BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Jumaat, Disember 17, 2010

Pengantungan Anwar Paku Terakhir Kepada Keranda Umno-BN

Hari ini Umno-Barisan Nasional berjaya membunuh demokrasi di Malaysia untuk sekian kalinya.

Umno-BN menang dalam satu lagi langkah strategi mereka untuk menjatuhkan karier politik Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menggantung beliau selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Turut dimangsakan termasuk Ketua Whip Pakatan Rakyat di Parlimen iaitu Azmin Ali, Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh serta Ahli Parlimen Subang R Sivarasa.

Ini ekoran dakwaan Anwar yang mengaitkan konsep 1 Malaysia yang menjadi projek kesayangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan One Israel, di mana kedua-dua gagasan menyatukan rakyat ini dicipta oleh firma pelobi antarabangsa yang pro Zionis-Israel, Apco Wordwide.

Ada beberapa intrepetasi penting langsung daripada Umno-BN yang akan memberi kesan jangka panjang kelak kepada politik Malaysia.

Pertama ia menunjukkan institusi Parlimen yang dianggap oleh rakyat Malaysia sebagai benteng paling kukuh dan terakhir untuk mempertahankan sistem demokrasi berparlimen yang menjadi amalan politik negara ini kini telah disah sepenuhnya jatuh dalam kawalan penguasa Umno-BN.

Ini tidak lagi bebas dan sekarang boleh dikatakan salah satu komponen rasmi BN di mana Umno menjadi bos besarnya.

Institusi yang amat penting ini tidak lagi boleh diharapkan untuk mengotakan janji keramatnya kepada rakyat untuk menjunjung Perlembagaan dan melindungi kesucian sistem demokrasi negara ini yang sekian lama telah membajai usaha menegakkan keadilan.

Seluruh jentera institusi ini termasuk kerusi Yang DiPertua Dewan Rakyat dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan tergadai kepada Umno-BN yang hanya perlu menekan butang kuasanya untuk mendapatkan apa dihajati.

Bagi Umno-BN Parlimen tidak perlu menjadi institusi demokrasi seperti yang difahami oleh negara-negara Komanwel yang lain; ia hanya perlu bertindak sebagai anjing suruhan yang tidak sedikit pun membantah terhadap kerakusan kuasa pihak eksekutif.

Interpretasi kedua daripada episod yang malang ini ialah rakyat kini berdepan dengan kerajaan yang amat zalim yang sanggup menggunakan apa sahaja instrumen untuk menjamin pegangan eratnya ke atas tampuk kekuasaan termasuk tunduk kepada permainan Zionis-Yahudi.

Pengantungan Anwar menunjukkan Najib lebih rela mempertahankan sebuah syarikat yang dikuasai antara lain oleh bekas ketua perisikan Israel dan bekas anggota diplomatik negara Zionis itu daripada memberi keadilan setimpalnya kepada Ketua Oposisi Parlimen Malaysia untuk membela dirinya dalam dakwaan terhadap beliau.

Apco kini lebih berkuasa daripada Parlimen Malaysia.

Dengan hanya berbekalkan sepucuk surat penjelasan tanpa perlu dipanggil untuk memberi keterangan di hadapan jawatankuasa parlimen itu, Apco mampu menyakinkan anggota jawatankuasa (tidak termasuk Karpal dan Sivarasa) bahawa pihaknya benar dan Anwar salah.

Kalau diteliti sebenarnya Apco yang menjatuhkan hukuman pengantungan itu ke atas Anwar bukannya Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Ketiga, Apco kini boleh mendabik dada bahawa ia bukan lagi sekadar syarikat pelobi yang dibayar berjuta-juta ringgit menggunakan dana rakyat Malaysia tetapi angkuh kerana mampu menyusup masuk secara terang-terangan ke dalam pusat kekuasaan negara di Putrajaya malah mempengaruhi keputusan-keputusan penting dan strategik kerajaan Malaysia.

Keempat, tindakan Umno-BN tersebut akan memberi persepsi amat negatif kepada dunia luar bahawa demokrasi Malaysia lebih teruk daripada pemerintahan diktator sesetengah negara Afrika atanpun beberapa negara Eropah semasa era perang dingin.

Malaysia tidak lagi dilihat sebagai sebuah demokrasi negara membangun yang 'vibrant' dan berpotensi besar menjadi setaraf dengan negara-negara maju di Barat tetapi hanya sebagai sebuah negara kaya yang dikuasai oleh sebuah rejim despot yang menggunakan demokrasi untuk menghalalkan segala tindakan yang bercanggah dengan demokrasi itu sendiri.

Apa pula implikasi yang bakal diterima oleh Malaysia dan rakyat akibat perbuatan tidak bertamadun Umno-BN ini?

Dari segi politik, Umno-BN mengorek lebih dalam lagi kubur yang bakal menimbusnya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Rakyat cukup marah tetapi kemarahan dan kebencian rakyat dipendam sehingga ke peti undi kelak.

Bagi rakyat Umno-BN boleh buat sesuka hati mereka pada detik-detik akhir kematian mereka tetapi tidak akan mengubah nasib yang bakal diterimanya.

Umno-BN kini bagai seorang yang kelemasan terkapai-kapai mencari apa sahaja yang boleh dijadikan pautan untuk menyelamatkan diri.

Sambil ketawa rakyat hanya melihat Umno-BN sedikit demi sedikit tenggelam di makan pusaran air yang buas tanpa memberi sedikit pun bantuan hatta sebatang ranting kering pun.

Ekonomi Malaysia yang teruk dilanda kemerosotan kemasukan pelaburan luar akan terus merudum malah pelabur asing akan menyisihkan negara ini sejauh mungkin.

Ini kerana tidak mungkin pelaburan mereka akan terjamin dan selamat sekiranya institusi seperti Parlimen pun boleh dimanipulasi sedemikian rupa bagi tujuan agenda politik kotor Umno-BN.

Dengan jatuhnya Parlimen dalam kawalan Umno-BN maka sempurnalah penguasaan mutlak mereka ke atas kesemua institusi penting dalam negara ini termasuk PDRM, badan kehakiman, SPR, SPRM, Jabatan Imigresen, mahkamah (termasuk mahkamah syariah), JPN, institusi Raja, Jabatan Peguam Negara serta media.

Namakan sahaja sistem pemerintahan Malaysia yang diamalkan sekarang - kuku besi, diktator, 'banana republic', totalitarian, fasis, tirani - semua elemen ini ada dalam Umno-BN namun untuk dilabel sebagai demokrasi amat jauh sekali.

Samada Anwar di gantung daripada Parlimen atau bebas menghadiri sidang tidak lagi menjadi mempengaruhi keputusan rakyat pada PRU nanti.

Hakikatnya tindakan hari ini hanya menjadi antara paku yang dihentak ke keranda Umno-BN; malangnya ia juga menjadi paku terakhir dan muktamad sebelum  keranda diturunkan ke dalam lubang kubur.
 


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB