BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Jumaat, Disember 05, 2008

RM 1.5 juta untuk Sekolah Agama Rakyat

Mengkuang – Kerajaan negeri telah memperuntukkan bantuan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) berjumlah RM1.5 juta.

Menurut Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) juga akan menerima peruntukan RM 2.5 juta dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) juga akan mendapat peruntukan di bawah kerajaan negeri.

“Semua sekolah yang menerima bantuan telah dikenal pasti kekurangan kewangan. Kita tidak bagi bantuan pada sekolah kaya, hanya yang tidak mampu sahaja akan diberi,” katanya.

Kira-kira 15 buah sekolah akan diberi bantuan di bawah peruntukan SAR bagi membantu sekolah menyediakan kemudahan lebih baik.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri majlis penyampaian alatan sukan kepada pemuda Kampung Mengkuang baru-baru ini, berupa meja ping pong dan jersi bagi kegunaan penduduk beriadah.

“Jika ada apa-apa lagi yang diperlukan, sila maklumkan kepada saya atau pegawai saya.

“Saya sentiasa beri keutamaan pada kawasan saya dan kawasan lain yang memohon juga akan diberikan pertolongan sewajarnya,” katanya.

Terdahulu beliau telah menyampaikan sumbangan kepada sekolah-sekolah yang memerlukan dan akan menghulurkan lebih banyak lagi bantuan.

“Sebelum ini kami lambat menyampaikan bantuan akibat laluan disekat dan tidak mendapat maklumat lengkap disebabkan pihak yang tidak bertanggung jawab,” katanya.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB