BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Khamis, Mac 10, 2011

Persamaan ketara Najib, Mubarak – penjarakan pesaing politik

Terdapat persamaan paling ketara antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak iaitu kedua-duanya mengheret pesaing politik mereka ke mahkamah dengan tuduhan jenayah yang direka-reka, kata Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran.

Menurut Surendran, di Malaysia, kerajaan memperalat sistem kehakiman untuk menganiyai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala di Mesir pula, Mubarak menggunakan mahkamah di negara itu bagi memenjarakan pesaing politiknya, pemimpin Parti El Ghad, Ayman Nur.

Ayman merupakan pemimpin pembangkang utama di Mesir dan  pesaing Mubarak pada pilihan raya presiden negara itu pada 2005.

“Dalam isu penganiayaan kehakiman yang sekarang berlangsung ke atas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, pemerintahan Najib dengan ketara mencerminkan pemerintahan Mesir semasa di bawah Mubarak,” kata Surendran dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau lagi, tindakan itu biasa dilakukan oleh pemerintah kuku besi yang bertindak memenjarakan pesaing politik yang dianggap mengancam pemerintahan mereka.

“Rejim-rejim yang tidak bertoleransi pastinya akan menggunakan kaedah seperti ini kerana mereka tidak mempunyai pertimbangan keadilan dan tidak mempedulikan kedaulatan undang-undang,” ujar beliau.

Selain itu katanya terdapat persamaan luar biasa antara pemerintah  kuku besi Mesir di bawah pemerintahan Mubarak selama 30 tahun dan Malaysia yang diperintah BN selama 53 tahun.

Antaranya institusi polis yang diperalat untuk menekan pembangkang, mengawal ketat media, menahan individu tanpa bicara, Undang-undang darurat yang tidak dimansuhkan, sistem kehakiman berat sebelah dan pilihan raya yang tidak bebas.

“Seperti Mubarak dan Parti Demokratik National (NDP), Najib dan Barisan Nasional (BN) telah secara konsisten menggunakan apa-apa cara, walaupun jahat, untuk terus kekal berkuasa,” ujarnya.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...