BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Selasa, November 30, 2010

Ceramah Perdana

Tarikh : 30 November 2010 (Selasa)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Dewan Persatuan Penduduk, Fasa 2 Bandar Tasek Mutiara (Belakang Pasaraya 800)

Penceramah :
  1. YAB Lim Guan Eng
  2. Hj. Mat Sabu
  3. Che'gu Bard
Majlis dirasmikan oleh YB Hj. Maktar Shapee

Anjuran :
-Pejabat ADUN Sungai Bakap
-Pakatan Rakyat Kepala Gajah
-AMK Nibong Tebal
-JKKK Kawasan

Orang ramai dijemput hadir...

Promo ‘Ketuanan Rakyat’ bukannya ‘Ketuanan Melayu’, Anwar nasihati Pakatan

Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Pakatan Rakyat memperluaskan mesej konsep “Ketuanan Rakyat” di kalangan pengundi di negeri-negeri dikuasai perikatan tiga parti itu ekoran serangan Umno mengenai isu itu sejak Sabtu lalu.

Mengambil pendirian isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail iaitu Presiden KEADILAN, yang dilontarkan Sabtu lalu, Ketua Umum Pakatan Rakyat ini mendakwa konsep “Ketuanan Melayu” telah diputarbelitkan oleh beberapa pemimpin elit dari Umno-BN.

“Tanggungjawab negeri-negeri (pimpinan Pakatan Rakyat) ialah untuk menegaskan pendirian dalam soal konep Ketuanan Rakyat,” kata Anwar dalam ucapan penutup Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri kerajaan negeri Pakatan Rakyat di sini malam tadi.

“Ungkapan Ketuanan Melayu telah diputarbelitkan oleh satu kumpulan yang kaya raya dan orang Melayu yang berkuasa. Mereka kaya kerana dasar-dasar pro-Melayu,” katanya.

Dalam ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR Sabtu lalu, Dr Wan Azizah berkata, konsep Ketuanan Melayu harus “ditinggalkan” kerana ia hanya memperdayakan bangsa Melayu sendiri.

Beliau berkata, konsep tersebut hanya digunakan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan orang Melayu.

“Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai demi kepentingan diri sendiri. 

“Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi. Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Melayu dan Bumiputera, masih tetap terabai,” katanya.

Menurut Dr Wan Azizah, orang Melayu dan Bumiputera di negara ini sedang mengalami nasib hidup yang sangat menyedihkan.

Bagaimanapun seruan itu didakwa Umno sebagai usaha untuk meraih sokongan bukan Melayu selain cuba mengalih perhatian rakyat daripada masalah dalaman parti itu.

Antaranya, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata justeru rakyat harus berwaspada dengan strategi terbaru parti pembangkang tersebut yang cuba “menggula-gulakan” anggota bukan Melayunya,

Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) pula menyifatkan Dr Wan Azizah sebagai “kacang lupakan kulit” kerana meminta agar konsep “Ketuanan Melayu” ditolak.

Ketua Pemuda Perkasa Arman Azha Abu Hanifah turut menyifatkan Dr Wan Azizah sebagai “pelacur politik” apabila sanggup menolak konsep tersebut semata-mata mahu meraih simpati dan sokongan daripada orang bukan Melayu.

Dalam ucapannya malam tadi, Anwar juga menegaskan Pakatan Rakyat tidak cukup efektif dalam menyampaikan mesej mereka kepada rakyat jelata.

“Kita tidak efektif dalam menjelaskan pendirian dan tindakan kita kepada rakyat,” kata Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

“Penetrasi Internet terletak di kawasan bandar dan pinggir bandar, bukannya di kawasan-kawasan luar bandar,” kata beliau sambil menambah, pemimpin-pemimpin KEADILAN telah menyuarakan keprihatinan mereka mengenai halangan dihadapi dalam menyebarkan maklumat kepada rakyat khususnya selepas Suara Keadilan digantung permit penerbitan.

Malah Anwar juga menekankan gesaan Penasihat DAP Lim Kit Siang agar pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat merapatkan semula hubungan di sebalik spekulasi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kemungkinan akan memanggil pilihan raya umum awal tahun depan.

“Saya bersetuju dengan Kit Siang bahawa sudah sampai masanya kita ada konsensus dan perpaduan,” kata beliau.

Kata Anwar, Pakatan Rakyat akan berhadapan dengan risiko sekiranya wujud unsur kesangsian dalam parti dan perikatan.

“Jadi kita minta diwujudkan semangat konsensus dalam kerajaan negeri Pakatan,” kata beliau.

Ketika merasmikan Konvensyen DAP Selangor Ahad lalu, Lim memberi amaran Selangor akan berhadapan dengan nasib PAS di Terengganu pada 2004 jika tidak kekal bersatu.

Anwar juga mendakwa pentadbir kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak dibenarkan memasuki sekolah.

“Beliau mungkin menteri besar, tetapi tidak dibenarkan memasuki mana-mana institusi pendidikan atau sebarang sekolah,” kata beliau.

Ketua Umum KEADILAN ini juga membidas kerajaan pusat kerana enggan menyalurkan dana terus kepada kerajaan-kerajaan negeri.

Resolusi Persidangan Menteri Besar / Ketua Menteri di Shah Alam 29 November 2010

Kami, Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat yang menyertai Persidangan Menteri Besar/Ketua Menteri pada hari ini, 29 November 2010 di Shah Alam, Selangor, telah memberi perhatian dan mengambil persetujuan atas semua pembentangan yang meliputi aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran.

Hasrat
Setelah mengambil kira hasrat pihak kami yang membentang dan menerima hasil perbincangan peserta persidangan yang begitu mendalam, bernas dan konstruktif berasaskan perkongsian pengalaman semua peserta, dengan ini kami menegaskan:
  • Untuk terus memimpin kerajaan negeri dan bertekad bagi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat;
  • Untuk mempraktikkan prinsip-prinsip pentadbiran yang terbuka, mengutama nilai-nilai berteraskan agama dan norma-norma yang disepakati bagi menzahirkan ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus cemerlang;
  • Untuk menentang dan membebaskan amalan rasuah dan salah urus dana awam serta memastikan pengurusan kewangan yang berhemat menurut prinsip integriti;
  • Untuk mengamalkan falsafah ekonomi yang adil dan saksama untuk semua lapisan rakyat, mengutamakan golongan miskin dan terpinggir ke arah mewujudkan masyarakat madani; dan
  • Untuk memastikan sumber kekayaan negeri diurus secara beramanah, lestari dan mengutamakan kesetabilan berterusan.
Janji
Kami, dengan ini berjanji di atas prinsip kesepakatan:
  • Membentuk sebuah pakatan ekonomi antara Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat;
  • Menyediakan persekitaran mesra pelaburan, tidak terlalu birokrasi dan tiada karenah pentadbiran (red-tape);
  • Melaksana apa-apa dasar pembangunan yang boleh disepakati bersama terutama dalam bidang sosial, ekonomi dan politik;
  • Meneruskan penambah-baikan pengurusan dan pentadbiran, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi menerusi penglibatan pemimpin, pembuat dasar dan pegawai-pegawai antara Negeri Pakatan Rakyat; dan
  • Memastikan amalan persefahaman dan kelunakan hubungan antara politicians dan pentadbir ke arah memantapkan hubungan kepimpinan parti dengan kerajaan negeri.
Komited
Kami selanjutnya komited untuk “meneruskan cita-cita rakyat” berpandukan satu set dasar awam dan agenda bertindak:
  • Mengurangkan peningkatan kos hidup khususnya kepada golongan masyarakat berpendapatan rendah;
  • Mengiktiraf hak rakyat menerima maklumat, dengan cara menggubal Enakmen Kebebasan Maklumat;
  • Mengiktiraf kepentingan untuk menangkis serangan media BN, dengan menubuh satu badan yang dilengkapi infrastruktur media yang boleh berkongsi berita antara Negeri Pakatan Rakyat;
  • Mengiktiraf hak rakyat untuk pemilikan tanah, dengan mempercepat proses pemberian hak milik tanah kepada yang layak;
  • Mengiktiraf hak rakyat menikmati prasarana sempurna demi keselesaan hidup, dengan cara meningkatkan kecekapan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan dan mana-mana agensi di bawah Kerajaan Negeri;
  • Memberi keutamaan kepada projek perumahan rakyat dengan peruntukan kewangan yang munasabah, menerusi penubuhan task-force perumahan di peringkat Negeri dan Daerah;
  • Menjamin ‘security’ makanan negeri, dengan cara amalan sistem pengagihan bantuan dan pengeluaran standard membantu nelayan, petani, dan penternak.
  • Memastikan pelaburan berlaku dalam projek-projek ekonomi, dengan cara Negeri Selangor menyediakan dana pemula (seed money) sebanyak RM10 juta dalam “dana kelab” (club deal) bagi membantu Negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain;
  • Mengiktiraf hak rakyat menggunakan kebebasan memilih, dengan mengusahakan pilihan raya kerajaan tempatan menjadi kenyataan;
  • Mencipta persekitaran yang berterusan dan didiami melalui persekitaran selamat, bersih, dan hijau.
Kami menyedari kebelakangan ini berlaku amalan Kerajaan Pusat yang semakin menghakis hak-hak negeri di sebalik pembuatan dasar-dasar yang tidak pro-rakyat; berlaku keterbatasan kuasa negeri di sebalik amalan federalisme yang mendiskriminasikan negeri; dan kami mengakui ada beberapa kekangan kuasa dalam berhadapan dengan kuasa Pusat.

Namun demikian, kami percaya dengan memiliki kepemimpinan yang baik dari segi visi dan arah tuju dalam mentadbir negeri, maka kami bersepakat untuk mewujudkan penyelarasan pelaksanaan dan perkongsian pengalaman serta pewujudan jawatankuasa bersama demi pembangunan negeri dan kemajuan rakyat.

Justeru siri forum berkala melibatkan exco dan pegawai masing-masing negeri akan dilaksanakan bagi meningkatkan komitmen ke arah meneruskan cita-cita Pakatan Rakyat, demi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat.

Adalah kami Menteri Besar/Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat menerima resolusi ini untuk dilaksanakan.

YAB Tan Sri Abdul Khaled Ibrahim,
Menteri Besar Selangor

YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan

YAB Tuan Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang

YAB Dato Seri Azizan Abdul Razak
Menteri Besar Kedah
 

Resolusi Shah Alam utamakan kerjasama negeri Pakatan

Pemimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat hari ini sepakat mengumumkan satu resolusi bagi mewujudkan penyelarasan daripada segi pelaksanaan, perkongsian pengalaman serta jawatankuasa bersama.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Resolusi Persidangan Shah Alam itu dicapai setelah mengambil persetujuan semua ketua negeri yang dikuasai Pakatan -- Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan dalam satu persidangan di Shah Alam hari ini.
khalid ibrahim 
Setiap ketua menteri dan menteri besar dari negeri berkenaan masing-masing membuat pembentangan kertas kerja meliputi aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran dalam persidangan berkenaan.

"Kami percaya dengan memiliki kepemimpinan yang baik dari segi visi dan arah tuju dalam mentadbir negeri, maka kami bersepakat untuk mewujudkan penyelarasan pelaksanaan dan perkongsian pengalaman,” kata Khalid yang membacakan resolusi berkenaan.

Resolusi berkenaan menggariskan lima janji penting – antaranya untuk membentuk satu "pakatan ekonomi" di antara kerajaan negeri-negeri di bawah Pakatan dan mengurangkan amalan birokrasi dalam pentadbirannya.

Kerjasama exco negeri Pakatan

Dokumen itu antara lainnya turut menyentuh usaha memperkukuhkan permuafakatan antara pemimpin Pakatan serta mengkaji usahasama yang boleh dijalankan antara anggota exco kerajaannya.

Resolusi berkenaan juga menetapkan janji untuk memastikan persefahaman dan kelunakan hubungan antara pemimpin politiknya dengan pentadbiran negeri, kata Khalid lagi dalam persidangan di kompleks perumahan kerajaan, Seksyen 7, Shah Alam, lewat malam semalam.
NONE 
"Justeru siri forum berkala melibatkan exco dan pegawai masing-masing negeri akan dilaksanakan bagi meningkatkan komitmen ke arah meneruskan cita-cita Pakatan Rakyat, demi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat," katanya lagi dalam ucapan perasmiannya itu.

Persidangan berkenaan merupakan yang kedua seumpamanya yang diadakan melibatkan ketua-ketua kerajaan Pakatan. Persidangan pertama telah diadakan di Mentalun Kedah pada 18 Januari tahun lalu.

Apa guna ketuanan Melayu jika pencuri pimpin negara

Tidak ada guna jika 'ketuanan Melayu' hanya diguna untuk mempertahankan pencuri dan perompak sebagai pemimpin negara," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sebaliknya beliau menegaskan, Melayu hanya akan terus menjadi tuan jika pemimpinnya bermaruah dan maruah orang Melayu adalah dengan Islam.

"Melayu akan terus jadi tuan kalau Melayu itu bermaruah, dan maruah orang Melayu adalah Islam.

"Tidak ada guna kita pertahan ketuanan Melayu, kalau pencuri jadi tuan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu 'ketuanan Melayu' yang  cuba ditanam oleh Umno dalam pemikiran orang Melayu.

Jelasnya, Umno bertindak demikian kerana hanya mahu mengekalkan kuasa mereka, dan mahu memugar kembali kepercayaan orang Melayu kepada parti itu yang sudah luntur.

Sedangkan katanya, yang menjadikan Melayu lemah adalah sikap pemimpin Umno sendiri yang merosakkan kepercayaan itu.

Kepercayaan itu bukan sahaja pudar di kalangan Melayu, malah turut terkesan kepada bukan Melayu.

Menyedari hakikat itu, PAS katanya membawa pendekatan dakwah agar orang Melayu bermaruah dengan Islam.

Hasilnya, PAS diterima sebagai tuan, bukan sahaja oleh Melayu malah bukan Melayu juga.

"Orang bukan Islam boleh terima pemimpin Melayu di kalangan PAS untuk jadi pemimpin dia.

"Orang bukan Islam boleh terima Tok Guru Nik Aziz jadi pemimpin dia di Kelantan, Datuk Seri Ustaz Azizan di Kedah, Datuk Seri Nizar di Perak dahulu," katanya.

Tidak menjadi 'tuan' selepas 53 tahun

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menegaskan bahawa konsep ketuanan Melayu tidak ada makna sekiranya majoriti rakyat termiskin negara ini masih terdiri daripada kaum Melayu selepas UMNO memerintah selama 53 tahun.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, daripada kajian yang dijalankan, terbukti 97 peratus daripada kira-kira 65,000 isi rumah termiskin seluruh negara terdiri daripada golongan Melayu-Bumiputera.:

Menurutnya, dengan adanya konsep Ketuanan Melayu serta diperkuatkan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB), masih belum mampu meningkatkan ekonomi orang Melayu kerana dasar tersebut menguntungkan sebilangan kecil orang Melayu sahaja.

Katanya, oleh kerana kegagalan pemimpin sekarang, penyelesaian kepada isu tersebut adalah meninggalkan konsep Ketuanan Melayu dan menghapuskan perbezaan etnik demi kepentingan bersama.

“Kita tidak nafikan kepentingan masa depan orang Melayu di negara ini, sebab itu pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) bersetuju menandatangani deklarasi bersama mempertahankan prinsip asal Perlembagaan negara.

“Kita bersetuju dengan hak-hak orang Melayu dan pada masa sama juga hak kaum lain turut terjaga,” katanya ketika sesi penggulungan pada Kongres Nasional ke-7, di sini, semalam.

Selain itu, Anwar turut mengingatkan perwakilan yang ada agar tidak lagi risau dengan dakyah pihak lawan yang menakutkan orang Melayu mengenai nasib mereka sekiranya PR menang pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, dakwaan sebegitu muncul kerana pihak lawan berasa takut dengan kebangkitan rakyat yang mahukan reformasi secara besar-besaran dan ini pasti akan diterjemahkan pada pilihan raya melalui undi.

“Bagi saya, baik saya hidup di bawah pemerintahan bukan Islam yang adil daripada pemerintahan orang Islam yang penuh dengan rasuah dan salah laku,” katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menasihatkan semua pemimpin dan ahli parti agar terus bersabar apabila diserang bertubi-tubi oleh pihak lawan.

Katanya, KEADILAN telah melalui pelbagai cabaran yang amat getir sehingga pernah disifatkan telah mati, namun Pilihan Raya Umum 2008 membuktikan KEADILAN kembali kuat dan menjadi parti masa depan negara.

“Sekarang adalah pusingan terakhir, sebab itu kita diserang hebat dari segenap arah, dari luar dan dalam.

“Tetapi saya bersyukur kita sudah berjaya membersihkan parti kita daripada pemimpin yang berniat lain daripada perjuangan sebenar KEADILAN,” katanya.
 

Melayu perolehi 70 peratus kontrak kerajaan P Pinang

Sistem tender terbuka yang dijalankan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah teraju Ketua Menterinya, Lim Guan Eng membuktikan bahawa kontraktor Melayu di negeri itu tidak 'lembik', apatah lagi 'dayus'.

NONEDi sebalik dakwaan negatif seumpama itu selama ini, Lim (pertama dari kanan) berkata, sistem berlandaskan prinsip Cekap, Akauntabiliti & Telus (CAT) yang menjadi pegangan pimpinan kerajaan negeri menunjukkan lebih 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu.

“Di Pulau Pinang, mana-mana kontraktor tidak perlu pakai kabel politik untuk dapat kontrak tetapi hanya pakai kabel komputer sebab kerajaan negeri mahu memartabatkan usahawan Bumiputera dengan tawaran tender secara terbuka menerusi e-perolehan dan kontraktor kelas F tidak perlu hanya datang dari Umno sahaja,

“Malah, program Titian Saksama Rakyat (PTSR) sebanyak RM3 juta untuk membiayai program perniagaan ekonomi kecil telah memberi manfaat kepada 356 peminjam dan 81 peratus daripada jumlah itu ialah usahawan kecil Melayu di Pulau Pinang,

second penang bridge 091108 pilling“Biarlah Umno dan BN menerusi lidahnya, Utusan Malaysia hari-hari cuba menggambarkan kerajaan Pakatan Rakyat dan saya anti-Melayu tetapi kita tahu kita memang memerintah berteraskan rakyat, berjiwa rakyat demi memartabatkan rakyat tanpa mengira kaum,” kata Lim dalam kenyataan baru-baru ini.

Pada masa yang sama, Kementerian Kerja Raya turut diminta untuk menambahkan bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang untuk projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang daripada 24.5 peratus sahaja buat masa ini kepada lebih 50 peratus pada masa depan, jelasnya.

NONETambahan sub-kontraktor daripada Pulau Pinang adalah perlu untuk memberikan peluang kepada sub-kontraktor Pulau Pinang mendapat peluang daripada projek RM4.5 bilion yang bertapak di negeri mereka sendiri, katanya.

Bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang yang kecil ini dinyatakan dalam jawapan Menteri Kerja Raya kepada Lim dalam jawapan bertulis di Parlimen baru-baru ini yang menjelaskan bahawa setakat 30 September 2010, seramai 106 sub-kontraktor telah dilantik oleh kontraktor utama bagi melaksanakan projek ini.

Daripada jumlah itu, seramai 26 sub-kontraktor atau 24.5 peratus sahaja merupakan kontraktor yang berdaftar di Pulau Pinang, katanya lagi.

second penang bridge 091108 artist impressionKerajaan Persekutuan menubuhkan syarikat khas, Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), iaitu anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan sebagai pemegang konsesi projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Pembinaan jambatan sepanjang 23.5 kilometer ini akan menghubungkan Batu Maung di Pulau Pinang dan Batu Kawan di Seberang Perai Selatan dan telah dimulakan pada tahun 2008 dan dijangka siap pada bulan November 2013.

Kontraktor- kontraktor utama yang terlibat dengan pembinaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini ialah Chec Contructions (M) Sdn. Bhd yang berasal dari Republik Rakyat China, UEM Builders Berhad, Cergas Murni Sdn Bhd., IJM Contructions Sdn Bhd., HRA Teguh Sdn Bhd.
 

Jumaat, November 19, 2010

Indeks Rasuah : Malaysia tercorot, UMNO/BN buat bodoh sombong

Imej Malaysia selama 53 tahun di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional telah mengalami kerosakan yang teruk di mana ia telah ditarafkan sebagai negara terburuk di Asia Pasifik oleh badan membanteras rasuah, Transparency International (TI) sejak 1995.

Dalam laporan terbaru TI, Malaysia telah diletakkan dikedudukan paling corot dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) sejak penilaian itu dibuat 16 tahun lalu.

Mendedahkan perkara ini di Parlimen, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata Malaysia telah jatuh dari tangga 23 daripada 41 negara pada 1995 dengan mata sebanyak 5.28 kepada kedudukan nombor 56 dengan mata sebanyak 4.4 pada tahun 2010.

Malaysia ketika itu berada di tangga ke enam sebaris dengan negara maju seperti New Zealand, Australia, Hong Kong, Singapura dan Jepun di kalangan negara Asia Pasifik.

"Selepas 16 tahun dan banyak kempen anti-rasuah dijalankan termasuk dua rang undang-undang anti-rasuah digubal dan mentransformasi Badan Pencegah Rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang melibatkan dana awam yang besar, Malaysia terus dihantui dengan penarafan CPI pada tangga ke-56 sama seperti tahun lalu tetapi dengan mendapat mata yang lebih rendah iaitu 4.4 dan di tangga ke-11.

"Dalam tempoh 16 tahun Malaysia telah kalah kepada lima negara di Asia Pasifik iaitu Taiwan (tangga ke-33 mata 5.8), Bhutan (36/5.7), Brunei (38/5.5), Korea Selatan (39/5.4) dan Macau (46/5.0).

"Malah negara yang dahulu berada di kedudukan paling bawah kini telah berada di tahap yang lebih baik tetapi kedudukan Malaysia terus jatuh," tegas Kit Siang ketika membahaskan usul di Parlimen minggu lalu untuk memotong RM10 daripada gaji Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamad kerana didakwa gagal dalam tugasnya membanteras rasuah.

Buktinya kata beliau, China berada pada tangga ke-40 dengan mata sebanyak 2.16 pada 1995 dan turun ke tangga 78 dengan mata 3.5 pada 2010.

Dengan mengambil kira peningkatan China dibandingkan dengan penurunan Malaysia, China dijangka melangkau Malaysia di segi kedudukan dalam CPI dan mata yang dicapai menjelang 2017.

Begitu juga Thailand yang ditaraf pada kedudukan 34 dengan skor 2.29 pada 1995 kini berada pada paras yang sama dengan China.

Malah India juga menunjukkan kesungguhan untuk menambahbaik dengan kedudukan 87 dengan skor 3.3 berbanding tangga ke-35 dengan mata sebanyak 2.78 pada 1995.

"Indonesia dilihat membuat kemajuan yang besar dalam usaha melawan gejala rasuah. Berada pada kedudukan paling rendah di paras 41 dengan skor 1.94 dalam CPI kini negara itu berada pada tangga ke-110 dengan skor 2.8 pada 2010.

"Malaysia juga kalah kepada negara lain seperti Turki dengan kedudukan ke-29 dan skor 4.4 pada 1995 tetapi sekarang bertambah baik di tangga ke-56 dengan skor 4.4.

"Keadaan begitu sedih sehingga Malaysia juga kalah kepada negara Timur Tengah umpamanya Jordan yang mencapai kedudukan ke-26 dengan skor 5.32 pada 1996 tetapi kali ini jauh meninggalkan  kita dengan kedudukan ke-50 dan mata sebanyak 4.7.

"Saudi Arabia juga telah maju dengan kedudukan pada tangga ke-46 dengan skor 4.5 pada 2003 (ketika itu Malaysia di tangga 37 dengan skor 5.2) tetapi kini mencapai kedudukan ke-50 dengan skor 4.7.

"Nampaknya sejak tempoh 16 tahun Malayia dilihat oleh dunia menjadi semakin korup walhal negara lain semakin kurang gejala rasuahnya," jelas Ahli Parlimen Ipoh Timur itu.

Kit Siang berkata walaupun dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang membabitkan usaha memerangi rasuah telah meletakkan sasaran skor CPI daripada 4.5 tahun 2009 kepada 4.9 namun ia gagal apabila skor negara jatuh kepada 4.4.

Paling menjengkelkan kata tokoh politik veteran itu apabila Menteri yang bertanggungjawab terhadap perlaksanaan Indeks Prestasi Utama (KPI) dan NKRA di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala cuba menyembunyikan kelemahan kerajaan dengan mengatakan penilaian TI tidak tepat.

"Pemandu mendakwa skor Malaysia dalam 'IMD World Competitiveness Yearbook' bertambah baik daripada skor 5.2 kepada 6.3 manakala markah dalam 'Political and Economic Risk Consultancy’s (PERC) Asian Intelligence Newsletter' negara menokok daripada 4.5 kepada 4.6 sementara dalam 'World Economic Forum’s (WEF) Global Competitiveness Report' Malaysia mencatat indeks daripada 4.45 pada 2009 kepada 4.975 tahun ini.

"Penilaian TI dalam merangka CPI tidak berubah daripada tahun-tahun sebelumnya. CPI Malaysia dikira menggunakan 9 sumber bebas seerti sebelumnya. Kecuali jika Pemandu juga mencabar kesahihan CPI terdahulu, ia tidak boleh mempertikaikan CPI bagi 2010," ujar Kit Siang lagi.

Beliau kesal dengan sikap dua Menteri kerajaan Umno-BN, Datuk Seri Nazri Aziz dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon  yang sepatutnya merasa bimbang mengenai kedudukan CPI terbaru Malaysia tetapi sebaliknya mereka tidak mengendahkannya langsung.

Kit Siang menambah belanjawan untuk SPRM juga telah meningkat daripada RM76.4 juta pada tahun 2005 kepada RM202 juta dalam Bajet 2011 namun rekod membanteras rasuah terus merosot.

Banjir: P Pinang terima jaminan MMC-Gamuda JV

Kerajaan Pulau Pinang semalam menarik balik perintah berhenti kerja bagi projek landasan kereta api berkembar Ipoh-Padang Besar selepas kontraktornya, MMC Corporation Berhad-Gamuda Berhad (MMC-Gamuda JV), memberi surat jaminan mengenai langkah-langkah mencegah banjir.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata bahawa selepas menerima jaminan itu hari ini, kerajaan negeri telah mengarahkan Majlis Perbandaran Seberang Perai supaya mengeluarkan surat kepada MMC-Gamuda JV bagi memberitahu bahawa larangan itu telah ditarik balik.

Perintah henti kerja itu dikeluarkan Jumaat lepas oleh kerajaan negeri dengan alasan projek itu boleh menyebabkan banjir.

Lim berkata syarikat itu telah memberi jaminan ia sedia merobohkan mana-mana landasan sedia ada untuk tujuan tebatan banjir dan juga akan bertanggungjawab memberi pampasan jika berlaku banjir disebabkan oleh projek itu.

MMC-Gamuda JV adalah kontraktor utama projek landasan elektrik sejauh 329 kilometer itu yang menelan belanja RM12.5 bilion dan dijangka siap pada 2013.

Pulau Pinang Ikut Jejak Langkah Selangor Bentang FOI


KUALA LUMPUR 17 Nov - Badan pro-demokrasi, 'The Coalition for Good Governance Penang (CGGP)' mengalu-alukan langkah kerajaan negeri Pulau Pinang membentang Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) yang membolehkan rakyat negeri itu mempunyai akses kepada maklumat
rasmi.

Inisiatif kerajaan negeri Pulau Pinang di ambil setelah Selangor mengorak langkah membuka ruang kepada rakyat untuk mendapatkan maklumat apabila membentangkan enakmen yang sama Julai lalu.

"Mekanisme sedemikian mempunyai peranan penting dalam usaha membantu individu serta komuniti membuat keputusan bermaklumat berhubung perkara yang memberi kesan kepada diri atau kehidupan mereka. Tambahan pula pembentangan FOI adalah langkah awal ke arah kompetensi, akauntabiliti dan ketelusan dalam usur tadbir.

"Badan masyarakat madani dan parti pembangkang telah lama berjuang untuk memansuhkan Akta Rahsia Rasmi untuk digantikan dengan FOI yang menggariskan dengan jelas apa sebenarnyanyang didefinisi sebagai rahsia rasmi," kata wakil CGGP, Ng Eng Kiat.

CGGP berharap FOI yang dibentangkan oleh kerajaan Pulau Pinang selaras dengan standard antarabangsa agar ia dilihat sebagai satu rang undang-undang yang benar-benar progresif.

Disamping itu badan itu juga membangkitkan isu perbincangan awam dengan badan-badan sivil semasa proses membuat draf enakmen tersebut yang sehingga kini belum diadakan.

"Kami menjangka ini akan dilakukan oleh Jawatankuasa Khas dan dengan ini akan mempromosi iklim demokrasi yang sihat dalam masyarakat," ujar CGGP lagi.

Justeru itu satu forum akan dianjurkan oleh CGGP, Pertubuhan Wartawan dan Jurugambar Akhbar Cina Pulau Pinang (Pewaju) dan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) mengenai Bil Enakmen FOI Pulau Pinang 2010 di Kolej Han Chiang, Pulau Pinang.

Panel penceramah termasuk Jagdeep Singh selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Bil Enakmen FOI Pulau Pinang 2010, Pengarah CIJ, Gayathry Venkiteswaran serta Ng Eng Kiat anggota Sekretariat, Suaram cawangan Pulau Pinang.
 

Rabu, November 17, 2010

Ucapan Salam Aidil Adha dari Lim Guan Eng

Salam Aidil Adha saya ucapkan dari hati kecil ini buat semua umat Islam terutamanya mereka yang menunaikan fardhu haji di Makkah pada tahun ini. Semoga Allah SWT merahmati ibadah mereka dengan haji mabrur yang diterima Ilahi.

Aidil Adha atau Hari Raya Korban adalah hari yang suci dan penting untuk umat Islam menginsafi betapa perlunya pengorbanan dalam hidup dan dalam perjuangan. Saya difahamkan bahawa pengorbanan bukan sahaja bererti korban nyawa dan harta benda tetapi ia juga membabitkan pengorbanan jiwa dan sanubari. Ini bererti kita perlu berkorban demi kebenaran untuk menolak kemungkaran, kepalsuan dan pembohongan.

Ramai di kalangan kita yang saling sayang-menyayangi antara satu sama lain. Tetapi masih ada segelintir manusia yang tidak mahu keluar dari tempurung perkauman. Golongan ini melihat segala-galanya dari sudut kaum; sehingga mereka sanggup memfitnah sesama jiran dan sahabat termasuk mennghasut hasad dengki dan benci-membenci antara kaum.

Betapa serius fitnah boleh dilihat bila ada gambar palsu diedarkan oleh pihak tertentu bahawa saya sebagai orang bukan Islam telah sembelih lembu pada Hari Qurban, sedangkan yang sebenarnya sembelih lembu adalah Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin. Adalah diharapkan perbuatan terkutuk ini tidak akan diulangi lagi.

Sifat-sifat buruk serta keji seperti rasuah, korupsi, pecah amanah, menindas, menyalahgunakan kuasa dan sebagaimana tidak mengenal kaum. Sama juga dengan perjuangan bersama tanpa mengenal kaum berlandaskan prinsip yang dikongsi bersama seperti Keadilan, Kebenaran, Kebebasan, Kebajikan untuk rakyat dan ketakwaan kepada Tuhan.

Oleh itu, sempena hari yang mulia ini, kita sebagai rakyat Malaysia pelbagai kaum perlu berikrar untuk menolak fitnah dan bohong serta sentimen perkauman benci-membenci. Biar kita menerima keredhaan daripada Tuhan yang mencipta kita semua bukan dengan membeza-bezakan atas warna kulit tetapi mencari persamaan atas warna darah yang sama dengan masalah dan harapan serupa sebagai seorang ibu,bapa,abang, adik, kakak, anak dan cucu.


Selamat menyambut Aidil Adha 1431 Hijrah.


LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang

Salam Eid'ul Adha


Salam Aidul Adha kepada semua muslimin dan muslimat sekalian... Sama-samalah kita menghayati Hari Raya Aidul Adha ini dengan mengambil iktibar daripada kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim A.S demi kemenangan di dunia dan akhirat.

Hj. Maktar bin Hj. Shapee
ADUN Sungai Bakap
merangkap 
Ketua Cabang
KEADILAN Nibong Tebal

Khamis, November 11, 2010

Sokongan penuh saya kepada Anwar - Mustaffa Kamil

Naib Presiden KEADILAN, Mustaffa Kamil Ayub menegaskan sokongan penuh beliau kepada Datuk Seri Anwar dan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak pernah berubah.

Sehubungan itu, beliau membantah dan menafikan laporan akhbar Berita Harian semalam yang menyiarkan caption tertulis “Mustaffa Kamil (kiri) dan Zaid menunjukkan memorandum mendesak Anwar dan Mohamed Azmin supaya berundur pada sidang media di kediaman Zaid di Kuala Lumpur, semalam”.

"Saya membantah sekeras-kerasnya laporan yang salah di dalam caption gambar tersebut kerana memorandum yang ditunjukkan di dalam gambar tersebut bukan sama sekali untuk mendesak Dato’ Seri Anwar dan Sdr Azmin berundur," kata Mustaffa Kamil calon timbalan presiden KEADILAN dalam kenyataan medianya hari ini.

Menurutnya, memorandum itu adalah untuk meminta pembatalan dan penjalanan semula Pemilihan Kepimpinan KEADILAN 2010 dan kandungannya diketahui oleh Dato’ Seri Anwar dan Dato’ Seri Dr Wan Azizah.

"Sidang media memaklumkan penyerahan memorandum mengenai JPP dihadiri oleh Datuk Zaid Ibrahim dan setelah selesai, saya meninggalkan sidang, yang kemudian diteruskan oleh Datuk Zaid Ibrahim tanpa kehadiran saya," katanya.

Bagi Mustaffa, sokongan penuh beliau kepada Anwar tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak dan sedia diakui oleh kebanyakan ahli-ahli parti berdasarkan rekod beliau yang sentiasa konsisten mempertahankan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sepanjang 12 tahun beliau terlibat dalam perjuangan reformasi.

"Saya percaya bahawa KEADILAN, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia seluruhnya amat memerlukan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tokoh pembaharuan yang mampu membawa perubahan besar kepada negara," katanya.

Menurutnya, memorandum yang dihantar dua hari yang lalu adalah berdasarkan rintihan suara akar umbi yang terbabit dengan proses pemilihan parti 2010 dan memfokuskan kepada masalah dan kepincangan di sekitar perjalanan Pemilihan Kepimpinan 2010 yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

"Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah telah menyambut baik dan akan mempertimbangkan kandungan memorandum tersebut berdasarkan jaminan yang saya terima dalam pertemuan saya dengan kedua-dua pemimpin tersebut pada hari yang sama," katanya.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran agar jangan ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menyelewengkan fakta dan  menabur fitnah dengan tujuan menjatuhkan kredibiliti Anwar, beliau sendiri dan pemimpin-pemimpin parti yang lain.

"Saya dengan ini menuntut supaya Berita Harian memohon maaf secara terbuka dan membuat pembetulan atas laporan tersebut dalam tempoh 24 jam. Sekiranya pihak berkenaan gagal berbuat demikian, saya terpaksa mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang bagi menegakkan kebenaran," katanya.
 

Tanah P.Pinang: Tindakan Umno mahu tutup kesalahan disanggah

Tindakan Farid Saad (Adun BN- Pulau Betong) mengajak rakyat terutamanya orang Melayu 'tutup buku' kesalahan Umno masa lampau yang menyebabkan penghakisan tanah orang Melayu di Pulau Pinang, disanggah.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusuf Rawa dan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Haji Azmi Abdul Hamid sependapat membidas cadangan itu walaupun Farid memberi alasan masalah itu akan diperbetul generasi baru Umno. Kedua-dua mereka membuat bidasan sewaktu menjadi panel dalam 'Forum Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Penyelesaianya' di sini semalam.

Bagi mereka istilah 'tutup buku' tidak wajar digunakan sebaliknya kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno sewaktu berkuasa di Pulau Pinang harus diperjelaskan dengan teliti agar generasi muda hari ini mengenal pasti parti mana yang merosakan bangsanya sendiri.

"Sekarang bukan masanya buat kajian bahkan kena menyedari kenapa boleh berlaku begitu walhal kepimpinan Umno berkuasa, menjadi Timbalan Ketua Menteri serta memegang Exco Tanah tetapi tidak mampu melakukan sesuatu kerana terlalu takut atau mungkin tidak bijak dalam urus tadbir tanah.

"Mana boleh lepas tangan atau tutup buku dalam hal ini kerana ia membabitkan maruah bangsa dan agama. Rakyat kena peka untuk mengajar kepimpinan yang bersalah dan menggangkat parti yang mampu mengambil alihan tugasan Umno, " kata Mujahid.

Menurut mereka, memang tidak dinafikan model pembangunan yang tidak seimbang menjadi salah satu penyebab kenapa tanah Melayu terjual
kepada syarikat atau pemilik individu bukan Melayu.

Orang Melayu lebih gemar kepada wang ringgit yang ditawarkan ekoran mainan orang tengah yang terdiri daripada kepimpinan politik melayu yang kadang-kadang bercakap soal isu penghakisan tetapi dalam masa yang sama mereka merupakan pengkhianat.

"Paling malang ada juga kepimpinan Umno yang jadi pengkhianat bertindak sebagai orang tengah membeli tanah penduduk melayu untuk menyenangkan pembangunan akan datang, " terang Azmi. Manakala seorang lagi ahli panel, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), Datuk Seri Yusuf Latiff pula mendedahkan sikap pentingkan diri kepimpinan Umno sehingga gagal mempertahankan tanah orang Melayu.

Katanya, ramai pemegang amanah tidak jujur dan senang dibeli serta bertindak mengucar kacirkan keadaan sehingga sanggup pula membuka ruang untuk kaum lain bertapak terutamanya Koperasi.

Beliau mengambil contoh Koperasi Tunas Muda yang dulunya begitu aktif menjaga kepentingan tanah orang Melayu tetapi kini memberi peluang kepada kaum lain terutamanya dari segi usahasama pembangunan.

Katanya, kewujudan Yayasan Bumiputera Pulau Pinang, Koperasi Nusantara dan banyak lagi koperasi yang diterajui Umno, gagal kerana sikap tidak amanah.

Walaupun pernah menerajui Koperasi tersebut di awal penubuhanya, beliau kurang senang terhadap operasi sekarang yang lebih mementingkan keuntungan bukan pembelaan terhadap penghakisan tanah orang Melayu.

"Sewaktu peringkat awal kita buat dengan niat yang betul tetapi apakan daya akibat tiada kejujuran dan amanah membuatkan semuanya berkecai, " tegasnya.

Bukan sahaja ahli panel, malah peserta yang menyertai program tersebut juga turut kecewa dan membantah cadangan 'tutup buku' itu sekaligus menganggap perjuangan Umno sudah terlambat dan sia-sia.
 

Ahad, November 07, 2010

Isu Politik Tanahair - Khabar Baik Dari Pulau Pinang

Oleh : Ismed Ulam Raja

Berikut adalah antara intipati belanjawan yang bersifat sangat positif untuk sebuah kerajaan negeri, agak malang bagi penyokong UMNO kerana ini adalah hasilnya menyokong Pakatan Rakyat ;

  • Elaun Pegawai dan Setiausaha JKKK naik RM100 !
  • Kakitangan awam negeri akan dapat BONUS RM800 pada tahun ini !!
  • RM 60 juta dikhaskan untuk program-program pembangunan Islam !
  • Ibu tunggal dan OKU akan dapat RM100 setiap tahun !!

Setelah sekian lama sepi dari info serta berita, di pagi nan indah ini ada khabar gembira yang ingin saya kongsikan dari kerajaan negeri Pulau Pinang kepada saudara/i. Teringat dengan pepatah yang mengatakan "Better late than never". Oleh yang demikian suka saya nyatakan berita baik ini harus diambil iktibar kepada semua pembaca, agar kita boleh menilai apakah yang terbaik demi negara dan anak bangsa. Di saat kerajaan pusat berkira-kira untuk menaikkan harga minyak RON95 (untuk tahun depan) & RON97 (telah pun naik 5 sen), kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin oleh YAB Lim Guan Eng telah membentangkan sebuah belanjawan rakyat khususnya untuk rakyat negeri Pulau Pinang dan amnya kepada semua rakyat Malaysia agar berfikir 3-4 kali sebelum memangkah Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Bajet yang dibentangkan memberi banyak manfaat kepada rakyat negeri Pulau Pinang khususnya kepada golongan yang memerlukan. Saya tidak membentangkan semua intipati Belanjawan 2011 Negeri Pulau Pinang di dalam entri ini, tetapi sekadar menunjukkan betapa prihatinnya sebuah kerajaan yang memerintah dengan penuh cermat. Anda akan lihat UMNO dan PERKASA meroyan-royan apabila bantuan-bantuan kerajaan negeri terhadap golongan sederhana susah di Pulau Pinang diperhebat oleh Lim Guan Eng. Mungkin juga Reezal Merican akan sekali lagi memainkan peranan mengelirukan rakyat Pulau Pinang sepertimana isu bantuan warga emas di sini. Berikut adalah antara intipati belanjawan yang bersifat sangat positif untuk sebuah kerajaan negeri, agak malang bagi penyokong UMNO kerana ini adalah hasilnya menyokong Pakatan Rakyat ;
  1. Elaun Pegawai dan Setiausaha JKKK naik RM100 !
  2. Kakitangan awam negeri akan dapat BONUS RM800 pada tahun ini !!
  3. RM 60 juta dikhaskan untuk program-program pembangunan Islam ! (sebelum ini semasa zaman pemerintahan BN hanya 12.4 juta sahaja)
  4. Ibu tunggal dan OKU akan dapat RM100 setiap tahun !!
Saudara dan saudari semua bayangkanlah sekiranya Putrajaya dikuasai oleh Pakatan Rakyat - sebuah pakatan yang memperjuangkan nasib rakyat! Pastinya lebih ramai rakyat akan terbela dengan skop yang lebih luas.Kerajaan pusat Barisan Nasional hanya mampu mensasarkan RM500 sebagai saguhati kepada kakitangan awam sedangkan banyak syarikat swasta dan konglomerat yang menyediakan beberapa bulan gaji kepada pekerjanya sebagai tanda mereka dihargai.

Kerajaan pusat harus mampu menyediakan yang terbaik kepada semua kakitangannya di sebalik layanan mewah terhadap pelabur-pelabur luar dan juga pelancong yang kononnya membawa banyak keuntungan kepada negara. Kerajaan pimpinan LGE mampu menghadirkan jumlah bonus yang lebih tinggi di kala sebuah kerajaan negeri milik pembangkang kebiasaannya tidak dilayan dengan adil dalam aspek kewangan dan semua sumber kewangan yang sepatutnya disalur terus kepada kerajaan negeri, hanya menyinggahi badan-badan kerajaan pusat yang beroperasi di setiap negeri pembangkang. Walaupun begitu, kerajaan Pulau Pinang mampu melakukan sesuatu apabila ia diperintah tanpa ketirisan terancang. Syabas !! saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas kejayaan ini.

Perkara ke-tiga dalam senarai di atas menunjukkan YAB Lim Guan Eng juga adalah seorang ketua menteri yang peka dan prihatin dalam memartabatkan agama Islam di bumi Pulau Pinang. RM60 juta yang diperuntukkan pastinya menutup suara-suara sumbang yang mengatakan LGE seorang yang anti-melayu mahupun anti-islam. Pada hemat kebanyakkan orang sekarang ini, nilai kepimpinan dan pendekatan LGE terhadap Islam itu jauh melebihi kebanyakkan pemimpin melayu yang lain. Termasuklah pemimpin Gerakan Muhammad Koh Tsu Koon (Mungkin inilah nama melayunya yang sebenar kerana puak UMNO menuduh kerajaan sekarang ini dipimpin oleh cina tidak seperti sebelum ini). Perkara ke-empat dalam senarai di atas menunjukkan keperihatinan sebuah kerajaan negeri terhadap rakyatnya yang memerlukan perhatian. Tanpa mengira batas bangsa mahupun batasan kefahaman dan kepartian, siapa sahaja ibu tunggal dan warga OKU layak menerima RM100 setiap tahun. Walaupun jumlah ini sedikit berbanding apa yang dihulur oleh kerajaan pusat melalui badan kebajikkan, percayalah untuk mendapatkan bantuan sebegini tidak memerlukan surat sokongan ataupun ehsan pemimpin UMNO sepertimana kebiasaannya yang berlaku demi memohon bantuan badan kebajikan. Dengan ini, saya selaku seorang warga Pulau Pinang ingin menyeru kepada semua warga sahabat handai dan rakan taulan. Anda semua telah pun matang, anda semua telah pun berpelajaran, dan anda semua mampu untuk membezakan yang mana kaca ataupun intan. Perubahan hanya di tangan anda tidak pada tangan saya. Maka fikir-fikirkanlah.

Nasihat : Kakitangan awam kerajaan negeri Pulau Pinang khususnya yang berada di bahagian Nibong Tebal yang tidak yakin dengan sumber Bajet Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2011 boleh mendermakan wang BONUS yang diterima kepada pihak Pusat Khidmat Sungai Bakap supaya ianya dapat disalurkan kepada pihak yang lebih memerlukan di bahagian Nibong Tebal. Begitu juga dengan ibu tunggal yang bersetuju dengan hukum-hakam fatwa UMNO yang menyatakan wang ehsan Kerajaan Negeri adalah haram (Bagaimana pula dengan wang KWSP, PERKESO, TABUNG HAJI dll yang di laburkan oleh kerajaan ke dalam saham GENTING, SPORT TOTO, MAGNUM, CALSBERG DLL?), boleh juga memulangkan RM100 tersebut ke tabung yang bakal ADUN Sungai Bakap YB Tuan Haji Maktar Shafee lancarkan nanti sempena Bajet Pulau Pinang 2011. Kepada warga emas yang ingin memulangkan bantuan ehsan kerajaan Pulau Pinang juga boleh berbuat demikian sekiranya tidak sempat masuk TV3 dalam program pembodohan rakyat anjuran UMNO (wartawan Sinar Harian akan disediakan oleh pihak Pusat Khidmat sekiranya ada yang ingin berbuat demikian demi publisiti). Akhir sekali, kepada bakal pengundi maka persiapkanlah diri anda dan keluarga bagi menghadapi PRU13 yang semakin hampir.
 

Jumaat, November 05, 2010

Menyanggah Tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abidin

KENYATAAN MEDIA

Menyanggah Tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abidin

1. Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BIPPA), PKR, ingin menyatakan bahawa serangan-serangan peribadi pelbagai bentuk dan pendekatan terhadap DSAI bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Hal ini berlaku kerana beliau dilihat sebagai pemimpin yang berupaya membawa perubahan ke atas sistem pemerintahan negara. Mereka yang mahu mempertahankan status quo akan menggunakan pelbagai kaedah tidak bermoral semata-mata mahu menjejaskan kredibiliti beliau.

2. Adalah jelas bahawa DSAI mempunyai kewibawaan dan keupayaan membina muafakat politik nasional dengan pewujudan gagasan Pakatan Rakyat sebagai alternatif kepada Barisan Nasional yang dilihat semakin hilang relavansinya dalam realiti politik negara masa kini.

3. Keberkesanan kepemimpinan seseorang itu tidak boleh diukur dari segi usia semata-mata. Hakikatnya kepemimpinan itu hendaklah dilihat dari segi karisma, amanah, keberanian, kegigihan dalam perjuangan menegakkan keadilan, kebenaran dan kesejahteraan rakyat, mengenepikan kepentingan peribadi dan keluarga, kesediaan berkorban, memiliki kebijaksanaan (hikmah) dan ketahanan fizikal. Inilah antara sifat yang dimiliki dan dihayati oleh DSAI sebagai pemimpin yang diiktiraf dan dihormati oleh kawan dan lawan dalam dan luar negara.

4. Komitmen DSAI ketika diberi peluang memimpin negara adalah terbukti dengan rekod kecermelangan. Kepemimpinannya terserlah dan diterima dalam dan luar negara sejak awal 1970an. Beliau istiqamah (consistent) justeru kepemimpinannya untuk memimpin rakyat dan negara terutama disaat negara sedang mengalami krisis kepercayaan tetap diperlukan. Persoalannya sekarang: Kenapa beliau diminta berundur?

5. Pada hemat BIPPA yang patut berundur ialah kepimpinan negara sekarang yang telah terbukti tidak berupaya mengangkat martabat rakyat dan negara dengan kemiskinan rakyat yang masih berleluasa di Sabah, Sarawak dan Semenanjung, masalah rasuah yang semakin membarah, keruntuhan moral (akhlak) dan pelbagai penyakit sosial yang semakin kronik, penyalahgunaan kuasa yang berwewenang, hutang negara yang semakin bertambah, track rekod kerendahan moral dan akhlak yang diketahui umum, terjejasnya imej negara di peringkat antarabangsa dan ketakutan pelabur-pelabur asing melabur di Malaysia.

6. Seruan Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada hakikatnya adalah manifestasi suara ketakutan pimpinan negara terhadap fenomena kebangkitan rakyat.

7. Akhirnya, sebagai seorang ilmuan Muslim sewajarnya beliau patut lebih berhati-hati dalam memberi pandangan supaya tidak menjejaskan kredibiliti dan kewibawaannya sehingga menyebabkan audien hilang hormat.

Dr Muhammad Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BiPPA), PKR
4 hb Oktober, 2010

Dari lensa Media NT di N45-Galas

Selamat Menyambut Deepavali

“Sesungguhnya dengan amalan kebaikan maka hadirlah kemuliaan, sesungguhnya kejahatan itu menjelma apabila kita melupakan amalan kebaikan”

Pesan di atas merupakan terjemahan dari bait yang terkandung dalam adikaram keempat Thirukural, adikarya penyair besar Tamil, Tiruvalluvar. Karya tersebut adalah sebuah karya yang sarat dengan tunjuk ajar kebaikan yang disampaikan dalam bentuk puisi. Gema dari bait-bait Thirukural kini semakin bermakna tatkala menjelangnya Deepavali.

Deepavali yang diraikan masyarakat India beragama Hindu merupakan suatu perayaan yang meraikan kemenangan Kebaikan mengalahkan kejahatan, kemenangan Keadilan menewaskan kezaliman. Walau bagaimanapun Kebaikan bukanlah hadir tanpa kita berusaha untuk meraihnya. Mendapatkannya adalah suatu perjuangan, berusaha memastikan Cahaya mengalahkan kegelapan. Buat semua yang merayakan Deepavali, saya ucapkan Deepavali Nal Valthukal.

ANWAR IBRAHIM

Rabu, November 03, 2010

Perutusan Pilihan Raya Kecil N45 dari Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz

Salam persaudaraan semua Pengundi Galas.

Bersyukur kepada Allah SWT yang memberi peluang untuk kita semua bertemu dalam pilihan raya kecil N.45 Galas, Gua Musang. Semoga semua Pengundi Galas daripada orang Melayu, Cina, Orang Asal sampai kepada orang India berada dalam sihat dan ‘afiat.

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan pengharapan agar Pengundi Galas dapat menghayati jasa dan bakti serta ketulusan pihak Kerajaan Negeri Kelantan bersempena panggilan keluar mengundi pada hari Khamis, 27 Zulkaedah 1431 bersamaan 4 November 2010 nanti.
Maka, undilah Calon Kito, Dr. Zul dari Parti PAS, iaitu Parti Kerajaan yang mentadbir Negeri Kelantan hari ini.
Sesungguhnya, ambillah pengajaran daripada tujuan Allah SWT menciptakan manusia ini––lelaki dan perempuan, dan berbangsa-bangsa––supaya kita semua berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu dengan yang lain  (intisari maksud Al-Quran, Surah Al-Hujurat 49:13).
Justeru Allah menciptakan manusia semua adalah dari satu keturunan, iaitu Nabi Adam. Ini bermakna asal-usul sesuatu kaum itu, tidak kira Melayu, Cina, India dan Orang Asal adalah dari seorang manusia bernama Adam yang kemudian berkembang menjadi pelbagai keturunan, bangsa, bahasa, budaya, warna kulit dan pelbagai adat resam.

Maka Islam memandang tinggi dan memberi kemuliaan di atas semua perbezaan, asalkan mereka beriman dengan Allah SWT.

Memahami ciptaan Allah itu, saya dapati Saudara Dr. Zul selaku Calon Kito telah memberi kesanggupan untuk berkhidmat kepada semua rakyat––Pengundi Galas––termasuk Melayu, Cina, Orang Asal dan India.
Ini sesuai dengan perintah Allah SWT, agar kita semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan, menerangkan kebenaran dan jangan timbul rasa kebencian terhadap sesuatu kaum sehingga melakukan ketidak-adilan ke atas kaum itu (intisari maksud Al-Quran, Surah Al-Maidah 5: 8).
Inilah misi dan matlamat sebenar Kerajaan Negeri di bawah Kepimpinan Ulama’ tatkala berkuasa––sedia membantu dan menyelesaikan permasalahan rakyat––sentiasa utamakan prinsip keadilan untuk semua.

Begitu pula dari segi kemasyarakatan, Allah SWT melarang perbuatan saling cemuh-mencemuh dan rendah-merendah terhadap kaum tertentu. Ini mungkin kaum yang dicemuh itu lebih baik.
Dan kita harus mengelakkan daripada panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk (intisari maksud Al-Quran, Surah Al-Hujurat 49:11).
Oleh itu, semua Pengundi Galas sama ada orang Melayu atau Cina, India atau Orang Asal hendaklah saling hormat-menghormati.

Prinsip ini telah menjadi pendirian dan dasar sosial Kerajaan Negeri Kelantan sepanjang mentadbir Negeri ini sejak pilihan raya umum 1990 lagi.

Maka prinsip ini menjadi panduan Wakil Rakyat yang mewakili Kerajaan Negeri Kelantan (dari Parti PAS/Pakatan Rakyat) menjalankan tugas dan berkhidmat kepada rakyat.

Saya yakin Saudara Dr. Zul bersedia mengamalkan khidmat terbaik untuk rakyat Galas berpandukan prinsip tersebut.

Sesungguhnya, pilihan raya kecil Galas berlaku pada saat Kerajaan Negeri Kelantan sedang menyambut 20 tahun pentadbiran Membangun Bersama Islam.

Dalam tempoh 20 tahun itu, banyak usaha pembangunan sudah dibuat dan sedia dinikmati oleh semua rakyat.
Aspek kebajikan rakyat, kepentingan dan hak rakyat menikmati hasil pembangunan adalah keutamaan Kerajaan Negeri demi kesejahteraan rakyat.

Termasuklah, Pengundi Galas sudah menerima banyak perubahan hasil daripada pembangunan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri di Jajahan Gua Musang.

Justeru itu, tiada pilihan lain bagi Pengundi Galas, melainkan bersetuju untuk mengundi Calon Kito, Dr. Zul yang sanggup memberi khidmat terbaik bagi menyambung usaha Wakil Rakyat sebelum ini, malah sedia menjadi penghubung dan pemudah-cara antara rakyat dengan Kerajaan Negeri.

Semua Pengundi Galas harus menerima hakikat bahawa segala rancangan pembangunan akan berjalan lancar apabila Dun Galas ini mempunyai Wakil Rakyat yang mewakili Kerajaan Negeri. Ini kerana banyak urusan pembangunan adalah tertakluk di bawah kuasa Kerajaan Negeri.

Di antaranya rancangan pemilikan tanah, pembinaan jalan, bekalan air paip, pembinaan rumah, bangunan perniagaan dan kebajikan serta kesejahteraan rakyat. Maka, pesanan saya, janganlah mudah percaya kepada janji pemimpin BN yang jelas menentang Kerajaan Negeri, kononnya mereka ada kuasa untuk menyelesaikan masalah pemilikan tanah atau bekalan air, ataupun perumahan rakyat.

Semua urusan ini tidak akan selesai tanpa kerjasama Wakil Rakyat dari Parti yang mewakili Kerajaan Negeri.
Memahami keadaan yang sedemikian, apa pasal kita nak pilih calon BN? Natijahnya calon BN tidak akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri. Ini kerana kebelakangan ini, ramai pemimpin BN yang terlibat dengan rasuah, kroni dan pilih kasih yang jelas berlawanan dengan ajaran agama, bercanggah dengan hasrat rakyat dan tidak sehaluan dengan dasar-dasar Islam yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Maka seruan saya, berilah keyakinan dan kepercayaan kepada Calon PAS, Dr. Zul sebagai Calon Kito
yang sedia berkhidmat untuk semua Pengundi Galas.

Keluarlah beramai-ramai untuk mengundi dan undilah bulan.

Pertahan Galas Kito

Calon Kito, Dr. Zul – Cakno & Mesra

Isnin, November 01, 2010

Parti Politik Pembangkang Atau Parti Politik Oposisi?

Oleh : Hamdan M. Salleh   
Parti politik merupakan institusi politik yang menghubungkan masyarakat dan negara. Terdapat pelbagai bentuk kepartian politik di negara-negara membangun dimana kes-kes  kepartian ini kerapkali dikaji berlandaskan teoritik dan perbandingan berpaksikan pengalaman kepartian di Barat. Namun, sejak kebelakangan ini sudah terdapat perkaitan kajian tentang peranan parti-parti politik dalam proses pendemokrasian. Ini sudah tentu membawa kepada pelbagai kajian khusus berkenaan parti-parti politik yang wujud baik sebagai pemerintah mahupun sebagai yang di Malaysia di panggil Pembangkang.

Istilah pembangkang yang kerap diguna di Malaysia lebih menggambarkan persepsi yang negatif untuk parti-parti yang tidak memerintah walhal parti-parti ini turut terlibat dalam pembinaan sebuah negara yang demokratik serta bertindak sebagai pemeriksa dan pengimbang (check and balance) kepada kerajaan. Malah kerap kali kedengaran agak dangkal umpamanya seperti yang kerap media di Malaysia ungkapkan seperti “kerajaan pembangkang di Selangor”, “pembangkang gagal mentadbir dengan baik di Kelantan” dan pelbagai lagi. Pembangkang di peringkat persekutuan tidak bermaksud parti tersebut jika memerintah negeri boleh dianggap pembangkang. Jika di Selangor, pembangkanhya adalah Barisan Nasional. Begitu juga di Kelantan. Logiknya, bagaimana pembangkang boleh memerintah walhak mereka tidak mempunyai majoriti? Persepsi ini perlu diubah dalam usaha kita hendak mewawarkan politik baru.

Kamus Dewan (2000) sendiri tidak menggunakan perkataan pembangkang untuk mendefinisi parti politik yang tidak memerintah. Sebaliknya, ia menggunkan istilah oposisi sebagai istilah utama bagi menggambarkan parti bukan pemerintah. Perkataan pembangkang hanya digunakan bagi menerangkan lebih lanjut. Menerusi halaman 945, jelas tertera:

“oposisi 1. Penentangan. 2. =parti ~ parti politik yg (sic) menentang parti pemerintah (dlm (sic) parlimen dll (sic) )”, parti pembangkang.”

Parti politik juga merupakan institusi politik demokrasi yang menghubungkan masyarakat dan negara. Peranan parti politik amat penting dan mempunyai hubungkait rapat dalam pembentukkan sesebuah negara dalam apapun bentuk amalan politiknya (Teshome, 2009).  Bukan sahaja parti ini mencerminkan hubungan negara dan masyarakat, malah dalam sesuatu keadaan mampu memulakan serta membentuk hubungan itu secara tersendiri

Justeru itu, ia memerlukan satu pertubuhan yang tersusun, merangkumi sekumpulan atau segolongan individu yang bekerja bersama-sama untuk bersaing merebut jawatan politik dan perjuangan polisi yang dipersetujui bersama. Jesteru itu, parti politik amat penting untuk proses pendemokrasian dan konsilidasi demokratik.

Schattschneider  (1942) yang merupakan antara kajian terawal berkenaan parti politik berpendapat adalah satu yang mustahil sebuah sistem demokrasi moden tanpa kewujudan parti-parti politik didalamnya. Tambahan pula, part politiklah yang membezakan sistem demokrasi dengan sistem diktator. Linz dan Stephan (1996) menyatakan bahawa adalah sangat mustahak adanya parti-parti politik dalam usaha membentuk sesuatu demokrasi. Ini kerana tidak ada perwakilan tanpa bercorak kepartian yang mampu mewujudkan sebuah kerajaan demokrasi. Oleh itu, dunia secara amnya dicorakkan sebagai sebuah sistem demokrasi menerusi kewujudan parti-parti politik.

Heywood (2002) berpendapat parti politik merupakan sekumpulan individu yang berhasrat untuk memenangi kuasa kerajaan menerusi kaedah pengundian atau kaedah-kaedah lain yang sesuai bagi pemikiran mereka. Canton (2007) pula menyifatkan parti politik dalam sesebuah sistem demokrasi amat perlu untuk melatih , memilih dan melantik calon-calon untuk pelbagai jawatan kerajaan dan parlimen. Selain itu, ia juga penting untuk mengumpul dan melaksanakan kehendak masyarakat dan untuk menyelia serta memantau sesebuah kerajaan yang memerintah.

Mathisen dan Svasand (1991) pula mengungkap peranan parti politik sebagai organisasi yang kompleks dan mempunyai  pelbagai peringkat seperti peringkat kebangsaan, rantau dan lokal / tempatan. Ia juga turut mengandungi pelbagai unit seperti peringkat pusat,bahagian pemuda, wanita dan sebagainya. Parti-parti politik turut mempromosikan persaingan penting berkenaan polisi-polisi dan ideologi yang pelbagi serta memainkan peranan penting dalam sistem demokrasi berperwakilan (Teshome, 2009).

Menurut New Politics Network (2005), parti-parti politik menawarkan polisi-polisi yang pelbagai menerusi kempen-kempen pilihanraya yang seterusnya membolehkan para pengundi membuat pilihan mereka menerusi sesuatu pilihanraya serta meletakkan calon yang mereka pilih ke seseuatu jawatan politik.

Canton (2007) menegaskan bahawa parti-parti politik memainkan dua peranan yang besar dalam demokrasi; menubuhkan kerajaan yang memerintah atau memainkan peranan sebagai Oposisi atau pengimbang terhadap kerajaan yang memerintah. Senario di Malaysia pula lebih gemar menggunakan istilah pembangkang untuk menggambarkan parti-parti yang tidak memerintah.

Istilah Oposisi dengan huruf besar “O” perlun digunakan sebagai ganti istilah pembangkang. Istilah Oposisi lebih sesuai digunakan untuk melambangkan sebuah parti yang menjadi pengimbang kepada parti yang memerintah.

Ini juga berlandaskan pandangan Levell (2003), Oposisi membawa maksud parti-parti di dalam legislatif yang fungsi utamanya adalah untuk menilai, mengkritik dan seterusnya memberi alternatif terhadap apa yang dilaksanakan oleh eksekutif.

Kajian terhadap parti Oposisi tentunya amat menarik namun bukanlah satu bidang kajian yang popular. Ia ada kalanya dianggap terutama di negara-negara membangun sebagai satu isu yang boleh menimbulkan keadaan sensitif, beremosi dan provokatif. Walhal, politik Oposisi merupakan satu institusi rasmi dalam proses berkerajaan dalam mana-mana negara yang mendakwa mengamalkan demokrasi tulen. (O’Donnell, 1997). Parti-parti Oposisi ini yang sepatutnya menjadi pengimbang (check and balance) dan sebagai kuasa alternatif dalam legislatif sesebuah parlimen kerap dipersepsikan sebagai pembangkang yang tugasnya hanyalah membangkang semata-mata dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Boleh dikatakan kajian pertama terhadap kepartian Oposisi hanya bermula dalam dekad 1960an apabila Robert Dahl menghasilkan buku Political Oppositions in Western Democracies (1966).

Persepsi negatif terhadap parti-parti Oposisi ini tidak sepatutnya berlaku kerana di dalam negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi, kerajaan akan silih berganti antara pelbagai parti politik. Parti-parti minoriti pula akan cuba untuk meyakinkan pihak majoriti berkenaan pandangan dan pendapat mereka menerusi kaedah politi tanpa perlu berkonflik.

Takrif demokrasi itu sendiri menjelaskan kepentingan parti-parti Oposisi sedari awal terutama dari aspek perngasingan kuasa. Menurut Murphy dan Blair (2006), ia merupakan satu hubungan antara parti yang memerintah dan parti-parti Oposisi yang diwatakkan sebagai perunding atau peserta (Lihat juga Dahl, 1971). Schmitter and Karl (1991) yang dipetik dari tesis Aspinall (2000:4),  berpendapat:

“Modern democracy ... offers a variety of competitive processes and channels for the expression of interests and values – associational as well as partisan, functional as well as territorial, collective as well as individual. ”

Jika dikaji dengan mendalam, istilah Oposisi merupakan satu istilah yang kabur. Sukar untuk memberi definisi tepat berkenaan Oposisi. Oposisi mungkin satu kaedah penolakkan menyeluruh atau total terhadap apa jua sistem kerajaan dengan hasrat menumbangkannya dengan apa jua sekalipun. Dari sudut yang lain pula, Oposisi merupakan pengimbang yang menilai, membangkang dan mengkritik apa jua tindakan kerajaan yang tidak berlandaskan yang sepatutnya(Roden, 1990, 10).

Emmanuel Dolo (2006) pula mendefinisikan parti Oposisi sebagai :

“partisan political institution that are intentionally designed to temper the ruling party’s excesses while still pursuing both legislative and presidential offices.”

Parti-parti Oposisi juga kerap digambarkan sebagai parti-parti minoriti yang tidak mempunyai kuasa eksekutif tetapi  memainkan peranan sebagai pemantau kepada kerajaan yang memerintah (Bagbin, 2008).  Dalam sesebuah negara pengamal demokrasi, parti-parti Oposisi adalah bebas untuk mengkritik parti pemerintah dan dalam masa yang sama parti Oposisi diharap dapat menawarkan polisi-polisi alternatif. Parti-parti Oposisi juga perlu menghormati dan mengiktiraf autoriti parti yang terpilih sebagai kerajaan (Kiiza, 2005).

Dolo (2006) juga mengungkap terma yang cukup menarik berkenaan hubungan unik ini :

“an authentic democracy is one where the ruling party has an effective oppostion.”

Schmitz (1988) pula menulis :

“The existence of an opposition, without which politics cease and administration takes over, is indispensable to the functioning of parliamentary political systems.”

Schmiz (1988) juga berpendapat bahawa dalam sistem masyarakat demokratik liberal, keabsahan sesebuah kerajaan bergantung kepada restu mereka yang diperintah. Pihak minoriti perlu menerima konsep bahawa adalah menjadi hak pihak majoriti untuk membuat keputusan.

Sehubungan itu, pihak majoriti akan menghormati hak minoriti untuk membantah keputusan yang dibuat oleh mereka yang memerintah serta menawarkan polisi-polisi alternatif. Dalm erti kata lain, adalah menjadi peranan parti-parti Oposisi untuk memantau dan mengimbang serta mengganti parti yang memegang tampuk pemerintahan.

Schmiz (1988) jelas percaya bahawa Oposisi politik yang tulen adalah rukun penting kepada demokrasi, toleransi dan kepercayaan kepada rakyat untuk menyelesaikan perbezaan menerusi kaedah yang aman. Schmitz juga berpendapat bahawa perbezaan antara kerajaan dan Oposisi adalah seuisia denga politik demokrasi itu sendiri.

Kajian parti politik juga merupakan asas penulisan Burnell dan Randall dalam buku Politics in the Developing World (2005). Terdapat bab khas yang membincangkan parti-parti politik, pertautan sosial mereka dan peranan parti-parti ini dalam perubahan politik sesebuah negara. Ia juga melihat dari aspek parti sebagai institusi, sebagai sebuah sistem serta peranan dalam proses pendemokrasian.

Untuk melihat sistem politik dan kepartian di Amerika Syarikat, buku karya Cummings dan Wise bertajuk Democracy Under Pressure (1985) terutama di bawah tajuk Politics U.S.A. Bab ini menganalisa bagaimana sesebuah parti politik beroperasi, kempen dan pemilihan calon pilihanraya dan tingkahlaku pengundi dalam sesuatu pilihanraya di Amerika Syarikat.

Robert Michels (terjemahan, 2001) pula menerangkan dengan panjang lebar konsep parti politik dari sudut yang spesifik dalam buku beliau Political Parties, A Sociological Study of the Oligarchical Tendencies of Modern Democracy. Buku asal yang ditulis pada tahun 1915 ini meneliti aspek asal kejadian sesebuah parti politik terutama dari sudut sosiologi. Memandangkan ia antara karya terawal berkenaan konsep kepartian, pelbagai isu-isu penting digarap dan dianalisa dengan kritis.

Samuel P. Huntington pula dalam bukunya The Clash of Civilizations, Remaking of World Order (1996) berpendapat bahawa budaya dan identiti agama seseorang akan menjadi punca utama konflik era pasca Perang Dunia Kedua. Pendapat beliau ini jelas menangkis teori-teori sebelu ini yang mendukong idea bahawa ideologi kepartian hanya berlandaskan hak kemanusiaan, demokrasi liberal dan ekonomi kapitalis semata-mata.

Jika dilihat dalam skop negara-negara membangun, terdapat ribuan parti politik yang lahir dari gelombang demokrasi era baru. Banyak yang baru, hasil dari respon keterbukaan orde baru demokrasi. Parti-parti lain pula dalam bentuk penjenamaan semula atau amalgamasi parti-parti lama. Terdapat juga parti-parti politik lama dan bersejarah seperti Parti Kongres di India yang ditubuhkan pada tahun 1888, parti PRI (Institutional Revolutionary) di Mexico yang ditubuhkan pada tahun 1929 dan Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) di Afrika Selatan yang muncul seawal tahun 1912.

Kaedah pembentukan parti-parti politik juga berbeza antara satu sama lain. Parti-parti yang dominan seperti Parti Kongres India, ANC dan Barisan Pembebesan Mozambique (FRELIMO) di Mozambique lahir menerusi gerakan kebangsaan atau liberalisasi negara mereka. Hal yang sama juga berlaku di negara-negara Afrika lain dalam perjuangan mencapai kemerdekaan sekitar 1960an. Parti pemerintah seperti Kenya African National Union (KANU) di Kenya dan Parti Revolusi atau Chama Cha Mapinduzi (dalam bahasa Swahili) di Tanzania lahir dekad tersebut dan masih bertahan sebagai parti yang utama walaupun dengan kemunculan sistem demokrasi pelbagai parti. PRI di Mexico juga didasarkan menerusi perjuangan untuk mencapai revolusi sosial.

Namun, terdapat juga parti-parti politik yang muncul kerana cita-cita politik tokoh-tokoh jutawan yang berpengaruh. Parti-parti ini dijadikan landaan bagi mencapai cita-cita mereka untuk berkuasa. Pemimpin seperti Presiden Collor di Brazil dan Presiden Fujimori di Peru menggunakan parti-parti mereka untuk mengukuh dan mengekalkan kuasa. Begitu juga seperti apa yang berlaku di Thailand. Parti Thai Rak Thai yang diilhamkan oleh Thaksin Shinawatra telah berjaya mendapat majoriti mutlak dalam pilihanraya parlimen Thailand pada bulan November 2000 walaupun hanya ditubuhkan beberapa bulan sebelum itu.

Dalam pada itu, kajian parti Oposisi secara mendalam hanya mula muncul pada dekad 1960-an. Robert Dahl dalam bukunya, Who Governs? (1961) telah meneliti struktur kuasa rasmi dan tidak rasmi dalam satu kajin kes di New Heven, Connecticut. Menerusi kajian tersebut, Dahl merasakan yang terdapat pelbagai golongan elit yang terlibat dalam struktur kuasa sama ada sebagai pemerintah mahupun pengimbang. Buku beliau yang ditulis pada tahun 1966, Political Opposition in Western Democracies pula mengutarakan antara lain kajian terhadap parti pengimbang dalam masyarakat demokrasi liberal di Barat.

Ketiadaan kajian ini disebabkan kemungkinan kajian terhadap parti pemerintah dan corak pemerintahan serta pentadbiran dipandang lebih penting. Tanggapan inilah yang perlu diubah kerana jika dilihat daripada sudut yang lain, pengimbang ini membenarkan parti-parti berkenaan lebih bebas untuk menilai ideologinya, mendebatkan polisi serta membawa idea-idea dari rakyat yang tidak mungkin boleh diutarakan oleh parti yang memerintah. Seterusnya parti-parti ini menjadi pemerintah, mereka akan menggunakan pengalaman sebagai parti pengimbang untuk membentuk sebuah kerajaan yang lebih baik dari parti yang tidak pernah atau tidak punya pengalaman menjadi parti pengimbang atau Oposisi.

Malaysia juga menyaksikan kemunculan pelbagai jenis parti politik sejak pra merdeka hingga ke pasca pilihanraya (PRU) ke-12 pada tahun 2008. Terdapat parti pemerintah bersifat etnik yang muncul sebelum mereka seperti UMNO, MCA dan MIC yang ditubuhkan antara 1946-1948. Tahun 1951 menyaksikan kemunculan parti berpaksikan agama iaitu PAS. Parti multietnik juga muncul, bermula dengan parti NEGARA, GERAKAN dan PPP.  Pasca merdeka juga menyaksikan muncul DAP dan PRM yang berideologi sosialis. Sabah dan Sarawak pada awalnya banyak memperlihatkan kemunculan parti wilayah dan etnik serta PBB, UPKO, PBS dan banyak lagi.

KEADILAN atau awalnya dikenali Parti Keadilan Nasional (PKN) hanya muncul penghujung dekad 90-an. Ianya muncul dalam satu keadaan rentetan protes terutama dengan pemecatan pemecatan dan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden UMNO oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1998. Khalayak umum melihat ia merupakan satu-satunya faktor munculnya parti ini. Mungkin ia benar dari sudut realpolitiknya, namun isu-isu sosio-politik yang berakar umbi beberapa tahun sebelum itu harus diambil kira untuk melihat apa yang sebenarnya berlaku hingga membawa kepada penubuhan KEADILAN.

Ketiadaan banyak kajian berkenaan parti oposisi turut tercermin dalam kajian sains politik di Malaysia. Parti-parti Oposisi atau pengimbang utama yang ada waktu ini seperti PAS, DAP dan KEADILAN sememangnya amat kurang diberi perhatian dalam kajian-kajian besar. Jika adapun, kajian banyak menjurus kepada PAS. Amat kurang kajian-kajian ilmiah yang kepada parti-parti seperti KEADILAN dan DAP. Itu belum dikira parti-parti Oposisi yang pernah muncul di Malaysia seperti Parti Buroh, Parti Sosialis Malaysia, NASMA, Parti Sosialis Rakyat Malaysia, HAMIM, BERJASA, AKIM dan juga SEMANGAT 46 yang pernah muncul dan kemudiannya terbubar.

Kajian terhadap parti politik di Malaysia terutama politik parti-parti yang tidak memerintah lebih banyak muncul pasca PRU-12. Sebelum itu, parti-parti yang banyak dikaji pula lebih menjurus kepada parti-parti memerintah. Parti-parti pengimbang atau Oposisi kerap terpinggir dan lebih banyak diulas menerusi penulisan bercorak politik semata-mata. Hanya PAS yang kerap mendapat perhatian di semua peringkat kajian.

Cuma setelah berlaku apa yang dipopularkan sebagai Tsunami Politik pasca Pilihanraya Umum ke-12 pada tahun 2008, barulah muncul kajian berkenaan kepartiaan di luar status quo. Itupun banyak menjurus kepada aspek analisa kemerosotan parti memerintah tanpa menilai secara mendalam keupayaan parti-parti Oposisi sebagai kajian kes.

Tsunami politik Pilihanraya ke-12 tersebut merupakan satu sejarah penting politik Malaysia. Ia menjadi kajian pelbagai pihak baik dari segi akademik dan ilmiah hingga ke pojok politik semata. Tidak terkecuali, kejayaan parti-parti politik Oposisi turut mendapat perhatian besar dari semua pihak. Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) adalah antara parti Oposisi yang menonjol pada PRU itu. Ia telah muncul sebagai parti Oposisi terbesar di Parlimen. Tidak hairan jika kebangkitan KEADILAN dari satu kerusi di Parlimen P44 Permatang Pauh pada PRU-11 kepada 31 kerusi Parlimen dengan keseluruhan lebih 70 wakil rakyat memberi kejutan besar kepada bukan sahaja kepada para penganalisa politik, malah kepada kerajaan yang memerintah. Malah jika dibandingkan kepada jumlah bahagian, KEADILAN mempunyai 212 bahagian di seluruh Malaysia berbanding UMNO yang mempunyai 191 bahagian.

Sudah sampai masanya parti-parti politik dilayan sama adil di Malaysia kerana semua parti sama-sama meraikan demokrasi. Ia perlu bermula dengan perubahan persepsi dengan istilah Oposisi menggantkan Pembangkang. Mungkin ada yang mempertikai bahawa Oposisi ini asalnya bahasa Inggeris. Namun, memang bahasa Malaysia memang begitu. Ingat lagi istilah bajet (budget) menggantikan belanjawan? Apa kata Ketua Pembangkang di parlimen digantikan dengan istilah baru; Ketua Oposisi ? Fikirkanlah demi merealisasikan politik baru yang lebih maju.

Hamdan Datuk Mohd Salleh merupakan ahli akademik dan mantan Ketua Jabatan Saisn Sosial di Univerisiti Industri Selangor (Unisel) yang mengkhusus dalam bidang sains politik. Kini beliau sedang menyiapkan tesis Doktor Falsafah yang mengkaji KEADILAN sebagai sebuah parti politik oposisi di Malaysia.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB