Ahli parlimen Pakatan Rakyat R Sivarasa (KEADILAN-Subang) diarahkan keluar
Dewan Rakyat sehingga esok kerana didakwa mengengkari arahan Speaker, Tan
Sri Pandikar Amin Mulia.
Sivarasa, yang bangkit pada akhir sesi soalan mempersoalkan tindakan speaker yang menolak usul yang dikemukakannya semalam meminta perbahasan diadakan bagi membincangkan pendedahan oleh WikiLeaks berhubung dakwaan diplomat Singapura yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razah dengan kematian warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu dan juga memalit Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan 'perangkap seks'.
Sivarasa, yang bangkit pada akhir sesi soalan mempersoalkan tindakan speaker yang menolak usul yang dikemukakannya semalam meminta perbahasan diadakan bagi membincangkan pendedahan oleh WikiLeaks berhubung dakwaan diplomat Singapura yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razah dengan kematian warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu dan juga memalit Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan 'perangkap seks'.

Anwar (KEADILAN-Permatang Pauh), kemudian bangkit dan mempertahankan Sivarasa bersama Azmin Ali (KEADILAN-Gombak). Ini menimbulkan pertikaman lidah yang hangat antara speaker dan juga ahli parlimen Pakatan Rakyat yang juga mula campur tangan.
Pandikar kemudian mengarahkan Azmin pula supaya keluar dewan sehingga jam 2.30 petang ini.
Bercakap kepada wartawan di lobi parlimen, kemudiannya, Anwar berkata keputusan menggantung ahli parlimen Pakatan Rakyat tanpa notis melambangkan parlimen tidak menuruti sebarang peruntukan dalam Peraturan Mesyuarat.

"Saya lihat prosedur parlimen dipermainkan hanya semata-mata kerana kuasa majoriti. Kita berhujah panjang bagaimanpun, diketepikan begitu.
Keangkuhan Barisan Nasional
"Jadi sebab itu kita menyatakan kekesalan dan membantah keras persetujuan Speaker membenarkan hujah. Memang kita tahu keangkuhan Barisan Nasional menggunakan kuasa mereka tetapi menggunakan saluran Speaker yang mempertahankan dengan peraturan padahal prinsip membela diri tidak berlaku," katanya.
Menurut Anwar, Pandikar tidak mampu mengawal dewan di kala berlakunya pertikaman lidah antara beliau dan pemimpin BN.

Pada sidang media yang sama, ahli parlimen Rasah, Anthony Loke mendakwa wujudnya pakatan di antara Speaker Dewan Rakyat dan pemimpin BN untuk mengurangkan majoriti Pakatan Rakyat bagi memberi laluan mudah kerajaan untuk mengubal sebarang usul yang diperuntukkan dalam parlimen.
"Saya melihat mungkin ada agenda tersembunyi di belakang tindakan ini dan ini akan beri implikasi yang besar kepada kedudukan Pakatan Rakyat dalam dewan rakyat.
"Sekarang kita ada 77 ahli Parlimen. Kalau ada empat lagi ahli parlimen Pakatan digantung maksudnya kedudukan Pakatan dalam dewan akan hilang dua per tiga. Ini sudah kurang daripada 1 per tiga. Jadi mereka sudah mendapat balik dua per tiga dalam enam bulan akan datang.

"Seolah-olah
ada agenda tersendiri kerana speaker membiarkan Barisan Nasional
membuat keputusan ke atas ahli parlimen Pakatan Rakyat. Kedudukan
Pakatan Rakyat akan kurang daripada dua pertiga kerana ramai ahli
parlimen digantung. Peluang ini akan digunakan sepenuhnya oleh Umno-BN.
"Jadi mereka boleh membawa segala pindaan dalam sidang Mac dan Jun akan datang," kata Loke.
Taktik dapatkan majoriti 2/3
Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) (bawah, bertali leher) pula mempersoalkan kegagalan Pandikar mengawal dewan dengan baik dan enggan berehat walaupun dewan dalam keadaan tegang.

"Selepas itu barulah dipanggil masuk kembali untuk menyambung perbahasan sebab memang ada peruntukan untuk itu. Tapi hari ini kita lihat beliau meneruskan juga dalam keadaan tidak dapat mengawal," katanya yang juga timbalan presiden PAS.
Katanya lagi, mereka tidak membangkitkan perkara yang dilarang untuk dibahaskan seperti melibatkan Raja-Raja atau prosedur mahkamah sebaliknya membincangkan perkara yang melibatkan ahli parlimen.
"Hari ini dikejutkan dengan tiga orang lagi ahli parlimen yang digantung selama enam bulan tanpa ada peluang untuk mereka pertahan diri atau bagi hujah di atas tuduhan yang diambil daripada sumber-sumber yang bukan utama.
"Ini menimbulkan persoalan dan kita kesal dengan tindakan ini. Selepas kita pertikai banyak institusi sebelum ini, sekarang parlimen sendiri boleh dipertikaikan integritinya," kata Nasharudin.

"Dengan menggantung empat MP Pakatan, BN akan mendapat sokongan daripada lima MP Bebas bagi mendapat majoriti dua pertiga, katanya yang juga ahli parlimen Bukit Gantang.
Menurut Nizar, BN dijangka menggunakan jalan pintu belakang itu bagi meluluskan persempadan semula kawasan pilihan raya bagi memastikan ia memihak kepada mereka.
"Mereka boleh buat persempadanan semula, (dan) tambah beberapa kerusi baru untuk Sabah dan Sarawak.”