BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Selasa, Julai 07, 2009

Guan Eng akan bertemu penduduk Kg Buah Pala esok

Georgetown - Setelah menunggu selama seminggu, akhirnya penduduk Kampung Buah Pala akan dapat menemui Ketua Menteri Lim Guan Eng esok.

Timbalan Ketua Menteri II P. Ramasamy mengesahkan Lim akan menemui penduduk kampung itu di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) pada 11.30 pagi.

"Ketua Menteri tidak mahu jumpa penduduk tempoh hari kerana beliau hanya mahu berjumpa penduduk tanpa kehadiran orang yang bukan penduduk," katanya

Pada 30 Jun lepas, penduduk Kampung Buah Pala hampa apabila Lim tidak menemui mereka setelah menunggu kira-kira tiga jam di Komtar.

Lim dilaporkan enggan bertemu penduduk kampung berkenaan kerana dakwanya tugas menyelesaikan isu kampung itu telah diserahkan kepada kedua-dua timbalannya dan beliau tidak mahu mereka dilihat sebagai tidak mampu menyelesaikan isu itu.

Pada sidang akhbar yang sama, Lim mahu bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon memberi penjelasan mengenai isu kampung itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"PM mungkin tidak tahu latar belakang projek itu. Kerajaan negeri sebelum ini di bawah pimpinan Koh patut bertanggungjawab untuk meminta bantuan daripada kerajaan pusat," katanya.

Semalam, Najib berkata kerajaan persekutuan tidak akan campur tangan dalam isu Kampung Buah Pala kerana perkara itu perlu diuruskan dan diselesaikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Kerajaan negeri telah menulis surat kepada Najib bagi memohon bantuan daripada kerajaan persekutuan untuk mengambil alih tanah kampung itu daripada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang dan membayar pampasan kepada pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd bagi membolehkan 23 keluarga terus tinggal di Kampung Buah Pala.

Penduduk Kampung Buah Pala terpaksa mengosongkan tanah itu selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan mereka untuk terus tinggal di kawasan itu yang telah dihuni mereka sejak sekian lama.



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB