Selasa, Februari 22, 2011
Skandal Pulau Jerejak: Guan Eng desak Tsu Koon bayar balik RM30 juta
Khamis, Januari 20, 2011
Guan Eng: Projek ETP punca ketirisan, bukannya dasar Pakatan
Jumaat, Januari 07, 2011
Kontraktor Melayu mohon maaf kepada Guan Eng
Mohammed Fadzill berkata, beliau telah meminta maaf di atas kenyataan kerana kontraktor Melayu mahu bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri.
"Kami ingin memulakan era baru dan menyelesaikan masalah (antara kita)," tambahnya yang turut diiringi oleh sekumpulan wakil, ketika mengadakan pertemuan dengan Lim.
Lim (tengah), yang mengadakan sidang akhbar tergempar di Komtar hari ini berkata, Mohammed Fadzill memohon maaf di atas kenyataan-kenyataan yang sebahagian besar dibuat dalam akhbar Melayu.
"Kenyataanya yang sebahagian besarnya dalam akhbar Melayu menyerang saya dan kerajaan negeri...," katanya sambil menegaskan bahawa mereka mahu menyelesaikan perkara itu dan memulakan hubungan baru.
"Jadi Fadzill telah menarik kenyataanya dan memohon maaf, kita menerimanya ... ini satu perkembangan yang baik," tambahnya.
Beliau merujuk kepada serangan terbaru Mohamed Fadzill yang mendakwa bulan lalu bahawa masyarakat Melayu hanya diberikan projek yang tidak signifikan nilainya.
Beliau telah dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai mencabar Lim memberikan butir-butir terperinci mengenai projek-projek terbabit.
Kerajaan negeri kemudiannya mengumumkan perangkaan yang menunjukkan kontraktor Melayu mendapat hampir kesemua projek di bawah pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
Rekod kerajaan negeri menunjukkan 94 peratus kontrak Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri diberikan kepada kontraktor Melayu manakala kesemua kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran diberikan kepada kontraktor Melayu.
Lim mengulangi bahawa kerajaan negeri tidak menyenarai-hitamkan sebarang kontraktor, tetapi memastikan mereka yang mendapat kontrak harus bertanggungjawab dan tidak menjadi kroni dari mana-mana pihak.
Dengan perkembangan terbaru itu, katanya - walaupun tiga tahun terlambat - merupakan satu kemenangan bagi kontraktor Melayu dan kerajaan negeri.
Kerajaan negeri, katanya, mahu menjalinkan hubungan yang sihat dan terancang yang berdasarkan kepada fakta dan bukan emosi.
Tambahnya, ada antara kontraktor Melayu yang terbaik di negara ini kerana beliau telah menyaksikan kualiti kerja mereka.
"Hanya kontraktor Umno yang buat bising sekarang (kerana mereka tidak dapat kontrak), bukan kontraktor Melayu," tambah Lim.
Sabtu, Disember 25, 2010
Kerajaan Berjiwa Rakyat Untuk Rakyat Malaysia Sebenar
Tepat setahun dulu dalam Konvensyen Kebangsaan Pakatan Rakyat pertama yang penuh bersejarah pada 19 Disember 2009 di Shah Alam, suatu muafakat baru muncul di Malaysia dengan pelancaran Dasar Bersama Pakatan Rakyat.
Hari ini dalam Konvensyen Kebangsaan Pakatan Rakyat kedua di Pulau Pinang, suatu harapan baru telah lahir di kalangan rakyat Malaysia dengan pelancaran Program 100 hari PR.
Saya pasti dalam Konvensyen Kebangsaan Pakatan Rakyat ketiga tahun depan, suatu kerajaan baru berjiwa rakyat akan terbit di Malaysia yang martabatkan rakyat dan mendokong ketuanan rakyat.
Mengimbas kembali kepada dokumen Dasar Bersama PR yang merangkumi prinsip-prinsip asas perjuangan gabungan PKR, PAS dan DAP, ia mengandungi empat tajuk utama iaitu:
1. Demokrasi Telus dan Tulen
2. Memacu ekonomi berprestasi tinggi, mampan dan adil
3. Keadilan sosial dan pembangunan insan
4. Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar Negara.
Sekiranya Dasar Bersama PR boleh membawa perubahan kepada rakyat Malaysia, maka Program 100 hari menggariskan secara terperinci dan menyeluruh langkah-langkah spesifik secara permulaan untuk menjalankan urustadbir baik demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
Program 100 hari ini benar-benar adalah harapan rakyat Malaysia yang dapat melihatkan reformasi kompreshensif yang kian mantap dan mendalam diusahakan oleh kerajaan-kerajaan negeri PR di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan. Bagi pihak PR Pulau Pinang, kesediaan Program 100 Hari ini menerima pakai dua inisiatif kami amatlah dihargai, iaitu program liputan wifi percuma yang akan siap akhir tahun depan dan RM100 setahun kepada warga emas melebihi 60 tahun akan diberikan pula RM1,000 setahun kepada semua warga emas di Malaysia oleh PR di peringkat pusat.
Akan tetapi Program 100 Hari bukanlah untuk semua orang. Bukan untuk orang yang menentang konsep kerajaan berjiwa rakyat, melawan martabatkan rakyat dan memusuhi ketuanan rakyat. Program 100 Hari ini adalah untuk rakyat Malaysia sebenar, tulin dan watan – the real Malaysians.
Siapa rakyat Malaysia sebenar ini yang sering dilupakan oleh media massa dan kerajaan BN? Sebelum mengenalpasti mereka, kita harus dulu menyatakan siapa yang bukan Malaysia sebenarnya. Who are not the real Malaysians?
Saya ingin mula dengan mereka yang hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman eskstrimis baik aspek kaum, jantina mahupun agama. Golongan yang hanya tahu mendisrkiminasi, menganiayai dan merendahkan orang lain malah meraikan peristiwa berdarah 13 Mei bukanlah rakyat Malaysia sebenar.
Kebanyakan mereka pendokong dan peminat Utusan Malaysia dan BN yang hanya peralatkan isu 3R (race religion rajah).
Satu lagi gologan ialah yang bukan “real Malaysians” adalah yang tamak haloba di mana demi godaan wang rasuah atau yang lain rela menjualkan segala-galanya. Tambah pula kaki fitnah dan tohmah, golongan mata duitan, materialism dan penipu ini bukan juga rakyat Malaysia sebenar. Kita tidak boleh pertimbangkan suatu lagi golongan yang hanya mahu syiok sendiri atau suka tunjuk pandai. Kalau tak diberikan tempat atau ikut nafsu jahat mereka, maka mereka akan lompat atau belah sahaja.
Yang kesemua ini bukan rakyat Malaysia sebenar, mereka ini Malaysia Celup or pseudo-Malaysians.
Rakyat Malaysia yang sebenarnya adalah rakyat biasa yang pentingkan hak ekonomi dan masa depan agar kehidupan mereka bukan sahaja lebih senang tetapi masa depan untuk anak-anak adalah lebih cerah dan baik. Inilah rakyat Malaysia sebenar yang kita di PR harus tumpukan.
Saya percaya rakyat Malaysia sebenar mahukan sebuah masayarkat aman, tenteram dan penyayang serta menyokong prinsip keadilan, kebenaran, kebebasan, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan. PR harus fokuskan perhatian dan usaha gigih kita ke atas golongan pertengahan ini yang merupakan majoriti terbesar dan sering dilupai oleh media massa dan BN.
Rakyat Malaysia sebenar mahukan keadilan dan kedaulatan undang-undang agar kita dilayani secara samarata. Yang mereka akan lebih sanjung bukanlah pemimpin individu yang berwibawa tetapi sistem yang berkesan. Sistem yang membolehkan sesiapa yang ingin jalankan urusan kerajaan boleh lakukannya tanpa menerusi pihak ketiga atau kenal orang tengah, hanya kenal undang-undang dah cukup – itulah system kedaulatan undang-undang yang rakyat Malaysia sebenar mahukan.
Rakyat Malaysia sebenar mahukan kebenaran supaya masyarakat dan anak-anak kita tidak akan hancur. Dalam ugama Islam pun dinyatakan fitnah adalah lebih dasyat daripada bunuh, takkan lagi nak percaya Satu Malaysia yang bertopengkan One Israel dan Tipu Malaysia.
Rakyat Malaysia sebenar mahukan kebebasan, kebebasan daripada penyalahgunaan kuasa yang rakus, amalan rasuah dan ancaman atau kebebasan daripada ketakutan(freedom from fear). Hanya dengan kebebasan hak asasi manusia baru kita boleh mendapat peluang samarata untuk merealisasikan potensi modal insan.
Rakyat Malaysia sebenar mahukan kebajikan sebenar agar golongan daif, asnaf, miskin, kurang upaya dan lemah dapat terus dibela. Kemiskinan akan dilawan berhabis-habisan supaya semua dapat kecapi hasil kejayaan ekonomi.
Rakyat Malaysia juga hendak bertakwa kepada Tuhan agar kita menjadi insan baik yang takut kepada Tuhan dan bukan taksub kepada pemimpin dan isteri mereka. Masyarakat yang berpegang teguh kepada “amar maaruf nahi mungkar” akan pastikan pemimpin Firaun tidak akan timbul semula. Jangan mereka yang mahukan Menara Warisan Merdeka 100 tingkat lupa, Firaun boleh bina Piramid yang masih wujud sekarang tetapi Firaun sudah lama tak ada lagi.
Inilah rakyat sebenar dalam golongan pertengahan yang PR mesti tumpukan bukanlah mereka yang rasis, benci-membenci, fitnah dan tamak-haloba. Kita mesti was-was tentang kempen kotor yang akan dimainkan dalam PRU13 yang diramalkan datang tak lama lagi. BN akan gunakan senjata 3R khususnya UMNO akan cakap PAS diperkudakan DAP dan MCA pula cakan DAP diperkudakan PAS. Saya nak tegaskan PAS dan DAP tidak memperalatkan satu sama lain, kami masing-masing hanya rela diperalatkan oleh rakyat sahaja.
Selama ini di Pulau Pinang UMNO serang DAP anti-Melayu dan MCA pula serang DAP anti-Cina. MCA serang DAP anti-bukan Melayu bila DAP tunjukkan bahawa dalam sistem tender terbuka, kontraktor Melayu memang mampu berdaya saing dengan memenagi sebilangan besar kontrak kerajaan. Kontraktor Melayu menangi 100% kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran serta 98% kontrak JKR. Bila kita martabatkan rakyat Pulau Pinang tanpa kira kaum, jelas yang tak dapat berdaya saing ialah kontraktor UMNO sendiri bukanlah kontraktor Melayu.
Kita tidak harus benarkan BN pecah-belahkan keutuhan PR. Perjuangan DAP adalah berteraskan Perlembagaan Persekutuan di mana DAP telah pinda Perlembagaan parti dalam 2006 untuk menerimanya.
Kita tak harus benarkan UMNO cuba “hijack” Perlembagaan Persekutuan memecah-belahkan rakyat Malaysia bahawa adalah salah untuk memperjuangkan ketuanan rakyat. UMNO sering sebut Perkara 153 sebagai justifikasi untuk hanya perjuangkan ketuanan Melayu. Malangnya UMNO langsung tidak sebutkan bahawa Perkara 153 juga menyatakan kepentingan sah kaum-kaum lain mestilah dipelihara.
Adalah menjadi tanggungjawab Yang di Pertuan Agung memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.
It shall be the responsibility of the Yang di Pertuan Agong to safeguard the special position of the Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak and the legitimate interests of other communities in accordance with the provisions of this article.
PR mesti tumpukan usaha menjayakan transformasi Malaysia kepada sebuah ekonomi berpendapatan tinggi dengan Gross National Income(GNI) per capita USD15,000 menjelang 2020. Di bawah BN, ini tidak mungkin berlaku. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meragui keupayaan mencapai GNI USD15,000 ini. Malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri secara terbuka menyatakan kemungkinan Malaysia akan jadi bankrap pada 2019. Demi selamatkan Malaysia dari jadi bankrap, PR perlu memerintah di Putra Jaya.
Hentilah cakap-cakap kosong. Marilah kita berusaha dan bekerja gigih. Kita mahukan Konvensyen Kebangsaan PR ke-3 tahun depan diadakan di Putra Jaya. Kita mahukan Kerajaan berjiwa rakyat untuk rakyat Malaysia sebenarnya.
Hidup PR, Hidup Kerajaan Berjiwa Rakyat, Hidup Martabat Rakyat!
Ucapan Setiausaha-Agung DAP Lim Guan Eng Dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Kebangsaan Kedua Di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang Pada 19.12.2010.
Rabu, Disember 15, 2010
Guru KAFA Pulau Pinang dapat RM100 sempena Maal Hijrah
Selain
bayaran khas kepada guru KAFA itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebelum
ini juga mengumumkan 7,812 anggota perkhidmtan awam Pulau Pinang akan
mendapat bayaran bantuan khas sekolah sebanyak RM800.“Penerimaan RM800 oleh anggota pentadbiran awam negeri Pulau Pinang adalah melebihi RM500 yang diterima oleh anggota perkhidmatan awam persekutuan.
“Dengan pembayaran RM500 duit raya sebelum ini dan RM800 bantuan khas sekolah sekarang, ini bermakna bahawa semua anggota pentadbiran awam negeri Pulau Pinang telah menerima RM1,300 secara keseluruhannya pada tahun ini,” kata Lim dalam satu kenyataan akbar.
“Inilah yang saya maksudkan dengan memperkayakan warga pentadbiran awam. Dan saya yakin kalau kita meningkatkan prestasi kerja kita, kita akan pastikan bahawa warga perkhidmatan kerajaan negeri Pulau Pinang akan sentiasa dapat lebih daripada apa yang anggota perkhidmatan awam persekutuan ataupun kerajaan negeri lain dapat perolehi,” katanya.
Menurut
Lim, pembayaran berkenaan datangnya daripada sumber kerajaan negeri
Pulau Pinang dan tidak satu sen pun datang daripada kerajaan pusat. Pembayaran RM800 setiap orang itu, katanya melibatkan RM 6.25 juta, yang telahpun dibayar kepada pada 1 Disember 2010
“Penghargaan RM1,300 tahun ini kepada semua pekerja kerajaan negeri Pulau Pinang ini adalah satu pengiktirafan kerajaan negeri kepada komitmen penuh mereka dalam menjayakan agenda kerajaan negeri.
“Sumbangan yang diberikan ini melibatkan 20 jabatan negeri dan turut dipanjangkan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP); Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP); Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC); Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP); Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang; Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang; Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPI); dan George Town World Heritage Incorporated (GTWHI),” katanya.
Katanya
lagi, bantuan khas itu juga diberikan kepada semua kakitangan awam,
termasuk kumpulan pengurusan tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang
memangku jawatan utama dan gred khas.“Kerajaan Persekutuan telah memutuskan bahawa pemberian RM500 diberikan kepada mereka yang memegang jawatan D54 ke bawah, tetapi negeri Pulau Pinang berikan semua. Tidak ada seorang pun dipinggirkan daripada mendapat insentif galakan ini,” katanya.
Rabu, November 17, 2010
Ucapan Salam Aidil Adha dari Lim Guan Eng
Aidil Adha atau Hari Raya Korban adalah hari yang suci dan penting untuk umat Islam menginsafi betapa perlunya pengorbanan dalam hidup dan dalam perjuangan. Saya difahamkan bahawa pengorbanan bukan sahaja bererti korban nyawa dan harta benda tetapi ia juga membabitkan pengorbanan jiwa dan sanubari. Ini bererti kita perlu berkorban demi kebenaran untuk menolak kemungkaran, kepalsuan dan pembohongan.
Ramai di kalangan kita yang saling sayang-menyayangi antara satu sama lain. Tetapi masih ada segelintir manusia yang tidak mahu keluar dari tempurung perkauman. Golongan ini melihat segala-galanya dari sudut kaum; sehingga mereka sanggup memfitnah sesama jiran dan sahabat termasuk mennghasut hasad dengki dan benci-membenci antara kaum.
Betapa serius fitnah boleh dilihat bila ada gambar palsu diedarkan oleh pihak tertentu bahawa saya sebagai orang bukan Islam telah sembelih lembu pada Hari Qurban, sedangkan yang sebenarnya sembelih lembu adalah Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin. Adalah diharapkan perbuatan terkutuk ini tidak akan diulangi lagi.
Sifat-sifat buruk serta keji seperti rasuah, korupsi, pecah amanah, menindas, menyalahgunakan kuasa dan sebagaimana tidak mengenal kaum. Sama juga dengan perjuangan bersama tanpa mengenal kaum berlandaskan prinsip yang dikongsi bersama seperti Keadilan, Kebenaran, Kebebasan, Kebajikan untuk rakyat dan ketakwaan kepada Tuhan.
Oleh itu, sempena hari yang mulia ini, kita sebagai rakyat Malaysia pelbagai kaum perlu berikrar untuk menolak fitnah dan bohong serta sentimen perkauman benci-membenci. Biar kita menerima keredhaan daripada Tuhan yang mencipta kita semua bukan dengan membeza-bezakan atas warna kulit tetapi mencari persamaan atas warna darah yang sama dengan masalah dan harapan serupa sebagai seorang ibu,bapa,abang, adik, kakak, anak dan cucu.
Selamat menyambut Aidil Adha 1431 Hijrah.
LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang
Rabu, Ogos 11, 2010
Perutusan Ramadhan Al-Mubarak oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Lim Guan Eng
Isnin, Februari 22, 2010
Ketua Menteri sangkal dakwaan liar
Ahad, Januari 31, 2010
70 peratus tender terbuka dikuasai Bumiputera - Ketua Menteri
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menolak dakwaan kontraktor Melayu dipinggirkan dari memperoleh kontrak menerusi sistem tender terbuka yang diamalkan negeri itu sejak Mac 2008.Kata beliau, tanggapan bahawa orang Melayu tidak boleh bersaing dengan kontraktor bukan Melayu melalui sistem tender terbuka adalah salah sama sekali.
“Sejak kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang telah melaksanakan 23 tender terbuka di mana 7 (30%) daripada 23 dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan baki 16 (70%) dimenangi oleh kontraktor Melayu.
“Manakala bagi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang yang telah mengeluarkan 66 tender terbuka, 22 (33%) dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan 44 (67%) dimenangi oleh kontraktor Melayu,” kata Lim dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang mengamalkan sistem tender terbuka dalam semua kontrak dan pembelian kerajaan melalui internet.
Lim mengatakan demikian sebagai mengulas pandangan beliau gagal memberikan kepimpinan baik di Pulau Pinang.
Rabu lalu bekas Pengerusi PKR negeri Datuk Seri Zahrain Hashim menyifatkan Lim sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis.
Zahrain dipetik sebagai berkata PR tidak akan berkrompomi dengan pemimpin dari Melaka itu kerana Lim telah gagal memenuhi janji pilihan rayanya.
Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, sistem tender terbuka, kontraktor kelas F yang mana hanya diberikan kepada golongan Bumiputera sahaja, buat pertama kali memberi peluang kepada mereka yang bukan kroni Umno untuk mendapatkan kontrak di Pulau Pinang.
Sebelum ini, kontrak-kontrak hanya diberikan kepada kroni-kroni Umno dan mereka dari luar Pulau Pinang.
Lim berkata adalah jelas persaingan melalui tender terbuka yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) adalah lebih telus serta telah memberi manfaat kepada semua golongan berbanding sistem rundingan terus kerajaan BN kepada kroni-kroninya.
Apa yang amat menarik adalah hasil daripada pelaksanaan sistem tender terbuka kepada semua kaum, katanya.
Tambah beliau sistem tender terbuka telah membuktikan kontraktor Melayu dapat bersaing dengan kontraktor bukan Melayu dan berjaya memperoleh kontrak tersebut melalui merit dan kebolehan mereka sendiri.
“Jelaslah kepada kita bukan kebolehan sesuatu kaum yang menjadi persoalannya sekarang tetapi polisi yang salah yang telah menjadikan mereka bergantung hidup terutamanya apabila ia membantu kerajaan BN mengekalkan kuasa yang dimilikinya.
“Contoh terbaik adalah negara China yang mengalami kebuluran dan keadaan ekonomi yang teruk disebabkan oleh polisi makan daripada “periuk besi tunggal” tanpa mengira sejauh mana mereka bekerja keras atau tidak.
“Walau bagaimanapun, semenjak negara China membuka pintu ekonominya dan membenarkan seseorang itu menentukan kejayaan dan pulangannya melalui kesungguhan dan kerja keras, negara China telah berjaya mentransformasikan negaranya daripada sebuah negara yang “sakit di rantau Asia” dalam tahun 1960-an kepada kedudukan ekonomi kedua terbesar di dunia menjelang tahun 2011,” katanya.
Lim berkata, BN telah mengamalkan polisi yang menyekat inisiatif, kerja keras, kesungguhan dan produktiviti yang mana ia hanya memberi faedah kepada segelintir kroni mereka.
Contohnya, kata Lim, kuota sebanyak 30% saham terbitan syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia diberikan kepada orang Melayu hanya memanfaatkan segolongan orang Melayu sahaja sedangkan golongan kebiasaan yang lain tidak pernah mendapat saham atau pulangan daripada kerajaan persekutuan.
Oleh itu menurut Lim, kerajaan negeri berasa kesal dengan unsur-unsur yang bersekutu dengan BN yang terdapat di kalangan kerajaan PR dalam menentang usaha kerajaan melaksanakan sistem tender terbuka dan urus tadbir CAT.
“Kita mestilah terus teguh bersama kerana apa yang dilaksanakan adalah berlandaskan pencapaian dan prestasi,” katanya.
Selasa, Disember 01, 2009
KM kesal polis biarkan penyokong Umno demo di luar Dun
Georgetown - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menempelak pasukan polis kerana membiarkan samseng jalanan tajaan Barisan Nasional (BN) membuat kecoh di luar Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini.

"Berdemo dibolehkan kerana ia adalah hak rakyat untuk melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap kepimpinan tetapi biarlah bersopan bukan seperti samseng jalanan tanpa menghormati dewan yang sedang bersidang.
"Polis hendaklah bertindak wajar dengan tugasan mereka menjagai keamanan. Bukan membiarkan pendemo bertindak sesuka hati, riuh rendah dan memalukan, " terangnya dalam sidang akhbar ketika masa berehat Persidangan Kali Ke Tiga Dewan Undangan Negeri Penggal Ke Tiga Dewan Undangan Negeri Yang Ke Dua Belas pagi tadi.
Lim mengulas tindakan sekumpulan penyokong Umno yang berdemo dan membuat kecoh di luar Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.
Selain menghamburkan kata-kata kesat, mereka juga membakar gambar Lim Guan Eng serta menaikkan sepanduk kononnya Lim menipu kaum India dalam isu Kampung Buah Pala.
Lim berharap polis tidak berat sebelah dalam menanganu demontrasi yang dijalankan oleh pendokong Pakatan Rakyat di mana juga selepas ini.
Sebelum ini, apa yang berlaku adalah, bila pendokong Pakatan Rakyat berdemo, pihak polis cepat bertindak menahan, menangkap serta bertindak kasar atau mengurung mereka dalam lokap atau diletakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Lebih malang lagi ada yang cedera dipukul bertalu-talu oleh pasukan polis yang tidak berunifom.
Keadaan ini berbeza terhadap apa yang terjadi di hadapan Dun Pulau Pinang pihak polis seakan membiarkan pendemo mengeluarkan kata-kata keat terhadap kepimpinan negeri yang jelas mengamalkan sikap Cekap, Akautabiliti dan Telus (CAT).
Beliau hairan kenapa isu yang telah lama selesai khususnya Kampung Buah Pala ditimbulkan kembali di waktu persidangan dewan dan tentunya ada usaha merosakan nama baik Kerajaan Negeri yang sedaya upaya merancang sebuah negeri berkebajikan.
"Kerajaan Negeri sudah terbukti berjaya melakukan kelainan dengan kerajaan BN yang memerintah sebelum ini apabila mendapat pengiftirafan daripada badan anti rasuah dunia.
"BN patut akur dengan pengiftirafan tersebut kerana sepanjang mereka memerintah bukan rasuah berkurangan bahkan berleluasa, " tegasnya.
Baru-baru ini, Tranperancy International telah mengiktiraf Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang bersungguh-sungguh dalam menangani rasuah.
Turut serta dalam sidang media pagi tadi ialah Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mansor Othman dan Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, Prof Dr Ramasamy.
Khamis, Oktober 22, 2009
Pulau Pinang dapat pujian Ketua Audit

:Guan Eng berkata, hasil usaha Kerajaan Negeri dalam menjimatkan kewangan dan menguruskan kewangan negeri dengan bersih menunjukkan bahawa prinsip Cekap, Akaunbiliti dan Telus (CAT) yang dipegang oleh kerajaan menampakkan kejayaan dan perlu dicontohi selepas mendapat pujian daripada Badan Transparensi Antarabangsa Malaysia dan Ketua Audit Negara.
Menurutnya, sewaktu pembentangan laporan, Ketua Audit Negara menyatakan terdapat peningkatan pada Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Pada Tahun 2008 berbanding 2007.
:“Pencapaian cemerlang ini adalah disebabkan peningkatan aliran wang di dalam Akaun Hasil Disatukan, Kumpulan Wang Amanah Kerajaan, Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan wang Amanah Awam.
“Bagaimanapun, deposit mengalami pengurangan sejumlah RM4.25 juta atau 2.1 peratus berbanding tahun 2007,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pelancaran majalah ‘Penang Economic Monthly’ di sebuah hotel di sini, semalam.
:Guan Eng berkata, terdapat dua perkara yang membolehkan peningkatan kepada jumlah pendapatan negeri iaitu amalan bersih, cekap dan amanah serta usaha penjimatan wang di bawah kepimpinannya sehingga mendapat kepujian bukan sahaja daripada Badan Transparensi Antarabangsa Malaysia malahan laporan Ketua Audit Negara.
Beliau turut menyelar kekangan yang berlebihan yang diharungi media cetak sebagaimana diamalkan oleh Kerajaan Pusat lebih separuh abad hingga menyebabkan rakyat lebih cenderung untuk mendengar pendapat yang tidak berasaskan fakta.
“Hasil maklumat orang awam, saya difahamkan fakta sering kali dilindungi daripada pengetahuan rakyat.
“Lebih teruk lagi, sudah banyak kali fakta tidak sampai ke pengetahuan Kerajaan Negeri,” katanya.
Rabu, Oktober 21, 2009
Ketua Menteri Minta Pegawai Kewangan Negeri Sedia Laporan Isu Tukar Tayar
Katanya tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pegawai dan penjawat awam jika terbukti berlaku penyelewengan atau penyalahgunaan wang kerajaan dalam hal itu.
Mengakui bahawa beliau tidak mengetahui perkara itu, Lim berkata Farizan perlu menyiapkan laporan itu dan menyerahkannya secepat mungkin.
"Kita akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang melakukan pembaziran wang kerajaan tanpa sebab munasabah dan kerajaan negeri tidak akan menyembunyikan apa-apa," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Ketua Audit Negara mengenai berlakunya penyalahgunaan kenderaan milik kerajaan negeri di tiga buah negeri iaitu Pahang, Perak dan Pulau Pinang tahun lalu.
Laporan itu menyebut masalah kekerapan penggantian tayar dikenalpasti berlaku di Pulau Pinang iaitu kekerapan penggantian tayar berlaku pada tiga buah kenderaan bernombor pendaftaran PED 21, PBF 1 dan PAF 1.
Penyiasatan audit itu melaporkan kesemua penggantian tayar adalah disebabkan keadaan bunga tayar yang haus atau tayar pecah, tayar haus sebelah, tayar tidak mencengkam dan tayar keras.
Laporan itu menyifatkan penggantian tayar terlalu kerap bagi tempoh tiga hingga 34 bulan dan penggunaan pada jarak perbatuan antara 1,700 kilometer hingga 21,900 kilometer untuk tiga kenderaan itu adalah meragukan.
Menurut Lim, kerajaan negeri bersedia mengadakan perbincangan dengan Ketua Audit Negara bagi mendapatkan penjelasan lanjut dan menjemputnya untuk melawat ke Pulau pinang bagi tujuan itu.
Katanya audit amat penting bagi memastikan perbelanjaan dan prestasi perkhidmatan kerajaan negeri berada pada landasan yang betul.
"Tiada gunanya kita mengamalkan prinsip cekap, akauntibiliti dan telus (CAT) jika pengurusan kita tidak efisyen," katanya.
Mengenai hasrat Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri mahu mengadakan Mesyuarat Agung Khas (EGM) hujung bulan ini bagi mendapatkan mandat anggota sama ada menerima atau menolak keputusan kerajaan negeri supaya pemaju tanah Kampung Buah Pala membina rumah teres dua tingkat untuk bekas penduduk di situ, Lim mengulangi pendirian kerajaan negeri adalah jelas iaitu jika sebarang pindaan dibuat terhadap keputusan itu, ia tidak akan meluluskan pelan pembangunan untuk tapak berkenaan.
"Kita telah bersetuju dengan cadangan membina rumah teres dua tingkat untuk penduduk terlibat dan sebarang perubahan pada cadangan itu bermakna tiada pembangunan dibenarkan di atas tapak itu," katanya.
Pada perkembangan lain, Lim menyambut baik langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 16 Sept sebagai cuti umum sempena memperingati penyertaan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia pada 1963.
"Perkara ini sepatutnya telah lama dilakukan tetapi lebih baik terlambat daripada tiada langsung," katanya dan berharap Kerajaan Persekutuan akan menimbangkan pemberian royalti sebanyak 30 peratus terhadap sumber asli yang diperoleh dari kedua-dua negeri itu sebagai pengiktirafan kepada sumbangan negeri berkenaan kepada negara.
Khamis, Ogos 20, 2009
Tabung pinjaman RM3 juta bantu usahawan kecil
Di samping itu, projek berkenaan juga sebagai menggalak dan membantu golongan rakyat miskin dan miskin tegar menceburi bidang perniagaan sebagai salah satu usaha membasmi kemiskinan.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, Majlis Mesyuarat Negeri Pulau Pinang memutuskan sebelum ini bahawa Kerajaan Negeri dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) meluluskan perlaksanaan tabung pinjaman ini secara kerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) bagi tempoh tiga tahun, mulai 1 Oktober 2009.
Menurutnya, tabung pinjaman ini mengikut model pinjaman mikro USM dengan menekankan kepada memanfaatkan golongan ‘keterbawahan’.
Selasa, Ogos 11, 2009
TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN KE ATAS PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN BUKIT BENDERA 2009
Salam sejahtera, Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat Izinkan saya untuk mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat, khususnya pandangan bernas dan membina ADUN kerajaan PR, yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Rang Undang-Undang Perbadanan Bukit Bendera 2009, Pulau Pinang.
Kepada Ahli Yang Berhormat daripada Sri Delima, Tanjung Bungah, Paya Terubong dan Bagan Dalam jelas sekali, mereka menyokong hasrat kerajaan negeri menubuhkan PERBADANAN BUKIT BENDERA sebagai permulaan baru untuk satu perubahan pertama selepas 18 tahun terbeku dalam masa (lost in time).
Persempadan kawasan di bawah Perbadanan Bukit Bendera adalah suatu kuasa lazim yang diperuntukkan di bawah undang mengikut kaedah yang ditetapkan untuk menetapkan kawasan Perbadanan dan bukan dibuat sewenang-wenangnya. Perlu diingatkan kawasan Bukit Bendera adalah di kawasan DUN Air Putih saya yang bukan sahaja merangkumi hutan simpanan, bangunan warisan, kawasan tadahan air, alam sekitar dan juga penduduk seramai lebih kurang 1000 orang (tidak termasuk 32 penggerai di stesen atas dan 10 penggerai di stesen bawah).
Ahli Yang Berhormat Pulau Betong telah bertanya mengenai implikasi kewangan Perbadanan kepada Kerajaan Negeri di mana Yang Berhormat sendiri berasa khuatir bahawa kutipan hasil yang diperolehi daripada perkhidmatan Keretapi Bukit Bendera yang dianggarkan lebih kurang RM2 juta tidak dapat menampung perbelanjaan pengurusan.
Kerajaan Negeri memang sedar bahawa kutipan hasil yang diperolehi daripada perkhidmatan Keretapi Bukit Bendera adalah tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan pengurusan Perbadanan. Justeru, sebagai langkah awal Kerajaan Negeri bersedia menyumbangkan sebagai permulaan geran tahunan sekurang-kurangnya RM 2.5 juta setahun bagi membolehkan Perbadanan beroperasi untuk menjalankan peranan dan fungsinya. Selain itu, satu kumpulan wang amanah akan dibentuk di bawah Seksyen 10, Akta Prosedur Kewangan 1957 (Pindaan 1972) bagi membolehkan Perbadanan menjana kewangan melalui sumbangan dan aktiviti yang dijalankan.
Selain itu, Ahli Yang Berhormat juga telah menyarankan supaya penubuhan Perbadanan ini mendapat pandangan daripada rakyat Negeri Pulau Pinang dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada ketika ini pengurusan Bukit Bendera adalah dikendalikan di bawah Jawatankuasa Pembangunan Bukit Bendera. Kerajaan Negeri sedar bahawa Bukit Bendera berpotensi untuk menjadi destinasi pelancongan antarabangsa. Maka, Kerajaan Negeri berkeyakinan bahawa dengan penubuhan Perbadanan ia dijangka akan memantapkan lagi pengurusan Bukit Bendera selaras dengan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang dan Rancangan Tempatan Bukit Bendera.
Kerajaan negeri ini bersikap mesra dengan NGO, tidak serupa parti pembangkang yang berkuku besi sebelum ini. Kerajaan PR pertama kali melantik wakil NGO kepada PBA Holdings, Lembaga Rayuan dan Majlis Pengampunan yang tidak pernah dilakukan oleh BN. Oleh itu BN jangan cuba memperalatkan NGO semasa jadi pembangkang sedangkan BN memusuhi NGO semasa jadi kerajaan.
Persoalan mengenai kawasan tadahan air sememangnya menjadi perhatian utama Kerajaan Negeri (prime focus) di mana kawasan rizab hutan akan dikekalkan berdasarkan kepada Konsep 2P iaitu pemeliharaan dan pemugaraan. Konsep 2P ini adalah sejajar dengan penguatkuasaan Akta Pemuliharaan Tanah Bukit 1960 (Land Conservation Act 1960).
Menjawab pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ahli Kawasan Seri Delima mengenai pelantikan tiga (3) ahli Kerajaan Persekutuan mengikut Fasal 8 (1)(c), inilah pilihan kerajaan negeri bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk ianya dimasukkan dalam Perbadanan mengikut kehendak Akta Memperbadankan (Kekompetenan Perundangan Negeri) 1962.
Mengenai isu perjawatan, suka saya meyakinkan kepada Yang Berhormat bahawa Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat mengenai kebajikan semua penjawat awam yang bertugas di Unit Keretapi Bukit Bendera. Satu sesi perjumpaan dengan penjawat awam tersebut akan diadakan pada 14 Ogos 2009 bagi membincang dan mendapatkan maklum balas awal mengenai dua opsyen yang ditawarkan iaitu pertama, menyertai Perbadanan dengan mendapat imbuhan tidak kurang dari apa yang diperolehi sekarang dan keduanya memilih persaraan mengikut Seksyen 10 (5)(b) Akta Pencen 1957. Opsyen yang ditawarkan ini adalah mematuhi kaedah yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2002 (Panduan Pertukaran Pelantikan).
Dato’ Speaker, bila saya mendengar kritikan oleh pihak pembangkang saya kesal tidak ada sesuatu yang bernas kecuali prasangka jahat, tohmahan dan fitnah. Di antaranya adalah bahawa ia memberikan kuasa sewenang-wenangnya untuk disalahgunakan tanpa batasan, berlakunya penyelewengan, Bukit Bendera akan hancur sama sekali, terjual, disalahgunakan untuk mengambil kawan-kawan DAP, PAS dan PKR untuk memegang jawatan tersebut.
Mengapa fikir seperti ini bila belum satu kes penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan oleh kerajaan PR selama 17 bulan kami memerintah negeri yang mulia ini? Malah SPRM sendiri menyatakan tidak ada sebarang kes rasuah yang lekat kepada ADUN atau EXCO PR.
Adakah fitnah ini sebenarnya menunjukkan minda and persepsi yang serong ataupun lebih serius lagi. Bahawa pembangkang ini lihat kerajaan PR dengan kacamata dan ukuran nilainya sendiri. Bahawa PR akan lakukan semua yang salah dan yang didakwa oleh pembangkang kerana inilah yang dilakukan oleh parti pembangkang bila menjadi parti pemerintah 51 tahun yang lepas.
Kalau begitu, saya hanya kesian kepada parti pembangkang. Kerana PR tidaklah sama dengan pembangkang BN sebelum ini, yang menipu wang rakyat, mengamalkan nepotisma, merompak tanah rakyat dan menjahanamkan rakyat. Jangan ingat PR akan cetuskan skendal penyelewengan tanah seperti BN dalam kes Tang Hak Ju yang mengakibatkan kemungkinan kerugian RM 40 juta ataupun skendal PGCC yang membolehkan keuntungan beratus juta bila tanah Penang Turf Club dizonkan semula kepada pembangunan bercampur. Jangan anggap PR akan merompak tanah seperti BN ke atas penduduk Kampung Buah Pala dengan harga hanya RM 10 sekaki persegi tanpa merundingkan dengan penduduk. Ataupun BN menyelewengkan wang MPSP yang hilang RM 230 juta dalam 7 tahun.
Kita tidak akan jadi macam BN kerana kita beza dan lain daripada BN. Oleh kerana BN adalah semua yang jahat ini, barulah BN tumbang dan hilang kuasa dengan begitu ketara pada pilihanraya besar 2008 yang lepas.
Itulah saya cakap kesian kepada parti pembangkang kerana mereka masih tidak tahu kesilapan mereka dan anggap orang lain akan silap macam mereka. Bertaubatlah!
Sikap hipokrit daripada parti pembangkang ini amat mendukacitakan. Orang alim Islam beritahu saya untuk umat Islam yang bersikap hipokrit dalam agama Islam mendapat deskripsi yang lebih serius dari kacamata Tuhan.
Saya ingin menasihatkan parti pembangkang bahawa Rang Undang-undang (RUU) ini bukanlah ciptaan saya atau mana-mana ahli EXCO tetapi digubal dan dirangka oleh Dato Penasihat Undang-undang yang menerima pakai contoh amalan daripada RUU Negeri dan Persekutuan yang lepas. Beliau ada banyak pengalaman dalam merangka RUU ini kerana pernah menjadi Legal Draftswoman untuk Parlimen Malaysia, itulah sebabnya dianugerahkan darjah kebesaran Dato’ oleh kerajaan negeri tahun ini. Oleh itu semua tuduhan pembangkang tentang muslihat, udang di sebalik batu, pemberian kuasa mutlak adalah satu khayalan dan dakyah semata-mata untuk mengaburi mata rakyat kerana semua fasal serupa ini yang mereka menentang disokong sendiri oleh BN termasuk wakil pembangkang sekarang dalam RUU lain sebelum ini.
Oleh itu janganlan main politik dengan pembangunan Bukit Bendera. Marilah kita pulih Bukit Bendera sebagai satu destinasi pelancongan antarabangsa terpilih dengan menggembleng tenaga memajukannya bukanlah membiarkannya seperti yang berlaku 18 tahun ini ataupun membantutkan pembangunan dengan perkhidmatan yang buruk.
Sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang mengamalkan prinsip CAT, maka sudah pasti pendekatan pembangunan yang seimbang berteraskan semangat kecintaan kepada alam sekitar akan diberikan keutamaan. Perbadanan Bukit Bendera akan memperlihatkan sistem pengurusan yang lebih cekap dan berkesan serta menjadikan Bukit Bendera sebagai sebuah destinasi pelancongan antarabangsa.
Perbadanan Bukit Bendera membuka lembaran baru bukan sahaja kepada Bukit Bendera tetapi memberikan nafas baru kepada sektor pelancungan dan peranginan di Pulau Pinang. Kita sudah ketinggalan 30 tahun berbanding dengan Hong Kong. Sekiranya sistem Keretapi Bukit Bendera dinaiktarafkan dengan projek RM 60 juta, ia mesti disusuli dengan pengurusan yang moden dan profesyenal agar bertepatan dengan perkhidmatan bertaraf antarabangsa. Oleh kerana kerajaan negeri tidak mahukan ia dalam keadaan merosot dan mundur sepanjang 18 tahun ini, maka Perbadanan Bukit Bendera ini adalah perubahan pertama.
Saya ingin memberikan jaminan kepada Ahli Yang Berhormat bahawa semua perundangan dan garis panduan yang sedia ada akan diguna pakai dan dipatuhi sepenuhnya di kawasan Bukit Bendera bagi memastikan pembangunan yang lestari dan mapan.
Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Isnin, Ogos 10, 2009
Guan Eng: Permintaan Melampau, Tiada Lagi Rundingan
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata pihaknya tidak akan meneruskan lagi perbincangan dengan penduduk Kampung Buah Pala selepas mereka menolak jalan penyelesaian yang diusulkan kerajaan negeri.Beliau berkata kerajaan negeri kesal para penduduk menolak tawaran rumah dua tingkat untuk setiap keluarga dan sebaliknya menuntut pihaknya membayar pampasan RM3.5 juta kepada mereka.
Walaupun kerajaan negeri memahami situasi yang dihadapi penduduk, namun tuntutan RM3.5 juta ini, kata Guan Eng, telah melampaui batas.
“Jangan membuat tuntutan yang berlebihan, kita menawarkan sebuah rumah teres dua tingkat ditempat asal mereka bernilai hampir RM600 ribu di Pulau Pinang.Mereka tiada peluang duduk di rumah teres dua tingkat, malah ramai rakyat di Pulau Pinang tidak mempunyai peluang sebegini.
“Sekarang mereka menuntut rumah yang bernilai RM3.5juta. Saya rasa kerajaan negeri telah buat apa yang mampu, kita serahkan kepada mereka untuk membuat pilihan. Kalau mereka tidak mahu, itu terpulang mereka mungkin mereka boleh mencari orang luar yang boleh menuntut sebuah rumah bernilai RM3.5juta,” katanya.
Guan Eng menambah rakyat Pulau Pinang telah mendengar hujah dan kenyataan dari semua pihak, yang menunjukkan penduduk kampung sering bertukar fikiran. Rundingan awal bersama penduduk yang menghasilkan persetujuan positif sebelum ini akhirnya terbantut dengan sikap sebegini.
Kampung Buah Pala bertitik-tolak dari penempatan tanah estet penjajah British, dan tanah penempatan ini diserahkan semula kepada kerajaan negeri Pulau Pinang sebaik-sahaja Malaya mengecapi Kemerdekaan.
Pihak kerajaan negeri bagaimanapun membenarkan penduduk Kampung Buah Pala menetap diatas tanah tersebut melalui Lesen Penempatan Sementara atau TOL.
Kerajaan BN menjual tanah Kampung Buah Pala kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang, yang kemudiannya mengikat kontrak dengan Nusmestro Ventures (P) Sdn Bhd untuk memajukan projek pangsapuri mewah di tanah terbabit.
Kes ini dibawa ke muka pengadilan, namun keputusan mahkamah memihak kepada pemaju. Selepas siri-siri tunjuk perasaan dan perbalahan, kerajaan negeri akhirnya campurtangan dan menawarkan cadangan supaya pemaju memperuntukkan sebahagian tanah itu untuk penempatan Kampung Buah Pala.
Dalam pada itu juga, penduduk ditawarkan rumah dua tingkat bernilai RM600,000 di negeri pulau yang semakin kesempitan tanah itu.
Penduduk menolak tawaran ini atas alasan rumah dua tingkat ini hanya akan siap dalam masa dua tahun, dan sementara menunggu kediaman baru mereka siap, mereka hilang punca tidak tahu menetap dimana.
Memburukkan lagi keadaan dengan campungan pihak-pihak tertentu. Isu Kampung Buah Pala bertukar panas apabila masalah ini menjadi perbalahan kaum selepas pemimpin Hindraf menuduh kerajaan negeri mahu menghapuskan apa yang mereka dakwa kampung warisan masyarakat India.
Kontroversi ini bertambah huru-hara apabila Hindraf beria-ira mahu membawa kes ini kepada Unesco supaya badan dunia itu menarik balik status Kotaraya Warisan yang dianugerahkan kepada Georgetown kerana membenarkan penempatan sementara ini diratakan.
Ketua Menteri Pulau Pinang berkata bahawa ia adalah susah untuk berunding dengan penduduk Kampung Buah Pala kerana mereka asyik menukar fikiran dan semalam Pengerusi Pertubuhan kampong tersebut membuat laporan polis terhadap beliau mengenai kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.
MIC, yang turut beria-ria mendapatkan kembali keyakinan masyarakat India, menawarkan RM3.2 juta untuk membeli tanah itu dan menyerahkannya secara percuma kepada penduduk.
Kerajaan negeri, yang turut didesak supaya membeli tanah itu pada harga RM3.2 juta, bagaimanapun tidak mampu berbuat demikian kerana undang-undang menetapkan bahawa urusan tanah tidak boleh diuruskan sewenang-wenangnya, tidak sepertimana dibawah pemerintahan BN dahulu.
Nilai tanah Kampung Buah Pala dianggarkan mencecah RM100 juta ringgit.
Rabu, Ogos 05, 2009
Penduduk Kg. Buah Pala ditawar rumah teres
Menurutnya, tawaran itu dikemukakan mereka dalam perbincangan antara kerajaan negeri, pemaju dan penduduk kampung berkenaan malam tadi.
"Selepas mengadakan perbincangan, pemaju bersetuju memberi sebuah rumah teres dan ini adalah tawaran yang terbaik diberikan pemaju kepada penduduk kampung berkenaan.
"Bagaimanapun, penduduk kampung belum buat sebarang keputusan dan mereka minta tempoh sehingga Jumaat ini untuk memberi jawapan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perbincangan itu di pejabatnya di Komtar malam tadi, lapor Bernama.
Lim bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai tawaran itu dan berharap ia akan diterima penduduk kampung bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.
Sementara itu Penolong Setiausaha Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, C.Tharmaraj berkata penduduk belum membuat sebarang keputusan berhubung tawaran berkenaan dan mereka akan mengadakan perbincangan sebelum memberi jawapan kepada pemaju.
Bagaimanapun katanya penduduk tidak gembira dengan tawaran berkenaan kerana mereka hanya diberi gambaran mengenai rumah teres berkenaan secara lisan tanpa plan reka bentuk sebenar.
"Kami hanya dimaklumkan setiap rumah yang terlibat akan dapat sebuah rumah teres dua tingkat dengan keluasan 1,400 kaki persegi di kawasan berkenaan.
"Tetapi plan reka bentuknya dan maklumat lanjut tentang perkara itu tidak dimaklumkan dan rumah berkenaan dijangka siap dalam tempoh dua tahun dari sekarang," katanya dan menambah dalam tempoh itu penduduk terpaksa menyewa sendiri di kawasan lain.
Rumah 23 keluarga di kawasan itu sepatutnya dirobohkan semalam tetapi dilanjutkan selepas penduduk kawasan itu gagal dalam rayuan mereka menghalang pemilik tanah berkenaan, Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang, daripada membangunkannya.
Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd, pemaju projek perumahan di Kampung Buah Pala, menetapkan Jumaat ini sebagai tarikh baru untuk penduduk kawasan itu berpindah dari kediaman masing-masing.
Sabtu, Julai 18, 2009
Kerajaan Negeri galakkan usaha tani secara besar-besaran
Sektor pertanian di Pulau Pinang walaupun sekadar 1.6 peratus berbanding sektor pembuatan 56.0 peratus, perkhidmatan 40 peratus dan pembinaan 1.8 peratus namun tidak dinafikan sektor ini diakui terpenting kerana penglibatan rakyat terhadap industri tani begitu ramai.
"Kerajaan Negeri menggalakkan orang ramai terlibat dengan sektor pertanian secara besar-besaran kerana keperluan tempatan amat memerlukan di samping sebagai gantian impot," ujarnya semasa berucap dalam ucapan aluan sempena majlis Perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Pulau Pinang yang di adakan di Tapak Ekspo, Seberang Jaya semalam.
Majlis berkenaan di rasmikan oleh Tun Yang Terutama, Dato' Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Abbas.
Menurut Lim lagi, bidang ini berpotensi tinggi dan boleh ke persada antarabangsa sekiranya diusahakan secara agresif dan tekun.
Berdasarkan bilangan mereka yang terlibat dengan industri tani 19,100 di negeri ini satu pendekatan yang harus diambil ialah menambah mutu pengeluaran selain dibertekad menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri bertaraf antarabangsa yang mempunyai ahli profesional terbaik dan juga petani terbaik di Malaysia.
"Bilangan petani mengikut pecahan ialah Petani 12,750 orang, nelayan 4,000, penternak 2,100 dan penternak industri akuakultur 250 orang. Sungguhpun bilanganya kecil tetapi yang penting bukan jumlah tetapi mutu," terangnya dalam majlis bertemakan 'Membangukan Petani Terbaik'.
Justeru, golongan muda sewajarnya mengambil peluang yang ada untuk melonjakkan minat di samping merubah perepsi dan minda mereka yang menganggap bahawa pekerjaan dalam sektor pertanian merupakan kerjaya yang tidak menarik sebaliknya perlu berfikir bahawa aktiviti ini adalah kerjaya yang menjanjikan pulangan yang besar sekiranya kita berani menghadapi cabaran menempuh onak dan duri.
Program ini juga menganugerahkan beberapa ketogari kepada mereka yang cemerlang dalam bidang pertanian antaranya ialah Anugerah Kumpulan Pengembangan Wanita Jaya dimenangi oleh Puan Saniah Omar, Anugerah Kolompok Jaya oleh Kelompok Tani Kampung Lahar Minyak dan Anugerah Usahawan Siswazah Tani Jaya oleh Puan Wan Rodziana Wan Hasan.
Anugerah Penternak Jaya Ruminan, Baharudin Ibrahim, Anugerah Penternak Jaya Bukan Ruminan Jaya, Soo Keow Hua.
Anugerah Usahawan Ikan Air Tawar, Thor Kean Hoe, Anugerah Usahawa Ikan Air Payau Jaya, Khor Chye Seng, Anugerah Peladang Jaya Lelaki, Zulkipli Md Saad, Anugerah Peladang Jaya Wanita, Rapeah Puteh, Anugerah Pertubuhan Peladang Jaya dimenangi oleh PPK Sungai Acheh.
Anugerah Unit Peladang Jaya, Unit Peladang Sungai Star Besar dan Anugerah Peladang Muda Jaya (Ketogari lelaki dan wanita), Hamid Mat Desa.
Anugerah Persatuan Nelayan Kawasan Jaya, Johari Mohamad, Anugerah Nelayan Jaya, Arshad Omar, Anugerah Unit Nelayan Jaya Haji Yahaya Yusuf dan Anugerah KUNITA Jaya, Sarinah Haron.
Anugerah Peserta Pasar Tani Jaya, Zubir Hashim, Anugerah Pasar Tani Jaya, Mohd Sabri Arshad dan Anugerah Usahawan Terbaik, Mohd Johari Saad.
Manakala Anugerah Pekebun Getah terbaik dimenangi oleh Mohd Zahid Osman dan Pekebun Kecil Kelapa Sawit Terbaik oleh Sulaiman Zakaria.
Rabu, Julai 15, 2009
Guan Eng Pelawa Penduduk Kg. Buah Pala Ke Pejabatnya, Selesai Isu Tanah
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjemput penduduk kampung datang ke pejabatnya berbincang bagi mencari penyelesaian.
Kampung Buah Pala mendapat perhatian berikutan penjualan tanah hak milik penduduk kampung kepada pemaju, Nusmetro Sendirian Berhad yang menurut sesetengah pihak ada penyelewegan berlaku.
Perjumpaan yang dijadualkan Khamis ini jam 8 malam bakal menyaksikan Guan Eng bersemuka dengan 23 keluarga bagi meleraikan kekusutan yang tercetus akibat daripada ketidaktelusan kerajaan negeri pimpinan BN dahulu.
Walaubagaimanapun, Guan Eng tetap tidak akan berjumpa peguam yang mewakili penduduk kampung itu.
Rata- rata umum berpendapat peluang berjumpa Guan Eng tidak harus dipersia oleh penduduk kampung apatah lagi pihak ketua menteri yang membuat jemputan.
Sementara itu, Adun Seri Delima, S.N Rayer mendakwa 2 penduduk kampung berkenaan telah diugut supaya tidak hadir pada pertemuan dengan ketua menteri.
S.N Rayer juga menunjukkan satu klip video upacara MOU antara pemaju, Numestro Venture Sdn Bhd dengan Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang KPKPP sebagai bukti bahawa penyerahan tanah tersebut telah dibuat pada April 2006.
Semalam Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Osman dan Timbalan Ketua Menteri II, Profesor P. Ramasamy membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM susulan terdapat beberapa perkara yang mencurigakan berhubung penjualan tanah kampung ini.
Siasatan mereka mendapati pihak kerajaan negeri yang lepas telah menjual tanah orang kampung kepada KPKPP dengan potongan harga sebanyak 50 peratus dari harga asal iaitu RM6,420,000 kepada RM3,210,000 atau RM10 bagi satu kaki persegi.
KPKPP kemudiannya menjual tanah itu kepada pemaju Nusmetro Sendirian Berhad.
Khamis, Julai 09, 2009
Koh Tsu Koon & BN punca isu Kampung Buah Pala
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam sidang medianya tengahari semalam menyifatkan, kenyataan Koh Tsu Koon yang menyalahkan Kerajaan Pakatan Rakyat kerana tidak memperdulikan keresahan penduduk di kampung terbabit adalah taktik terbaru bagi menutup kesilapannya menjual tanah tersebut pada sebuah syarikat swasta setelah hak milik tanah ditukar kepada Koperasi Pegawai Kerajaan sepenuhnya apabila baki premium dibayar pada 27 Mac 2008.
Jelas beliau lagi, sepatutnya Koh yang juga Ahli Parlimen dari negeri ini tambahan lagi pernah menjadi Ketua Menteri harus masuk campur dengan membawa usul ini ke kabinet agar penyelesaian dapat diatasi.
"BN, Koh Tsu Koon dan barisan exconya kena dipersalahkan dalam hal ini kerana tindakan mereka menyebabkan penduduk Kampung Buah Pala dalam dilema. Padahal peristiwa melaksanakan projek besar tidak timbul sekiranya kerajaan BN waktu itu bersikap mesra dan tidak menipu, " ujarnya.
Beliau juga mengesahkan Kerajaan Pakatan Rakyat tidak mampu menyelamatkan kedudukan kampung terbabit kerana ketandusan kewangan melainkan berharap Kerajaan Pusat menebus kembali dengan membayar pampasan kepada syarikat Nusmetro Venturues (P) Sdn Bhd kerana didakwa mengalami kerugian tidak menjalankan projek yang dirancang ekoran penduduk menghalang dengan membawa ke mahkamah.
Namun, pada awal Jun lalu setelah syarikat berkenaan berjaya mengemukakan penghujahan di Mahkamah penduduk masih tidak mahu keluar dari kawasan seluas 6.5 ekar berikutan hak mereka dinafikan menerusi jalan penipuan sedangkan mereka tinggal di situ melebihi 100 tahun.
"Sebagai kerajaan baru yang memerintah, kita tidak boleh buat apa-apa kerana Pejabat Tanah dan Galian Negeri telah memberikan hak milik tanah kerajaan kepada Koperasi Pegawai Kerajaan bertarikh 9 Januari menerusi rujukan mereka PTG/PMP/DTL/274 yang ditandatangani oleh Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang, Haji Arifin Awang, " terangnya.
Lim dalam kenyataan juga menyebut Kerajaan Negeri akan menggunakan Akta Kanun Tanah Seksyen 116 di mana sekyen 116 (1) (D) menyebut mana-mana tanah yang menjadi milik kerajaan apabila hendak dibangunkan mesti mendapat kebenaran secara bertulis sebelum pembangunan dibuat.
Beliau juga menafikan Kerajaan Negeri cuba lari daripada tanggungjawab sebaliknya Kerajaan Negeri sedaya upaya mencari jalan bagaimana untuk menyelamatkan kedudukan kampung itu daripada terus ditipu oleh BN.
Kerajaan Negeri juga berpendapat sekiranya mana-mana keluarga mahukan pampasan mereka harus bersabar kerana kerajaan sedang berusaha mendesak pemaju membayar pampasan sebanyak RM200 ribu kepada setiap keluarga.
Perkara itu sedang dibincangkan dengan semua pihak termasuk pemaju sehingga tarikh 2 Ogos akan datang dan selepas itu kerajaan akan mengkaji pampasan yang akan diberikan.
Menyentuh mengenai tuduhan seorang penduduk yang mengatakan jangan persalahkan Najib dalam hal ini sebaliknya menunding jari pada Kerajaan Pakatan Rakyat kononnya menandatangani perjanjian dengan pemaju pada 27 Mac 2008 iaitu selepas peralihan kuasa beliau berkata, Kerajaan Negeri tiada sebarang urusan dengan pemaju melainkan Kerajaan BN terdahulu bersama Koperasi Pegawai Kerajaan.
Ini bermakna Exco Kerajaan BN telah meluluskan dua kali tanah tersebut pada Koperasi iaitu pada 2004 dan 2006.
"Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekarang tidak pernah merestui peristiwa yang berlaku di Kampung Buah Pala tetapi apa boleh buat nasi sudah jadi bubur. Kerajaan BN patut bertanggungjawab dalam kes ini, " katanya penuh harap.
Turut hadir dalam kenyataan akhbar itu ialah Timbalan Ketua Menteri, Dr Mansor Othman dan Profesor Ramasamy serta Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.
Baca Kenyataan Media Ketua Menteri berhubung isu Kg. Buah Pala :
30 Jun 2009
1 Julai 2009
2 Julai 2009
Selasa, Julai 07, 2009
Guan Eng akan bertemu penduduk Kg Buah Pala esok
Georgetown - Setelah menunggu selama seminggu, akhirnya penduduk Kampung Buah Pala akan dapat menemui Ketua Menteri Lim Guan Eng esok.Timbalan Ketua Menteri II P. Ramasamy mengesahkan Lim akan menemui penduduk kampung itu di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) pada 11.30 pagi.
"Ketua Menteri tidak mahu jumpa penduduk tempoh hari kerana beliau hanya mahu berjumpa penduduk tanpa kehadiran orang yang bukan penduduk," katanya
