BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Selasa, September 30, 2008

Selamat Menyambut Hari Lebaran...

Pimpinan dan AJK Parti Keadilan Rakyat Bahagian Nibong Tebal serta warga kerja Media NT mengucapkan ribuan kemaafan seandainya terdapat salah dan silap yang tidak disedari selama ini. Maklum sajalah dalam kelembutan lidah ada juga ketelanjuran kata.. dalam gurau dan senda, ada khilaf dan dosa...
Maaf Zahir dan Batin

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Perutusan Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Para pimpinan Parti, penyokong serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.

Terlebih dahulu marilah kita sama-sama rafa’kan kesyukuran kita kehadrat Allah s.w.t kerana telah memberikan kekuatan kepada kita menunaikan ibadah puasa dengan sempurna pada tahun ini.

Allahuakbar..
Allahuakbar..
Allahuakbar… walillahil hamd

Seterusnya marilah kita sama-sama meletakkan harapan yang tinggi kepada para pemimpin kita untuk melakukan segala macam perubahan di peringkat parti mahupun negara bagi merealisasikan matlamat perjuangan kita iaitu ke arah negara Malaysia yang lebih maju dan bermaruah serta yang lebih penting diredhai Allah s.w.t.

Di samping itu juga tidak harus melupai perancangan dan taktik kotor yang sentiasa dimainkan oleh musuh-musuh kita.

Harapan yang tinggi untuk masa depan yang lebih baik adalah suatu kewajipan yang dituntut oleh Islam. Sentiasa bersikap terbuka dan berbaik sangka sesama kita, di samping cukup berhati-hati terhadap musuh yang sentiasa mencari kesempatan untuk menggagalkan segala perancangan kita.

Akhir sekali saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada tuan/puan, saudara/saudari sekalian.

Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah sentiasa memberi hidayah, kesihatan dan kelapangan kepada kita untuk melakukan ibadah kepadaNya.

“Kullu ‘Am Waantum Bikhair…”

Wassalam.


Hj. Maktar bin Hj. Shapee
ADUN Sungai Bakap
merangkap
Ketua PKR
Bahagian Nibong Tebal

Jumaat, September 26, 2008

DUN Sungai Acheh tidak dilupakan






Walaupun DUN Sungai Acheh merupakan kawasan yang dimenangi pembangkang, ia tetap mendapat perhatian daripada PKR Bahagian Nibong Tebal yang diterajui oleh YB Ustaz Mokhtar.
Seperti di tahun-tahun yang lalu, telah menjadi kebiasaan PKR menghulurkan sumbangan kepada fakir miskin apabila menjelang Hari Raya.

Selain daripada YB Ustaz Mokhtar, Jawatankuasa Bahagian Nibong Tebal dan pengerusi JKKK juga turut serta di dalam program tersebut.

Khamis, September 25, 2008

Pusat Khidmat Rakyat bergerak


Memandangkan sesetengah penduduk sukar untuk ke Pejabat Pusat Khidmat Rakyat ADUN Sungai Bakap, YB Ustaz Mokhtar menggunakan pendekatan baru iaitu turun menemui sendiri rakyat. Segala keluhan mereka dapat didengar sendiri oleh YB.


Kini mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk ke Pejabat. Ini kerana melalui JKKK, program menemui masyarakat dapat diatur.


Menurut setiausaha politik YB ADUN, Hj. Mohd Kamil bahawa program tersebut akan diadakan setiap bulan dan mengikut jadual yang akan ditetapkan. "Di dalam DUN Sg. Bakap terdapat 8 kawasan JKKK dan ini bermakna 8 tempat akan ditetapkan hari khusus untuk program tersebut." ujarnya.

Bantuan Hari Raya Kepada Fakir Miskin












Di atas keperihatinan YB Ustaz Mokhtar, mereka yang dikenalpasti sebagai Fakir miskin oleh JKKK telah menerima sumbangan hamper yang merupakan bahan asas makanan.

Sumbangan diberikan ke seluruh pelusuk DUN Sg. Bakap. Seramai lebih 100 orang telah dikenalpasti.

Rabu, September 24, 2008

Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Menteri




Program tersebut diadakan di perkarangan Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Jawi. Turut hadir meraikan YAB Ketua Menteri ialah ADUN Jawi, YB Tan Beng Huat dan ADUN Sungai Bakap, YB Ustaz Mokhtar serta pegawai-pegawai Majlis Agama Daerah.

Selesai berbuka puasa dan solat maghrib, YB Ustaz Mokhtar bergegas menemani YAB Lim Guan Eng menziarahi mendiang isteri bekas ADUN Bukit Tambun (2004) dan Sungai Bakap (1999), Sdr. Lai Chew Hock yang dibunuh kejam oleh perompak.

Rakyat Mengharapkan Campurtangan Yang di-Pertuan Agong

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, pihaknya akan menghantar sepucuk surat kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung proses peralihan kuasa daripada Barisan Nasional (BN) kepada pembangkang dan permintaan untuk diadakan satu sesi khas Parlimen. Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, sekali lagi mendakwa telah mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk sebuah kerajaan baru.

"Surat kepada Yang di-Pertuan Agong menyentuh mengenai proses peralihan kuasa secara aman dan sidang khas Parlimen bagi mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi). "Kita (Pakatan Rakyat) masih mengemukakan tuntutan supaya Perdana Menteri menghormati hak rakyat yang memilih kami," katanya kepada pemberita selepas menghadiri prosiding kes liwat terhadapnya di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini hari ini.

Anwar ditemani isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden PKR, dan anak mereka Nurul Izzah, yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai. Ketika mengulas mengenai suratnya yang meminta Perdana Menteri mengadakan sidang khas Parlimen, Anwar berkata Abdullah tidak memberi sebarang jawapan berhubung perkara itu kecuali membuat kenyataan untuk tidak memenuhi tuntutan berkenaan. Anwar juga masih enggan mengumumkan nama anggotaanggota Parlimen yang beliau dakwa akan menyertai Pakatan Rakyat."Saya ada bilangan majoriti. "Pasal deadline (tarikh untuk menubuh kerajaan baru) bukanlah satu isu,"katanya

Langkah Seterusnya Untuk Membentuk Kerajaan

— KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

PETALING JAYA, MALAYSIA, 23 SEPTEMBER 2008

Hari Selasa bersamaan 23 September 2008 saya telah menemui kepimpinan Pakatan Rakyat. Pertemuan bersama pimpinan PAS yang terdiri daripada Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang diadakan di Kota Bharu. Mereka menegaskan komitmen mereka mengenai semangat dan matlamat Pakatan Rakyat. Manakala YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, saudara Lim Guan Eng ketika pertemuannya dengan saya, menyatakan rasa puas hati beliau di dalam setiap perkembangan untuk memperkukuh dan memperkemaskan konsensus di kalangan parti Pakatan Rakyat serta penyokong daripada Barisan Nasional.

Kami juga membincangkan langkah seterusnya yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat bagi membentuk sebuah kerajaan yang ternyata mencerminkan sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen. Keengganan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi untuk membenarkan permohonan kami agar diadakan satu Sidang Khas Parlimen membuktikan usaha Kerajaan BN pimpinan Umno untuk mensabotaj proses demokrasi.

Sungguhpun begitu saya dan teman-teman di dalam Pakatan Rakyat tetap yakin dan percaya bahawa hasrat rakyat untuk melihat perubahan akan menjadi kenyataan. Kami akan meneruskan usaha dengan penuh hemah dan berhati-hati demi mencapai matlamat dan telah mencapai kata sepakat untuk tidak melayan sebarang provokasi mahupun pendekatan yang tidak bertanggungjawab serta membawa kepada ketidakstabilan dan ketidaktentuan buat negara. Saya tidak tahu mengenai adanya perundingan yang dilakukan antara Pakatan Rakyat dan Perdana Menteri - di mana kenyataan yang telah dibuat semalam menyarankan ruang komunikasi yang dibuka telah disalahtafsir.

Kini wujud satu krisis keyakinan terhadap kepimpinan negara di saat rakyat Malaysia mengkehendaki penyelesaian kenaikan harga barangan yang tertinggi di dalam tempoh dua dekad, peningkatan kadar pengangguran dan keyakinan pelabur yang semakin terhakis.

Tatkala Menteri Kewangan yang baru berdegar-degar menyatakan kedudukan ekonomi negara masih stabil, fakta yang ada merungkai cerita yang berbeza. Untuk tahun 2008 sahaja lebih daripada RM125 billion telah ditarik keluar oleh para pelabur yang semakin jelak dengan sebuah kerajaan yang gagal untuk melaksanakan hatta satu perubahan demi menjamin kebebasan sistem kehakiman dan meneruskan penggunaan undang-undang kuku besi seperti ISA untuk menahan rakyatnya tanpa menuruti proses perundangan.

Perubahan-perubahan ini adalah sendi kepada visi Pakatan Rakyat untuk memulihkan ekonomi, untuk mencipta pekerjaan buat rakyat Malaysia dan memacu pertumbuhan serta menarik pelaburan asing, juga untuk memastikan jaminan perlembagaan dijunjung termasuklah yang berkaitan dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan, kebebasan beragama bagi penganut agama lain, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menyekat kebebasan bahasa ibunda lainnya, dan juga status Raja-raja Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum KeADILan.

Selasa, September 23, 2008

Yang di-Pertuan Agong atau parlimen?

Profesor Dr Abdul Aziz Bari


Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi telah menolak cadangan Dato Seri Anwar agar diadakan satu persidangan khas parlimen untuk membahaskan perkembangan mutakhir politik negara.

Ini menunjukkan betapa sukarnya untuk memanggil sidang khas parlimen bagi membincangkan usul undi tidak percaya walaupun cara ini adalah demokratik dan berperlembagaan.

Budaya politik dan perundangan negara kita menyebabkan ia sukar berlaku.

Sistem politik negara kita adalah berteraskan sistem Westminster yang mana fungsi ketua negara terpisah daripada fungsi ketua kerajaan.

Walaupun Yang di-Pertuan Agong lebih banyak memainkan peranan simbolik, Baginda sebenarnya berkuasa untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam situasi yang perlu.

Yang di-pertuan Agong dan politik

Para penasihat Anwar mungkin agak gusar jika beliau terus pergi mengadap Yang Di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan untuk membentuk kerajaan baru. Mereka mungkin tidak mahu Yang di-Pertuan Agong terlibat secara langsung dalam politik.

Para penasihat ini seolah-olah bimbang dan terlupa peranan penting Yang di-Pertuan Agong dalam menjaga negara ? satu perkara biasa dalam sistem Westminster yang kita amalkan. Dan ini tidak terhad kepada negara-negara yang mempunyai Raja (sistem monarki) sahaja.

Negara republik seperti India turut membolehkan ketua negaranya memainkan peranan dalam situasi luar biasa, walaupun biasanya ketua negara tersebut hanya memainkan peranan simbolik sahaja.

Peranan sebegini sebenarnya pernah diutarakan oleh Laporan Suruhanjaya Reid. Tetapi, oleh kerana ini merupakan kali pertama kita menghadapi situasi sebegini, kebimbangan mereka boleh difahami.

Bagaimanapun Anwar tidak menolak kemungkinan untuk pergi terus ke Istana. Oleh kerana Abdullah telah menolak cadangan agar diadakan sidang khas parlimen, Anwar kini mempunyai sebab untuk memohon mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Sistem perundangan kita tidak menyebut dengan jelas sama ada pertukaran kerajaan hanya boleh dibuat melalui parlimen. Artikel 43(4) dalam Perlembagaan memungkinkan pertukaran dibuat dengan cara majoriti ahli parlimen memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa mereka telah menarik balik sokongan terhadap kerajaan sedia ada.

Ini akan mewajibkan Perdana Menteri meletak jawatan. Yang di-Pertuan Agong kemudiannya boleh melantik seorang ahli parlimen yang mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat untuk menjadi Perdana Menteri baru.

Hujah salah

Pertukaran kerajaan melalui undi tidak percaya merupakan perkara yang pernah berlaku di negara-negara Komanwel lain. Tetapi ia amat sukar dilakukan di Malaysia kerana Umno menyekat sebarang usaha membentangkan usul undi tidak percaya.

Speaker Parlimen Pandikar Amin Mulia mengatakan bahawa Perdana Menteri mempunyai kuasa penuh untuk memutuskan sama ada mahu memanggil sidang khas parlimen atau tidak.
Rasanya Perlembagaan kita tidak bermaksud untuk memberi kuasa kepada Perdana Menteri membuat kata putus dalam hal ini.

Perdana Menteri merupakan ketua Eksekutif dan jika beliau mempunyai kuasa mutlak, maka ini seolah-olah meletakkan Legislatif di bawah Eksekutif. Pasti ini bertentangan dengan konsep pemisahan kuasa yang dituntut oleh sistem politik negara kita.

Selain itu, sukar dibayangkan sesebuah kerajaan akan bersetuju untuk memanggil sidang khas parlimen jika terdapat hal-hal yang mengancam penerusan hayat kerajaan tersebut. Hujah bahawa Perdana Menteri sahaja berkuasa memanggil parlimen adalah lemah.

Speaker Pandikar Amin Mulia ada juga memetik peraturan parlimen (Standing Orders) dalam membuat keputusan beliau. Tetapi peraturan parlimen dibentuk berasaskan peruntukan Perlembagaan Artikel 62(1). Peraturan ini statusnya lebih rendah daripada Perlembagaan.

Apabila Speaker menggunakan hujah peraturan parlimen, beliau seolah-oleh mengatakan bahawa peraturan tersebut lebih tinggi daripada Perlembagaan. Ini tidak betul.

Yang di-Pertuan Agong berhak untuk memanggil persidangan parlimen tergempar. Tidak mungkin apabila Baginda mempunyai kuasa memprorog dan membubarkan parlimen seperti termaktub dalam Artikel 55 Perlembagaan, Baginda tidak pula berhak memanggil parlimen bersidang. Artikel 40(2) pula merupakan satu artikel umum dan situasi sekarang lebih kelihatan sebagai satu pengecualian.

Yang di-Pertuan Agong memang mempunyai peranan dalam situasi sekarang. Ini bukan luar biasa kerana sistem yang kita amalkan kadang kala memang memerlukan tindakan-tindakan tertentu untuk membolehkan ia berfungsi dengan baik. Yang di-Pertuan Agong perlu memainkan peranan untuk memastikan Perlembagaan boleh terus terlaksana.

Yang pastinya, ini bukanlah penamat bagi Abdullah. Sekiranya Anwar berjaya membentuk kerajaan, Abdullah juga boleh mencabar Anwar dengan cara yang sama. Inilah sebabnya kenapa Abdullah perlu membenarkan sistem Westminster yang kita amalkan berfungsi seperti sewajarnya.

Anwar telah berjanji akan menghormati Perlembagaan. Maka mungkin langkah pertama yang perlu beliau usulkan ialah membolehkan Speaker dilantik melalui pengundian bebas. Parlimen kita akan menghampiri status parlimen kelas pertama jika Speaker yang dipilih ialah dari kalangan parti pembangkang.

Kuasa Agong atau kuasa parlimen?

Kembali kepada dua cara penukaran kerajaan tadi, iaitu sama ada melalui undi tidak percaya di parlimen atau melalui kuasa Yang di-Pertuan Agong, saya rasa kedua-duanya dibenarkan oleh kerangka Artikel 43(4) Perlembagaan kita.

Cara pertama iaitu pengundian di parlimen memanglah cara yang paling ideal dan lebih demokratik. Cara ini telah berlaku jika kita teliti kes Datuk Stephen Kalong Ningkan, bekas Ketua Menteri Sarawak, pada tahun 1966. Tetapi ini hanya boleh berlaku dalam satu sistem politik yang terbuka dan demokratik.

Bolehkah ia berlaku dalam situasi Malaysia sekarang? Kita boleh melihat dengan jelas betapa kerajaan Barisan Nasional berusaha sedaya upaya menghalang usul undi tidak percaya dibahaskan di Parlimen termasuklah dengan mengancam penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Cara kedua, iaitu melalui tindakan Yang di-Pertuan Agong, terhasil daripada pembacaan literal Artikel 43(4) bersama dengan Artikel 40(2)(a). Cara ini yang lebih cepat daripada cara pertama tadi.

Dan, oleh kerana terdapat unsur-unsur tidak demokratik dalam menghalang tercapainya cara pertama, maka mungkin cara kedua ini lebih praktikal.

Ia juga boleh menghalang kerajaan daripada terus menerus menyekat perubahan. Tetapi cara ini amat bergantung kepada kemahuan Yang di-Pertuan Agong untuk memainkan peranan yang lebih proaktif.

Mungkin wajar disebut di sini bahawa terdapat negara-negara demokrasi yang stabil di Eropah yang turut mengamalkan sistem monarki seperti kita.

Di luar Eropah pula, telah terdapat Raja yang secara aktif membantu lahirnya demokrasi di negara mereka. Inilah yang berlaku di Sepanyol, Thailand dan juga sedikit sebanyak di Jordan.

Adakah Raja-Raja kita juga mahu turut sama seperti Raja-Raja di negara-negara itu?

(Profesor Abdul Aziz Bari ialah Profesor Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa. Artikel ini diterjemahkan daripada artikel asal beliau berbahasa Inggeris oleh WauBebas.org)

Jumaat, September 19, 2008

Rasional diterima Kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia

Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang stabil dari segi politik, dengan jaminan keselamatan dan kesejahteraan ekonomi yang adil bagi semua kaum dalam negara.

Kewujudan sesebuah kerajaan, bukan sekadar ianya mempunyai bilangan ahli-ahli parlimen mencukupi, tetapi ia haruslah mempunyai ketua yang dihormati, disegani serta diyakini rakyat berbilang kaum dalam negara.

Keyakinan rakyat kepada sesebuah kerajaan berasaskan kepada jaminan dari sebarang ancaman keselamatan, kestabilan politik, kemampuan menyempurnakan ekonomi dan kebajikan rakyat, serta memastikan tidak wujud sebarang ketegangan di kalangan rakyat dari pelbagai agama dan kaum.

Persoalan yang timbul sekarang ini ialah, rakyat Malaysia semakin tidak yakin, kerajaan Barisan Nasional yang terdiri dari 14 anggota komponen parti, mampu menjadi sebuah kerajaan yang stabil dan adil.

Rakyat Malaysia juga semakin tidak yakin dengan kemampuan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang jelas tidak mampu menjadi seorang pemimpin yang dihormati serta disegani oleh rakyat dari kalangan berbilang kaum.

Rakyat Malaysia turut gelisah apabila BN gagal mewujudkan kestabilan politik dalam negara, gagal mengurus tadbir ekonomi negara dengan baik, malah cukup lemah dalam menangani polemik kaum walaupun sudah memerintah lebih daripada 50 tahun.

Hakikat ini menuntut Pakatan Rakyat yang diterajui Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk mengemukakan usul undi tidak percaya kepada kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen.

Pakatan Rakyat yang mempunyai bilangan 82 Ahli Parlimen (MP) terdiri daripada KeADILan, PAS dan DAP, serta hampir 40 orang Ahli Parlimen BN yang sedia untuk berhijrah, sudah bersedia membentuk kerajaan baru di peringkat Persekutuan.

Penolakan terhadap Abdullah Badawi

Kegagalan Abdullah Badawi dalam menguruskan partinya (Umno), perbalahan terbuka anggota komponen BN yang tiada kesudahan sehingga kini sudah sampai ke klimaks.

Apabila sebilangan besar rakyat tidak yakin dengan BN, maka amatlah wajar bagi wakil-wakil rakyat untuk akur dengan kehendak rakyat dengan menyertai Pakatan Rakyat.

Ketidakyakinan rakyat terhadap PM dan BN tidak harus dipersoalkan. Bukan setakat rakyat awam, malah yang paling teruk sekali Abdullah tidak mendapat kepercayaan dari kalangan anggota Umno sendiri.

Sejak berakhirnya PRU 8 Mac lepas, Abdullah terus didesak meletakkan jawatan sebagai PM dan Presiden Umno, oleh orang-orang Umno sendiri.

Walaupun Abdullah cuba mempertahankan kedudukannya dengan mengumumkan pelan peralihan kuasa pada Jun 2010, namun orang-orang Umno tidak mahu menerima cadangannya.
Malah cadangan Abdullah untuk kekal sepenggal lagi sebagai Presiden Umno pada pemilihan parti Disember ini turut ditolak ahli Umno.

Desakan supaya Abdullah berundur segera berlarutan sehingga mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam.

Walaupun secara 'politenya' dilaporkan MT meminta PM berundur lebih awal dari tarikh pelan peralihan kuasa, hakikatnya Umno sudah tidak boleh menerima lagi kepimpinan Abdullah Badawi.

Sebahagian besar orang-orang Umno mahu Abdullah berundur segera..sekarang, bukan pada suatu tarikh yang akan dibincangkan dengan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Masalah besar, tekanan hebat, ancaman politik terhadap Abdullah sebenarnya bukan datang daripada Pakatan Rakyat, ianya wujud dan bersarang daripada akar umbi Umno sendiri.

Tekanan terhadap Abdullah berterusan sehingga ke anggota komponen BN. Khususnya dari Sabah dan Sarawak yang tidak puashati. Malah anggota utama seperti MCA dan Gerakan secara terbuka mengkritik polisi-polisi politik, ekonomi dan sosial yang diamalkan oleh Abdullah.

Kata orang 'kut mana pun' Abdullah tetap akan jatuh juga, sama ada dia dijatuhkan secara 'polite' melalui peralihan kuasa yang disegerakan atau pun Kerajaan BN bertukar dengan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Nilai demokrasi sebenar

Perlembagaan negara membenarkan sesebuah kerajaan bertukar. Memang ada peruntukan dalam peraturan Parlimen bahawa seseorang PM tidak semestinya 'kebal', dia boleh diganti atau dijatuhkan jika mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Ini adalah langkah yang menepati proses demokrasi. Tidak timbul langsung ancaman keselamatan dalam hal ini.

Demokrasi bukan bermakna, sesebuah kerajaan hanya boleh ditukar sewaktu musim Pilihan Raya Umum sahaja. Pilihan raya hanya satu cabang dalam proses dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

Apapun di Malaysia, rakyat tetap menyedari bahawa proses demokrasi berpilihan rayanya masih wujud banyak persoalan yang meragukan.

Walaupun 'lompat parti' diistilahkan sebagai langkah tidak bermoral oleh sesetengah pihak, namun ia tetap dibenarkan dalam proses demokrasi dalam negara.

Cumanya yang menghairankan, orang-orang politik tertentu yang terbukti buruk nilai moralnya, hari ini bercakap berdegar-degar soal prinsip dan moral.

Masalah dalam MP BN adalah seperti ibarat 'menaiki kapal yang hampir karam'. Kapal BN yang diterajui nakhoda Abdullah Badawi tidak mampu bertahan lagi.

Oleh itu, jika MP BN tidak melompat sekarang, mereka akan turut membawa rakyat karam bersama kapal BN.

Masalah yang besar di sini ialah, sebilangan besar MP 'hilang kepercayaan' terhadap PM dan BN itu sendiri.

Manifestasi daripada kemelut Umno/BN yang sarat dengan pelbagai krisis kepimpinan, korupsi (politik wang), kegagalan mewujudkan ketenteraman kaum (masalah yang ditimbulkan oleh Umno, yang dibantah oleh Gerakan dan MCA) serta kegagalan menstabilkan ekonomi, menyebabkan ramai MP BN sudah 'lost hope dan lost confident'.

Hilang keyakinan atau lost confident terhadap kepimpinan sesebuah parti yang memerintah merupakan salah satu daripada proses demokrasi yang dibenarkan dalam negara.

Bukan sahaja di Malaysia. Ianya dibenar dan diamalkan oleh semua negara yang berdaulat yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen.

Justeru tidak timbul sama sekali Anwar Ibrahim atau Pakatan Rakyat tamak kuasa kerana mahu menjatuhkan Kerajaan BN yang cara tidak bermoral sekarang.

Jauh sekali hendak melakukan sesuatu yang mengancam keselamatan negara. Tidak timbul sama sekali 'rampasan kuasa' seperti tindakan tentera di negara jiran Indonesia, Thailand atau Myanmar.

Anwar dan Pakatan Rakyat mengajak Abdullah dan BN supaya berhadapan dengan krisis ketidakpercayaan rakyat ini secara 'gentleman'.

Jaminan keselamatan negara, kestabilan politik, ekonomi dan sosial

Pakatan Rakyat tidak berhasrat untuk mengambil alih kuasa tanpa pelan perancangan yang teliti.

Fokus utama Pakatan ialah untuk meyatupadukan semua kaum dalam negara. Rakyat pada 8 Mac 2008 sudah memberikan signal jelas bahawa mereka mempercayai kemampuan Anwar dan menolak tohmahan yang bertujuan memecahbelah PAS dan DAP.

Politik berasaskan ras atau kaum sudah semakin tidak relevan di mata rakyat. Oleh sebab itu Umno gagal menjadi ketua kepada parti komponen BN yang boleh diterima.

Dalam pada rakyat sudah mula mengetepikan kepentingan bangsa dan puak, Umno sebaliknya dalam kempen Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 26 Ogos lepas, terus memainkan sentimen perkauman. Politik sempit ini sudah tidak diterima rakyat.

Apabila semua kaum bersatu padu, ianya akan mewujudkan kestabilan politik yang akan menyelamatkan negara daripada sebarang ketegangan akibat perbalahan kaum. Rakyat tidak mahu Peristiwa 13 Mei 1969 berulang.

Kunci kepada penyatuan rakyat dari pelbagai kaum dan agama, mencakupi Sabah dan Sarawak ada pada Pakatan Rakyat.

Kemampuan Anwar untuk 'mendamaikan' PAS dan DAP yang berlainan ideologi, kemampuan beliau mengajak kaum bumiputera dari kalangan pelbagai agama di Sabah dan Sarawak, sukar untuk dilakukan oleh lain-lain pemimpin dalam negara.

Soal sesiapa suka atau tidak kepada Anwar itu soal lain. Recognition seperti ini tidak mudah diterima lain-lain pemimpin politik, sama ada dari BN atau Pakatan Rakyat.

Dalam sidang akhbarnya semalam, Anwar turut mengumumkan bahawa lebih USD1 trillion pelaburan asing menanti untuk memasuki pasaran negara jika politik, kehakiman negara, media, polis, peraturan Bank Negara diperbaiki.

Sebelum ini Pakatan Rakyat juga komited untuk merombak pengurusan sumber ekonomi negara, menstruktur semula sistem cukai dan menurunkan harga minyak.

Jika Pakatan Rakyat memerintah, kemasukan USD1 trillion pelaburan asing akan menjana aktiviti ekonomi yang aktif dalam negara, sekaligus membantu pertumbuhan ekonomi negara yang boleh membawa kesejahteraan kepada rakyat. Ini yang sebenarnya rakyat kehendaki.

Oleh itu Abdullah dan BN tidak boleh menuduh Anwar mensabotaj ekonomi negara. Jika mereka gagal menguruskan ekonomi dan tidak mempunyai karisma untuk menarik pelabur asing, itu bukan salah Anwar.

Anwar sering dituduh proksi Amerika dan Barat. Kesempatan sebagai 'proksi' Barat ini boleh diambil Anwar untuk menarik pelabur dari blok Barat.

Tetapi jangan lupa, Anwar juga 'agen' negara-negara Arab! Sebahagian besar rakan-rakan beliau adalah PM dan Menteri yang menjaga ekonomi di Arab Saudi, Qatar, Kuwait, UAE, Bahrin dan sebagainya.

Sudah tentu hubungan persahabatan dan kepercayaan negara Arab yang sering menjemput Anwar sebagai penasihat ekonomi mereka, merupakan kesempatan terbaik Anwar untuk menarik pelabur-pelabur asing daripada negara Arab.

Manakala di blok Timur pula, Anwar sering diundang untuk berucap dalam forum-forum ekonomi anjuran negara China, sama ada di Shanghai atau Hong Kong, malah di Singapura juga.
Selain bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak ramai rakyat Malaysia, berketurunan Melayu yang mendapat kepercayaan kuasa besar ekonomi China. Setakat ini Abdullah dan Najib, belum termasuk dalam senarai pemidato ekonomi.

Justeru kesimpulan daripada dakwaan sebagai proksi Barat, hubungan erat dengan negara Arab, serta keyakinan kuasa ekonomi China terhadap Anwar, ianya akan dapat membantu memulihkan ekonomi negara, jika beliau diberi mandat sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Hakikatnya Pakatan Rakyat sudah bersedia memerintah negara dengan jaminan keselamatan negara, perpaduan kaum, kestabilan ekonomi dan keadilan sosial. Mari kita membantu menyegerakan!

Khamis, September 18, 2008

PM enggan adakan sidang tergempar, Abdullah penakut

KUALA LUMPUR, 18 SEPTEMBER (SK) - Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi menunjukan ketakutan beliau terhadap ahli-ahli Parlimen berikutan keengganan beliau mengadakan sidang tegempar Parlimen pada 23 September ini seperti yang diminta Ketua Umum, Anwar Ibrahim.

Mengulas mengenai hal ini, Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua menyifatkan Abdullah sebagai penakut untuk berdepan kenyataan dan hanya berani untuk menafikan.

“Abdullah menunjukan sifat penakutnya untuk berdepan kenyataan.kalau Abdullah tidak percaya tentang jumlah Ahli Parlimen yang kami ada, beliau sepatutnya berani adakan sidang tergempar,”kata Tian Chua.

Petang tadi, Ahli Parlimen Sungai Petani, telah mewakili Pakatan Rakyat untuk mengutuskan surat kepada Abdullah Badawi bagi mengadakan sidang Parlimen tergempar bagi membolehkan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri dijalankan.

Walaubagaimanapun, dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, Abdullah berkata tidak ada keperluan untuk adakan sidang tergempar.

“Saya tidak lihat apa perlunya untuk memanggil sidang khas di Parlimen,”kata Abdullah di Menara Dato Onn petang tadi.

Sebelum itu, Anwar dalam sidang medianya menuntut agar sidang khas diadakan atau beliau akan memilih jalan lain bagi memastikan peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat.

“Jika permintaan tersebut ditolak, kami pemimpin Pakatan akan berbincang segera untuk mengambil pilihan lain,” katanya di Ibu Pejabat KeADILan di Petaling Jaya.

Katanya, sekiranya Abdullah tidak percaya dengan jumlah Ahli Parlimen, beliau mencabar Perdana Menteri diadakan sidang tergempar dan menurutnya lagi, majoriti ahli Parlimen sudah bersama Pakatan Rakyat.

“Kamu lihat dalam sidang Parlimen nanti jika tidak percaya,” katanya.

PAKATAN RAKYAT GESA PM ADAKAN SIDANG TERGEMPAR PARLIMEN

— KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA —

PETALING JAYA, MALAYSIA, 18 SEPTEMBER 2008

Hari ini pemimpin Pakatan Rakyat telah menyerahkan surat kepada Perdana Menteri meminta beliau untuk mengadakan satu persidangan khas Parlimen Malaysia bagi membincangkan usul “Bahawa Dewan yang mulia ini telah hilang kepercayaan terhadap YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan kerajaan pimpinan beliau” dan persidangan tersebut perlu dilaksanakan tidak lewat dari hari Selasa 23hb September 2008.

Gesaan untuk mengadakan persidangan tersebut selari dengan Peraturan 11 (3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan ianya menuntut satu jawapan segera dari YAB Perdana Menteri disebabkan kedudukan genting politik semasa. Sebarang kelengahan dari pihak YAB Perdana Menteri, akan ditafsirkan sebagai satu usaha untuk mensabotaj proses demokrasi dan dianggap sebagai satu penyalahgunaan Kuasa Eksekutif.

Tindakan YAB Perdana Menteri untuk bermain-main dengan istilah serta bahasa yang terkandung di dalam surat kami yang pertama, hanya memperlihatkan kepada rakyat jawapan yang tidak matang. Hasrat pertemuan yang dinyatakan di dalam surat tersebut sangat jelas, iaitu untuk membincangkan hala tuju kepimpinan negara- dengan mengambil kira kedudukan dan posisi beliau, kami telah mengambil satu jalan yang berhemah.

Saya mendapati komen Perdana Menteri terhadap saya sewaktu sidang media semalam sebagai tidak bertanggungjawab dan cuai terutamanya selepas penangkapan beberapa individu di bawah ISA pada hari Jumaat lepas.

Beliau telah mencampur-adukkan isu yang sebenar, iaitu isu demokrasi, kebebasan dan kedaulatan undang-undang dengan isu keselamatan negara. Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk mengganggu serta menahan ahli politik yang berseberangan dengan parti pemerintah merupakan satu pelanggaran undang-undang yang nyata. Penggunaannya yang berterusan pasti menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan memburukkan lagi suasana politik semasa.

Perdana Menteri ternyata mengabaikan kedaulatan undang-undang dan sanggup untuk melanggar batas-batas Kuasa Eksekutif yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini sangat menampakkan sikap seorang diktator yang degil untuk terus berkuasa dan menghampakan harapan rakyat.

Sebagai seorang Perdana Menteri yang masih berada di tampuk kekuasaan dan sebagai bekas Menteri Kewangan, kami akan memastikan beliau bertanggungjawab terhadap situasi politik semasa dan salah urus ekonomi negara. Tuduhan beliau bahawa saya yang menyebabkan kedudukan ekonomi negara tergugat sangat tidak berasas.

Saya telah bertemu dengan ramai pengurus dana di rantau ini, yang mewakili aset yang berjumlah USD 1 trillion dan mereka telahpun menyatakan sokongan mereka kepada perubahan menyeluruh di Malaysia termasuklah kebebasan kehakiman, media dan pihak polis serta agensi pencegah rasuah yang lebih professional, juga peraturan yang mesra pelabur dan jaminan tiadanya campur tangan ahli politik di dalam pengurusan Bank Negara. Inilah antara polisi yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat untuk dilaksanakan, dan insiatif inilah yang gagal diambil oleh pentadbiran sekarang terutamanya selepas 8hb Mac 2008.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

Indeks Komposit Menjunam

Setakat 12.28 pm tadi, indeks komposit Bursa Malaysia menjunam sebanyak 3.83 % atau 38.44 mata kepada 964.55 mata. (The Star). Ini membuktikan bahawa pelabur kini tidak lagi yakin untuk melabur di Malaysia dengan sistem pentadbiran yang korup.

Anwar akan mengadap Yang DiPertuan Agong hari ini.

Beribu-ribu bendera Malaysia telah diagihkan kepada semua bahagian PKR diseluruh negara sebagai persiapan menyambut Malaysia Baru.

Manakala Pak lah sedang bersiap sedia untuk mencekup Anwar dibawah ISA.

Hari yang sangat menarik.

Rabu, September 17, 2008

Meraikan Anak-anak Yatim


Dalam keghairahan kita untuk menanti ketibaan Syawal, ada insan yang memerlukan perhatian dan bantuan.


Unit Kebajikan PKR Nibong Tebal telah meraikan anak-anak yatim dengan Majlis Berbuka Puasa. Keceriaan jelas terpancar di wajah mereka.

Anwar mungkin di tahan ISA (Ikut Suka Abdullah)

Kenyataan terbaru Pak Lah hari ini menegaskan bahawa ketua pembangkang Anwar Ibrahim kini sudah menjadi satu ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara. Beliau berkata tindak tanduk Anwar selama ini bukan sahaja menjejaskan kestabilan politik tetapi juga ekonomi. Ekoran daripada tindakan Anwar selama ini terdapat pengurus dana yang membuat laporan kononnya Malaysia bukan lagi tempat yang baik untuk membuat pelaburan kerana suasana politik negara yang tidak menentu. Anwar katanya telah banyak membuat pembohongan mengenai kedudukan ekonomi negara termasuk kononnya tiada kemasukan pelaburan asing langsung (FDI), dan negara tidak mempunyai daya saing.

Melihat kepada apa yang diperkatakan oleh Pak Lah ini, jelas sekali bagai ada sesuatu tindakan drastik akan diambil terhadap Anwar dalam masa terdekat ini. Apakah mereka akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap Anwar sekali lagi?. Ini berlandaskan kepada kenyataan terbaru Pak Lah yang jelas sekali masih lagi ingin mempertahankan dirinya itu. Sesungguhnya, jika ini berlaku pasti gelombang kebangkitan rakyat akan bergema di seluruh negara. Pak Lah harus berhati-hati dengan keadaan ini. Jika beliau tersilap langkah, pasti akan buruk padahnya !!

Apakah pertukaran potforlio diantara Pak Lah dan Najib hari ini ada berkaitan dengan peralihan Kerajaan Persekutuan. Secara tiba-tiba Pak Lah mengambil alih Menteri Pertahanan daripada Najib.

Persoalan yang timbul, adakah Pak Lah akan menggunakan tentera bagi menafikan peralihan kuasa yang bakal terlaksana nanti?

Apakah Petanda Amaran Darurat, Pak Lah ganti Najib di Kementerian Pertahanan.


Apa sudah jadi dengan kerajaan?. Mungkin agaknya panik dengan keadaan semasa yang berlaku mutakhir ini, maka Perdana Menteri Pak Lah Badawi membuat satu keputusan drastik tentang perubahan "portfolio" dalam kabinetnya. Berkuatkuasa serta merta beliau kini mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan dan Najib Razak menggantikannya sebagai Menteri Kewangan I. Satu keputusan yang bakal mengundang seribu persoalanan dalam kemelut politik yang kian melanda sekarang. Sesungguhnya, tidak pernah berlaku dalam sejarah tiba-tiba sahaja jawatan penting dan utama dalam kabinet ditukar serta merta.

Sesungguhnya apa yang kita jangkakan selama ini "Kerajaan Bakal Bertukar" sememangnya bakal menjadi kenyataan. Biarpun ia dinafikan oleh pemimpin kerajaan. Dalam sidang medianya semalam Anwar begitu yakin tentang perubahan yang akan berlaku. Beliau juga menyatakan telah mendapat sokongan yang cukup dalam usaha untuk mengambil alih kerajaan Malaysia daripada Barisan Nasional. Pakatan Rakyat sememangnya sudah bersedia sekarang !!. Anwar menunggu perundingan dengan Pak Lah untuk proses peralihan kuasa secara aman dan teratur. Inilah sebenarnya kehendak rakyat, yang sudah muak dan jelek dengan segala kebobrokan yang berlaku dalam kerajaan sejak sekian lama.

Anwar berkali-kali menyatakan bahawa Pak Lah perlu menyerahkan kuasa kepada rakyat kerana "suara rakyat suara keramat". Kejatuhan besar kerajaan BN kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu jelas sekali yang rakyat mahukan perubahan. Sesungguhnya "rakyat adalah hakim negara" dan Pak Lah harus menerima hakikat ini. Apakah lagi yang beliau boleh lakukan sekarang. Setakat membawa lari beberapa ahli parlimen BN ke luar negara bagi menggagalkan "16 September", sebenarnya itu tidak cukup bagi Pak Lah untuk menggagalkan usaha ini.

Justeru itu, sebagai pemimpin yang bermaruah beliau seharusnya menerima takdir yang kerajaan BN sudah ditolak rakyat. Dalam pakatan BN sendiri kini, seolah-olah wujud desakan supaya Pak Lah berundur, apatah lagi dari kalangan pemimpin UMNO sendiri. Banyak masalah dan tindakan tidak wajar telah dilakukan. Kemuncaknya ialah isu penahanan beberapa orang individu dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini. Inilah kemuncak yang menjurus kearah penentangan terhadap Pak Lah sebenarnya. Beliau sepatutnya sedar akan kesilapan itu, memohon maaf secara terbuka dan melepaskan jawatanya. Namun, kerana gusar dengan masa hadapan, akhirnya Pak Lah masih mahu terus berkuasa biarpun "hayat politik" beliau kini hanya tinggal "nyawa-nyawa ikan". Tekanan dari dalam dan luar perlu diambilkira dalam hal ini. Negara berada ditahap membimbangkan, dan beliau harus bertanggungjawab.

Apakah maknanya perubahan kabinet dilakukan secara tergesa-gesa ini. Dalam sidang media yang diadakan tadi, Pak Lah nampak gelisah tatkala mengumumkan perubahan jawatan kabinet itu. Apakah rasional beliau mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan itu?. Mungkinkan beliau "takut pada bayang-bayang sendiri" gara-gara tindakan Pakatan Rakyat ingin mengadakan pertemuan dengannya bagi membincangkan soal pengambil alihan kuasa secara rundingan. Beliau menafikan ada menerima surat tentang perkara ini, dan memperli Anwar kononnya mantan TPM ini hanya berangan-angan dan berkhayal semata-mata. Namun, harus diingat Anwar jarang "gagal" dalam apa yang dikatakannya. Sebelum pilihanraya umum lalu, beliau mengatakan Pakatan Rakyat akan menang besar dan ternyata 5 negeri berjaya ditakluk bahkan 82 kerusi parlimen jatuh ke tangan pakatan pembangkang itu.

Begitu juga sebelum pilihanraya kecil Permatang Pauh, Anwar yakin akan meraih kemenangan dengan majoriti besar. Ia dinafikan oleh para pemimpin kerajaan serta sekutu-kutunya termasuk media masa. Namun akhirnya terbukti Anwar menang dengan majoriti lebih besar. Kini, kenyataan beliau bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil alih kepimpinan negara. Maka apakah kenyataan ini adalah "omongan kosong"? Mana mungkin seorang pemimpin boleh berkata demikian andainya tiada bukti dan kenyataan. Cuma, bukti yang diharapkan oleh kerajaan tidak mungkin didedahkan demi keselematan dan menjaga kesetiaan Ahli Parlimen BN yang bakal menyertai Pakatan Rakyat itu. Inilah yang menggusarkan Pak Lah, pabila Anwar mengatakan Pakatan Rakyat sudah bersedia dan sokongan undi untuk mengambil alih kuasa sudah cukup sekarang.

Apa yang pasti kini. Apakah tindakan Pak Lah menggantikan Najib di Kementerian Pertahanan membuktikan serta menjadi "satu amaran" bahawa "Darurat" bakal berlaku bila-bila masa dari sekarang. Jika tidak mengapakah beliau beriya-iya benar untuk memegang kuasa tentera itu?. Sebelum ini, kita pernah mendengar pihak tentera mengadakan latihan bersama dengan polis. Ramai yang tertanya-tanya akan hal ini, namun ia dinafikan oleh pihak kerajaan. Namun jika dilihat senario ini, kebarangkalian untuk itu semakin terserlah. Langkah Pak Lah untuk memegang kuasa tentera menjadikan kedudukannya "selamat" sekarang. Beliau mungkin tidak yakin dengan Najib kerana umum mengetahui Najib dan Mahathir kini dalam usaha untuk mendesar agar peralihan kuasa berlaku segera. Justeru itu mungkin Pak Lah takut, jika Najib yang memegang kuasa tentera. Jika andainya diisytiharkan "darurat" maka pasti Najib yang akan berkuasa. Pak Lah akan terduduk sekiranya ini berlaku. Beliau mungkin melihat contoh yang pernah berlaku di Thailand, Pakistan serta lain-lain negara di dunia ini.

Justeru itulah, bagi membolehkan dirinya berada dalam situasi selamat akhirnya beliau terpaksa mengambil alih juga Kementerian Pertahanan secepat mungkin. Ini berlaku dan ia bakal menjadi satu sejarah dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. Apakah satu lagi keputusan drastik akan berlaku selepas ini. Marilah kita sama-sama berdoa supaya keadaan kita akan tetap selamat walau apa jua yang bakal berlaku selepas ini. Apakah Anwar akan mengadap yang Di Pertuan Agong dalam masa terdekat ini bagi memaklumkan proses peralihan kuasa?. Sama-sama kita nantikan detik bersejarah ini.

Langkah Pakatan selanjutnya - mengadap Agong

Pemimpim Pakatan Rakyat akan mengadap Yang di-Pertuan Agong sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi enggan bertemu mereka untuk membincangkan peralihan kuasa secara aman dari Barisan Nasional.

Ketua Penerangan PKR, Tian Chua berkata, ini akan berlaku dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

“Kita telahpun berkata, kita mempunyai jumlah (ahli parlimen) yang cukup, dan Datuk Seri Anwar Ibrahim baru tadi mendedahkan bahawa kita mendapat lebih daripada 31 ahli parlimen BN,” kata Tian, merujuk kepada sidang akhbar penasihat PKR itu jam 2 petang tadi.

Sekiranya mereka bertemu Abdullah tetapi beliau enggan meletak jawatan, Tian berkata, Pakatan mungkin mendapat campurtangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, untuk memujuk beliau supaya berbuat demikian.

“Seboleh-bolehnya, kami akan cuba mengelak membabitkan Yang di-Pertuan Agong,” kata Tian ketika dihubungi.

‘Sudah ada 116 MP’

Awal pagi ini, AFP memetik Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli sebagai berkata, Pakatan Rakyat akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan mandat untuk memerintah, sekiranya Abdullah enggan bertemu mereka.

Menurutnya, isu pelantikan perdana menteri dan pertukaran kerajaan membabitkan peranan baginda.

Dr Hatta mendakwa, Pakatan kini mendapat sokongan dari 116 ahli Parlimen. Ini bermakna 35 ahli parlimen kerajaan telah menyertai Pakatan.

Dalam sidang akhbar hari ini, Anwar berkata, beliau telah mendapat lebih daripada 31 ahli parlimen dari BN, yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan baru dan menggesa Abdullah supaya tidak menguatkuasakan undang-undang darurat untuk menghalang peralihan kuasa.

Anwar bagaimanapun tidak mendedahkan nama ahli-ahli parlimen BN terbabit.

Selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu, Anwar telah menetapkan 16 September sebagai tarikh untuk menarik sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen kerajaan menyertai Pakatan untuk memulihkan beliau menubuhkan kerajaan baru.

Selasa, September 16, 2008

Pakatan Rakyat majoriti mencukupi untuk tubuh kerajaan

Hari ini rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia- hari di mana negara kita menjadi satu dan rakyatnya bersatu. Hari ini mempunyai makna baru. Selepas bertahun berjuang, melawan sistem yang dilanda dan mengabaikan prinsip keadilan- kita sekarang berada diambang kemenangan.

Hasrat kita untuk membina semula negara dan menyatu padukan rakyat Malaysia sebagaimana yang dicita-citakan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan sudah semakin dekat.

Keadaan ekonomi yang merudum jatuh dengan kadar pengangguran dan inflasi yang tinggi telah menyebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang meluap-luap. Hubungan antara kaum menjadi tegang, diburukkan lagi dengan propaganda oleh media yang dikawal oleh kerajaan. Pentadbiran sekarang gagal untuk menawarkan jawapan buat negara kita keluar dari kedudukan sukar ini.

Pakatan Rakyat yakin dapat menyelamatkan Malaysia dari masalah ekonomi dan politik berbaur perkauman. Kami akan melaksanakannya secara bertanggungajwab, menuruti prinsip undang-undang dan tidak akan sama sekali menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara dan rakyat negara ini.

Pakatan Rakyat kini memiliki majoriti yang selesa untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang stabil. Kerajaan baru yang mencerminkan masyarakat Malaysia yang majmuk.

Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam.

Dengan mandat ini kami bertekad untuk melaksanakan peralihan kuasa yang aman. Kami tidak ingin berulangnya peristiwa yang berlaku sewaktu mengambil alih kuasa di negeri Perak dan Selangor, di mana dokumen milik kerajaan negeri di lupuskan oleh pentadbiran terdahulu.

Kami mengingatkan kepada elemen radikal di dalam Barisan Nasional agar tidak menyalahgunakan kuasa serta menahan para penyokong Pakatan Rakyat. Penyiasatan yang dibuat secara tergesa-gesa oleh BPR terhadap Dato Seri Yong Teck Lee selepas mengumumkan akan membuat undi tidak percaya terhadap Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan di antara taktik yang kita tolak. Penggunaan ISA terhadap Ahli Parlimen Teresa Kok merupakan contoh untuk menghalang perubahan dengan tidak mengikut lunas-lunas perundangan.

Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam dan kami menuntut beliau memberi perhatian terhadap beberapa perkara seperti berikut :

1) Agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan;

2) BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan ahli parlimen yang berhasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat atau ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 82 itu;

3) Kerajaan BN tidak seharusnya menggunakan kuasa darurat, kuasa polis, atau menggantung perlembagaan mahupun membubarkan parlimen di dalam usaha mereka untuk menghalang Pakatan Rakyat dari berkuasa;

4) Dan Kerajaan Barisan Nasional tidak membuat sekatan jalan raya dan menghalang ahli parlimen, dari memasuki parlimen dan juga institusi-institusi kerajaan lainnya.

Kami yakin Perdana Menteri berkongsi keperihatinan yang sama terutamanya berkenaan kebajikan rakyat dan keselamatan negara. Kami percaya beliau akan memastikan Barisan Nasional bertindak mengikut perlembagaan dan prinsip-prinsip demokratik demi memastikan peralihan kuasa yang aman, serta tiada tindakan sabotaj untuk menghalang hasrat rakyat ataupun menggunakan retorik berbaur perkauman.

Kami menyeru masyarakat di semua lapisan agar memahami hasrat kami semata-mata untuk kebaikan negara ini. Saya juga ingin mengingatkan media massa jangan lagi berada di dalam penafian dengan meneruskan propaganda bahawa kami berbohong. Kita sekarang berada dalam era baru maka saya menyeru media massa meninggalkan tabiat lama dan mengambil iltizam untuk meningkatkan professionalisme kewartawanan.

Selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, kami berhasrat untuk meneruskan gerak kerja kami sebagaimana yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan di dalam kami membentuk kerajaan baru dengan perkenan Yang Di-Pertuan Agong.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

PETALING JAYA, MALAYSIA, 16 SEPTEMBER 2008

Tukar kerajaan bukan angan-angan Mat Jenin - Tuan Guru Nik Abdul Aziz

KOTA BHARU, 16 Sept (Hrkh) - Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kata kerajaan baru karut. Manakala ada pemimpin parti lain pula sebut jangan jadi angan-angan Mat Jenin.

Mengulas perkembangan itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pertukaran kerajaan bukan sekadar gimik politik.

"Usaha ke arah membentuk kerajaan baru pada 16 September dengan diketuai Parti Keadilan Rakyat tidak boleh disifatkan sebagai angan-angan Mat Jenin.

"Ini kerana istilah angan-angan Mat Jenin itu tidak ada pada orang politik," katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian sambutan ulang ke-18 Tabung Serambi Mekah di sini, hari ini.

Perdana Menteri hari ini dilaporkan berkata, rancangan Pakatan Rakyat menubuh kerajaan baru 16 September sebagai karut dan ia seumpama cerita kosong.

Manakala ada pemimpin lain pula menyebut jangan jadi macam Mat Jenin jika kerajaan baru tidak berteraskan Islam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pemerintahan diterajui Umno dan BN sekarang tidak menunjukkan matlamat yang jelas sama ada menuju pemerintahan Islam atau mengamalkan demokrasi.

"Kerja-kerja Umno dan rekod buruknya menjadikan parti itu Islam pun tidak, demokrasi pun tidak," katanya.

Oleh itu beliau berkata, mengapa Umno tidak menukar dasarnya seperti dilakukan PAS di Kelantan melaksanakan polisi pentadbiran mengikut kehendak Islam sejak lebih 18 tahun lalu.

PM perlu letak jawatan tanpa tunggu peralihan kuasa - Ku Li

KOTA BHARU, 16 Sept (Hrkh) - Seorang lagi pemimpin Umno tampil mendesak Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan tanpa menunggu peralihan kuasa Jun 2010 kerana sudah terbukti tidak mampu mengurus negara.

Anggota parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa keadaan politik negara sekarang semakin teruk dan tidak menentu.

"Mana orang yang tidak mampu memimpin berhentilah, itu aje.. Saranan saya supaya rakyat dapat cari keselesaan dalam kehidupan dan mendapat pembelaan.

"Tidak boleh lagi hendak main sana sini, ini bukan masanya. Tumpulah kepada rakyat," katanya pada persidangan media di kediaman di sini, hari ini.

Sebelum sidang media berlangsung ada wartawan dan anggota polis cawangan khas yang hadir menjangka Ku Li bakal mengumumkan sesuatu yang mengejutkan, sebaliknya ia menjadi luahan kecewa terhadap Perdana Menteri.

Sebelum ini Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan mahu peralihan kuasa dipercepatkan kerana tempoh Jun 2010 terlalu lama.

Ku Li yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang berkata, masalah rakyat sekarang semakin terdesak kerana harga barang keperluan harian melambung tinggi berikutan kenaikan harga minyak, Jun lalu.

"Sekarang tidak ada sesiapa yang hendak fikirkan masalah rakyat. Saya dengar banyak cerita sekarang. Ada laporan menyebut banyak duit dibawa ke luar negara dan modal pun tidak datang lagi ke Malaysia.

"Pasaran saham merudum. Nilai ringgit berbanding dengan Dollar Amerika juga jatuh teruk, pasaran eksport kita terjejas.

"Harga kelapa sawit minggu lepas RM3,600 satu tan metrik dan minggu ini sudah jatuh kepada RM2,200 setan. Rakyat susah dan keadaan ekonomi teruk," katanya.

Ditanya mengenai perletakan jawatan Dato' Zaid Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri katanya, baguslah kalau letak jawatan dan tidak terima pujukan Perdana Menteri supaya kekal di jawatan itu.

"Selepas saya lawan Dr Mahathir pada 1987 dan kalah saya meletak jawatan sebagai menteri, biar pun ditawar dengan jawatan menteri tak berpotfolio, saya tidak terima.

"Saya tidak terima kepemimpinan yang ada pada masa itu. Kalau sesiapa yang tidak setuju dengan cara dan kepemimpinan yang ada sekarang lebih baik berhenti," katanya.

Mengenai penahanan pemimpin Pakatan Rakyat dan blogger serta seorang wartawan di bawah ISA baru-baru, Ku Li berkata, beliau tidak tidak bersetuju dengan tangkapan itu.

Menurutnya ia seolah-olah satu mainan dengan menidakkan hak rakyat dengan mengurung mereka.

"ISA dibuat untuk lawan Komunis dan subversif yang boleh membawa kemudaratan kepada negara bukan di atas alasan lain. Kalau saya berkuasa saya akan bebas semua yang ditahan. Tidak boleh aniaya seseorang," tambahnya lagi.

Ahad, September 14, 2008

Berbuka bersama Jawatankuasa Perhubungan Negeri


Hari ini giliran Bahagian Nibong Tebal sebagai tuan rumah Mesyuarat Perhubungan Negeri. Mesyuarat bermula sejak 4.30 petang dan berakhir hampir pukul 7 malam. Memandangkan mesyuarat berlangsung pada bulan Ramadhan, Jawatankuasa Perhubungan Negeri disajikan dengan juadah berbuka di perkarangan Pejabat PKR Bahagian.


AJK Bahagian turut dijemput bagi memeriahkan majlis berbuka. Turut hadir ialah Pengerusi Perhubungan Negeri; Dato' Zaharain Mohd Hashim, Pak Mus, Dr. Mansor dan Yang Berhormat-Yang Berhormat DUN dan Parlimen serta pimpinan negeri.

Khamis, September 11, 2008


JAKIM & PPIM dah sahkan roti 'HIGH 5' dicampur minyak BABI dari Jerman.


Sila rujuk Malay Mail 7 Sept 2008


Bukan setakat roti jenama hi-5 tapi semua keluaran Silver Bird Group Berhad (Parent Company depa). Silver birds juga bekalkan produck untuk syarikat direct selling Cosway! Yang paling tak syok, fatty chemical depa import dari Israel jenama 'Dubur'!






Selasa, September 09, 2008

AMK PP pesan pada Gerakan: ‘dont miss a boat’

KUALA LUMPUR, 9 SEPTEMBER (SK) - Ketua Angkatan Muda Pulau Pinang, Yusmadi Yusoff, mempelawa Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) bagi menyertai Pakatan Rakyat negeri Pulau Pinang.
Mengulas mengenai tindakan Gerakan Pulau Pinang yang memutuskan hubungan dengan Barisan Nasional negeri berkenaan, Yusmadi berkata, tindakan berkenaan sepatutnya dilakukan lebih awal lagi tanpa menunggu riaksi kenyataan Ahmad Ismail.
“Gerakan sepatutnya perlu sedar dari awal bahawa perjuangan politik perkauman bukanlah asas dan dasar perjuangan Gerakan itu sendiri lebih untuk politik pelbagai kaum sebagai dasar parti,” katanya ketika dihubungi pagi ini.
Malam tadi, Pemangku Presiden Gerakan, Dr Koh Tsu Koon selepas satu mesyuarat tergempar parti itu bertindak memustuskan hubungan dengan BN negeri, ekoran sidang akhbar yang diadakan oleh ketua Umno Bukit Bendera, Ahmad Ismail di mana seorang pemimpin Umno bertindak mengoyak gambar bekas ketua menteri, Dr Koh Tsu Koon.
Menurut Yusmadi lagi, dalam situasi sekarang, Gerakan sepatutnya mengambil kesempatan dengan kewujudan KeADILan dibawah kepimpinan Anwar Ibrahim yang terbukti secara kosisten untuk membela nasib rakyat tanpa mengira sebarang kaum.
“Saya menyeru dengan segera supaya Gerakan bersama-sama KeADILan untuk memberi harapan baru kepada rakyat malaysia dan yang lebih penting,perubahan telah berlaku dan sedang berlaku dan ‘dont miss a boat’,” katanya lagi.

Tumbangkah 'kerajaan tiga beranak' 16 September ini?


Wan Nordin Wan Yaacob


Walaupun mungkin '16 September' bukanlah tarikh yang bakal menjadi tarikh keramat perubahan kerajaan yang dihasratkan Pakatan Rakyat dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato'Seri Anwar Ibrahim, namun umum tidak lepas dari membincangkan pro dan kontra peralihan kerajaan.

Pelbagai pandangan disuarakan pelbagai peringkat pemimpin, dari kerajaan hingga pembangkang yang rata-ratanya dilihat begitu teruja untuk mengulas isu '16 September' dan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi paling 'tegas' menyatakan ia tidak akan terjadi.
Begitupun, Anwar bersama Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tegas dengan pendirian bahawa perubahan perlu berlaku, dan proses ke arah pembentukan kerajaan baru itu bagi mereka mengikut landasan yang telah ditetapkan.
Seperti kata Husam, bahawa perubahan kerajaan kepada kerajaan baru ini adalah amat penting kerana ia adalah berdasarkan kepada 'mood' rakyat yang tercerna ketika ini yang rata-ratanya bosan dengan kelemahan pemerintahan Abdullah.
Abdullah paling jelek di pandangan mata rakyat apabila kerap kali dikaitkan dengan isu pentadbiran berasaskan 'tingkat 4' seperti kata Tun Mahathir Mohamad bahawa Abdullah berpaksikan menantunya, Khairy Jamaluddin.
Namun pandangan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali yang kurang yakin dengan tarikh '16 September' tidak perlu dipinggirkan memandangkan Mustafa berpengalaman bersama-sama Perikatan membentuk kerajaan tanpa pilihan raya (dengan penggabungan) pada tahun 1973.
Namun secara umumnya, PAS sendiri seperti kata Mursidul Amnya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa parti itu tidak terikat dengan tarikh-tarikh tertentu tetapi komited ke arah perubahan kerajaan menggantikan kerajaan yang ada hari ini.
Menarik jika diselami kenyataan Husam yang menyimpulkan semua ramalan dan rumusan berhubung 16 September dengan sebaris ayat 'Pakatan Rakyat adalah manifestasi rakyat untuk melihat kerajaan yang lebih adil bersih dan baik'.
Pastinya, seluruh mata akan tertumpu kepada tanggal 16 September ini yang jatuh pada hari Selasa bersamaan 15 Ramadan, samada sejarah akan tercipta dengan Anwar akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri atau sebaliknya.
Namun terdengar di telinga penulis, rakyat pastinya mahukan perubahan kerana perubahan sahajalah yang boleh membawa sedikit sinar baru dalam perjalanan hidup mereka yang 'rebah' kerana kepintaran pengurusan ekonomi 'kerajaan tiga beranak'. - mks._

Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup..

Renung-renungkan dan selamat beramal….

Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah....... Aku bertanya pada Ibu. 'Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dari Umrah....?' Maklum, ini pertama kali aku ber Umrah. Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya. Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah di bulan July 2007 yang lalu. Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah. Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumaat di depan Kaabah. Jadi aku punya kesempatan untuk bertanya tentang Umrah. Ibu berkata...'Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup..'

Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?'
Ibu tersenyum.. 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?'
Saya menggelengkan kepala.

'Panggilan pertama adalah Azan', ujar Ibu. 'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti'.

Saya terdiam.... .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat kerana meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah....... ..

Ibu melanjutkan, 'Shinta, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji. Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkankesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. J alan nya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.

Mata saya semakin berkaca-kaca. ........Subhanal lah...... .saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. ......Alhamdulill ah...

'Dan panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN. Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Kerana itu Shinta, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. .. Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah syurga adalah balasannya.. ....'

Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah kerana kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya. ....
Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat..... .....Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam........

UNTUK RENUNGAN DAN TINDAKAN BERSAMA

Salam dan Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Rasulullah (SAW)
Selamat membaca, moga kita tidak akan tersasar drpd kebenaran.
"Bukan suatu paksaan untuk di sebarluaskan" "Saling mengingatkan sesama bukanlah hal membinasakan''


Ini sesuatu yang sangat bagus untuk diamalkan ........
Rasulullah SAW bersabda, 'Bila seorang anak Adam wafat, maka amalnya terputus kecuali tiga hal iaitu:-
1] Sadaqah jariah
2] Ilmu yang bermanfaat
3] Anak shalih yang mendoakannya. (HR. Muslim, Abu Dawud , At-Tirmidzi , Nasa'i dan Ahmad)


SADAQAH JARIAH - KEBAJIKAN YANG TAK BERAKHIR
(AL SADAQAT AL JARIYAH - THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU)

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, anda mendapatkan hasanah
(Give a copy of Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat)
2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda dapat hasanah
(Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat)
3. Berbahagi bacaan yang berfaedah dengan seseorang
(Share constructive reading material with someone)
4. Bantu Pendidikan seorang anak
(Help in educating a child)
5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah
(Teach someone to recite a doa . With each recitation, you will gain hasanaat)
6. Berbahagi CD Quran atau Do'a
(Share a doa or Quran CD)
7. Libatkan dalam pembangunan sesebuah masjid tenaga atau harta
(Participate in the building of a mosque thru wealth or strength)
8. Letakkan pendingin air di tempat umum
(Place a water cooler in a public place)
9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, anda dapat hasanah
(Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat)
10. Kirimkan mesej ini kepada orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.
(Share this with someone. If one person applies any of the above you will receive your hasanaat until the Day of Judgment)

“moga ada ruang pahala untuk Allah berikan padaku….
Semoga berat timbangan pahala ku di Mizan kelak….
dan moga Allah jauhkan kita dari dosa dan azab api neraka…
mudah-mudahan didunia pun kita sudah berada diatas landasan jalan Allah ….
sebelum kita menyahut panggilan ketiga dan alam akhirat…..Amin….”

Isnin, September 08, 2008

Renungan - AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."

Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turununtuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu.Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ' kan ?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" . Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.

Khamis, September 04, 2008

Petugas PRK P44 Berbuka Puasa


Sungai Bakap, 3 Sept. - KeADILan Bahagian Nibong Tebal menganjurkan Majlis Berbuka Puasa kepada petugas-petugas Pilihan Raya Kecil P44-Permatang Pauh dan Pengerusi JKKK. Walaupun Dato' Seri Anwar telahpun membuat kenduri kesyukuran di atas kemenangannya, Bahagian Nibong Tebal ingin menzahirkan penghargaan kepada seluruh jentera parti yang membantu kemenangan Dato' Seri Anwar dengan mengadakan majlis tersebut.


Majlis tersebut diadakan di Surau Al-A'tiah (bersebelahan kediaman YB Ustaz Mokhtar). Selain berbuka, para hadirin turut mengerjakan solat Tarawih berjamaah. Selesai bertarawih, hadirin disajikan sedikit moreh.

Rabu, September 03, 2008

54 Ahli Parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat?

Selepas Pilihan Raya Umum ke-12, pembangkang yang terdiri daripada PAS, KeADILan dan DAP telah membentuk sebuah gagasan yang dinamakan Pakatan Rakyat. Buat kali pertama di dalam sejarah Malaysia pembangkang memenangi kerusi Parlimen terbanyak iaitu 82 kerusi sekaligus menawan 4 buah negeri serta mengekalkan kerajaan negeri Kelantan.

Lantas Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim membayangkan Pakatan Rakyat bakal menerajui negara pada 16 September 2008. Pada masa itu para Menteri termasuk juga Perdana Menteri dan Timbalannya seolah-olah mempersendakan hasrat Dato' Seri Anwar Ibrahim. Pelbagai kata-kata sindiran diluahkan, antaranya "pembangkang hanya bermimpi di siang hari..", "omong kosong pihak pembangkang."

Pakatan Rakyat hanya memerlukan sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen untuk membentuk Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri perlu dilantik dari kalangan Ahli Parlimen.

Menurut permuafakatan parti komponen Pakatan Rakyat telah memilih Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sebagai Perdana Menteri apabila Pakatan Rakyat menerajui Negara. Ahli Parlimen BN yang ingin menyertai Pakatan Rakyat juga mengharapkan DSAI memasuki Parlimen terlebih dahulu sebelum mereka mengisytiharkan keluar dari BN.

Pada 28 Ogos semasa DSAI mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, Pak Lah mengajak semua Ahli Parlimen BN keluar dewan (kononnya tidak menerima kemenangan DSAI). Tetapi malangnya, 54 Ahli Parlimen BN tidak menuruti arahan pemimpin mereka. Difahamkan dari kalangan 54 Ahli Parlimen inilah yang akan menyertai Pakatan Rakyat.

Kini masa yang dinanti telah tiba, DSAI sudah menjadi Ahli Parlimen. Maka pemimpin-pemimpin BN mula resah gelisah dan serba tak kena dibuatnya, mereka mula membayangkan kejatuhan BN semakin hampir. Sehinggakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir menyatakan di dalam satu majlis bahawa beliau akan meninggalkan negara sekiranya DSAI menjadi Perdana Menteri. Sekiranya mereka tidak melakukan kesalahan mengapa perlu takut...

Ketika berita ini ditulis, sumber menyatakan 43 Ahli Parlimen BN telah memberikan jaminan akan keluar BN dan menyertai Pakatan Rakyat.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB