BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Sabtu, Disember 13, 2008

Kerajaan Negeri sediakan Tabung pinjaman untuk peniaga kecil dan sederhana

Gelugor - Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan melancarkan Tabung Modal Pusingan dan Penjaja Kecil pada tahun depan dengan dana permulaan RM500 ribu kata, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Mohammad Fairus Khairudin.

Tujuan utama tabung ini adalah untuk membantu peniaga dan penjaja kecil mendapatkan kemudahan kewangan atau mempertingkatkan perniagaan yang diceburi dengan pinjaman tidak melebihi RM10 ribu.

"Kerajaan Negeri yakin dengan pelancaran Tabung Modal Pusingan dan Penjaja Kecil Pulau Pinang akan memberi peluang rakyat yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk bertambah maju," ujarnya ketika merasmikan Seminar Bimbangan Usahawan Rakyat Negeri Pulau Pinang bertempat di Dewan Budaya Univesiti Sains Malaysia (USM), Gelugor pagi tadi.

Menurutnya, tabung tersebut akan diuruskan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dengan bantuan Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab memperhalusi modus operandinya.

Jawatankuasa MMK Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri yang dianggotai agensi dan Jabatan Kerajaan sentiasa bekerjasama mengadakan program pembudayaan keusahawan di samping memberi peluang peruntukan, katanya.

"Harapan Kerajaan Negeri selepas ini ialah semua usahawan mesti meneruskan kerjaya ini di samping mendapat khidmat nasihat dari pelbagai agensi," tegas beliau dalam program tersebut.

Jelas Fairus lagi, memandangkan ekonomi negara dan dunia kian merudum maka rakyat sendiri akan merasai keresahan. Justeru, penubuhan tabung tersebut sekurang-kurangnya dapat menyumbangkan bantuan ke arah memajukan diri dalam bidang perniagaan, katanya.

Bagi merealisasikan keadaan itu katanya, Jawatankuasa MMK Pembangunan Usahawan dan Koperasi mengambil inisiatif menganjurkan program Seminar Bimbingan Usahawan untuk mengalakkan usahawan kecil dan seherhana sama ada belum atau telah menceburkan diri dalam perniagaan.

Matlamat utama ialah untuk membina dan melatih usahawan berjaya yang mengamalkan teknik dan sistem perniagaan antarabangsa, katanya.

Seramai 1,000 orang usahawan berbagai latar belakang perniagaan hadir untuk mendengar dan menimba pengalaman daripada usahawa berjaya Fadzil Hashim Corporation Sdn Bhd.

Hadir sama dalam majlis julung kali diadakan itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Haji Maktar bin Haji Shapee, ADUN Kebun Bunga, Ong Khan Lee, ADUN Pengkalan Kota, Lau Keng Ee, ADUN Batu Uban, Raveentharan a/l Subramaniam dan ADUN Pantai Jerjak, Sim Tze Tzin.



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB