BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Selasa, Disember 02, 2008

Bayaran masuk Pesta Pulau Pinang kini RM3


Georgetown - Pengunjung ke Pesta Pulau Pinang 2008 dapat berjimat RM1 apabila kerajaan negeri mengurangkan bayaran masuk daripada RM4 kepada RM3 sebagai tanda prihatin terhadap keadaan ekonomi semasa yang kurang baik.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata pengurangan kadar bayaran itu bagi meringankan beban pengunjung yang mempunyai bilangan ahli keluarga ramai serta pengunjung berulang.

Beliau berkata, dengan pengurangan itu, sasaran kehadiran lebih daripada 500,000 pengunjung domestik dan luar negara ke pesta berkenaan dijangka bakal menjadi kenyataan.

Katanya, slogan pesta kali ini 'Jom pi Penang, Pesta Pulau Pinang' dan berlansung selama 33 hari bermula 29 November lalu dan berakhir pada 31 Disember depan.

"Pesta kali ini menampilkan kepelbagaian program merangkumi ekspo perdagangan dan pameran, hiburan pentas, permainan seisi keluarga serta sukan."

"Lebih menarik lagi gerai bertambah kepada 100 gerai berbanding 65 gerai pada tahun sebelumnya." katanya ketika berucap di Majlis Pembukaan Pesta Pulau Pinang 2008 di Tapak Pesta Sungai Nibong, malam kelmarin yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB