BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Khamis, Mac 10, 2011

Kerajaan digesa beri jaminan Skim Rumah Pertama tidak dimanipulasi

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menyatakan kebimbangan sekiranya wujud manipulasi pihak tertentu dalam Skim Rumah Pertama seperti yang diumumkan kerajaan semalam.

Menurut Azan, beliau khuatir sekiranya skim terbaru itu dimanipulasi pemain industri hartanah melalui pembelian rumah secara pukal yang akan mengakibatkan golongan yang seharusnya mendapat manfaat dari skim itu, diketepikan.

“Kita juga bimbang ia akan menyebabkan fenomena lambakan hartanah (property bubble) dalam pasaran.

“Justeru suatu audit perumahan secara menyeluruh di negara ini perlu dijalankan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ini kerana selepas 50 tahun, kerajaan masih belum lagi mengeluarkan statistik dan data pemilikan kediaman rakyat Malaysia,” jelasnya ketika ucapan perbahasan menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.

Azan berkata demikian mengulas keputusan kerajaan memberikan arahan kepada 25 bank tempatan untuk membiayai pembelian rumah pertama kepada golongan berumur 35 tahun ke bawah tanpa sebarang bayaran permulaan.

“Harus diingatkan kepada semua golongan muda, setiap pembelian atau usaha pemilikan itu mestilah melalui satu perjanjian yang nyata. Sebelum ini, sebarang usaha pemilikan disandarkan kepada suatu nilai pajakan atau perjanjian.

“Justeru, apakah tawaran kali ini turut merangkumi pengecualian duti setem dan sebagainya?” soal beliau.

Azan berkata, walaupun pembelian tersebut dikatakan tanpa sebarang bayaran pendahuluan, pembeli mesti mendapatkan jaminan bertulis melalui proses yang diperakui undang-undang.

Sehubungan itu, beliau turut mendesak supaya tawaran terbaru itu dimasukkan secara bertulis dan dibentangkan dalam Dasar Perumahan Negara.

“Pengendaliannya harus diperincikan. Kita tidak mahu golongan muda ini menjadi mangsa, seperti isu kad kredit yang membebani kelompok ini,” jelasnya.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...