BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Khamis, Disember 18, 2008

Nota Ucapan DSAI Mengenai Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman

RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN 2008

LATAR HUJAH

Badan Kehakiman merupakan salah satu daripada tiga cabang utama dalam pemerintahan yang berteraskan sistem demokrasi berparlimen yang seharusnya bebas daripada pengaruh dan campurtangan Eksekutif.

Selain dilindungi kebebasannya, badan kehakiman harus berwibawa serta tidak tergugat dari segi keyakinan rakyat terhadap kebebasan dan kewibawaannya.

Jika kebebasan badan kehakiman dicabuli, kewibawaannya dipertikaikan dan keyakinan rakyat terhadapnya terjejas, maka sistem keadilan kita menjadi pincang dan kedaulatan undang-undang [rule of law] menjadi ranap merudum, justeru rakyat jelata terdedah kepada penindasan, kezaliman dan salahguna kuasa pemerintah tanpa pembelaan menurut hukum dan nilai-nilai keadilan.

Peri pentingnya peranan badan kehakiman yang bebas dan berwibawa sememangnya menjadi keperluan dan tuntutan sejagat, lebih-lebih lagi dalam soal menegakkan keadilan bagi yang dhaif dan lemah dalam menghadapi salahguna kuasa dan keangkuhan pihak yang berkuasa. Sehubungan dengan itu, izinkan saya memetik pendirian yang dinukilkan dalam satu kes di India iaitu C Ravichandan Iyer v Justice AM Bhattacharje & Ors [1995], dimana Mahkamah Agong India [Indian Supreme Court] menyatakan:

[Quote]:

“The judiciary stands between the citizens and the State as a bulwark against executive excesses and misuse of powers by the executive. It is, therefore, absolutely essential that the judiciary must be free from executive pressure or influence which has been secured by making elaborate provisions in the Constitution with details. The independence of judiciary is not limited only to the independence from the executive pressure or influence; it is a wider concept which takes within its sweep independence from any other pressure and prejudices. It has many dimensions, viz., fearlessness of other power centres, economic or political, and freedom from prejudices acquired and nourished by the class to which the judges belong…”

Kebebasan badan kehakiman dalam negara Malaysia telah sekian lama dicabul oleh pihak Eksekutif khas sewaktu era Tun Dr Mahathir Mohamad melalui tragedi peristiwa hitam pemecatan Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara dan beberapa orang Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan yang lain pada tahun 1988.

Semenjak itu, badan kehakiman kian parah dengan pelbagai dakwaan terhadap kebebasan dan kewibawaannya termasuk amalan rasuah. Dalam hal ini, ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, saya pernah membentangkan kes Insas Berhad & Anor v Ayer Molek Rubber Company Bhd & Ors [1995] di dalam mesyuarat Kabinet untuk perbincangan mengenai implikasi penghakimannya.

Kepincangan badan kehakiman berkemuncak dengan pendedahan rakaman video klip Dato’ V.K Lingam yang memaparkan bagaimana badan kehakiman nyata terdedah kepada pengaruh dan campurtangan langsung orang-orang yang berkepentingan dan berpengaruh untuk menentukan pelantikan hakim-hakim.

Satu Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan pada 12 Disember 2007 berikutan dengan keresahan awam [public outcry] mengenai intipati perbualan telefon Dato’ V.K Lingam dengan Tun Ahmad Fairuz bin Dato’ Sheikh Abdul Halim yang membabitkan beberapa orang kenamaan lain yang terlibat dalam mempergaruhi pelantikan hakim-hakim.

Dalam hubungan ini, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini mengenai rumusan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Siasatan tersebut sepertimana yang terkandung dalam Report of the Commission Of Enquiry On The Video Clip Recording Of Images Of A Person Purported To Be An Advocate and Solicitor Speaking On The Telephone On Matters Regarding The Appointment Of Judges, Volume 1, Part 2, Executive Summary, muka 37 & 38,

[Quote]:

“Having considered all the materials before us, that is, the testimonies of 21 witnesses, 116 exhibits and 17 statutory declarations including the submissions, we are pleased to summarise our Findings on the five Terms of Reference herein below as follows:

1. To enquire and ascertain the authenticity of the video clip.

The Commissioners find that the video clip, Ex.C7 is authentic.

2. To enquire and identity the speaker, the person he was speaking to in the video clip and the persons mentioned in the conversation;

The Commissioners find:

a) that the person speaking on the phone is Dato’ V.K Lingam;
b) that the person to whom he was speaking on the phone is Tun Ahmad Fairuz bin Dato’ Sheikh Abdul Halim;
c) that the Chinese man he was seen conversing with, after the phone conversation had ended, is Mr. Loh Mui Fah; and
d) that the other persons mentioned in the conversation will be identified in the body of the Report.

3. To enquire and ascertain the truth or otherwise of the content of the conversation in the video clip;

The Commissioners find the content of the conversation on the video clip is true in substance and in material particulars.

4. To determine whether any act of misbehaviour has been committed by person or persons identified or mentioned in the video clip;

The Commissioners find sufficient evidence of misbehaviour on the part of certain individuals or personalities identified or mentioned in the video clip. In this connection, we refer to the body of the Report.

5. To recommend any appropriate course of action to be taken against the person or persons identified or mentioned in the video clip, should such person or persons be found to have committed any misbehaviour.

The Commissioners find sufficient cause to invoke the Sedition Act 1948, the Legal Profession Act 1976, the Official Secrets Act 1972 and the Penal Code against various individuals mentioned in the video clip which we have elaborated in the Report. We do not discount the possibility of other laws being contravened. We leave it to the Attorney General Malaysia and the Malaysian Bar Council to take the appropriate actions against personalities implicated. Additionally, we are proposing to the Government for the necessary reforms including the establishment of a Judicial Appointments Commission.”

Tidak dapat dinafikan bahawa penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman adalah sebahagian daripada cadangan-cadangan yang terkandung dalam rumusan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Siasatan Video Klip Dato’ V.K Lingam.

Namun, apa jadi dengan cadangan-cadangan lain yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Siasatan?

Adakah tindakan diambil untuk mendakwa mereka yang terbabit? Atau mereka dilepaskan begitu sahaja?

Saya minta kerajaan menyatakan dengan jelas samada ia mempunyai komitmen dan ketegasan untuk bertindak terhadap mereka yang terbabit dalam salahlaku mempergaruhi perlantikan hakim-hakim sepertimana yang diperakui dalam laporan Suruhanjaya Siasatan. Perkara ini amat serius kerana perbuatan mereka ini yang menjadikan badan kehakiman negara sebagai momokan dan penghinaan bukan sahaja di dalam negeri malahan di peringkat antarabangsa.

KRITIKAN TERHADAP RANG UNDANG-UNDANG

Rang undang-undang yang sebegini penting dibentangkan bagi bacaan kali pertama dalam Dewan ini pada hari Rabu lepas, 10 Disember 2008 atau enam bulan selepas Suruhanjaya Siasatan Video Klip V.K Lingam dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 9 Mei 2008.

Ia dibuka untuk perbahasan pada hari ini, yakni satu tempoh masa yang terlalu singkat bagi menelitinya di samping itu kita juga perlu membahaskan rang undang-undang yang lain.

Sebelum ini pada 15 Mei 2008, mantan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Zaid Ibrahim telah mengemukakan deraf cadangan bertulis mengenai penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman kepada pelbagai pihak termasuk pihak pembangkang melalui Ketua Pembangkang ketika itu Datin Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail bagi mendapatkan maklum balas.

Deraf yang dikemukakan oleh mantan Menteri Dato’ Zaid Ibrahim dengan jelas menyatakan bahawa cadangan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman berpaksi kepada komitmen Kerajaan kepada sistem kehakiman yang bebas daripada campur tangan kuasa Eksekutif mahupun mana-mana pihak yang lain yang mungkin mempengaruhi proses pelantikan kehakiman.

Perakuan yang dipertegaskan oleh beliau menyebut bahawa proses yang diamalkan sekarang tidak memperuntukkan cara yang telus yang mengambil kira pandangan pihak yang berkaitan (stakeholders) bagi tujuan mengenal pasti dan memilih calon yang layak dan sesuai untuk dilantik sebagai hakim.

Sistem yang diamalkan sekarang, menurut beliau lagi, mungkin memberi ruang kepada umum untuk mendakwa bahawa sistem ini kurang telus dan kurang akauntabiliti pada pihak yang terlibat…Akibatnya sistem yang diamalkan sekarang berkemungkinan terbuka untuk disalahgunakan.

Dalam deraf tersebut, mantan Menteri menyebut bahawa cadangan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman akan mempunyai implikasi perundangan seperti berikut:

a) pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan;
b) peruntukan undang-undang bagi penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman; dan
c) apa-apa pindaan berbangkit jika ada, terhadap undang-undang lain.

Ketua Pembangkang ketika itu telah mengemukakan secara rasmi maklum balas kepada Kerajaan mengenai beberapa pendirian prinsip mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

Pendirian prinsip yang dikemukakan oleh pihak pembangkang ketika itu menggariskan keperluan untuk menjadikan Pernyataan Beijing (Beijing Statement) mengenai Prinsip-Prinsip Kebebasan Kehakiman bagi rantau LAWASIA sebagai sumber rujukan.

Kita juga mengesyorkan rujukan kepada Prinsip-Prinsip Komanwel (Latimer House) untuk memastikan pengukuhan doktrin pengasingan kuasa antara Eksekutif, Badan Kehakiman dan Badan Legislatif serta keperluan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan perlu dipinda untuk memaktubkan kembali bahagian berkenaan Perkara 121(1) kepada bentuknya yang asal dimana kuasa kehakiman dikurniakan tanpa sebarang sekatan di mahkamah-mahkamah tertinggi.

Peruntukan yang tertera dalam Perkara 121(1) sekarang yang memperuntukkan bahawa mahkamah-mahkamah tertinggi mempunyai bidang kuasa yang tertakluk di bawah undang-undang persekutuan adalah tidak bersesuaian dan bertentangan dengan prinsip asas doktrin pengasingan kuasa.

Pengasingan kuasa ini harus jelas tidak menjejaskan kebebasan dan kewibawaan badan kehakiman daripada dipengaruhi dan tunduk kepada tekanan Eksekutif.

Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 yang dikemukakan dalam Dewan yang mulia ini ternyata masih belum berupaya melepaskan dirinya daripada pengaruh dan campur tangan Eksekutif.

Sejauhmanakah ianya tidak terdedah kepada campur tangan Eksekutif khasnya Perdana Menteri?

Mengamati peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam rang undang-undang ini, kuasa yang begitu luas lagi mutlak akan diperuntukkan kepada Perdana Menteri dalam banyak perkara.

Sehubungan ini, saya sependapat dengan kebimbangan dan keperihatinan mengenai rang undang-undang ini seperti yang dizahirkan oleh Dato’ Param Cumaraswamy [Former UN Special Rapporteur on the Independence of Judges and Lawyers].

Dalam kenyataan media bertarikh 11 Disember 2008, Dato’ Param merumuskan:

[Quote]:

“The long awaited legislation for a Judicial Appointments Commission is a disappointment. While it provides for a mechanism for selection and recommendation for appointments to the superior judiciary namely, the High Court, Court of Appeal and the Federal Court including their respective heads and provides for criteria for such appointments all of which may appear giving a resemblance of transparency, yet it could lead to executive interference into the independence of the judiciary.

Provisions for the Prime Minister of the day to defend the independence of the judiciary and power conferred on him to appoint and remove any or all the non-judicial members (eminent persons) of the Commission at any time without giving any reasons in essence means that the independence of the judiciary would be dependent on the personality of the Prime Minister in power, in effect the executive arm of the government.

Without amending article 121 of the Constitution to restore the doctrine of separation of powers and conferring the judicial power on the courts, judicial independence cannot be secured by merely conferring on the chief executive of the government to uphold judicial independence.

This provision in clause 2 of the Bill read together with the power of the Prime Minister to remove the eminent persons in the Commission at any time without giving reasons pursuant to clause 9(1) virtually gives legitimacy for executive dominance over the judicial arm of the government.”

Meskipun dalam amalan sistem demokrasi Westminster, Perdana Menteri mempunyai prerogatif dalam pelbagai pelantikan termasuk hakim-hakim, namun ianya tidak seharusnya begitu mutlak dan terlalu dominan sehingga mesti diakur oleh sesiapa jua, hatta Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sekalipun.

Saya ingin mengingatkan Dewan yang mulia ini bahawa melalui perbicaraan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v Public Prosecutor [2000], mahkamah telah menjelaskan bahawa “the actual appointing authority is the Prime Minister.” Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melainkan akur dengan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri. Mahkamah menyatakan:

[Quote]:

“The Yang di-Pertuan Agong must act upon the advice of the Prime Minister. The advice envisaged by Article 40(1A) is the direct advice given by the recommender and not advice obtained after consultation.
So in the context of Article 122B(1) of the Constitution, where the Prime Minister has advised that a person be appointed a judge and if the Conference of Rulers does not agree or withholds its views or delays the giving of its advice with or without reasons, legally the Prime Minister can insist that the appointment be proceeded with.”

PENDIRIAN TERHADAP RANG UNDANG-UNDANG

Peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 ini masih kabur untuk mencegah dan menghalang campur tangan Eksekutif khasnya Perdana Menteri terhadap kebebasan badan kehakiman.

Apa yang terserlah sebenarnya daripada rang undang-undang ini ialah satu percubaan memperalatkan Dewan yang mulia ini untuk memberi legitimasi kepada campur tangan dan dominasi Perdana Menteri terhadap badan kehakiman dan pentadbiran keadilan negara ini. Rang undang-undang ini hanya menginstitusikan cengkaman Eksekutif terhadap badan kehakiman. Campur tangan dan dominasi ini harus ditentang.

Rang undang-undang ini rapuh kerana tiada pindaan dilakukan ke atas Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan untuk memperkukuhkan doktrin pengasingan kuasa dan mengembalikan kebebasan dan kewibawaan badan kehakiman negara.

Tanpa pindaan Perlembagaan untuk memperkukuhkan kebebasan, kewibawaan dan martabat badan kehakiman negara, rang undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman ini tidak mempunyai pengertian yang mampu menjamin kebebasan dan kewibawaan badan kehakiman.

Ini adalah kerana tidak terdapat apa-apa jaminan yang ianya tidak akan terdedah kepada pencabulan dan campur tangan Eksekutif selama mana kuasa Perdana Menteri masih membayangi urusan pelantikan hakim-hakim.

Saya ingin mempertegaskan bahawa selagi pindaan Perlembagaan Persekutuan tidak dilakukan untuk memperkukuhkan doktrin pengasingan kuasa di antara Eksekutif, Kehakiman dan Badan Legislatif serta mengembalikan kebebasan dan mengangkat martabat badan kehakiman negara, maka Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 ini ternyata pincang dan tidak dapat dipertahankan samasekali.



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB