Tindakan itu berlaku ketika Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) mencadangkan kepada dewan supaya undian dibuat mengikut Peraturan Mesyuarat 114 bagi meluluskan Rang Undang-Undang Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang 2009 di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Sebelum proses undian bermula, R S N Rayer (DAP-Seri Delima) tiba-tiba membantah tindakan mengundi itu dengan alasan ia tidak perlu mendapat sokongan anggota dewan, lapor Bernama.
Speaker kemudiannya membacakan Peraturan Mesyuarat 114 itu dan membuat keputusan bahawa undian tidak perlu dilakukan.
Tindakan Abdul Halim itu menyebabkan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) tidak berpuashati dan tetap mahukan undian diadakan.
Rayer kemudian bangun dan meminta ADUN BN keluar dewan jika mereka tidak puas hati dengan keputusan speaker.
Tindakan Rayer itu menyebabkan kesemua ADUN BN keluar dewan dan rang undang-undang itu kemudiannya diluluskan tanpa kehadiran mereka.
Rang Undang-undang Perbadanan Bukit Bendera 2009 itu antara lain bertujuan memberikan kuasa kepada perbadanan tersebut mengurus, mengendali, mengawal dan menyelenggara perkhidmatan Keretapi Bukit Bendera.
Ketua Menteri Lim Guan Eng yang membentangkan rang undang-undang itu semalam berkata perbadanan itu juga berfungsi untuk memaju, menggalak, mengusahakan pembangunan ekonomi, sosial dan infrastruktur di kawasan Bukit Bendera.
Selasa, Ogos 11, 2009
ADUN BN keluar dewan tak puas hati keputusan speaker
Kesemua 11 ADUN BN bertindak keluar dewan hari ini kerana tidak puas hati dengan tindakan Speaker Datuk Abdul Halim Hussain yang tidak membenarkan undian dibuat untuk meluluskan satu rang undang-undang.
ARKIB
-
▼
2009
(306)
-
▼
Ogos
(30)
- Perutusan Kemerdekaan: Semangat Kemerdekaan Menyan...
- Isu Mengarak Kepala Lembu di Shah Alam
- KEADILAN Mengutuk Tindakan Kumpulan Menghina Agama...
- Sebat Kartika dekati syariah: PKR
- Kenyataan Media: Kemenangan Calon Pakatan Rakyat D...
- Pakatan Rakyat berjaya mempertahankan Permatang Pasir
- PESANAN TOK GURU KEPADA PENGUNDI PERMATANG PASIR
- Perutusan Ramadhan Al-Mubarak
- Tabung pinjaman RM3 juta bantu usahawan kecil
- Jentera Pilihanraya KeADILan Nibong Tebal bersiap ...
- Gambar Terbaik Penamaan Calon N11 Permatang Pasir
- Satu Lawan Satu di Permatang Pasir
- Pakatan Rakyat akan didaftarkan
- Hassan Ali dan Ronnie Liu sepakat isu 'ARAK' selesai
- MAIPP kutip zakat RM38 juta
- PROGRAM PELANCARAN JENTERA DAN BILIK GERAKAN PILIH...
- THE AUNG SAN SUU KYI VERDICT: ASEAN MUST ACT
- Soalan-soalan di Persidangan Dewan Undangan Negeri
- TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN KE ATAS PERBAHASAN RANG U...
- ADUN BN keluar dewan tak puas hati keputusan speaker
- Menjawab Fitnah Isu Pengkhianatan
- SPR umum PRK Permatang Pasir pada 25 Ogos
- Guan Eng: Permintaan Melampau, Tiada Lagi Rundingan
- Jeff Ooi tarik balik kenyataan 'JIM Ekstremis'
- KENYATAAN AKHBAR EXCO AGAMA BERHUBUNG KENYATAAN JE...
- Penduduk Kg. Buah Pala ditawar rumah teres
- ISA : Kenyataan Media Wanita Pakatan Rakyat
- Muhyidin dan Utusan diberi tempoh 7 hari, sebelum ...
- AMK kecam tindakan ganas polis
- Himpunan berjaya, GMI akan hantar Memo 10 Deklaras...
-
▼
Ogos
(30)