastikan Hosni Mubarak, seorang diktator yang memerintah selama 30 tahun, berundur dari tampuk pemerintahan.

“Rakyat Mesir akhirnya berjaya meruntuhkan tembok ketakutan yang selama ini mengepung mereka.

“Dihimpit kesusahan akibat kos sara hidup yang melonjak, kadar pengangguran yang tinggi dan mual dengan keganasan pihak keselamatan, rakyat Mesir memilih berdepan dengan aparat pemerintah yang terkenal memerintah secara kuku besi,” katanya.

Anwar berharap pengorbanan mereka tidak akan disia-sia begitu sahaja dan kebangkitan itu wajar disusuli dengan usaha memulihkan Perlembagaan, sistem keadilan dan pilihan raya yang adil dan telus.

“Majlis Tertinggi Tentera yang kini mengambil alih kuasa dari Mubarak sewajarnya segera mengembalikan kuasa kepada rakyat,” katanya dalam blog beliau.

Tiada kerajaan zalim kekal berkuasa

Tiada kerajaan di mana-mana sekalipun yang zalim, korup dan menindas rakyat, akan terus kekal berkuasa, sebaliknya tetap akan jatuh walau apapun juga cara yang digunakan, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Suatu hari kelak tetap akan jatuh, mana-mana negara pun. Kerajaan yang sedemikian, jangan harap boleh kekal sampai bila-bila. Hanya masa yang akan menentukan (kejatuhan sesebuah kerajaan),” katanya merujuk kejatuhan regim Hosni Mubarak  apabila ditanya mengenai kesan peristiwa di Mesir itu terhadap Malaysia.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Cabang Wangsa Maju yang kini diterajui bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong, pagi ini. Lebih 100 orang menghadiri majlis sederhana itu.

Pada majlis itu, Dr Wan Azizah juga menerima 100 borang keahlian baru, selain merasmikan Pusat Khidmat Masyarakat KEADILAN dan pelancaran Briged Keselamatan bagi cabang berkenaan.

Dr Wan Azizah berkata, kerajaan pemerintah dan rakyat di negara ini harus mengambil iktibar daripada kejadian di Mesir dan tidak menolak peristiwa seumpama itu berulang di Malaysia.

“Kita memanglah tidak mahu suasana huru-hara, sebaliknya parti berharap proses pertukaran kerajaan berjalan dengan baik,” katanya.

Kejatuhan Hosni Mubarak: Mesej jelas buat Umno BN

Pimpinan KEADILAN mengalu-alukan kejatuhan regim pimpinan diktator Hosni Mubarak di Mesir melalui kebangkitan rakyat dan percaya, peristiwa bersejarah itu sepatutnya memberi pengajaran kepada pimpinan Umno Barisan Nasional (BN).

Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui twitter awal pagi ini, menyifatkan kejatuhan Hosni Mubarak sebagai pengajaran kepada penguasa zalim dan rasuah.

“Mubarak dipaksa berundur. Pengajaran kepada penguasa zalim dan rasuah. Reformasi!” kata Ketua Pembangkang itu.

Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali pula menyifatkan kejatuhan Hosni Mubarak membawa mesej jelas kepada Umno Barisan Nasional (BN).

“Kuasa rakyat tegak di Mesir. Tahniah kepada semua warga Mesir. Selepas ini siapa? Ini mesej jelas kepada Umno,” kata Ahli Parlimen Gombak itu melalui twitternya.

Hosni Mubarak tunduk kepada kebangkitan rakyat dengan meletak jawatan pada hari ke-18 demonstrasi rakyat dan disambut gembira penunjuk perasaan yang berhimpun di Dataran Thahir.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar turut menganggap kejatuhan Hosni Mubarak hasil gerakan rakyat di Dataran Tharir yang secara sinis disamakan beliau dengan Dataran Merdeka
“Tahniah Rakyat Mesir. Tahrir Square menjadi saksi kejatuhan Hosni pemimpin yang korup dan menindas. Di Malaysia juga ada, Merdeka Square,” katanya juga melalui twitter.

Selain pimpinan KEADILAN, Kebanyakan pimpinan Pakatan Rakyat lain turut mengalu-alukan kejatuhan Hosni Mubarak, melalui paparan twitter.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar secara sinis menyifatkan kejatuhan diktator Mesir itu sebagai berakhirnya rejim Umno Mesir.

“Tahniah rakyat Mesir 18 hari tak berganjak, akhirnya Hosni Mubarak meletakkan jawatan. Berakhirnya rejim Umno Mesir,” katanya.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula meminta rakyat Sarawak mencontohi kebangkitan rakyat  Mesir dengan menumbangkan ‘Mubarak Sarawak’, merujuk kepada Ketua Menteri Sawarak, Tan Sri Taib Mahmud.

Untuk rekod, tempoh pemerintahan Hosni dan Taib sama iaitu 30 tahun dan kedua-dua pemimpin itu sarat dengan pelbagai dakwaan rasuah dan penindasan terhadap rakyat.

Rabu, Februari 09, 2011

Pulau Pinang patut dapat RM5 bilion daripada Pusat

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mempersoal kenyataan bekas Ketua Menteri terdahulu, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bahawa Pulau Pinang akan mendapat manfaat besar daripada Aktiviti Utama Ekonomi Nasional (NKEA).

“Ini kerana Pulau Pinang sendiri tidak mendapat walau satu pun daripada 19 Projek Permulaan (EPP) yang melibatkan RM67 billion dalam bentuk pelaburan, 35,000 peluang pekerjaan baru, serta peningkatan Pendapatan Kasar Negara sebanyak RM35 bilion,” kata Guan Eng dalam kenyataan beliau hari ini.

Tindakan tersebut, kata Guan Eng, adalah tidak adil, satu bentuk diskriminasi, serta tidak boleh diterima kerana dalam Malaysia hanya terdapat 13 buah negeri sahaja tidak termasuk Wilayah Persekutuan.

Walaupun begitu, kerajaan Pulau Pinang akan tetap percaya kepada Dr Koh bahawa Pulau Pinang akan mendapat manfaat daripada 19 EPP tersebut, kata Guan Eng.

“Berdasarkan pelaburan RM67 bilion tersebut, Pulau Pinang sepatutnya mendapat pulangan sekurang-kurangnya RM5 bilion berdasarkan perkadaran sebagai salah satu daripada 13 buah negeri yang terlibat. Dr Koh juga perlu memberikan butiran bila dan ke mana RM5 bilion tersebut akan diagihkan secepat mungkin,” kata Guan Eng.

Selain itu, Guan Eng juga mahu Kerajaan Pusat menjelaskan kos yang tinggi dalam mewujudkan peluang pekerjaan di bawah NKEA.

“Kerajaan Pusat perlu menjelaskan sebab RM67 bilion dalam bentuk pelaburan hanya menghasilkan 35,000 pekerjaan ataupun RM2 juta untuk setiap pekerjaan,” kata Guan Eng.

“Jika dibanding dengan pelaburan swasta dalam dan luar negeri tahun 2010 sebanyak RM47,177 juta yang menghasilkan 97,319 pekerjaan atau kurang daripada RM500,000 setiap pekerjaan. Jurang yang sebegitu luas memerlukan penjelasan tentang jenis pekerjaan yang diwujudkan di bawah 19 EPP tersebut yang memerlukan RM2 juta untuk menghasilkan satu pekerjaan,” kata Guan Eng.

NKEA diuar-uarkan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Oktober lepas.

Selasa, Februari 08, 2011

Rakyat sengsara, hutang isi rumah RM577 bilion

Pakatan Rakyat akan mencadangkan "penyelesaian radikal" bagi mengurangkan bebanan cukai yang dikenakan ke atas rakyat Malaysia mengikut Dasar Automotif Negara (NAP).

NONETimbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali berkata cadangan itu akan dibentangkan pada Persidangan Ekonomi Pakatan yang dijadualkan pada bulan depan.

Katanya, cadangan berkenaan bertujuan mengurangkan tiga jenis cukai yang sekarang membebankan pembeli dan melipat gandakan harga kereta. Ini termasuk cukai import, cukai eksais dan cukai jualan.

Katanya, walaupun kenderaan di bawah 1,500 cc, cukai yang dikenakan sekurang-kurangnya 60 peratus untuk eksais, 10 peratus cukai jualan manakala 30 peratus cukai import, 60 peratus cukai eksais dan 10 peratus cukai jualan untuk kereta import.

"Ini bermakna bagi setiap kereta paling kecil yang dijual oleh Perodua pada harga RM40,000, sebanyak RM16,500 cukai dibayar kepada kerajaan.

housing hulu kelang"Oleh itu, masanya telah tiba untuk rakyat menilai dasar-dasar baru yang radikal untuk mengurangkan harga kereta dan rumah," katanya pada sidang media mingguan di ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, pagi tadi.

Beliau turun mendesak kerajaan Umno-BN memohon maaf kepada rakyat dan menjelaskan bagaimana rakyat dibebani dengan hutang sepanjang masa.

Azmin berkata hutang isi rumah yang tinggi sehingga mececah 74 peratus dari keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada November tahun lalu adalah bukti kurangnya pendapatan rakyat menerusi dasar ekonomi yang dilaksanakan kerajaan persekutuan.

Menurutnya, polisi yang diamalkan tidak lagi relevan memandangkan setiap keluarga terpaksa menanggung hutang negara yang kini melebihi 50 peratus kepada KDNK selain hutang peribadi.

"Kita yakin kalau mahu menjana ekonomi, rakyat perlu ada kapasiti untuk belanja kerana hutang isi rumah yang tinggi," jelas beliau.

NONEAhli parlimen Gombak itu juga menjelaskan prospek malap ekonomi negara dan ketidakupayaan rakyat menikmati taraf hidup baik berpunca daripada tindakan melindungi kepentingan kroni.

Katanya, hutang isi rumah yang dicatat berjumlah RM577 bilion berdasarkan statistik bulanan Bank Negara Malaysia merangkumi bebanan pinjaman kereta (RM118 bilion), pinjaman perumahan (RM225 bilion) dan pinjaman peribadi (RM22 bilion) selain anggaran hutang kad kredit (RM200 bilion).

Ini jelasnya membuktikan kadar perbelanjaan pendapatan rakyat semakin rendah setiap tahun dengan kadar hutang yang tinggi.

"Sikap Umno-BN dalam menangani maslaah harga kereta dan rumah yang mahal dihadapi rakyat adalah bukti mereka tidak mempedulikan kesengasaraan rakyat. Rintihan rakyat selama ini terpaksa menanggung perbelanjaan yang tidak dapat dielakkan langsung tidak diendahkan," katanya lagi.
 

Sabtu, Februari 05, 2011

Sokong rakyat Mesir jika benar dahulukan rakyat

Jika benar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersikap mendahulukan rakyat, beliau hendaklah menyatakan sokongan kepada kebangkitan rakyat Mesir menuntut presiden mereka berundur, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Jangan cakap sahaja mendahulukan kepentingan rakyat, tetapi bersikap buta dan pekak kepada aspirasi dan tuntutan rakyat seperti yang dicerminkan oleh rakyat Mesir yang bangkit beramai-ramai itu.

"Jangan hanya sedap pada slogan sahaja, sedangkan apa yang berlaku ialah rakyatlah yang terlebih dahulu menanggung kesusahan," katanya.

Mahfuz juga melihat apa yang berlaku di Mesir itu berpunca dari sikap Presiden Hosni Mubarak yang menjadi boneka Israel dan Yahudi Zionis.

"Sebab itulah kita bimbang negara ini juga akhirnya akan menjadi boneka dan porak peranda seperti Mesir dengan sikap kerajaan Najib yang begitu mesra Zionis termasuk melantik firma Zionis seperti Apco Worldwide untuk menjadi rakannya dalam melaksanakan pemerintahan negara ini.

"Itu belum lagi diambilkira hubungan dagang dengan Israel yang seolah-olah dirahsiakan sehinggalah perkara itu menjadi isu baru-baru ini," katanya.

Mahfuz percaya, kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) akhirnya akan menghadapi nasib yang sama di tangan rakyat negara ini kerana kegelisahan sebahagian besar rakyat negara ini hakikatnya sama dengan kegelisahan rakyat Mesir.

"Sama seperti apa yang berlaku di Mesir, rakyat Malaysia juga mahukan demokrasi yang sebenarnya serta keadilan dan pembebasan dalam kehidupan ekonomi mereka bahkan rakyat Malaysia juga berhadapan dengan Datin Seri Rosmah Mansor yang dilihat sama seperti Leila Trabelsi iaitu isteri Zine el Abidine Ben Ali, bekas presiden Tunisia yang dihalau oleh kebangkitan rakyat negara itu baru-baru ini.

"Rakyat Malaysia juga sedang berhadapan dengan tekanan kenaikan harga barang yang berterusan termasuk kenaikan harga minyak sehingga kadar penerimaan terhadap Najib jatuh merudum dalam tinjauan pendapat baru-baru ini.

"Rakyat Malaysia juga berhadapan dengan pengagihan kekayaan negara yang tidak seimbang dan kerajaan pula memberatkan lagi bebanan rakyat termasuk generasi akan datang dengan hutang negara ekoran perlaksanaan Model Ekonomi Baru (MEB) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dikritik oleh orang-orang Umno sendiri sebagai tidak berpijak di bumi nyata," katanya.

Dari sudut demokrasi dan hak asasi pula pula, kata Mahfuz, Human Rights Watch (HRW) sendiri menyifatkan kerajaan Najib hanya bercakap kosong sahaja dalam soal hak asasi manusia.

"Bukan setakat itu sahaja, kerajaan Najib juga sedang berusaha untuk menyekat kebebasan termasuk melalui cadangan untuk mengadakan kawalan siber," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu yang menyifatkan kerajaan Najib semakin kasar menyekat suara rakyat.

Mengulas perkembangan di Mesir, Mahfuz meminta Mubarak berundur kerana kedegilannya untuk terus berkuasa mendatangkan masalah kepada masyarakat dunia.

"Harga minyak dilaporkan akan naik berikutan perkembangan di Mesir dan para pelajar di seluruh dunia pula terkandas di negara itu," katanya.
 

Ribuan berhimpun sokong kebangkitan rakyat Mesir, 7 ditahan polis




Dianggarkan lebih 5,000 hadir menyertai perarakan bagi menyatakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Mesir, di ibu kota semalam.

Kumpulan itu berhimpun di hadapan Masjid Al-Syakirin, KLCC sebelum berarak ke kedutaan Amerika Syarikat bagi menyatakan bantahan terhadap sikap kuasa besar itu yang cuba melindungi sekutu rapatnya di Mesir, rejim Hosni Mubarak.

Turut serta dalam perarakan itu ialah pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Naib Presiden Pas, Salehuddin Ayub, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu, Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pas Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad, Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin.



Himpunan  menggabungkan parti politik dan 50  Badan Bukan Kerajaan (NGO) itu membuat tiga desakan terhadap Amerika Syarikat iaitu berundur dari Mesir, tidak campurtangan dalam pemilihan presiden Mesir dan mendesak seluruh dunia memberi tekanan ke atas Hosni Mubarak supaya meletak jawatan.



Acara perarakan berakhir dengan bacaan doa yang dibacakan oleh Ustaz Norazli Musa, Exco Pemuda Pas Pusat.

Ketika peserta perarakan hendak bersurai,polis menyerbu ke kumpulan peserta perarakan yang berkumpul di hadapan bangunan Tabung Haji.

Dimaklumkan sehingga jam 3.40 petang, 7 lelaki ditahan  dan ia disahkan sendiri Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman.

Jumaat, Februari 04, 2011

Ceramah Rumah Terbuka Tahun Baru Cina

Tarikh : 4 Feb 2011 (Jumaat)
Masa : 9.00 Malam
Lokasi : Dewan Kebun Bunga, Kem Sungai Kechil, Nibong Tebal
 
Penceramah :
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YAB Lim Guan Eng
3. YB Dato’ Mansor Othman
4. YB Mujahid Yusof

Anjuran bersama : KEADILAN Cabang Nibong Tebal dan Pejabat ADUN Sg. Bakap

Selasa, Februari 01, 2011

Segera Bawa Pulang Rakyat Malaysia

Ketegangan di Mesir jelasnya tidak akan mengendur dalam beberapa ketika ini. Protes menuntut Perubahan disertai puluhan jika tidak ratusan ribu rakyat setiap hari di beberapa kota utama negara tersebut. Keadaan semakin tidak menentu, keselamatan orang awam tidak lagi terjamin. Lebih membimbangkan adanya laporan bahawa wujudnya kumpulan samseng yang melakukan jenayah sewenang-wenangnya.

Saya difahamkan rakyat Malaysia yang kini tinggal di Mesir hampir mencecah 11 ribu orang, 10,328 dari jumlah tersebut merupakan pelajar yang mendaftar dengan kedutaan Malaysia di sana. Saya khuatir kedutaan kita menghadapi kesukaran untuk mengawasi serta menjamin keselamatan para pelajar dan rakyat Malaysia. 

Beberapa hari ini regim Hosni Mubarak telah mengambil tindakan untuk merencat penggunaan internet terutamanya jaringan media sosial seumpama Facebook dan Twitter. Malah, perkhidmatan telefon mudah alih juga sukar diperolehi. Adalah mustahil buat kedutaan Malaysia mengawasi serta menjamin keselamatan seluruh rakyat kita di sana kerana sistem telekomunikasi sudah lumpuh dan tidak lagi berkesan.

Perkembangan ini sewajarnya menyedarkan Kerajaan Malaysia bahawa mereka perlu segera merencana kepulangan rakyat kita dari Mesir. Adalah tidak munasabah membiarkan rakyat kita terdedah kepada bahaya dan tersepit di celah-celah keributan menuntut Perubahan. Saya menggesa kerajaan segera membawa pulang rakyat kita di sana. Jangan tunggu sehingga nasi menjadi bubur.

ANWAR IBRAHIM

Minyak Naik Lagi

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa hari ini menurut satu sumber industri.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya). Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.40 pada 4 Januari tahun ini.

Tahniah Kerajaan Barisan Nasional. Rakyat Di Dahulukan...

PAS, PKR dan 71 NGO demo bantah Mesir


Pemimpin PAS, PKR dan beberapa NGO hari ini berhimpun di kedutaan Mesir di Kuala Lumpur bagi menyerahkan memorandum menuntut agar regim Hosni Mubarak berundur.

Mereka berhimpun bagi menunjukkan semangat setiakawan mereka dengan perjuangan rakyat negara itu dan menuntut agar kerajaan yang ada tidak menggunakan kekerasan dan menerima tuntutan rakyat.

Antara yang hadir adalah AJK PAS Pusat Mohamad Sabu, Dr Syed Azman, Adun Kota Damansara Dr Nasir Hashim, Ketua Pemuda Nasruddin Hassan Tantawi dan juga ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof.

Mereka berarak daripada kawasan letak kereta tidak jauh dari situ sambil melaungkan kecaman ke atas Mubarak dengan 'Down Mubarak' (Turun Mubarak) sambil membawa poster pemimpun Mesir dengan lambang Zionis di dahi.

Kumpulan daripada 71 NGO itu kini sedang berunding dengan kira-kira 50 anggota polis - yang menutup pintu masuk ke kedutaan - untuk menghantar memorandum kepada wakil kerajaan Mesir.

Setakat ini, dalam bantahan besar-besaran penduduk Mesir, ratusan telah terkorban apabila ribuan membanjiri Dataran Tahrir di Kaherah bagi menuntut penamatan 30 tahun pemerintahan Hosni Mubarak.

Aljazeera hari ini melaporkan, pemimpin pembangkang Mohamed ElBaradei yang menyertai kumpulan penunjuk perasaan itu memberitahu orang ramai pada Ahad malam bahawa "kita sudah bermula dan tidak boleh berpatah balik".

Sejak Selasa lepas beberapa siri demonstrasi dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak pengunduran Mubarak.

Kebangkitan rakyat Mesir itu kini menarik perhatian seluruh dunia kerana dijangka memberi kesan besar kepada politik dunia Arab.
 

Tunai amanah rakyat elak krisis Tunisia, Mesir

Kesungguhan pemimpin dalam menunaikan amanah dari kepercayaan rakyat penting bagi mengelakkan krisis politik seperti di Tunisia dan Mesir, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Krisis di Tunisia dan Mesir berpunca daripada tiadanya keabsahan (legitimacy) untuk memerintah kerana pemimpin tidak diangkat dan diberi mandat secara sah oleh masyarakat,” katanya.

Ketua Pembangkang itu berkata demikian ketika berucap di majlis Wacana Memperkasa Fikrah Rakyat: Maqasid Syariah dan Masyarakat Majmuk di Auditorium Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.

Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty bertindak sebagai pemudah cara dalam wacana yang turut disertai Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Datuk Dr Siddiq Fadzil.

Anwar berkata, keadilan sosial selaku cabang kepada prinsip utama keadilan harus diberi penekanan penting.

“Kalau tidak ada keadilan sosial, seperti sistem cukai yang menindas dan memeras, kesenjangan (jurang) harta antara miskin dan kaya, itu juga dianggap melanggar prinsip pemeliharaan harta,” katanya.

Beliau berkata, prinsip keadilan adalah sebahagian maqasid syariat yang membawa matlamat utama pelaksanaan undang-undang Islam dalam pentadbiran negara.

“Pengembangan maqasid syariat itu sendiri tidak dapat lari daripada prinsip keadilan yang membebaskan rakyat yang banyak daripada kemiskinan dan penindasan,” katanya.

Hadi pula berkata, sesebuah kerajaan perlu menyediakan ‘makanan rohani’ kepada rakyat sebagai sebahagian maqasid syariat.

“Makanan kepada rohani itu merujuk kepada keperluan iman, ilmu, serta akhlak,” katanya.

Keperluan iman merujuk kepada kemudahan pusat pengajian serta tempat penyebaran ilmu, katanya, merujuk kepada kemudahan rumah ibadat serta kegiatan keagamaan.

“Sementara keperluan akhlak pula adalah bagi memastikan rakyat mendapat kekuatan dalaman bagi menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara yang baik,” katanya.

Presiden Wadah, Dr Siddiq Fadzil pula menghuraikan definisi ‘maqasid syariat’ yang merangkumi lima rumusan utama.

“Dikenali sebagai ‘the higher objective of syariat’, ia merujuk kepada matlamat utama syariat yang bermatlamatkan lima rumusan utama pelaksanaan hukum Islam itu sendiri.

“Lima matlamat itu adalah pemeliharaan agama, pemeliharaan akal, pemeliharaan manusia, pemeliharaan keturunan, serta pemeliharaan harta,” kata Dr Siddiq

Menurutnya, seandai matlamat utama pelaksanaan hukum Islam dipenuhi, sesebuah negara bebas dari menjadi sebuah ‘negara sampul surat’ – lambangan negara yang rasuahnya berleluasa.

Tenang: Persoalan sukar DAP kepada MCA

Walaupun pedih dengan kekalahan calon PAS Normala Sudirman dalam pilihan raya kecil tenang, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata, terdapat persoalan yang sukar harus dijawab oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

NONE"Adakah Chua mempunyai keberanian politik untuk memberitahu Umno bahawa pertambahan sokongan masyarakat Cina (kepada Pakatan Rakyat) bukan kerana hudud atau negara Islam tetapi dasar Pakatan untuk perubahan, keadilan, demokrasi dan kemajuan?

"Atau beliau akan terus menyalahtafsrikan dan meyimpangkan kehendak politik dan harapan pengundi Tenang dengan terus menipu dengan dakwaan palsu bahawa peningkatan 65 peratus pengundi Cina kepada calon Pakatan sebagai menyokong hudud dan negara Islam? soal Lim.

Dalam satu kenyataan hari ini, anggota parlimen Ipoh Timur itu menambah, ketika MCA bermegah dengan kemenangan di tiga daripada empat kawasan majoriti Cina, Dr Chua gagal menyedari bahawa hanya 35 peratus memilih BN walaupun tempat itu dianggap taman permainannya sendiri.

Chua merupakan bekas ahli parlimen Labis - tempat letaknya Tenang - sebelum memberikan kerusi itu kepada anaknya Chua Tee Yong.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB