Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa mahkamah boleh mengenepikan
keputusan Speaker Dun Perak kini bakal makan tuan apabila Pakatan Rakyat
mahu mencabar keputusan Speaker Dewan Rakyat.
Oleh itu,
pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz
bahawa keputusan Speaker Dewan Rakyat tidak boleh dicabar oleh mahkamah
telah tertolak dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu.
Demikian kata peguam Mohamed Hanipa Maidin (gambar), Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.
Sebelum
ini, Mohd Nazri melabelkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai 'bodoh
dan gila' kerana mengugut untuk mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri
Pandikar Amin Mulia ke mahkamah.
Mengulas kenyataan ahli parlimen
Bukit Gelugor, Karpal Singh - Nazri, menteri yang bertanggungjawab ke
atas hal ehwal parlimen berkata mahkamah tidak boleh mencampuri urusan
atau prosiding Dewan Rakyat.
“Ini kerja gila dan saya percaya ia
akan ditolak oleh mahkamah kerana parlimen ada supremasinya,” katanya di
lobi parlimen hari ini.
Menurut Nazri, telah ada penghakiman
yang dengan jelas menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai jurisdiksi
atau bidang kuasa ke atas Parlimen.
Karpal yang merupakan seorang
peguam sebelum ini berkata tindakan akan diambil ke atas Speaker Dewan
Rakyat, Datuk Pandikar Amin Haji Mulia kerana menyalah-gunakan kuasa
meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
dan tiga ahli parlimen yang lain, termasuk dirinya selama enam bulan.
Bagi
Hanipa, Umno telah terbelit dengan tindakannya sendiri apabila
seolah-olah membenarkan tindakan Mahkamah Persekutuan campur tangan
dalam kes keputusan Speaker Dun Perak V Sivakumar apabila beliau
menggantung Zambry Abdul Kadir dan enam Exco haramnya.
"Adakah
Nazri tidak sedar dalam kes Perak, Umno telah menyalahgunakan mahkamah
untuk cabar keputusan V Sivakumar, Speaker Dun Perak.
"Bukankah
Mahkamah Persekutuan telah memutuskan keputusan Sivakumar sebagai
Speaker boleh dicabar. Sekarang kes Perak ini dah makan tuan," kata
Hanipa dalam kenyataannya.
Ini kerana, kedudukan Speaker Dun dan
Speaker Dewan Rakyat tidak ada bezanya dalam konteks sistem dewan
perwakilan di Malaysia. Jika keputusan Speaker Dun boleh dicabar, maka
keputusan Speaker Dewan Rakyat juga boleh dicabar.
Hari ini Umno-Barisan Nasional berjaya membunuh demokrasi di Malaysia untuk sekian kalinya.
Umno-BN
menang dalam satu lagi langkah strategi mereka untuk menjatuhkan karier
politik Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menggantung
beliau selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat.
Turut
dimangsakan termasuk Ketua Whip Pakatan Rakyat di Parlimen iaitu Azmin
Ali, Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh serta Ahli Parlimen Subang
R Sivarasa.
Ini ekoran dakwaan Anwar yang mengaitkan konsep 1
Malaysia yang menjadi projek kesayangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak dengan One Israel, di mana kedua-dua gagasan menyatukan rakyat
ini dicipta oleh firma pelobi antarabangsa yang pro Zionis-Israel, Apco
Wordwide.
Ada beberapa intrepetasi penting langsung daripada Umno-BN yang akan memberi kesan jangka panjang kelak kepada politik Malaysia.
Pertama
ia menunjukkan institusi Parlimen yang dianggap oleh rakyat Malaysia
sebagai benteng paling kukuh dan terakhir untuk mempertahankan sistem
demokrasi berparlimen yang menjadi amalan politik negara ini kini telah
disah sepenuhnya jatuh dalam kawalan penguasa Umno-BN.
Ini tidak lagi bebas dan sekarang boleh dikatakan salah satu komponen rasmi BN di mana Umno menjadi bos besarnya.
Institusi
yang amat penting ini tidak lagi boleh diharapkan untuk mengotakan
janji keramatnya kepada rakyat untuk menjunjung Perlembagaan dan
melindungi kesucian sistem demokrasi negara ini yang sekian lama telah
membajai usaha menegakkan keadilan.
Seluruh jentera institusi ini
termasuk kerusi Yang DiPertua Dewan Rakyat dan Jawatankuasa Hak dan
Kebebasan tergadai kepada Umno-BN yang hanya perlu menekan butang
kuasanya untuk mendapatkan apa dihajati.
Bagi Umno-BN Parlimen
tidak perlu menjadi institusi demokrasi seperti yang difahami oleh
negara-negara Komanwel yang lain; ia hanya perlu bertindak sebagai
anjing suruhan yang tidak sedikit pun membantah terhadap kerakusan kuasa
pihak eksekutif.
Interpretasi kedua daripada episod yang malang
ini ialah rakyat kini berdepan dengan kerajaan yang amat zalim yang
sanggup menggunakan apa sahaja instrumen untuk menjamin pegangan eratnya
ke atas tampuk kekuasaan termasuk tunduk kepada permainan
Zionis-Yahudi.
Pengantungan Anwar menunjukkan Najib lebih rela
mempertahankan sebuah syarikat yang dikuasai antara lain oleh bekas
ketua perisikan Israel dan bekas anggota diplomatik negara Zionis itu
daripada memberi keadilan setimpalnya kepada Ketua Oposisi Parlimen
Malaysia untuk membela dirinya dalam dakwaan terhadap beliau.
Apco kini lebih berkuasa daripada Parlimen Malaysia.
Dengan
hanya berbekalkan sepucuk surat penjelasan tanpa perlu dipanggil untuk
memberi keterangan di hadapan jawatankuasa parlimen itu, Apco mampu
menyakinkan anggota jawatankuasa (tidak termasuk Karpal dan Sivarasa)
bahawa pihaknya benar dan Anwar salah.
Kalau diteliti sebenarnya Apco yang menjatuhkan hukuman pengantungan itu ke atas Anwar bukannya Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Ketiga,
Apco kini boleh mendabik dada bahawa ia bukan lagi sekadar syarikat
pelobi yang dibayar berjuta-juta ringgit menggunakan dana rakyat
Malaysia tetapi angkuh kerana mampu menyusup masuk secara
terang-terangan ke dalam pusat kekuasaan negara di Putrajaya malah
mempengaruhi keputusan-keputusan penting dan strategik kerajaan
Malaysia.
Keempat, tindakan Umno-BN tersebut akan memberi
persepsi amat negatif kepada dunia luar bahawa demokrasi Malaysia lebih
teruk daripada pemerintahan diktator sesetengah negara Afrika atanpun
beberapa negara Eropah semasa era perang dingin.
Malaysia tidak
lagi dilihat sebagai sebuah demokrasi negara membangun yang 'vibrant'
dan berpotensi besar menjadi setaraf dengan negara-negara maju di Barat
tetapi hanya sebagai sebuah negara kaya yang dikuasai oleh sebuah rejim
despot yang menggunakan demokrasi untuk menghalalkan segala tindakan
yang bercanggah dengan demokrasi itu sendiri.
Apa pula implikasi yang bakal diterima oleh Malaysia dan rakyat akibat perbuatan tidak bertamadun Umno-BN ini?
Dari segi politik, Umno-BN mengorek lebih dalam lagi kubur yang bakal menimbusnya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Rakyat cukup marah tetapi kemarahan dan kebencian rakyat dipendam sehingga ke peti undi kelak.
Bagi
rakyat Umno-BN boleh buat sesuka hati mereka pada detik-detik akhir
kematian mereka tetapi tidak akan mengubah nasib yang bakal diterimanya.
Umno-BN
kini bagai seorang yang kelemasan terkapai-kapai mencari apa sahaja
yang boleh dijadikan pautan untuk menyelamatkan diri.
Sambil
ketawa rakyat hanya melihat Umno-BN sedikit demi sedikit tenggelam di
makan pusaran air yang buas tanpa memberi sedikit pun bantuan hatta
sebatang ranting kering pun.
Ekonomi Malaysia yang teruk dilanda
kemerosotan kemasukan pelaburan luar akan terus merudum malah pelabur
asing akan menyisihkan negara ini sejauh mungkin.
Ini kerana
tidak mungkin pelaburan mereka akan terjamin dan selamat sekiranya
institusi seperti Parlimen pun boleh dimanipulasi sedemikian rupa bagi
tujuan agenda politik kotor Umno-BN.
Dengan jatuhnya Parlimen
dalam kawalan Umno-BN maka sempurnalah penguasaan mutlak mereka ke atas
kesemua institusi penting dalam negara ini termasuk PDRM, badan
kehakiman, SPR, SPRM, Jabatan Imigresen, mahkamah (termasuk mahkamah
syariah), JPN, institusi Raja, Jabatan Peguam Negara serta media.
Namakan
sahaja sistem pemerintahan Malaysia yang diamalkan sekarang - kuku
besi, diktator, 'banana republic', totalitarian, fasis, tirani - semua
elemen ini ada dalam Umno-BN namun untuk dilabel sebagai demokrasi amat
jauh sekali.
Samada Anwar di gantung daripada Parlimen atau bebas
menghadiri sidang tidak lagi menjadi mempengaruhi keputusan rakyat pada
PRU nanti.
Hakikatnya tindakan hari ini hanya menjadi antara
paku yang dihentak ke keranda Umno-BN; malangnya ia juga menjadi paku
terakhir dan muktamad sebelum keranda diturunkan ke dalam lubang kubur.
Pakatan Rakyat bercadang mengheret Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia
ke mahkamah berhubung tindakannya menggantung Ketua Pembangkang Datuk
Seri Anwar Ibrahim dan tiga lagi ahli parlimen pembangkang selama enam bulan daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat.
Ahli
parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang antara digantung itu
berkata keputusan berkenaan berikutan mereka tidak diberi peluang
untuk memberi penjelasan ketika perbahasan usul penggantungan.
"Kita
mungkin bawa ke mahkamah. Ada satu duluan dalam kes Gobind Singh di
mana, sebenarnya, kita bawa Speaker, Pandikar Amin sendiri…? Mahkamah
memutuskan bahawa dalam keadaan tertentu, terutama apabila peraturan
keadilan asasi tidak dipatuhi, waktu itu mahkamah mempunyai bidang
kuasa.
Terang-terangan
"Ia
secara terang-terangan, dan tindakan Speaker, dalam apa jua cara ia
tidak boleh dipertahankan. Kita mahu perintah kehakiman dan kami tidak
akan biarkan dia terlepas. Kita tidak mahu ini menjadi satu duluan
pada masa depan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Anwar
pula berkata beliau akan menggunakan Konvensyen Pakatan Rakyat yang
dijadualkan di Pulau Pinang, Ahad ini untuk menjelaskan kepada orang
ramai mengenai penggantungannya dan tiga lagi ahli parlimen pembangkang.
"Kita
saksikan tadi cara Speaker mengendalikan sidang. Usul Bukit Gelugor
agar speaker berundur kerana percanggahan kedudukan beliau dalam
beberapa contoh termasuk pencelaan kepada Bukit Gelugor kerana dibuat
secara langsung pertelagahan dalam mesyuarat di antara Bukit Gelugor dan
Speaker.
"Tidak wajar Speaker yang buat laporan,
dia yang siasat dan dia yang hukum. Dia enggan ambil keputusan yang
tegas dalam hal ini maka kita juga enggan teruskan. Bagaimanapun dalam
sidang tadi saya bangun untuk meneruskan ucapan tapi dia kata tak ada
orang nak berucap.
"Jadi
sebenarnya saya nampak dia begitu 'bias'. Jadi kita ambil pendirian
keluar membantah proses ini kerana tidak ada keadilan dan cara Umno BN
yang begitu ganas dan rakus menjalankan kuasa, memperolokkan proses
dan menghina Parlimen," kata Anwar.
Nasharudin
Mat Isa (PAS-Bachok) pula berkata, Pandikar harus berundur dari
mempengerusikan dewan kerana beliau sudah tidak mendapat kepercayaan
daripada ahli parlimen lagi.
Terima arahan menteri
Ini
tegasnya jelas terbukti apabila Pandikar menerima arahan daripada
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz untuk membuat
keputusan.
"Jelas
sebelum kita keluar tadi kita melihat bagaimana speaker menerima
arahan daripada menteri. Kita lihat pertukaran nota berlaku dari meja
menteri kepada Speaker dan di sini jelas menunjukkan Speaker kita
bukanlah seorang individu yang bebas membuat keputusan mengikut
peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang ataupun
peraturan mesyuarat.
"Di sini mengiyakan lagi
bahawa apa yang berlaku hari ini ialah Speaker gagal untuk
melaksanakan tugasnya daripada awal minggu hingga hujung minggu ini
kerana arahan yang diterima daripada BN," katanya yang juga timbalan
presiden PAS.
Sehubungan itu tegasnya, integriti Pandikar sebagai Speaker sudah hilang dan beliau harus berundur.
Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul menggantung Anwar (KEADILAN-Permatang Pauh) daripada menghadiri persidangan selama enam bulan kerana membuat kenyataan mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel.
Turut digantung Karpal Singh, R Sivarasa (KEADILAN-Subang) dan Azmin Ali (KEADILAN-Gombak) di atas beberapa kesalahan.
Karpal
dan Sivarasa didakwa telah melanggar peruntukan Peraturan mesyuarat
85 iaitu keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa
Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh
disiarkan oleh sesiapa jua, sebelum Jawatankuasa itu membawa penyata
itu kepada Majlis (Dewan Rakyat).
Azmin, melalui
pemberitahu bersurat bertarikh 6 Dis 2010 di bawah Peraturan Mesyuarat
18(1) didakwa telah menyentuh tentang keterangan dan surat yang
dikemukakan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 3 Dis
2010.
Ahli parlimen Pakatan Rakyat R Sivarasa (KEADILAN-Subang) diarahkan keluar
Dewan Rakyat sehingga esok kerana didakwa mengengkari arahan Speaker, Tan
Sri Pandikar Amin Mulia.
Sivarasa, yang bangkit pada
akhir sesi soalan mempersoalkan tindakan speaker yang menolak usul yang
dikemukakannya semalam meminta perbahasan diadakan bagi membincangkan
pendedahan oleh WikiLeaks berhubung dakwaan diplomat Singapura yang
mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razah dengan kematian warga
Mongolia, Altantuya Shaaribuu dan juga memalit Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim dengan 'perangkap seks'.
Menurut
Pandikar, kebimbangan yang ditimbulkan oleh Sivarasa adalah tidak
berasas dan mengarahkannya untuk duduk. Namun apabila ahli parlimen itu
terus berhujah dan enggan duduk, Pandikar mengarahkan beliau digantung
sehingga esok.
Anwar (KEADILAN-Permatang Pauh), kemudian
bangkit dan mempertahankan Sivarasa bersama Azmin Ali (KEADILAN-Gombak). Ini
menimbulkan pertikaman lidah yang hangat antara speaker dan juga ahli
parlimen Pakatan Rakyat yang juga mula campur tangan.
Pandikar kemudian mengarahkan Azmin pula supaya keluar dewan sehingga jam 2.30 petang ini.
Bercakap
kepada wartawan di lobi parlimen, kemudiannya, Anwar berkata
keputusan menggantung ahli parlimen Pakatan Rakyat tanpa notis
melambangkan parlimen tidak menuruti sebarang peruntukan dalam Peraturan
Mesyuarat.
Justeru
beliau menyifatkan Speaker seolah-olah tidak berpendirian teguh dengan
membiarkan prosedur parlimen diperalatkan oleh kuasa majoriti.
"Saya
lihat prosedur parlimen dipermainkan hanya semata-mata kerana kuasa
majoriti. Kita berhujah panjang bagaimanpun, diketepikan begitu.
Keangkuhan Barisan Nasional
"Jadi
sebab itu kita menyatakan kekesalan dan membantah keras persetujuan
Speaker membenarkan hujah. Memang kita tahu keangkuhan Barisan Nasional
menggunakan kuasa mereka tetapi menggunakan saluran Speaker yang
mempertahankan dengan peraturan padahal prinsip membela diri tidak
berlaku," katanya.
Menurut Anwar, Pandikar tidak mampu mengawal dewan di kala berlakunya pertikaman lidah antara beliau dan pemimpin BN.
"Kalau Speaker tidak dapat mengawal, sepatutnya beliau berundur dan beri laluan kepada timbalan beliau," katanya.
Pada
sidang media yang sama, ahli parlimen Rasah, Anthony Loke mendakwa
wujudnya pakatan di antara Speaker Dewan Rakyat dan pemimpin BN untuk
mengurangkan majoriti Pakatan Rakyat bagi memberi laluan mudah kerajaan
untuk mengubal sebarang usul yang diperuntukkan dalam parlimen.
"Saya
melihat mungkin ada agenda tersembunyi di belakang tindakan ini dan ini
akan beri implikasi yang besar kepada kedudukan Pakatan Rakyat dalam
dewan rakyat.
"Sekarang kita ada 77 ahli Parlimen.
Kalau ada empat lagi ahli parlimen Pakatan digantung maksudnya kedudukan
Pakatan dalam dewan akan hilang dua per tiga. Ini sudah kurang daripada
1 per tiga. Jadi mereka sudah mendapat balik dua per tiga dalam enam
bulan akan datang.
Kata
Loke lagi, sekiranya parlimen meneruskan usaha menggantung lebih ramai
ahli parlimen daripada Pakatan Rakyat, maka persidangan parlimen akan
datang akan memberi kuasa mutlak kepada mereka melakukan sebarang usul
tanpa mendapat tentangan daripada pihak pembangkang.
"Seolah-olah
ada agenda tersendiri kerana speaker membiarkan Barisan Nasional
membuat keputusan ke atas ahli parlimen Pakatan Rakyat. Kedudukan
Pakatan Rakyat akan kurang daripada dua pertiga kerana ramai ahli
parlimen digantung. Peluang ini akan digunakan sepenuhnya oleh Umno-BN.
"Jadi mereka boleh membawa segala pindaan dalam sidang Mac dan Jun akan datang," kata Loke.
Taktik dapatkan majoriti 2/3
Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) (bawah, bertali leher) pula mempersoalkan kegagalan Pandikar mengawal dewan dengan baik dan enggan berehat walaupun dewan dalam keadaan tegang.
"Saya
bukan nak menggambarkan speaker sekarang dengan speaker dua sesi
sebelum ini tetapi Tun Zahir sebelum ini, apabila keadaan menjadi
tegang, beliau akan merehatkan dewan, bagi peluang untuk beliau sendiri
dan wakil yang berbahas berehat.
"Selepas itu barulah
dipanggil masuk kembali untuk menyambung perbahasan sebab memang ada
peruntukan untuk itu. Tapi hari ini kita lihat beliau meneruskan juga
dalam keadaan tidak dapat mengawal," katanya yang juga timbalan presiden
PAS.
Katanya lagi, mereka tidak membangkitkan
perkara yang dilarang untuk dibahaskan seperti melibatkan Raja-Raja atau
prosedur mahkamah sebaliknya membincangkan perkara yang melibatkan ahli
parlimen.
"Hari ini dikejutkan dengan tiga orang
lagi ahli parlimen yang digantung selama enam bulan tanpa ada peluang
untuk mereka pertahan diri atau bagi hujah di atas tuduhan yang diambil
daripada sumber-sumber yang bukan utama.
"Ini
menimbulkan persoalan dan kita kesal dengan tindakan ini. Selepas kita
pertikai banyak institusi sebelum ini, sekarang parlimen sendiri boleh
dipertikaikan integritinya," kata Nasharudin.
Sementara itu, Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (kanan, berkaca mata) juga berkata kerajaan cuba mendapatkan majoriti dua pertiga di parlimen dengan menggantung empat ahli parlimen Pakatan Rakyat.
"Dengan
menggantung empat MP Pakatan, BN akan mendapat sokongan daripada lima
MP Bebas bagi mendapat majoriti dua pertiga, katanya yang juga ahli
parlimen Bukit Gantang.
Menurut Nizar, BN dijangka
menggunakan jalan pintu belakang itu bagi meluluskan persempadan semula
kawasan pilihan raya bagi memastikan ia memihak kepada mereka.
"Mereka boleh buat persempadanan semula, (dan) tambah beberapa kerusi baru untuk Sabah dan Sarawak.”
Pakatan Rakyat hari ini memberi tempoh 48 jam kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengadakan Sidang Khas Parlimen bagi mengambil tindakan khusus bagi menyelamatkan rakyat Malaysia yang berada di atas kapal MV Mavi Marmara.
Najib juga diberi tempoh yang sama bagi membatalkan kontrak perkhidmatan Apco Worldwide Sdn Bhd yang selama ini telah menjadi penasihat kepada Kerajaan Malaysia.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang berucap di hadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur pagi tadi mengeluarkan arahan yang tegas kepada Najib agar mengambil perkaran ini serius kerana rakyat sudah bangkit menentang kezaliman yang dilakukan oleh Israel.
"Pakatan Rakyat hari ini memberi tempoh 48 jam kepada Perdana Menteri untuk memanggil bagi mengadakan Sidang Khas Parlimen bagi membincangkan isu serangan Israel ke atas kapal yang membawa misi flotilla kebebasan yang menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza.
"Kita juga berikan kurang 48 jam untuk Najib membatalkan kontrak syarikat perundingan Apco Worldwide Sdn Bhd, kerana syarikat terbabit bersekongkol dengan rejim Zionis Israel yang zalim itu.
"Najib perlu ingat segala bentuk kewangan yang diberikan kepada Apco secara langsung akan disalurkan kepada Israel dan ini umpama kita membiayai pembelian nyawa seluruh rakyat Palestin dan juga rakyat Malaysia yang menyertai konvoi tersebut," kata beliau pada demonstrasi anti-Israel di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat tengahari tadi.
Mahfuz juga menjelaskan Pakatan memberi amaran kepada Kerajaan untuk menamatkan segala urusan perdagangan dengan Israel kerana tidak mahu wang rakyat Malaysia disalurkan di sana.
"Kita kecewa dengan tindak lembab Najib dalam menyatakan pendirian mereka semalam, Najib terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk menyatakan pendirian sedangkan kejadian tersebut sudah berlakukan sejak dari pagi lagi.
"Kenapa kita perlu takut untuk menyatakan pendirian dalam menentang keganasan, seluruh masyarakat dunia menyatakan pendirian tetapi Kerajaan Malaysia pimpinan Najib berada dalam keadaan memerhati sebelum menyatakan pendirian mereka.
"Najib hanya menbuat kenyataan selepas didesak oleh pelbagai pihat yang menganggap kerajaan takut untuk terus berada dihadapan dalam membela nasib rakyat Malaysia yang turut sama dalam konvoi tersebut.
"Kita yakin tindakan lambat yang diambil oleh Najib kerana menunggu nasihat dari Apco agar teguran yang Najib lakukan itu tidak akan menyentuh soal Yahudi-Israel, dengan asalan bagi menjadi kepentingan Amerika terhadap malaysia," kata beliau lagi.
Beliau meyeru seluruh rakyat Malaysia menyertai perarakan demostrasi yang akan diadakan pada Jumaat ini, bermula dari Masjid Kampung Baru hingga ke Kedutaan Amerika.
Sebelum itu pada Khamis malam ini satu perhimpunan di adakan di Stadium Melawati Shah Alam dan wakil rakyat Palestin akan juga turut serta pada malam tersebut bagi memberi syarahan tentang kekejaman Israel.
Demostrasi di hadapan Kedutaan Amerika turut dihadiri pemimpin daripada Pakatan Rakyat bersama 1,000 penyokong dan juga badan bukan kerajaan.
Satu memorandum telah diserahkan kepada Pegawai Kedutaan Amerika yang enggan memberi nama pada pukul 12.15 tengahari mendesak Kerajaan Amerika mengambil tindakan ke atas rejim Zionis Israel.
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mempersoalkan jumlah bayaran RM77 juta yang dibayar kepada syarikat perunding antarabangsa Apco Worldwide sambil menyifatkan langkah tersebut mendedahkan kerajaan Malaysia, rakyat dan negara kepada penyusupan anasir Zionis Israel.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mempersoalkan asas yang digunapakai kerajaan untuk membuat jumlah bayaran yang sebegitu besar kepada syarikat yang dikatakan menyediakan dua jenis perkhidmatan kepada kerajaan.
"Saya dapat penjelasan dari menteri bahawa Apco telah dibayar dalam dua jenis perkhidmatan, satu 'public affairs and government services' dan kedua perkhidmatan komunikasi strategik dan 'public relations and press outreach'. Kedua-dua perkhidmatan ini kalau campur berjumlah RM77 juta," kata beliau pada sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010.
Menurut Tian, menteri berkaitan juga sebelum ini menafikan bahawa Apco bukan dibayar untuk membentuk imej 1Malaysia tetapi menyatakan kepakaran syarikat itu digunakan untuk memperbaiki hubungan Amerika Syarikat dan Malaysia.
"Saya tidak faham apa yang telah rosak sehingga kita kita perlu belanja sampai RM77 juta untuk perbaiki hubungan kita dengan Amerika," soalnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang menyatakan butiran perbelanjaan mengenai perkhidmatan Apco begitu istimewa dan mempersoal perkhidmatan firma tersebut yang turut menyediakan khidmat perundingan media.
"Adalah sesuatu yang bukan rahsia 'cyber trooper' dikhaskan pihak kerajaan bagi perang siber samada dari facebook, blog, twitter dan platform lain di internet. Kita dapat tahu ada orang yang diberi beberapa ribu ringgit sebulan, untuk menjadi cyber trooper sahaja.
"Ini bukan perkara yang strategik melibatkan sekuriti negara, tetapi sekuriti Barisan Nasional. Kita mahu penjelasan memuaskan apa kedudukan ini, mengenai perang siber yang diwujudkan kerajaan BN.
"Ini bukan musuh, kalau kita mahu mereka yang mengancam sistem risikan kita, atau jaringan keselamatan dengan tujuan mensabotaj negara. Ini tidak patut jadi agenda kerajaan BN. Kita tak mahu perkara ini disembunyikan. Kami mahukan harap butiran berapakah jumlah yang, dibelanja setiap tahun, dibawah JPM," tegas Kit Siang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ketika menjawab soalan itu mengakui perkhidmatan Apco di Malaysia bertujuan untuk memperbaiki hubungan dengan Amerika Syarikat.
"Kita tahu di Amerika ini ada budaya lobi. Sudah tentulah bila kita nak lobi, kalau kita nak jadi kerajaan yang 'nationalistic' jadi kita kena ambil firma tempatan di sana yang juga banyak menjalankan kerja di negara lain," Nazri memberi alasan.
Sementara itu menjawab soalan dari Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar samada hubungan dengan Amerika perlu diperbaiki kerana kegagalan Perdana Menteri sebelum ini yang tidak menjaga hubungan baik itu, Nazri menjawab, setiap Perdana Menteri mempunyai keutamaanya sendiri.
Beliau berkata, semasa era Tun Mahathir keutamaan diberikan untuk menaikkan imej Malaysia di kalangan dunia ketiga dalam NAM dan OIC.
Nazri juga mengakui hubungan Malaysia selama lebih 25 tahun dengan Amerika Syarikat 'tidak begitu selesa' dengan memberikan alasan setiap perdana menteri mempunyai prioritinya sendiri terhadap hubungan dengan negara-negara luar, termasuk Amerika.
"Sebagai syarikat yang besar dan sudah tentu ahli lembaganya terdiri daripada orang yang mungkin mempunyai kepakaran itu dan dia menjadi 'board of director'. Kepada kita itu tak menjadi perkara yang mencerobohkan rahsia negara kita.
"Sudah tentu perkara yang dibenarkan untuk mereka lakukan ialah perkara umum. Itu cuma spekulasi dan perkara yang dibangkitkan pihak yang berhormat," katanya.
Perbahasan yang berlarutan hingga ke petang itu menyaksikan Nazri secara angkuh menafikan kepakaran syarikat Malaysia bagi mengambil alih peranan dan perkhidmatan yang dijalankan Apco Worldwide.
Mahfuz bingkas bangun dan bertanya apa perlu mengambil perkhidmatan Apco untuk urusan dalam negara sedangkan ia boleh ditawarkan kepada syarikat tempatan yang ada kepakaran.
"Kita nak satu syarikat yang punyai kepakaran dan pengalaman dan ia diterima Asean. Kalau buat kerja bagus, kalau syarikat di Malaysia bagus, Asean dah ambil dah," jawab Nazri seperti mencemuh syarikat tempatan.
Mahfuz bagaimanapun tidak berpuashati terhadap penjelasan Nazri yang dianggap tidak menghormati dan mengiktiraf keupayaan syarikat-syarikat tempatan.
"Betul, tak ada masalah. Serupa juga saya nak kata pasukan bola sepak Malaysia teruk. Apa masalahnya, memang teruk. Apakah saya berani cakap, ada di Malaysia ni dia punya standard tak sama macam dunia. Bola sepaknya, perangai ahli yang berhormat pun, ada banyak," cemuh Nazri lagi.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambarkan keadaan ekonomi Malaysia yang kucar kacir serta tanpa halatuju di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional menyebabkan berlakunya pemindahan modal ke luar negara secara besar-besaran sementara kebergantungan pendapatan kepada minyak semakin merosot.
Dalam perbahasan titah Yang DiPertuan Agong beliau selama hampir tiga jam di Dewan Rakyat hari ini beliau memperincikan mengapa ekonomi Malaysia semakin suram dengan kadar kemasukan pelaburan langsung semakin menurun dengan drastiknya sementara tahap persaingan negara jauh ketinggalan berbanding negara rantau Asia Tenggara yang lain.
Malah beliau juga menyanggah Perdana Menteri yang mengatakan keperitan ekonomi telah berakhir sebagai satu kenyataan yang cuai dan tidak bertanggungjawab.
“Terlalu banyak masa diberikan kepada rancangan untuk meningkatkan ekonomi sekarang kepada ekonomi bernilai tinggi sehinggakan kita mengabaikan isu ekonomi lain yang bersangkutan soal keadilan sosial, yang seharusnya mengambil tempat sentral dalam mana-mana agenda pembangunan ekonomi di Malaysia.
"Usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan menampakkan impak yang terlalu kecil dan lebih mengejutkan laporan Pembangunan Insan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menunjukkan Malaysia ditangga ke-66 dari segi ketidaksamaan ekonomi berbanding tangga ke-23 bagi Singapura, Hong Kong (24), Korea Selatan (26), Brunei (30) dan Cuba (51)," tegas Anwar kepada anggota Dewan.
Beliau menambah walaupun penggunaan pendekatan fiskal untuk merangsang ekonomi meningkat antara tahun 2002 hingga 2004 kadar kemiskinan masih naik kepada 12 peratus dalam tempoh tersebut.
Ini merupakan fenomena yang aneh kerana semasa keadaan ekonomi lemah sebahagian besar daripada sumber kewangan negara ditumpukan kepada menggerakkan ekonomi.
Namun kata Anwar hanya kroni dan jaringan mereka yang mendapat manfaat manakala rakyat terus merana.
"Jurang ekonomi antara pelbagai kaum di negara menjadi semakin teruk hinggakan usaha ke arah ekonomi yang holistik menjadi sesuatu di luar kemampuan pentadbiran sekarang.
“Satu reformasi gergasi dan anjakan besar dalam pengurusan ekonomi negara diperlukan sekiranya Malaysia mahu meningkat kepada ekonomi bernilai tinggi serta memastikan kekayaan diagihkan sama rata kepada kaum dan lapisan," tambah beliau.
Menyentuh mengenai pendapatan daripada sektor minyak dan gas Ahli Parlimen Permatang itu berkata amalan sekian lama kerajaan memerah Petronas sebagai sumber dana tidak lagi boleh diteruskan.
Menurut Anwar Petronas terpaksa menambah bayaran kepada kerajaan dalam tahun-tahun kebelakangan ini.
Pada 2005 umpamanya syarikat petroleum nasional itu membayar sebanyak RM32.1 bilion kepada kerajaan diikuti RM47.7 pada 2007, RM52.3 bilion dalam tahun 2007, RM61.6 bilion pada 2008 dan RM74 bilion pada 2009.
Dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007 dan 31 Disember 2008 Petronas menyumbang masing-masing 36.8 peratus dan 44.9 peratus kepada keseluruhan pendapatan kerajaan pada tahun berkenaan.
Tambah Anwar jika pendapatan daripada syarikat minyak dan gas lain dikira bersama ini bermakna negara bergantung lebih separuh pendapatannya daripada sumber yang tidak diperbaharui.
“Menyedari hakikat ini Pakatan Rakyat sejak awal mewar-warkan bahawa negara memerlukan reformasi yang holistik kepada kerangka dasar ekonomi terutama sekali pada masa kini di mana terdapat ketidakseimbangan dalam ekonomi.
"Prinsip Pakatan Rakyat selama ini konsisten bahawa tanpa perubahan holistik yang membabitkan pembasmian rasuah secara total, mengemaskini proses pembelian kerajaan, merungkai pertalian bisnes kerajaan-ahli politik, mengembalikan integriti kehakiman dan institusi penting lain dan merombak sistem pendidikan, mantra ekonomi bernilai tinggi akan hanya menjadi retorik.
"Ketidakyakinan terhadap prospek ekonomi Malaysia juga timbul disebabkan beberapa isu sensitif yang tidak diurus dengan baik seperti isu kalimah Allah serta kehilangan aset kerajaan dalam kes enjin jet pejuang dan kapal selam yang tidak boleh menyelam. Semua ini menyumbang kepada pemindahan modal dari Malaysia yang mengejutkan tahun lalu," kata Anwar.
Ketua Umum KEADILAN itu juga bercakap mengenai peranan syarikat yang berkaitan kerajaan (GLC) yang dilihat membuat pelaburan yang lebih agresif di luar negara berbanding pasaran tempatan.
"Tindakan GLC melabur lebih banyak di luar Malaysia menggambarkan tahap keyakinan terhadap ekonomi negara semakin menurun.
Ketua Umum KEADILAN mendakwa kemerosotan ketara pelaburan terus asing ke Malaysia adalah disebabkan gejala rasuah yang bermahajaralela serta ketidaktelusan kerajaan dalam urus tadbir negara.
Beliau berkata demikian ketika mengemukakan pertanyaan kepeda Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed berhubung faktor yang menyebabkan kemasukan FDI merudum dengan teruk walaupun kerajaan telah memperkenalkan liberalisasi sektor perkhidmatan.
“Beberapa pertimbangan penting perlu diambil kira. Berdasarkan kepada laporan Unctad pada Disember 2009 daya tarikan FDI Malaysia jatuh daripada tangga 62 kepada 66," komen Ketua Pembangkang setelah mendengar jawapan menteri.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berhujah kemasukan FDI ke negara ini adalah pada tahap RM22.1 bilion berbanding RM75.5 bilion bagi Singapura dan Thailand serta Indonesia masing-masing merekodkan FDI sebanyak RM27 bilion.
“Mengapa Malaysia ketinggalan di belakang negara-negara ini yang pada satu ketika dahulu ketinggalan jauh belakang Malaysia dari segi pembangunan?” tanya Anwar.
Umno sekali lagi menunjukkan sikap perkauman yang tebal dan menghina masyarakat bukan Melayu apabila Ahli Parlimen Pasir salak melabelkan orang India yang dibawa penjajah Inggeris ke Malaya ketika itu hanya memakai cawat untuk bekerja diladang getah.
Datuk Tajudin Abdul Rahman mengeluarkan kata-kata perkauman itu ketika membahaskan usul Model Ekonomi Baru yang dibawa oleh Ahli Parlimen Tangga Batu Datuk Ismail Mohamed Said.
Perbahasan menjadi panas apabila Ahli Parlimen Teluk Intan M. Manogaran hanya di Malaysia jutawan Melayu boleh membeli rumah berharga mahal dengan diberi diskaun 5 hingga 7 peratus yang tidak dinikmati oleh kaum lain.
Tajudin kemudiannya bangun dan mengatakan bahawa Umnolah yang telah membina sekolah di mana Manogaran belajar.
"Bapa saya bayar cukai, daripada duit itulah Umno guna bina sekolah," jawab beliau.
Tajudin menjawab mengimbas kembali sejarah kedatangan kaum India ke Malaya pada kurun ke-19.
"Tahukan Yang Berhormat berasal dari mana, datang dari mana? Penjajah Inggeris bawa masuk orang-orang lain untuk bekerja di ladang getah. Ada yang datang sini pakai cawat," kata Tajudin.
Kesemua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat pagi ini bertindak keluar daripada Dewan Rakyat selepas Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak untuk membahaskan usul yang dikemukakan oleh Menteri Dalam Negeri.
Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengemukakan usul agar Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bertanggungjawab memastikan semua laluan menghala ke Parlimen bebas daripada sebarang halangan.
Usul itu diluluskan selepas mendapat bilangan undi majoriti secara lisan daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional namun mendapat bantahan daripada anggota Pakatan Rakyat yang mendesak agar perbahasan terhadap usul itu dibuka.
Pertelingkahan terjadi antara Ahli Parlimen Bagan Serai N. Gobalakrishnan, Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang dan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan Speaker dan Timbalannya, Datuk Ronald Kiandee sehingga memaksa semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar daripada Dewan.
Sementara itu Kit Siang dalam sidang media selepas keluar Dewan berkata tindakan Speaker itu menyekat hak kebebasan bersuara sebagai Ahli Parlimen.
"Pakatan Rakyat kesal dengan keputusan ini kerana Ahli Parlimen tidak diberi hak untuk bersuara walaupun usul sebegini pernah didebatkan pada tahun 1970-an," katanya.
Pakatan Rakyat mengalu-alukan keputusan untuk menunda perbahasan kali kedua Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CPB atau “GST”) yang menandakan sekali lagi, kerajaan BN tidak mempunyai kepastian dalam mentadbir negara. Sebelum ini, BN yakin bahawa GST adalah satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah defisit negara dan tidak teragak-agak meluluskannya tanpa mengambil kira pandangan rakyat. Kini, BN mengaku ia telah tersalah langkah kerana tidak mengambil pandangan rakyat terlebih dahulu.
Pakatan Rakyat beranggapan bahawa keputusan mengalah oleh BN dalam isu GST adalah satu lagi bukti bahawa kesedaran rakyat mengenai hak mereka untuk turut serta dalam proses membuat keputusan negara, semakin meningkat. Kesedaran ini, yang dizahirkan bermula dengan keputusan pilihanraya umum yang lepas, akan terus mengawasi keborosan dan amalan tidak sihat kerajaan.
Selama ini, Pakatan Rakyat konsisten bahawa GST bukanlah jawapan kepada masalah ekonomi negara. Masalah utama ekonomi negara berpunca dari kegagalan kerajaan yang tidak mempunyai iltizam politik untuk membasmi rasuah dan melakukan reformasi menyeluruh kepada institusi-institusi utama dan sistem pendidikan negara.
Ekonomi Malaysia mendapat kesan yang teruk dari persepsi negatif oleh rakyat dan masyarakat antarabangsa. Pelabur antarabangsa secara berterusan mengelak dari dekat dengan Malaysia – mereka menarik keluar portfolio pelaburan dan mengalih FDIs ke negara lain, walaupun pentadbiran sekarang memperkenalkan pelbagai langkah liberalisasi. Sektor swasta kita sendiri lebih gemar melabur di negara lain. Ini menjadi salah satu punca yang menyebabkan penurunan mendadak 48% bagi pelaburan kapital baru dalam tahun 2009.
Persepsi negatif sebegini hanya boleh dimatikan dengan reformasi ekonomi yang bermakna dan menyeluruh.
Sebaliknya, kerajaan BN tetap bertegas untuk melaksanakan GST walaupun kenaikan kutipan cukai tidak langsung dianggarkan hanyalah RM1 billion setiap tahun. Hingga kini, kerajaan tidak berterus terang mengenai kos sebenar yang perlu ditanggung oleh kerajaan dan swasta untuk melaksanakan GST; atau bagaimana kos ini akan mempengaruhi harga barangan dan perkhidmatan apabila GST diperkenalkan.
Keputusan menangguhkan perbahasan Akta CPB, walaupun dialu-alukan oleh banyak pihak, akan menimbulkan beberapa masalah baru kepada sektor swasta. Sejak 5 tahun lalu, kerajaan telah memberikan mesej yang berbeza-beza mengenai pelaksanaan GST. Setiap kali kerajaan mengumumkan keputusan untuk melaksanakan GST, syarikat-syarikat terpaksa berbelanja untuk membuat persiapan. Kerajaan selepas itu dengan sewenang-wenangnya mengumumkan pula keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan, yang menyebabkan syarikat-syarikat menanggung kerugian.
Pendekatan yang tidak ada kepastian sebegini dalam memperkenalkan inisiatif fiskal yang baru, hanya akan meningkatkan kos dan risiko kepada sektor swasta, terutamanya apabila inisiatif fiskal itu melibatkan banyak perubahan kepada sistem yang digunapakai oleh sektor swasta. Syarikat-syarikat swasta telah banyak berbelanja sejak setahun lepas, dan kini mereka dimaklumkan mereka perlu menghentikan persediaan sehinggalah diumumkan kelak.
Dalam konteks inilah kami berpendapat kerajaan BN tidak mempunyai komitmen dan iltizam politik untuk menghantar mesej yang jelas dan pasti kepada rakyat, pasaran dan komuniti perniagaan. Sebelum ini terdapat mesej yang bercampur-campur mengenai isu subsidi dan tarif elektrik, kini keadaannya serupa bagi GST.
Ini adalah tidak baik bagi negara kita.
Pakatan Rakyat dengan ini meminta BN untuk menghentikan pendekatan yang tidak ada kepastian seperti ini dan mengumumkan kepada negara; sama ada GST tidak akan dilaksanakan sama sekali; atau menyediakan satu rancangan yang jelas mengenai pelan pelaksanaan GST untuk memberi masa kepada rakyat bersedia.
Zaman kerajaan tahu segala-galanya dan tidak mengambil pandangan rakyat sudah pun lama berakhir.
YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM Ketua Pembangkang dan Ketua Umum, Parti Keadilan Rakyat (PKR)
YB NASHARUDIN MAT ISA Timbalan Presiden,, Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
YB LIM KIT SIANG Ketua Ahli Parlimen, Democratic Action Party (DAP)
Rang Undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST perlu ditarik balik dan bukan setakat ditangguh sahaja kerana ia merupakan bebanan kepada rakyat kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menganggap keputusan Parlimen pada kali ini yang tidak akan membincangkan tentang GST sebagai satu kemenangan Pakatan Rakyat.
"Kerajaan perlu membangunkan ekonomi rakyat dahulu sebelum menjalankan beberapa usaha untuk meningkatkan hasil cukai negara. Perkara ini bukan senang untuk dilaksana tetapi ada banyak pandangan yang merasakan kos perkhidmatan dan barangan akan meningkat.
"Pakatan Rakyat merasakan GST perlu ditarik balik bukannya ditanggungkan," kata Khalid selepas perasmian sidang Dewan Rakyat di Parlimen.
Pendapat beliau disokong Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang menyatakan rakyat belum lagi bersedia menerima perlaksanaan cukai seperti ini.
"Sepatutnya rang undang-undang ini perlu ditarik balik kerana jika sedang kali ini tidak dibentang tetapi pada sidang yang akan datang ia akan dibentang juga.
"Alasan kerajaan untuk mendapat respon dari rakyat adalah silap, sepatutnya sebelum merangka GST ia perlu mendapat respon dari rakyat. Jika rang undang-undang telah dirangka bagaimana respon rakyat boleh dimasukkan walaupun boleh mengemukakan pindaan tetapi kita melihat ini umpama tikus membaiki labu kerana kita lihat ia tidak dapat memastikan rang undang-undang memberi kesejahteraan kepada rakyat sepenuhnya," jelasnya.
Mahfuz juga menganggap rakyat belum bersedia untuk menghadapi GST kerana pendapatan rakyat masih rendah.
"Pendapatan rakyat masih rendah kerana 93 peratus rakyat tidak layak dicukai kerana faktor pendapatan mereka. Jika GST dilaksanakan maka ini tidak adil kepada rakyat yang tidak layak dikenakan cukai," sambungnya lagi.
Persidangan Parlimen pada kali ini menarik minat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan menyifatkan titah Yang DiPertuan Agong bersifat adil.
Mengulas titah baginda, Khalid berkata Tuanku Mizan Zainal Abidin mengarahkan agar setiap Ahli Parlimen bekerjasama untuk pembangunan rakyat.
"Walaupun kita berbeza dari segi konsep parti tetapi yang penting ialah bagaimana kita menterjemahkan kepentingan negeri dan negara untuk kepentingan rakyat dan perkara yang paling penting ialah kita mesti memberikan memberitahu pentadbir serta pegawai kerajaan supaya tidak membezakan antara parti-parti politik
"Sebagai contoh di Selangor pemerintahan adalah Pakatan Rakyat dan bekas pegawai-pegawai kerajaan menterjemahkan usaha Pakatan Rakyat untuk membangunkan negeri Selangor dan tidak boleh dibeza-bezakan," jelas beliau.
Mahfuz pula berkata titah Yang Di-Pertuan Agong supaya setiap Ahli Parlimen menunjukkan sikap terbaik mereka perlu diambil iktibar kepada Ahli Parlimen yang melompat parti.
"Contoh Ahli Parlimen yang terbaik adalah Ahli Parlimen yang tidak melompat parti kerana ini adalah prinsip dan amanah yang telah diberikan rakyat kepada mereka. Kepada Ahli Parlimen yang lompat parti perlu melepaskan jawatan mereka kerana sikap mereka telah mengecewakan rakyat," tegas beliau.
Pada 29 Januari 2010, bertempat di Tingkat 29, Menara Tun Razak, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah menyerahkan satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) berhubung kejadian serangan provokasi ke atas rumah-rumah ibadat di Malaysia.
Berikut adalah kandungan Memorandum tersebut:
MEMORANDUM
BERHUBUNG PENINGKATAN KEJADIAN YANG MENYUBURKAN KETEGANGAN AGAMA DALAM MASYARAKAT.
KEJADIAN SERANGAN PROVOKASI TERHADAP RUMAH IBADAT DI MALAYSIA ADALAH PENCABULAN HAK ASASI YANG SERIUS!
MENYERU SUHAKAM MENGAMBIL TINDAKAN SEGERA UNTUK MENANGANI ISU TERSEBUT!
Keputusan mahkamah berkenaan penggunaan kalimah Allah oleh suratkhabar Herald Tribune telah mencetuskan pelbagai reaksi dari masyarakat. Kesan yang paling membimbangkan rentetan daripada keputusan mahkamah tersebut adalah berlakunya beberapa kejadian yang tidak diingini yang melibatkan rumah-rumah ibadat di Malaysia. Tindakan ini disyaki dilakukan oleh ejen-ejen provokator dengan tujuan menggugat keamanan serta keharmonian rakyat Malaysia. Senarai kejadian yang berlaku adalah seperti yang berikut:
Gereja Metro Tabernacle (Assemblies of God) di Desa Melawati – molotov cocktail merosakkan sebahagian daripada gereja. (8 Jan)
Gereja Assumption (Catholic) di Jalan Templar – molotov cocktail dicampak ke perkarangan gereja dan gagal meletup. (8 Jan)
Life Chapel (evangelical Brethren) di Section 17, PJ – molotov cocktail merosakkan bahagian anjung gereja. (8 Jan)
Gereja Good Shepherd (Lutheran) di PJ– bom api nyaris terkena tingkap, dan membakar tingkap. (8 Jan)
Surau di Taman Menara Maju in Jalan Kampung Jawa, Klang – pintu berkecai. (laporan polis dibuat pada 9 Jan)
Gereja All Saints (Anglican) di Taiping –Dua molotov cocktails membakar tangga menghala ke pintu masuk dan anjung tepi. (9 Jan)
Sekolah Convent (Catholic) di Taiping – molotov cocktail, pecah masuk rumah pengawal keselamatan. (9 Jan)
Gereja Baptist Melaka (Baptist) di Durian Daun – dikotori oleh cat hitam. (9 Jan)
Gereja Good Shepherd (Anglican) di Lutong, Miri – batu dibaling dan menyebabkan kaca tingkap berkecai. (9 Jan)
Gereja Sidang Injil Borneo (Borneo Evangelical Mission) in Seremban –pintu hadapan terbakar. (10 Jan)
Gurdwara Sahib (Sikh) di Sentul – batu dibaling, cermin di pintu masuk retak dan dinding dipecahkan. (12 Jan)
Gereja St Elizabeth (Katolik) di Kota Kecil, Johor – cat merah dibaling, mengotorkan pagar utama, dinding dan patung. (14 Jan)
Gereja Grace Global Prayer di Rasah, Seremban – dua tingkap kasa dijumpai pecah. (15 Jan)
Masjid di Kota Samarahan, Sarawak – serpihan kaca dijumpai di dinding luar. (16 Jan)
Surau Sirratulrahim di Kampung Sabak Awor, Muar – api memusnahkan langsir, tingkap pecah. (21 Jan)
Surau di Parit Beting, Muar – api memusnahkan bahagian solat untuk wanita. (21 Jan)
Kejadian terbaru yang berlaku di Masjid Jumhuriyah di Taman Dato’ Haron dan Masjid Al Imam At Tirmizi di Taman Seri Sentosa di mana dua kepala babi hutan telah ditemui berdekatan dengan pagar premis tersebut menunjukkan pihak yang bertanggungjawab masih bebas dan boleh meneruskan serangan provokasi terhadap masyarakat pada masa hadapan. Jikalau serangan mencetus provokasi sebegini tidak ditangani, adalah dibimbangi ianya akan menyebabkan kejadian yang jauh lebih serius termasuklah kehilangan jiwa mana-mana rakyat jelata.
Menyedari bahawa ancaman sebegini akan mendatangkan masalah kepada masyarakat demokratik kita yang rapuh, serta menyedari kesannya yang menganggu gugat dan mencabul hak asasi rakyat Malaysia, memorandum ini dihantar atas dasar-dasar yang berikut:
Serangan terhadap rumah ibadat merupakan satu bentuk pencabulan hak asasi manusia ke atas rakyat Malaysia kerana ianya menghalang rakyat dari mengamalkan kepercayaan masing-masing secara bebas, tanpa sebarang ancamandari ejen provokator yang berkepentingan peribadi. Kebebasan beragama tidak hanya tertumpu pada kebebasan untuk menganuti dan mengamalkan kepercayaan masing-masing malahan ia merangkumi jaminan bahawa tempat ibadat turut dihormati dan dilindungi.
Walaupun kita menghormati dan mengiktiraf kebebasan bersuara rakyat Malaysia, serangan provokasi yang berlaku adalah satu bentuk penyalahgunaan kebebasan bersuara yang boleh mengorbankan hak orang lain. Ini dilarang sama sekali oleh Perkara 29 Universal Declaration of Human Rights (UDHR) 1948iaitu:
“…In the exercise of his rights and freedoms, everyone shall be subject only to such limitations as are determined by law solely for the purpose of securing due recognition and respect for the rights and freedoms of others and of meeting the just requirements of morality, public order and the general welfare in a democratic society.”
Penggunaan keganasan dengan tidak menghormati agama atau kepercayaan rakyat adalah antitesis kepada prinsip hak asasi manusia yang menentang unsur-unsur yang tidak toleran seperti perkauman dan komunalisme. Serangan provokasi yang berlaku akan mengancam dan melemahkan institusi demokratik negara dan meracuni budaya hormat kepada hak asasi manusia.
Justeru, kami menyeru SUHAKAM agar memandang serius perkara ini memandangkan SUHAKAM diberi mandat untuk menangani isu hak asasi manusia di Malaysia menerusi Seksyen 4(i) Akta SUHAKAM 1999. Adalah mengecewakan kerana SUHAKAM tidak lantang dan ke hadapan dalam menangani isu serangan terhadap toleransi keagamaan, komunalisme dan perkauman dan menganggap ianya sebagai satu bentuk isu hak asasi manusia yang penting kepada rakyat Malaysia.
Keputusan International Coordinating Committee untuk mengekalkan gred “A” SUHAKAM harus meningkatkan komitmen SUHAKAM untuk menangani pencabulan hak asasi yang serius di Malaysia dan ini termasuklah isu berkaitan perkauman dan keagamaan. Atas dasar inilah kami mengusulkan agar SUHAKAM mengambil tindakanyang berikut :
1.SUHAKAM wajar mengadakan satu Siasatan Awam ke atas serangan provokasi terhadap tempat ibadat bagi menyiasat punca masalah dan mencari penyelesaian serta mekanisme untuk mengatasi masalah inidari sudut hak asasi manusia.
2.SUHAKAM wajar menyeru kerajaan agar memperkenalkan suatu undang-undang yang dapat mengekang sebarang cubaan untuk membuat provokasi berbentuk perkauman dan keagamaan. Walau bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian kami mengenai penggunaan undang-undang seperti ISA dan Ordinan Darurat oleh kerajaan, yang menghalalkan tangkapan sewenang-wenangnya serta penahanan tanpa bicara, adalah disyorkan agar undang-undang tersebut diselaraskan dengan prinsip keadilan asasi dan kedaulatan undang-undang.
3.SUHAKAM, bersama-sama dengan agensi penguatkuasaan lain di Negara ini haru memantau cubaan di peringkat akar umbi untuk menyebarkan semangat perkauman dan ketiadaan toleransi agama oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, bagi memelihara keharmonian antara kaum dan agama dalam masyarakat. Selain itu, penilaian impak harus dijalankan oleh SUHAKAM bagi menilai sejauhmana isu ini menggugat hak asasi, kesejahteraan masyarakat serta integriti dan perpaduan nasional.
4.SUHAKAM seharusnya menggesa kerajaan untuk meratifikasi International Covenant on Civil Political Rights (ICCPR), International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights (ICESCR), Convention on Elimination of Racial Discrimination (CERD) dan memenuhi obligasi serta komitmennya kepada standard hak asasi manusia antarabangsa. Kejadian yang berlaku harus menjadi ingatan kepada SUHAKAM dan kerajaan tentang betapa perlunya kerajaan menghormati hak asasi manusia sebagai satu langkah untuk memulihkan keyakinan awam bahawa mereka tidak akan diancam dan dimangsai oleh pencetus kekecohan pada masa hadapan.
Kami berpendapat tindakan SUHAKAM berdiam diri dalam isu hak asasi yang berkaitan dengan masalah berbentuk keagamaan dan perkauman adalah tidak wajar. Adalah amat memalukan bilamana Suruhanjaya Hak Asasi Manusia di negara lain lebih kehadapan dalam menangani isu keganasan dan diskriminasi yang berlaku kerana tiadanya toleransi agama dan kaum. Kami benar-benar percaya masanya telah tiba untuk SUHAKAM mengotakan apa yang dikata dan memainkan peranannya dengan berkesan. Kejadian yang berlaku haruslah menjadi pemangkin untuk SUHAKAM turun ke akar umbi bagi mengatasi masalah ini dari sudut pandangan hak asasi manusia.
MEMORANDUM DIKEMUKAKAN OLEH:
YB NURUL IZZAH ANWAR
YB USTAZ MUJAHID YUSUF RAWA
YB TIAN CHUA
YB JANICE LEE
YB NIK NAZMI NIK AHMAD
YB HANNAH YEOH
YB AMIRUDDIN SHAARI
YB LIM LIP ENG
Versi Bahasa Inggeris
MEMORANDUM
ON THE RISE OF INCIDENTS THAT INSTIGATE RELIGIOUS TENSION IN THE COMMUNITY.
THE SERIES OF ATTACK AND PROVOCATION ON WORSHIP AND RELIGIOUS SITES IN MALAYSIA IS A SERIOUS HUMAN RIGHTS VIOLATION!
CALLING THE HUMAN RIGHTS COMMISSION OF MALAYSIA (SUHAKAM) TO IMMEDIATELY ADDRESS THE ISSUE
The court’s decision on the use of the term “Allah” by Herald Tribune has sparked diverse responses from various sectors of the society. The most worrying impact of the court decision is that it has led to a series of unwarranted incidents affecting worship and religious sites in Malaysia. It is suspected that the incidents were spearheaded by agent provocateurs with the aim of disrupting the peaceful co-existence and harmony of Malaysians. The incidents mentioned are as follows:
Metro Tabernacle Church (Assemblies of God) in Desa Melawati – molotov cocktail damages administrative wing (8 Jan)
Assumption Church (Catholic) in Jalan Templar – molotov cocktail hurled on pavement in front of church fails to explode (8 Jan)
Life Chapel (evangelical Brethren) in Section 17, PJ – molotov cocktail slightly damages porch (8 Jan)
Good Shepherd Church (Lutheran) in PJ old town – firebomb misses window, scorches outer wall, minimal damage (8 Jan)
Surau in Taman Menara Maju in Jalan Kampung Jawa, Klang – sliding door shattered (police report lodged on 9 January)
All Saints’ Church (Anglican) in Taiping – two molotov cocktails scorch stair case leading to main entrance and side porch (9 Jan)
Convent school (Catholic) in Taiping – molotov cocktail, probably meant for St Louis’ Church (Catholic) next door, breaks guard-house window (9 Jan)
Malacca Baptist Church (Baptist) in Durian Daun – smeared with black paint (9 Jan)
Good Shepherd Church (Anglican) in Lutong, Miri – stones shatter window panes (9 Jan)
Sidang Injil Borneo Church (Borneo Evangelical Mission) in Seremban – front doors scorched (10 Jan)
Gurdwara Sahib (Sikh) in Sentul – stones flung, mirror at entrance cracked and wall chipped (12 Jan)
St Elizabeth’s Church (Catholic) in Kota Kecil, Johor – packets of red paint hurled, splattering the main gate, the grounds inside, a wall and a statue (14 Jan)
Grace Global Prayer Church in Rasah, Seremban – two window panes found broken (15 Jan)
Mosque in Kota Samarahan, Sarawak – broken glass found near outside wall (16 Jan)
Sirratulrahim Surau in Kampung Sabak Awor, Muar – fire damages curtain, window shattered (21 Jan)
Surau in Parit Beting, Muar – fire damages the women’s prayer section, carpeting and a door (21 Jan)
The latest incidents that took place at the Jumhuriyah Mosque in Taman Dato’ Haron and Al Imam At Tirmizi Mosque in Taman Seri Sentosa, Lembah Pantai, where two wild-boar heads were found near a gate to the premises demonstrated the possibility that the culprit behind previous attacks are still free to continue to attack and provoke society with similar stunts in future. It is feared that these series of attacks and provocation, if left unchecked, will serve as fertile ground for further violence within the community of Malaysians.
Realizing the threat that this problem poses to our fragile democratic society, and understanding that Malaysian human rights are at stake and will be open to abuse, we submit this memorandum based on the following grounds:
The series of attack on the religious and worship sites is a violation to the community’s human right to exercise their religion in peace without unwanted interference and threat from agent provocateurs that are motivated by personal interest and gains. Freedom of religion does not only refer to freedom to adopt or profess a religion of one’s choice but also the assurance that their places of worship are respected.
Although we respect and uphold a person’s freedom of expression and opinion, the series of attack and provocation reflects malicious and excessive exercise of one’s freedom of expression at the expense of the rights of others. This is expressly condemned by Article 29 (2) of the Universal Declaration of Human Rights (UDHR) 1948 where it states the following:
“…In the exercise of his rights and freedoms, everyone shall be subject only to such limitations as are determined by law solely for the purpose of securing due recognition and respect for the rights and freedoms of others and of meeting the just requirements of morality, public order and the general welfare in a democratic society.”
The use of violence and show of disrespect towards another person’s religion or faith is the antithesis to human rights principles that condemns communalism, racism and intolerance. A further continuance of the series of provocation and attacks will threaten and negatively affect Malaysia’s democracy and culture of respecting human rights.
Therefore, we urge SUHAKAM to seriously look into the matter as the Commission is mandated to take charge and address human rights issues in the country
vide Section 4(i) of the Human Rights Commission Act 1999. It is saddening that SUHAKAM has not been vocal and upfront in addressing the issues of communalism, racism and religious intolerance as human rights issues that is of urgent concern to Malaysians. The decision of the International Coordinating Committee to retain the “A” status of the Commission should be reflected by the Commission’s actual commitment to address serious human rights violations in the country and this includes religious and racial issues. It is based on these grounds that we propose SUHAKAM take up the following actions in addressing the series of provocation against places of worship in the country:
1.SUHAKAM should conduct a National Inquiry into the series of provocation and attacks on places of worship and religious sites with the aim of investigating the root cause to the problem and to determine the appropriate rights-based solution or mechanism to address this issue.
2.SUHAKAM should engage the government and call for the enactment and passing of an anti-racial and religious intolerance law that will curb any attempts at instigating racial and religious hatred in the country. However, learning from experience, with the use of draconian laws such as ISA and Emergency Ordinance for arbitrary arrests and indefinite detention by the government, it is recommended that such law must be in accordance with principles of natural justice and rule of law.
3.SUHAKAM, together with other enforcement agencies in the country should observe and monitor growing attempts at the grassroots level that propagate racism and religious intolerance in order to curb any further potential provocations by irresponsible members of the society and also to preserve racial and religious harmony within the community. In addition to that, a proper impact assessment must be done by SUHAKAM to assess how the issue has threatened the community’s rights and wellbeing and negatively affected national unity and integrity.
4.SUHAKAM should continue to urge the government to ratify the International Covenant on Civil Political Rights (ICCPR), International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights (ICESCR), Convention on Elimination of Racial Discrimination (CERD) and to fulfill its obligations and commitment to other international human rights standards. The incidents that took place should be a reminder to the Commission and the governments on the need for the State to abide by human rights principles as a way to restore the public’s confidence that they will not be victimized and threatened by the perpetrators of chaos in the future.
We have observed that SUHAKAM has been silent on human rights issues that are intertwined with religious and racial concerns. This is a shame as the Human Rights Commission in other parts of the world have been very progressive in addressing issues of violence and discrimination that are motivated by racism and religious intolerance. We truly believe that the time has come for SUHAKAM to walk the talk and play its role effectively. The incidents that have happened should be a catalyst for SUHAKAM to go down to the grassroots and address the problem from a human rights viewpoint.